Artikel 121 – SECARA RINGKAS
Isu Artikel 121 sedang giat dibincangkan dan menjadi buah mulut masyarakat. Isu ini bukanlah isu main-main yang boleh diputar-belit sesuka hati kerana ia membabitkan persoalan agama dan perkauman. Jika silap pentafsiran, tidak mustahil perang 13 Mei akan berulang dan pedang terbang akan kembali mengamuk di tanah air kita.
Perkara ini bermula dengan berita kematian seorang lelaki yang sebelum ini dikenali sebagai wira negara yang mengharumkan nama Malaysia dengan menawan puncak Everest. Berita mengenainya selepas itu kurang dibicarakan sehingga timbul pula kenyataan mengatakan Allahyarham tidak dibela kemiskinannya malah AlMarhum tidak menerima bantuan bagi megurangkan beban yang dideritai malah kesihatan yang semakin merosot akibat lumpuh.
Pada 20 Disember 2005, M. Moorthy meninggal dunia. Berita ini dianggap sebagai perkara biasa dan lumrah. Tidak banyak pihak membuat liputan mengenainya. Namun suatu hari, berita mengejutkan pula timbul mengatakan isteri beliau sangsi yang teramat apabila seorang sahabat Al-Marhum mengatakan beliau sudah memeluk agama Islam dan telah mengucap dua kalimah syahadah. Pada ketika itu, saya yang mendengar berita dari kaca TV terpaku dan begitu bersyukur. Seorang yang mendapat pujian dan disanjung, akhirnya menemui jalan kebenaran... Syukur, beliau juga menjejaki jalan sukar sebagaimana yang telah dilalui orang-orang ternama sebelum ini seperti Puteri Diana yang akhirnya menjadi mangsa konspirasi untuk memusnahkan beliau. Diberitakan kepada saya bahawa beliau akan berkahwin dengan lelaki Islam Doddy Al-Fayed. Jika perkara yang begitu ditakuti oleh Keluarga Diraja Britain ini berlaku, maka suatu hari nanti tahta pemerintahan kerajaan Britain akan berada di bawah pemerintahan anaknya Putera William yang Islam! Begitu mungkin..Memusnahkan sebelum dimusnahkan adalah salah satu cara mempertahankan diri yang sememangnya dianjurkan oleh zionis Yahudi.
Namun berita yang lebih bertepatan dengan kes Al-Marhum adalah kes Neil Armstrong yang naik ke bulan sebagai bukan Islam dan turun ke bumi sebagai Islam. Saya diceritakan, pabila beliau sampai di sana, beliau terdengar laungan azan... Mungkin itulah kehendak Allah untuk orang-orang yang dikehendakiNya... supaya kita lebih berfikir.
Parut yang ditinggalkan oleh Moorthy atau Muhammad Abdullah (suatu nama yang agung) cukup baik pada pandangan saya. Parut ini sedikit berbintat dan ia perlu dibalut dan dirawat supaya wajah buruknya menjadi lebih baik. Setelah kematian Al-Marhum disahkan sebagi Islam dan dikebumikan olah Jawi pada 28 Disember berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah bahawa beliau adalah Islam, balu Al-Marhum, S.Kaliammal memfailkan memorandum rayuan untuk mencabar dan mempertikaikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Beliau yang mahukan jenazah bekas suaminya diurus mengikut istiadat Hindu mengatakan hakim khilaf dalam mantafsirkan jenazah sebagai Islam sekaligus mengatakan mahkamah tiada hak menentukan suaminya Islam. Sekali lagi timbul polemik dan banyak pihak terutamanya bukan Islam tampil mempertikaikan sistem kehakiman negara. Ini sebab keputusan Mahkamah Sivil yang memutuskan bahawa ia tiada kuasa untuk mengusik keputusan Mahkamah Syariah berhubung status pertukaran agama M.Moorthy atau nama Islamnya, Mohamad Abdullah terus mencetuskan debat yang berlarutan.
Keadaan ini mendatangkan impak yang baik kepada institusi-institusi Islam yang sedang lena, sehingga memaksa pindaan terhadap akta Undang-Undang Keluarga Islam dilakukan. Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 mengikut pandangan cendikiawan adalah sedikit tempang. Namanya saja sudah tidak betul dan tidak melambangkan akta yang dikandung. Seharusnya akta ini diberi nama Akta Kahwin Cerai kerana ia hanya membincangkan persoalan itu. Soalnya, perkataan keluarga bukanlah hanya tertakluk pada nikah dan cerai sahaja. Seorang wanita yang mengambil anak-anak angkat, mereka sudah ditakrifkan sebagai keluarga. Begitu juga persoalan lain yang harus dijaga dalam institusi kekeluargaan seperti soal kewangan, pendidikan anak-anak, kasih-sayang, pengabaian dan penderaan serta pembelaan seharusnya di wujudkan di dalam akta tersebut. Akhirnya, akta ini dipinda kepada Akta Undang-Undang Keluarga Islam 2005.
Namun, berita yang sepatutnya kedengaran menggembirakan ini dibantah oleh kaum wanita pula. Dengan diketuai oleh suara-suara wanita yang entah ke mana tudung mereka, dengan mengatakan mereka mahu menjaga keadilan Islam, mereka membantah dan mengatakan akta baru ini tidak adil dan berdiskriminasi terhadap wanita. Pindaan yang telah dibuat dikatakan bukan sahaja mengekalkan hak-hak tradisi kaum lelaki malah menambahkan lagi hak-hak mereka sehingga menimbulkan ketidakadilan kepada pihak wanita.
Sekarang Shahrizat sedang berusaha bermati-matian untuk mengangkat pandangannya.. rang undang-undang Akta Undang0Undang Keluarga Islam 2006 . Di sini terdapat bebrapa perkara yang selama ini mnereka tidak berpuashati telah dipinda. Sebagai contoh, dalam perkara poligami, seorang lelaki yang mahu berkahwin untuk kali ketiga perlu mendapatkan persetujuan daripada semua pihak yang terbabit. Ia perlu meminta izin dari isteri pertama, dari isteri kedua, mentua isteri pertama, mentua isteri kedua, bakal mentua dan sebelum pernikahan dijalankan, ia mesti menyerahkan harta sepencarian kepada bakal isteri ketiganya..
Dengan darah muda yang sedikit tercabar, saya telah menghubungi Ketua Muslimat PAS Negeri Kelantan di talian beliau, menanyakan adakah beliau tidak menyuarakan pandangan beliau di kala orang jahil tengah gegak gempita meletakkan kesilapan sebagai perkara yang benar? Apakah tiada orang yang lebih arif yang menjernihkan suasana? Namun jawapan yang saya terima semakin menyebabkan hati saya 'bengkek'.. beliau mengatakan di Sidang Parlimen, beliau telah bersuara bagai nak serak, beliau di wawancara oleh para wartawan setelah selesai dewan bersidang, namun tiada liputan dibuat.. Benarlah, bukan senang untuk menyuarakan kebenaran terutama di kala kebangkitan India sedunia sedang berlangsung, di kala perkara batil dianggap sebagai hak dan saya perlu sentiasa ingat bahawa media dipegang oleh kaum tersebut. Kalau setakat pemimpin sahaja, tidak mampu... maka saya merasakan bebanan itu terpaksa saya pikul sama, dan saya juga berharap muda-mudi Islam seperti kita yang masih berhutang nyawa dengan Tuhan, bangunlah dan tulislah... tinggalkan sesuatu sebelum matimu kerana jika penulis tidak mahu menyatakan kebenaran, bererti negara itu akan runtuh...wallahu a’lam…sebarang kesilapan mohon dimaafkan
samhanismail@yahoo.com
9 Muharram 1427 / 8 Februari 2006