Thursday, December 28, 2006

DUKA

Benar duka itu pahit

tapi mesti ditelan

sebiji

sebiji

pada setiap malam

hendaknya

dengan ini

kesakitan

akan segera menghilang.

Ediramle

AKARNYA GERILA

Karya - Adieputera

Matahari ditelan awan petang.Tangga jeti menghadap ke kuala yang memisahkan antara tanah Selatan Thai dan Utara Malaysia ditenggelamkan pasang laut. Kikih dan layah camar putih mewarnai petang yang hampir tenggelam dalam lautan memerah.Dan di situ duduknya manusia lelaki aku. Di tangga jeti itu. Angin-angin nakal mengusik anak-anak rambut lebat hitam sengaja aku biarkan. Aku membiarkannya.

` Aku tahu…`

` Akanku tunggu disini. Aku menunggu suatu kepastian.`

Sepasang tangan ini pantas meraup wajah yang mulai resah. Dan satu keluhan kecil juga pantas dibawa angin timur laut. Jauh ke tengah laut. Jauh dan jauh.

Aku kembali merenung wajah laut lepas bebas. Aku seperti tidak percaya. Aku sama sekali tidak menduga kesudahan yang begini jadinya. Rasanya, mahu aku melaung sekuat hati. Membunuh epilog yang cukup melukakan itu.

Aku masih bermonolog dalam getar suara yang bersatu dalam deru angin laut. Deru angin yang sesekali kuat. Dan sesekali cukup tenang.

` Memang. Kebenaran itu sungguh sakit. Menyakitkan.`

` Tapi kebenaran seperti ini perlu. Perlu untuk membina kekuatan.`

Aku masih bermonolog. Bermonolog tentang pentafsiran. Ah…aku akan menafikan habis-habisan sekiranya ada manusia yang mengatakan aku sudah tidak mampu membina kekuatan diri ini.

` Kau bebas untuk membuat penentuan. Tapi itu yang mampu aku lakukan.`

Aku mengangkat jari-jari kaki yang digigit gigi-gigi air. Pasang air laut sudah menelan dua anak tangga jeti itu.Aku masih membiarkan. Aku seperti tidak terkesan. Tanpa sedar hatiku menerawang jauh ke ruang kenang.

Feri Sri Tanjung baru tiba. Aku pantas melangkah sebelum sempat feri itu merapati jeti. Aku perlu segera. Aku melompat dan mendarat di tangga jeti. Aku memerhatikan jam di tangan. Sepasang jarum itu juga tidak memberi ruang pada aku untuk berlengah.Waktu benar-benar menghambat aku ketika ini.

Ah, tersirap darah naik ke mukaku. Aku meraba-raba saku belakang seluar dengan cemas. Tidak ada. Aku seakan tidak percaya. Aku mencari lagi. Tidak juga ada. Benar-benar tidak ada. Hatiku cemas. Puas aku menyelongkar beg pakaian dan segenap saku seluar yang ada. Aku semakin cemas.

` Mungkin ini yang encik cari…`

Aku tersentak dengan satu suara halus menyapa dari arah belakang. Secepat kilat aku berpaling mencari suara itu. Seorang gadis tersenyum sambil menghulurkan sesuatu yang memang aku sedang mencarinya. Oh Tuhan!

` Ya, ini pun dia…terima kasih cik…`

` Saya Sri. Paspot encik terjatuh di atas feri tadi.Dan secara kebetulan saya ada di situ. Saya dah cuba panggil encik tapi encik…`

` Saya Adieputera. Memang saya perlu cepat. Kapal terbang akan berlepas setengah jam dari sekarang. Nak ke Kuala Lumpur…` Aku seperti serba salah, antara patut atau tidak aku ceritakan segalanya pada Sri.

` Terima kasih sekali lagi. Kalau tidak kerana cik Sri, mungkin saya ketinggalan penerbangan. O.k jumpa lagi…`

Dia tersenyum. Perlahan-lahan dia mengangguk. Aku bergegas pantas setelah selesai menguruskan pemeriksaan paspot. Dalam pada itu aku masih sempat berpaling melihat gadis Sri yang mulai kejauhan dari pandangan.

Itu yang masih aku ingat. Tuhan menghantar Sri menemui aku. Sri yang menyelamatkan aku ketika itu. Dan bundar dunia sekali lagi menemukan aku dan Sri. Pertemuan di selatan Tanah Siam dalam suatu siri pertemuan bahasa dan sastera melayu. Aku mewakili PESISIR, sebuah badan penulis tanahair.

` Perkembangan sastera di sini masih bayi…`

` Soalnya sekarang sudah ada tanda-tanda ke arah perkembangan yang sewajarnya.`

` Ya…dengan sokongan penulis-penulis Kelantan khususnya dan Malaysia amnya sudah pasti membantu kami Terutama bahan-bahan bacaan sastera dari Dewan Bahasa dan Pustaka dan khabarnya sudah buka cawangan di Kota Bharu…`

` Benar sekali. Dan PESISIR khususnya banyak mendapat sokongan material mahupun moral.`

` Inilah untungnya tanah dan daerah yang ditadbir bangsa sendiri. Punya kekuatan segala-galanya. Khususnya buat meningkatkan rumpun kita, rumpun Melayu. Dan agama kita. Tapi di sini, semuanya itu agak payah untuk menjadi sempurna.`

Sri menjelaskan dengan agak lebar. Kata-kata yang seperti meluahkan rasa kecewa. Namun dia masih sempat membebaskan sekuntum senyum ranum. Mungkin untuk aku.

Mata Sri kelihatan seperti gusar. Namun semuanya sempat disembunyikan di sebalik senyum dan katanya yang tersusun rapi. Dan Sri seperti mengakui kebenaran itu. Dia tetap bersahaja mendepani pertemuan ini.

` Sulit sekali.`

` Apakah tidak akan ada jalan keluarnya?`

` Jalan-jalan itu masih kesamaran…`

` Maksudnya…`

` Perjuangan untuk empat wilayah ini, perjuangan untuk membina sendiri ketamadunan bangsa, bahasa dan besarnya agama kita…malah lantaran perjuangan itu…`

Sri menarik nafasnya. Seolah-olah membiarkan laluan kepada lontaran puisi-puisi warga PESISIR, dan ketika itu Ediramlee sedang menakluk dewan Prince Of Songkhla dengan puisinya penuh bertenaga.

` Keluargaku hari ini dipulau kerana sejarah.`

` Kedua-dua abangku juga mati ditembak di satu tanah bendang. Kampung Telian. Hampir sempadan Malaysia…`

` Hampir dengan Takbai…`

` Ya.`

` Adie kenal…?`

` Kalau itu. Aku cukup kenal. Malah lebih dari kenal.`

` Maksud Adie…`

` Tanah kelahiranku. Sebelum arwah ayah menghantar aku ke Malaysia untuk belajar dan sekolah di sana. Kata ayah, dia mahu aku kerja di Malaysia. Jadi orang Malaysia.`

` Maknanya Adie juga …`

Belum sempat Sri menghabiskan kata-katanya, perantara Malam Pengucapan Puisi Himpunan Selatan Satu menjemputnya ke pentas. Tepukan daripada sebahagian besar khalayak manusia seni bergema di dalam dewan Universiti Prince Of Songkhla yang mampu memuatkan seratus hingga dua ratus orang itu.

Kelihatan Sri bangun dan berjalan dengan tenang menuju pentas. Sudut pentas yang ringkas tapi cukup selesa untuk melontarkan `the best words in their best order.` Seperti kata S.T. Coleridge yang cukup aku ingat.

`Assalamualaikum dan selamat petang, juga salam puisi semanis puisi buat teman-teman penyair PESISIR seluruhnya, sebenarnya sudah lama saya tidak membaca puisi di depan khalayak ramai seperti ini, tapi ya…saya cuba…`

ketika menyisir rambut-rambut terakhir perjuangan

di kaca cermin kehidupan pewaris gerila

dalam menyatukan kebenaran zikir

para wali keramat warga

mengutip sisa-sisa makna merdeka

yang tertinggal di terminal kuasa

aku cukup merasakan

manisnya doa dan rindu kalian.`

Kata-kata bersahaja dalam tekanan intonasi suara yang tepat menyaksikan sekali lagi tepukan bergemuruh daripada khalayak akademik dan seni yang memenuhi ruang dewan.

Sri tunduk hormat. Aku bangun sebagai tanda penghormatan kekaguman atas puisi yang dipersembahkan sebentar tadi atau kagumku dengan semangat yang membakar dalam dirinya. Diri Sri. Aku mula jadi tidak pasti.

Sri kembali mengambil tempat di sebelahku. Entah kenapa rasa kebanggaan seperti memuncak bila semua mata pencinta seni yang ada seperti tertumpu ke arah aku dan Sri.

Aku masih membiarkan kuntum-kuntum senyum bertaburan seakan mewarnai lampu-lampu. Dan seperti diharapkan kuntuman senyum itu telah menular ke bibir nipis Sri yang cukup cantik itu. Cuma sayangnya aku dapat membaca redup renung matanya yang masih gagal menyembunyikan rasa resahnya. Rasa kecewanya. Walaupun Sri cuba berbohong dengan memecahkan sedikit gelak manja.

` Kita di mana tadi ya…`

` Masih dalam dewan permai Prince Of Songhkla.`

Sri memekup wajahnya dengan kedua belah tapak tangan. Dia melepaskan gelak manjanya perlahan-lahan.

` Adie nakal rupanya…`

` Maafkan Adie…saja nak ceriakan sedikit suasana.`

` Tak apa…Sri hanya merasakan malam makin pantas. Tengok dah sebelas malam.` Sri menunjukkan jam tangannya.

` Kalau di Malaysia, sudah dua belas malam.`

Aku mengangkat gelas kaca minuman sambil mempelawa Sri dalam bahasa isyarat mudah. Sri cuma angguk mesra.

` Ahh…dahaga.`

` Cuacanya agak hangat.`

Kata-kata hambar sudah mewarnai suasana perbualan aku dan Sri. Tapi Sri cepat-cepat mematikan kehambaran itu.

` Lulusan sarjana kesusasteraan dan bahasa melayu tak memadai di sini…`

` Maksudnya…`

`Aku hanya menjadi tenaga pengajar sambilan. Kontrak ini bisa di tamatkan bila-bila masa. Itu pun setelah aku dibebaskan dari ikatan sejarah gerila arwah abang-abangku.`

` Bukankah pensyarah dalam bidang kemanusiaan cukup berkurangan di sini. Itu maklumat awal yang aku terima.`

` Betul. Tapi status bangsa…`

` Ohh…Aku mulai faham.`

` Sedangkan aku masih punya ibu. Dua adik perempuan aku masih di alam menengah rendah. Semuanya perlukan perbelanjaan. Dan semuanya itu di bawah tanggunganku.`

` Sakit…`

` Apa yang sakit.?`

` Kehidupan. Sedangkan multi bangsa negara aku bebas memilih ruang untuk hidup asalkan mempunyai kemampuan akademik dan material yang baik…`

` Tapi, itulah sukarnya menolak takdir.`

` Takdir…perkataan itu seperti menunjukkan rasa putus asa. Pesimistik.`

` Benar. Sesudah terperangkap dalam jaringan hakikat.Kita terpaksa menerimanya.`

Aku dan Sri tersentak bila satu kilauan cahaya menampar wajah aku. Wajah Sri juga. Kemudian munculnya Zaidi dengan kamera di tangan sambil mengangkat ibu jarinya.Isyarat sempurna. Kemudian dia tertawa kecil.

` Bahan berita aku…`

Zaidi separuh berbisik sambil menghampiri aku.Dia menarik kerusi dan diletak antara aku dan Sri.Kemudian dia menghempaskan punggungnya sambil mengeluarkan pen dan buku catatan berlambangkan salah sebuah akhbar tempatan di Malaysia. Sri memandang dengan tenang.

` Adie…apa yang kau pakai hah…sampaikan cik Sri tak berganjak dari duduknya…`

` Jawapannya ada pada cik Sri…`

` Boleh cik Sri ceritakan…`

Aku melepaskan gelak tawa dalam keadaan terkawal. Sri ikut tertawa. Juga tawa yang cukup terkawal.Semata-mata kerana majlis yang masih berlangsung.Kalau tidak, mungkin bergegar dewan ini dibuatnya. Zaidi tersenyum.

` Sebenarnya saya sudah bertemu dengan Adie sebelum ni…`

` Ohh…patutlah. Ingatkan…`

` Ingatkan apa…?`

` Untuk pengetahuan cik Sri, Adieputera ni seorang pemalu dengan perempuan. Biasanya jumpa perempuan menggigil habis…`

Baru kali ini aku melihat dia benar-benar ketawa. Berair matanya untuk menghabiskan ketawa itu.

` Tidak ada yang menarik…`

Zaidi terus mendesaknya dengan pelbagai soalan untuk mengutip rahsia seorang perempuan sebangsa berwarganegara Thai. Selatan Thai. Pensyarah sambilan kesusasteraan melayu.

` Seperti yang saya jelaskan pada Adie, nasib anak-anak gerila tidak pernah baik. Mungkin hanya saya, selepas generasi ketiga. Punya sedikit kelebihan. Dapat mencapai ke tahap sekarang.`

` Maksud Sri…`

Zaidi terus meletakkan mesin perakam suara bersaiz kecil. Zaidi dapat rasakan dia sudah dapat cerita yang baik. Mesin perakam itu ditekan pantas.

` Saya dibesarkan dalam masyarakat tertutup. Kedua abang saya yang mewakili generasi kedua pewaris keluarga gerila tidak cukup masa untuk dewasa dalam alam persekolahan. Mereka lebih diajar tentang penggunaan senjata.Ilmu pertahankan diri. Dan saya tidak cukup tahu dari mana mereka mendapat bekalan senjata itu…`

Zaidi mengangguk penuh minat. Sesekali dia menoleh ke arahku. Aku membiarkan temuramah itu tanpa terganggu.

` Dulu arwah ayah memikirkan cara mudah mengembalikan empat wilayah ini ke tempat asalnya adalah melalui gerombolan bawah tanah. Ayah mahukan wilayah selatan menjadi milik kami. Dan hanya cara ini saja dapat merubah nasib sebangsa. Nasib seagama.`

Zaidi tak henti-henti mencatat. Meskipun mesin perakam terus berputar. Sri juga tidak putus-putus menjelaskan pengertian hidup di dalam keluarga gerila.

` Abang-abang saya akhirnya tumbang dalam satu serang hendap di Kampung Telian dekat Takbai.`

Zaidi seperti terkejut. Dia berpaling ke arah aku. Aku hanya mengangguk. Dan aku tahu. Dia mohon kepastian. Aku angguk lagi.

` Setelah generasi kedua berakhir, tinggallah generasi ketiga, manusia perempuan yang tak berupaya seperti saya dan dua adik perempuan, namun kami tetap berjuang…`

Zaidi menggunakan bahasa badan untuk meminta jawapan Sri. Aku juga menanti jawapan itu. Jawapan kepada persoalan bagaimana.

` Perjuangan memartabatkan agama dan bangsa. Martabat bahasa.`

Sri masih berahsia.

` Kekerasan bukan cara penyelesaian terbaik. Kalau dulu, perjuangan bawah tanah, sekarang saya berjuang di bawah mata pena. Di bilik-bilik kuliah kemanusiaan…puisi-puisi di dada-dada akhbar, antologi puisi Dewan…dengan harapan, semoga ada yang mengerti… `

Suara siren perjalanan terakhir Feri Seri Tanjung membunuh ingatan bersama Sri. Aku menunggu kedatangan Sri. Aku menanti janji Sri. Ini feri terakhir. Kalau tak ada, bermakna Sri tak mampu mengotakan sumpahnya. Sri tak dapat mengongsi darah gerila yang mengalir pekat dalam tubuhnya. Bermakna Sri memilih jalan untuk mengekalkan nama pewaris gerila pada anak-anaknya nanti.

Feri sudah merapati jeti. Aku pantas meluru mencari kelibat Sri. Penumpang-penumpang terakhir mula melangkah turun. Aku masih mencari-cari wajah Sri. Debaran cemas berbaur resah seperti dipulas-pulas. Hasilnya kehampaan yang pedih. Sah.Wajah Sri tidak muncul.

Aku melangkah pulang dengan rasa hampa yang terakhir. Kehampaan yang sangat berat untuk aku terima. Aku memang mengharapkan kehadiran Sri. Terlalu mengharapkan. Ketentuan Tuhan mengatasi segalanya.

` En.Adie…`

Satu suara yang mengejutkan. Aku berpaling mencari suara itu.

` En. Adie ya…saya Suria…adik Sri…`

` Saya Adie. Ohh…jadi Sri di mana?`

` Maafkan Kak Sri…dia…dia…`

Terputus-putus suara yang tentunya mirip suara Sri. Aku kian gelisah.

` Kak Sri minta saya sampaikan ini…dan saya perlu pulang segera.`

Belum sempat aku berkata apa-apa lagi, Suria pantas berkejar ke atas feri terakhir milik negara jiran itu. Aku perhatikan surat itu. Surat yang dapat aku rasakan sebagai pembunuh harapan termahal ini.

`…Adie,

Mimpimu dan mimpi Sri, belum ditentukan bersatu. Semalam Sri mendapat musibah besar. Sekarang Sri di lokap. Perisik kerajaan mendapat maklumat yang Sri masih menghidupkan perjuangan itu. Perjuangan tanpa senjata. Perjuangan mata pena.

Adie…

Darah yang mengalir adalah darah gerila. Doakan pejuang ini, agar mimpinya bakal merubah kebenaran hakiki.

…jodoh, maut dan kuburnya adalah ketentuan pemilikNya.

Salam dari gadis gerila.

Sri

Oh.Tuhan. Ketentuan apakah ini?

Aku melangkah lesu meninggalkan jeti. Di tangan kananku tergenggam kemas antologi puisi terbaru karya Sri terbitan Dewan. Anugerah perjuangan pewaris gerila. Lagu Gerila Buat Sri.

Saturday, December 16, 2006

laptop

Sudah agak lama juga saya tidak menulis di blog atau membelek-belek kotak email. Saya sendiri sudah naik rindu mengingatkan email yang bertimbun tidak dapat dibaca kerana saya tidak mahu mengganggu kesibukan suami saya. Saya tidak mahu meminjam laptopnya yang beberapa hari lepas tidak pernah berenggang dengannya akibat mahu menyiapkan kerja-kerja Masternya yang tertangguh. Biarlah saya mengambil jalan mudah, pergi ke library dan membaca buku. Bila saya mendapat idea menulis, saya hanya menukilkannya di atas kertas dan buku. Menulis tetap menulis. Itu tetap perlu sentiasa saya amalkan cuma caranya sedikit berbeza.

Namun, sejak saya mula menulis manuskrip sebuah buku akademik yang akan dipublishkan oleh Utusan Publication, saya merasa seperti orang patah tangan. dengan pen dan buku, perjalanan menulis saya amat lembap. Akhirnya saya merencanakan untkmendapatkan sebuah laptop untuk kegunaan jihad pena ini. Ya Allah permudahkan urusan saya ini.. Semoga dimurahkan rezeki saya. Saya akan menggunakan hasil titik peluh saya sendiri untuk mendapatkan laptop peribadi saya.

Tuesday, November 21, 2006

mercy..

E-Mel ini telah dihantar oleh Dr. Jemilah setelah beliau kembali

dariKepulauan Maluku pada 15hb Mac 2003. Untuk pengetahuan umum, Dr. Jemilah ialah Presiden MERCY Malaysia (Medical Relief Society) sebuah pertubuhan NGO yang terlibat dengan penghantaran, misi ke Kosova dan Turki dan dan sekarangini di Kepulauan Maluku.

Laman web mereka ialah di: www.mercy.org. my

Sekian

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* *****

Bismillahirahmanira him... Assalamualaikum semua, Alhamdulillah, Karen & saya telah kembali malam semalam. Azhar InsyaAllah akan tiba esok dan diikiuti oleh Wan Hazmy dan Al-Amin. Tiada seorang pun dari kami yang menjangkakan ianya terlalu jauh dan terlalu sukar untuk ke sana dan kami berpeluang mencuba hampir segalanya kapal terbang jet, kapal terbang kecil, bot, kapal, kenderaan 4wd dll.

Saudara dan saudari, peperangan di Maluku sedang bergejolak dan ketika saya menulis ini, saya jangkakan pihak mujahidin sedang melakukan serangan di Ambon dan utara Halmahera. Ianya adalah jihad yang sebenar dalam sepenuh erti kata. Secara terus terang, saya mulanya agak skeptikal oleh kerana terlalu sedikit yang di tulis di akhbar-ahkbar. Tetapi sekarang saya sedar dan saya telah pulang dengan amanah penduduk dari Maluku untuk menyebarkan yang benar berkenaan peperangan yang berlaku disana. Jika sekiranya anda memikirkan Kosova adalah teruk, cubalah bayangkan berada di kawasan yang lebih dahsyat dari itu. Ini adalah peperangan yang dicetuskan dan dimulakan oleh konspirasi antarabangsa.

Secara geografi, adalah berkemungkinan besar setelah kejatuhan Timor Timor ke tangan orang Kristian, Maluku, Sulawesi dan jika kita tidak berhati-hati Malaysia Timur juga akan terikut sama. Ini akan membentuk satu penghadang kepada negara seperti Australia dan Barat.

Peperangan ini bermula dengan seruan Paderi Besar Maluku untuk menghapuskan orang Islam dan menghalau Islam keluar dari Maluku yang mana penduduknya 50-50% Islam - Kristian. Orang Islam di Maluku adalah orang yang bertimbang rasa tidak seperti orang Melayu di Malaysia. Mereka tidak pernah menjangkakan perkara ini akan berlaku. Mereka tak pernah menyangka akan diserang pada Hari Raya Aidil Fitri 1999. Mereka tidak pernah menyangkakan akan dibakar hidup-hidup ketika sedang mengerjakan solat tarawih pada bulan Ramadhan yang lepas.

Cuba bayangkan sebuah kawasan yang beribu-ribu orang-orang Islam telah dibunuh. Bukan sahaja dibunuh, dipotong kepalanya dll. Tetapi kemudiannya disiat-siat, hatinya dikeluarkan dan dimakan atau dihancurkan untuk membuat campuran serbuk peluru.

Cuba bayangkan wanita yang dirogol dalam masjid oleh pengganas termasuk paderi mereka yang kemudiannya berkata "enak juga kulit wanita Islam" di hadapan keluarga yang menanti giliran mereka untuk dibunuh. Buah dada mereka dipotong dan dicampakkan seperti permainan 'frisbees' sedangkan mereka terbaring dalam kesakitan menantikan pukulan terakhir yang akan menamatkan riwayat mereka.

Bayangkan seorang imam dibunuh dan dikebumikan yang apabila lubangdigali semula didapati kemaluannya dipotong dan mulutnya disumbat dengan daging babi mentah. Bumi bergegar dan hanya ketentuan Allah yang

menghalang mereka untuk pergi lebih jauh.

Bayangkan kanak-kanak dengan muka kotor dan hingus meleleh pada muka yang kering serta tak terurus memegang tangan anda dan merengek ibu...lapar bu... ngak makan 3 hari ibu..." Bayangkan makanan yang mengandungi hanya nasi kosong dan jika bernasib baik dengan lauk kuah indomie atau jika benar-benar mewah sekeping ikan tongkol yang kecil.

Bayangkan mujahid yang berani berjalan dengan anak panah dan lembing di bahu, lengan, kaki tanpa rasa gentar atau menangis tetapi sebutan kalimah "Allahu Akbar" di bibir mereka. Bayangkan kanak-kanak berumur 8 tahun berjuang kerana Allah dan apabila itanya mengapa, menjawab "ngak guna hidup... mereka injak-injakkan agama suci kita"...

Bayangkan ribuan pelarian tiba di pesisiran Ternate dengan guni yang penuh dengan kepunyaan mereka dan jika bernasib baik, tidur di tangga-tangga masjid yang sesak dan di tempat-tempat pelarian. Bayangkan ribuan pelarian berhimpit-himpit di gudang pengeringan cengkih.

Udara didalamnya yang panas dan menyesakkan. Beberapa kanak-kanak dengan demam panas terbaring pada cebisan kayu yang keras yang mereka panggil rumah sekarang Bayangkan orang yang sakit dan cedera dirawat dilantai-lantai masjid dan kawasan sementara yang dinding-dindingnya pecah disokong oleh jejari basikal dan besi-besi cerucuk. Luka dibalut dengan madu dan kain. dengan izin Allah, luka tersebut sembuh dan penyatuan tulang berlaku). Bayangkan doktor-doktor Kristian pada beberapa tahun yang lepas telah menjadikan misi hidup mereka untuk membunuh bayi-bayi Islam yang baru dilahirkan atau melakukan pemotongan 'caesarean' untuk membendung pertambahan masyarakat Islam.

Bayangkan semua ini wahai saudara dan saudari. Inilah yang kami hadapi dan dengar. Nampaknya macam terlalu sedikit yang boleh kami tawarkan tetapi alhamdulillah, kehadiran kami sahaja telah cukup untuk memberikan ketenangan kepada mereka. Kami kelihatan hampir serupa. Bercakap bahasa yang juga hampir sama dan kami menyembah Tuhan yang sama. Mereka mahu kami membawa kembali berita yang berat sebelah dan peperangan yang ganas kepada anda semua dan seluruh umat Islam di dunia ini.

Duit yang kami kumpulkan diberikan untuk membayar duit muka

untuk membeli sebuah rumah yang elok untuk dijadikan pusat kesihatan bagi merawat mujahidin dan juga pelarian. Ketika saya menulis ini, Wan Hazmy dan Al-Amin tentu sedang sibuk berpindah masuk ke dalam bangunan dan menyiapkan persedian untuk menerima pesakit. Ketika saya menulis ini juga, tentera Islam sedang memasuki dan mengambil kawasan di Ambon dan utara Halmahera Percayalah, ini bukanlah peperangan berkenaan kawasan atau bangsa. Ini adalah jihad sebenar menentang musuh Allah. Tidak seorang pun yang kami temui bercakap mengenai harta mereka yang hilang tetapi bercakap

mengenai peperangan menentang musuh Islam.

Mereka memerlukan pertolongan kita. Mereka memerlukan duit dan juga kekuatan, kepakaran dan doa kita.. Tolonglah bantu kami untuk membantumereka. Pakar Bedah terutamanya Ortopedik. Kami perlu membentuk satu pasukan. Pusatnya ialah di Pulau Ternate, 100% muslim dan selamat.

InsyaAllah. Ianya sebuah pulau yang cantik dan jetinya seperti akuarium dengan air jernih dan ikan berwarna-wani dibawahnya..

Tolong hubungi Azhar, saya atau Zaleha untuk menawarkan perkhidmatan anda..

Kami merasakan keutamaan adalah untuk menjaga mujahidin kerana kepakaran perubatan kami. Jika anda merasa takut. Ingatlah masa kematian kita telah tertulis, tidak sesaat cepat atau lambat. Sesungguhnya mati untuk jihad di jalan Allah adalah sebaik-baiknya.

Wassalam.

khlas drpd : Dr. Jemilah Mahmood, MERCY

karnival halal kelate..

KARNIVAL HALAL KELANTAN 2006
Balai Islam, Lundang

Banyak aktiviti disediakan untuk anda!

JUALAN DAN PAMERAN PRODUK HALAL

FESYEN BUSANA MUSLIMAH

WACANA HALAL & KEPENGGUNAAN

HIBURAN NASYID

WAYANG KULIT

DIKIR BARAT

PERTUNJUKAN KERETA KAWALAN JAUH

PERTUNJUKAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI

KHIDMAT NASIHAT HALAL

DAN PALING GAH!

FORUM HALAL : MENCARI YG HALAL SATU KEFARDHUAN

Membariskan ahli panel terkenal

YB Dato├»¿½ Seri Harussani Zakaria
Mufti Perak
Ybhg. Dato├»¿½ Dr. Maamor Othman
PPIM

Wednesday, November 01, 2006

Walaupun jauh tak semestinya jauh

walaupun dekat tak semestinya dekat

kita makhluk ada rasa ada jiwa ada gelora

Andai titip tiada makna ini tidak enak dikecap dengan lidah rasa

bermakna tuan masih belum menerima aku sebagai diriku

Diri ini tidak sehebat segandingan tuan..

Tuesday, October 31, 2006

Artikel saya..

Emm.. saya dah janji akan meletakkan di sini artikel saya.. Saya cuba menunaikan kata itu.. Artikel ini tidaklah hebat mana, masih malu-malu menunjuk taring.. saya masih baru bertatih. Jadi banyak silap mungkin ada di mana-mana, kalau ada teguran janganlah segan untuk menyatakan. Saya berseedia menerima komentar dan kritikan..

Artikel ini disiarkan di Dewan Agama dan falsafah ,November 2006.. saya hanya ambil sebahagian sahaja.. kasi surprise.. kalaua nak penuh, sila dapatkan DAF bulan ini. Jangan ketinggalan. Sekurang-kurangnya kita mengisi rumah dan minda kita dengan bacaan berfaedah untuk adik-adik dan anak-anak kita..

Keunikan Tulang Lambang Kehebatan ALLAH

Persis rumah tanpa tiang, ia akan roboh dan persis pokok tanpa batang, akan rebah. Begitulah juga jika manusia tiada tulang. Ia tidak mampu berdiri, duduk dan tidur. Tidak mampu mengerdip mata malah tersenyum. Malah semua anggota badan akan terkulai layu.

Apa akan terjadi kepada otak jika tidak dilindung oleh tulang tengkorak? Bagaimana jika kepala anda terhantuk ke dinding dengan kelajuan 20km/j? Mungkinkah anda masih boleh berfikir dengan waras? Atau darah akan mengalir tanpa henti menyebabkan anda tidak dapat mengingat segala perkara ….

Itulah bukti betapa hebat dan teraturnya penciptaan tubuh anda, menandakan hebatnya Sang Pencipta dan betapa lemah dan hinanya seorang manusia hamba tanpa persandaran kepadaNya Yang Maha Esa. Di dalam al-Quran, Allah menyuruh kita melihat dan memerhati tentang diri kita, ( wa fi anfusikum afala tubsirun..) bermaksud “ dan di dalam diri kamu apakah kamu tidak memerhatikannya? Allah menyuruh kita berfikir walaupun dengan hanya melihat kepada diri sendiri, kerana di sana terbukti kehebatanNya sebagai pecipta Yang Maha Bijaksana.

Maha Suci Allah yang Maha Besar KeagunganNya. Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan kekuatan daripadaNya. Dia mengetahui segala rahsia yang tersembunyi. Dia Yang menciptakan, menghidupkan dan mematikan. Dan Dia mengaturkan kerajaanNya dengan sendirinya tanpa memerlukan perundingan dan pertolongan sesiapa.

Di antara tanda-tanda kekuasaan Allah adalah diri kita sendiri. Kita umpama sebuah mesin. Di dalam tubuh kita terkandung sistem-sistem yang komplikated yang sentiasa patuh melaksanakan amanah daripada Allah. Sistem yang wujud dalam badan kita begitu banyak sekali. Antara sistem utama badan adalah sistem otot, saraf, rangka, peredaran darah dan pencernaan. Semuanya bekerja secara sinergi ( bekerjasama) dan tidak pernah curi tulang. Andaikata suatu hari jantung anda ambil cuti untuk jangkamasa lima minit sahaja, nescaya akan rebahlah anda.

Sistem tulang juga adalah lambang kehebatan Allah. Tulang terdapat di mana-mana. Manusia dewasa mempunyai 206 batang tulang pada badannya. Tulang bukan sekadar batang berongga tapi ia suatu makhluk Allah yang begitu penting. Tulang memberi sokongan dalaman kepada manusia selain berfungsi sebagai tapak perlekatan otot untuk membolehkan kita bergerak. Tulang juga berfungsi melindungi organ dalaman yang sensitif seperti otak, peparu dan limpa dengan membentuk tulang tengkorak dan tulang rusuk.

Kita patut bersyukur dengan tubuh badan yang diberikan Allah. Walaupun ia hanyalah pinjaman sementara, kita kena menghargai dan menjaganya dengan baik. Ia adalah amanah dari Allah kepada kita. Kelak, semua amanah ini akan dipersoalkan.

Dalam tulang ..

Apa ada pada tulang? Melihat kepada tulang, tiada apa yang menarik melainkan ia hanyalah sebatang silinder putih yang berbonjol di hujung. Tapi melalui penafsiran bidang kaji tisu ke atas tisu tulang, kita dapat merungkai kehebatannya. Cuba lihat kepada tisu-tisu tulang. Ia terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu lapisan dalam dan lapisan luar. Lapisan luar tulang yang boleh kita lihat adalah dibuat daripada bahan yang keras dan ia dikenali sebagai tulang padat. Di dalamnya terdapat lapisan tulang kurang padat yang lebih ringan. Di dalamnya pula terkandung sumsum yang melakukan proses penghasilan bermilion sel darah baru setiap minit.

Menjelajahi lagi sistem tulang padat, kita akan mendapati ia terbina daripada banyak sel kompleks yang berhimpun secara padat tanpa membiarkan satu ruang pun tersia. Kalau ada pun ruang kosong, ia akan diisi oleh bahan perantara khas, dikenali sebagai matriks tulang.

Tulang mengandungi garam organik dan garam tak organik seperti kalsium fosfat, kalsium karbonat, dan sedikit kalsium fluorida serta magnesium fluorida bagi membuatkannya kuat dan tegar. Disisipkan juga serat berkolagen untuk kekuatan dan ketahanan tulang.

Di dalam proses penghasilan tulang, kalsium diperlukan. Sebab itu kita perlu mengambil kuantiti kalsium yang cukup. Baginda Rasulullah s.a.w mengajarkan umatnya akan hal ini. Baginda mengamalkan mengambil susu suam setiap malam sebelum tidur. Setiap apa yang dilakukan baginda adalah hadith. Banyak pelajaran di dalamnya supaya kita menjadi hamba yang tahu bersyukur.

Secara mikroskopik, ciri tulang yang paling istimewa adalah strukturnya. Struktur tulang begitu unik dan menarik. Tulang adalah himpunan sel yang tersusun secara lapisan selari yang membentuk silinder berongga di tengah. Rongga ini dikenali sebagai sistem Havers atau sistem Osteon. Di tengah-tengah sistem Havers terdapat terusan yang selari dengan kepanjangan tulang dikenali sebagai terusan Havers. Terusan Havers bertugas membawa bekalan darah dan saraf kepada tulang. Di ruang kosong di celah Sistem Havers ini terdapat pula fragmen pelbagai bentuk dan saiz yang dikenali sebagai interstis. Fragmen Interstis menyebabkan komponen tulang menjadi semakin padat dan kuat.

Sel-Sel Tulang

Melihat kejadian diri sendiri, rasa takjub menjalar ke sanubari, membangkit rasa kehambaan pada hati. Bagi orang mukmin bijaksana, rasa takjub ini menambahkan lagi keimanan mereka.

Dari segi sel, tulang mempunyai tiga jenis sel yang saling berkait antara satu sama lain dikenali sebagai osteoblas, osteosit dan osteoklas. Sel osteoblas adalah sel utama tulang dan apabila matang ia dikenali sebagai sel osteoklas. Apa yang membezakannya, sel osteoblas terlibat dalam proses pembentukan tulang dan mempunyai bentuk yang bermacam-macam , seperti kuboid dan bentuk piramid yang tersusun sebagai satu lapisan .

Suasana di persekitaran tisu tulang adalah keras dan kering umpama di Gurun Sahara. Maka, sel tulang ditempatkan di dalam ‘rumah’ bagi mengelakkannya terhimpit dan rosak. Rumah itu digelar lakuna.

Sel Osteosit pula adalah sel osteoblas yang terperangkap di dalam matriks tulang. Kandungan keduanya adalah sama. Osteoklas pula adalah sel yang besar dan mempunyai nukleus yang banyak.

Bagaimana tulang bekerja

Betapa bijaksanaNya Dia. Dia menjadikan Tulang dengan struktur yang kuat tetapi ringan. Dengan sifat inilah, maka kita tidak perlulah berjalan dengan memikirkan beban tulang yang harus kita pikul. Kita boleh berjalan tanpa teringat pun bahawa kita mempunyai tulang di bawah lapisan kulit, lemak dan otot. Walaupun kita sering terlupa adanya tulang, tapi tulang tak pernah mungkir. Tulang bekerja untuk kita.

Ada tulang yang panjang yang membolehkan kita berjalan dan berlari dan ada juga tulang yang pendek yang membolehkan kita menggenggam, memegang dan melakukan segala rutin harian kita seperti tulang di bahagian tangan. Apabila otak menerima mesej lalu mentafsirkannya, dan hati membenarkan lalu dengan tarikan otot dan gerak kerja sistem saraf, maka tulang boleh bergerak. Dengan tibia, fibula, femur di kaki dan 26 batang tulang di tapak kaki, kita mampu melangkah. Tetapi tiada apa yang mampu kita buat tanpa izin Allah. Dengannya kita boleh bersedekah dan dengannya juga kita melakukan maksiat.



sambungan.. osteoporosis, makanan tulang dll...


Syukran ala kulli hal wa fi kulli hal..
Allahu a'lam

Tuesday, September 12, 2006

Kembalikan..

Hujan lebat membebat. Awan berselindung cair satu-persatu dipaksa menjadi air. Terjurai airmata awan. Simbah ke bumi menyembah laluan sungai. Aku masih kaku di bawah selimut. Tidur. Aku demam ayam. Tidak panas tidak sejuk. Tapi kepala memberat. Setelah menulis hampir separuh cerpen, aku keletihan. Aku tidur. Sedar saja sudah empat jam aku di alam mimpi yang penuh teka teki. Wow dahsyat…

Sudah tiga hari aku bersedih. Mujurlah kesedihan itu luput setelahku bangkit dalam kepayahan menyembahNya. Jam 3 pagi.. aku mohon padaNya bantuan di kala memerlukan, kekuatan di kala aku kelemahan. Kadang-kadang serasa tidak mampu.

Aku runsing benar. Barangku dipinjam orang, belum dipulangkan. Aku memerlukan barang itu. Aku perlu sangat. Sudah lama benar barang berharga itu dipinjaminya, sudah lebih dua tahun, mungkin sekarang sudah hampir tiga tahun. Bila mahu pulangkan? Takkanlah aku mahu merayau-rayau dan berterbangan di sekitar rumahnya umpama pontianak harum sundal malam. Mengekek di atas pohon tapi sesekali menangis sayu minta dipulangkan barang. Gilakah begitu? Atau macam mana harus aku minta padanya. Tidak tahu, sungguh tidak tahu. Bagaimana harus aku meminta kembali darpadanya supaya dia memulangkan barangku.

Barangku cuma satu. Tapi tanpa aku sengaja aku telah meminjamkannya. Dia mengambilnya tapi tiba-tiba kami terputus hubungan secara mendadak. Pada mulanya aku biarkan saja, tapi baru aku sedar barangku tiada bersamaku rupanya. Aku runsing benar. Barangku kehilangan dari tangan. Aku telah simpannya di tempat paling selamat. Tiada siapa aku benar menyentuhnya. Tapi dia seorang ini bijak benar memujuk. Tanpa sedar aku telah meminjamkannya.

Aku dihujani mesej dari seorang sahabat. Aku berduka dengannya, sudah putuskan tali persahabatan. Tidak mahu mengakui aku kawan? Ahh.. maafkan aku kawan. Aku sahabat jahat. Tidak mampu memenuhi segala permintaan. Hanya mampu mengintai dari kejauhan. Dia memesejku. Minta dikembalikan novel ‘Tunggu Teduh Dulu’. Aku akan pulangkannya segera, tapi maafkan aku, sekarang aku di negeri orang. Nanti pulang ke Kelantan, akan ku jejak Bukit Marak menghulur kembali novel yang telah aku pinjam sambil menghulur tali persahabatan. Aku malu alah. Memujuk orang yang tak sudi. Tiadakah maaf untukku kawan? Jika kau tahu keadaanku sebenar, mungkin kau sudi memaafkan..

Ya, aku akan pulangkan novel itu. Aku akan memberinya dengan cara yang paling baik sekali. Supaya tiada luka kembali terhiris. Dan menjahit jurang yang menitiskan airmatanya.

Barangnya boleh aku pulangkan. Kalau novel, baju , kain, buku masih boleh kupulangkan. Tapi bagaimana dengan barang aku. Mahukah kawan aku yang sorang itu memulangkan kembali padaku. Bagaimana mungkin. Aku tidak pasti. Perbalahan antara aku dengannya akibat fitnah berjela-jela dari seorang perempuan bongak. Lalu aku mempercayai kata-katanya. Aku keliru siapa penipu. Lalu tiba-tiba datang banjir besar membawa aku ke sini. Aku tidak mampu melawan, umpama tsunami hebatnya. Aku terputus dengannya sebelum dia sempat memulangkan barangku.

Pulangkanlah.. kerana aku tidak mampu bergembira tanpanya.

Pulangkanlah.. kerana barang itu cuma satu, tiada ganti.

Pulangkanlah.. tolong pulangkan.. tiada upaya aku meminta lagi.

Friday, September 08, 2006

Ratapan buat ayah..

Walaupun kisah ini hanya aku copy, tapi ia sejalur dengan hati aku, ratapannya ratapanku, dan rindu anak kecil itu adalah rinduku.. tangisannya milikku.



Sore itu Hasan al-Bashri sedang duduk-duduk di teras rumahnya. Rupanya ia sedang bersantai makan angin. Tak lama setelah ia duduk bersantai, lewat jenazah dengan iring-iringan pelayat di belakangnya. Di bawah keranda jenazah yang sedang diusung berjalan gadis kecil sambil terisak-isak. Rambutnya tampak kusut dan terurai, tak beraturan.

Al-Bashri tertarik penampilan gadis kecil tadi. Ia turun dari rumahnya dan turut dalam iring-iringan. Ia berjalan di belakang gadis kecil itu. Di antara tangisan gadis itu terdengar kata-kata yang menggambarkan kesedihan hatinya. “Ayah, baru kali ini aku mengalami peristiwa seperti ini.” Hasan al-Bashri menyahut ucapan sang gadis kecil, “Ayahmu juga sebelumnya tak mengalami peristiwa seperti ini.”

Keesokan harinya, usai salat subuh, ketika matahari menampakkan dirinya di ufuk timur, sebagaimana biasanya Al-Bashri duduk di teras rumahnya. Sejurus kemudian, gadis kecil kemarin melintas ke arah makam ayahnya. “Gadis kecil yang bijak,” gumam Al-Bashri. “Aku akan ikuti gadis kecil itu.”

Gadis kecil itu tiba di makam ayahnya. Al-Bashri bersembunyi di balik pohon, mengamati gerak-geriknya secara diam-diam. Gadis kecil itu berjongkok di pinggir gundukan tanah makam. Ia menempelkan pipinya ke atas gundukan tanah itu. Sejurus kemudian, ia meratap dengan kata-kata yang terdengar sekali oleh Al-Bashri. “Ayah, bagaimana keadaanmu tinggal sendirian dalam kubur yang gelap gulita tanpa pelita dan tanpa pelipur? Ayah, kemarin malam kunyalakan lampu untukmu, semalam siapa yang menyalakannya untukmu? Kemarin masih kubentangkan tikar, kini siapa yang melakukannya, Ayah? Kemarin malam aku masih memijat kaki dan tanganmu, siapa yang memijatmu semalam, Ayah? Kemarin aku yang memberimu minum, siapa yang memberimu minum tadi malam?

Kemarin malam aku membalikkan badanmu dari sisi yang satu ke sisi yang lain agar engkau merasa nyaman, siapa yang melakukannya untukmu semalam, Ayah?” “Kemarin malam aku yang menyelimuti engkau, siapakah yang menyelimuti engkau semalam, ayah? Ayah, kemarin malam kuperhatikan wajahmu, siapakah yang memperhatikan tadi malam Ayah? Kemarin malam kau memanggilku dan aku menyahut penggilanmu, lantas siapa yang menjawab panggilanmu tadi malam Ayah? Kemarin aku suapi engkau saat kau ingin makan, siapakah yang menyuapimu semalam, Ayah? kemarin malam aku memasakkan aneka macam makanan untukmu Ayah, tadi malam siapa yang memasakkanmu?”

Mendengar rintihan gadis kecil itu, Hasan al-Bashri tak tahan menahan tangisnya. Keluarlah ia dari tempat persembunyiannya, lalu menyambut kata-kata gadis kecil itu. “Hai, gadis kecil jangan berkata seperti itu. Tetapi, ucapkanlah, “Ayah, kuhadapkan engkau ke arah kiblat, apakah kau masih seperti itu atau telah berubah, Ayah?

Kami kafani engkau dengan kafan yang terbaik, masih utuhkan kain kafan itu, atau telah tercabik-cabik, Ayah? Kuletakkan engkau di dalam kubur dengan badan yang utuh, apakah masih demikian, atau cacing tanah telah menyantapmu, Ayah?”

“Ulama mengatakan bahwa hamba yang mati ditanyakan imannya. Ada yang menjawab dan ada juga yang tidak menjawab. Bagaimana dengan engkau, Ayah? Apakah engkau bisa mempertanggungjawabkan imanmu, Ayah? Ataukah, engkau tidak berdaya?”

“Ulama mengatakan bahwa mereka yang mati akan diganti kain kafannya dengan kain kafan dari sorga atau dari neraka. Engkau mendapat kain kafan dari mana, Ayah?”

“Ulama mengatakan bahwa kubur sebagai taman sorga atau jurang menuju neraka. Kubur kadang membelai orang mati seperti kasih ibu, atau terkadang menghimpitnya sebagai tulang-belulang berserakan. Apakah engkau dibelai atau dimarahi, Ayah?”

“Ayah, kata ulama, orang yang dikebumikan menyesal mengapa tidak memperbanyak amal baik. Orang yang ingkar menyesal dengan tumpukan maksiatnya. Apakah engkau menyesal karena kejelekanmu ataukah karena amal baikmu yang sedikit, Ayah?”

“Jika kupanggil, engkau selalu menyahut. Kini aku memanggilmu di atas gundukan kuburmu, lalu mengapa aku tak bisa mendengar sahutanmu, Ayah?” “Ayah, engkau sudah tiada. Aku sudah tidak bisa menemuimu lagi hingga hari kiamat nanti. Wahai Allah, janganlah Kau rintangi pertemuanku dengan ayahku di akhirat nanti.”

Gadis kecil itu menengok kepada Hasan al-Bashri seraya berkata,”Betapa indah ratapanmu kepada ayahku. Betapa baik bimbingan yang telah kuterima. Engkau ingatkan aku dari lelap lalai.”

Kemudian, Hasan al-Bashri dan gadis kecil itu meninggalkan makam. Mereka pulang sembari berderai tangis.

Sumber: Mutiara Hikmah dalam 1001 Kisah (Al-Islam)

Wednesday, August 16, 2006

Akhirya....


Sebenarnya, aku tidaklah suka menulis berkaitan peribadiku untuk dibaca secara umum.. sebab aku sedikit perahsia orangnya.. aku lebih suka berkias atau melarikan diri dari subjek kisah hidupku... mungkin laluan hidupku semenjak merah hingga tua berjanggut begini sedikit berbeza dari orang lain.. dan aku punya ceritaku tersendiri..

Tapi sekarang aku sedikit gundah.. aku dirundung sebak.. walaupun sepatutnya aku bergembira.. Ya! aku gembira dalam sedih. aku memerlukan tempat untuk meluahkan kegusaranku..

Sabtu lepas, 12 Ogos 2006, aku dinobatkan antara 66xx pelajar Universiti Malaya sebagai graduan
TAHNIAH buat diriku!
TERIMA KASIH kepada ibuku!
dan Terimakasih juga kepada sahabat-sahabat yang menemaniku sepanjang menuntut ilmu..


Resultku cukup2 makan je...



Sepatutnya aku syukur...
kerana aku memang tak nak masuk universiti...
Suatu hari di matrikulasi, aku mengadu padA HEM, 'saya tak larat belajar..boleh tak saya taknak apply univ?' cikgu memujukku masuk saja univ,then first semester, aku mintaklah cuti...
begitulah aku berbuat. tapi sayangnya sistem sudah berubah. first sem memang tak boleh amik cuti melainkan cuti sakit.. aku kena bawa bukti dari UM Medical Centre... aku terkedu lagi.. aku masih ingat begitu sukar prosesnya berlaku.. begitu banyak ralatnya terpaksa aku lalui..

Aku sepatutnya bersyukur... kerana akhirnya...
Dengan 'silap mataku' kepada UM, penyakit sebenarku di detect. dari dulu lagi doktor cari sebab tapi tidak ketemuan. macam2 aku disuspectnya...
dan ketemuan ini membolehkan aku menikmati ubat yang tepat..dengan sakitku.. tapi hanya untuk sementara.. aku tak mahu sarafku tertipu dengan dadah yang suka menjerat.

Ah..itu cerita lepas.. semua kesakitan, tekanan, kesedihan, telah aku tempuhi di Uniperdana ini.. biarpun aku bersendirian... aku berjaya melaluinya.. Aku pernah ditahan belajar sekali lagi setelah mesyuarat dekan2 meneliti medical reportku.. orang ber'virus' sepertiku lebih baik rehat dirumah... lantas aku ditawarkan 'menarik diri dari semester'..

Sakit yang tak reti aku huraikan... segalanya terjilid menjadi satu.. menjadi diriku... menjadikan aku bengong! ha ha.. sememangnya aku cukup merana... melihat dari jauh orang selalu bersangkakan aku sombong, tapi aku sedang sengsara..

Tapi bukan itu yang aku sedihkan sekarang...
Sekarang timbul lagi satu masalah... ianya rentetan kisah lepas.. kisah kepeningan tahap maksimum..


Sekarang, walaupun aku bergembira mendapat skrol kosong dari YM Toh Puan Aisyah Ong,Pro Canselor UM, tapi aku bergulat dengan pilu lantaran aku tak dapat mengambil transkrip akademikku.. aku begitu perlukan transkrip sesegera mungkin.

Aku mahu berjumpa Prof Jefri Malin mengunjukkan transkrip yang sepatutnya aku serahkan 3 bulan lepas.. tapi ia masih tertunda.. dan aku tak tahu sampai bila.. bila waktu boleh aku dapatkannya kembali.. selagi itulah cita2 untuk sambung master tak akan tertunai...

airmata mengalir juga... selepas bertegang dengan pihak bendahari.. bukan salahku.. tapi aku bersalah juga dalam hal ni.. apa boleh buat... taik kambing memang bulat.. dan aku tak mampu untuk membayar yuran untuk kali kedua..kalau seratus dua bolehlah.. tapi nilainya rm983.40..

Ahhh... Tuhan tolong hambaMu ini!



Aku tahu, dalam kalutku Tuhan sudah menolongku...
malam sebelum aku naik pentas, aku berasa begitu risau entah kenapa. tidak pernah aku tidak daat melelapkan mata seperti malam itu. aku temankan kakakku menjawab soalan teka silang kata kegemarannya sehingga jam 1.30 pagi.. tapi aku tak dapat tidur hinggalah pukul 5.00.

Sepanjang jalananku, aku membaca ayat amalanku... dan Tuhan telah menolongku..

Dia telah menolongku meloloskan diri mengambil jubah tanpa ada masalah, sedangkan sepatutnya aku tak dapat ambil jubah kerana masih berhutang! Tapi sistem UM telah terlepas pandang padaku...alhamdulillah...


Ahh semuanya berhikmah mungkin..
Apakah ini petunjuk untukku tidak tergesa2 menyambung pengajianku sekarang ataupun sekadar ujian penguji ketahanan...

Tuhanku.. berilah aku petunjuk...aku kabur, aku keliru, aku resah dan aku pilu...
Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan kekuatan dariMu.. aku berserah diri..

Sunday, August 06, 2006

Belajarlah Menulis

Supaya sebelum kita mati, kita ada suatu saham untuk ditinggalkan…



Untuk pejuang agama.. belajarlah menulis. Tulislah apa yang baik hari ini, supaya esok ia membentengi kita dari api neraka.


Allah bersumpah, ‘Nun.. Wal qalami wama yasturun..’

Yakni ‘ Demi pena, dan demi apa yang dituliskan..’ .


Allah tidak pernah bersumpah dengan benda yang remeh-temeh. Allah bersumpah dengan perkara yang hebat-hebat belaka. Dengan matahari, dengan bintang, dengan bulan dan dengan masa. Dengan pena, kerana mata pena lebih tajam daripada mata pedang.


Kalau anda seorang yang bijak berpidato, ucapan anda boleh didengar oleh orang-orang yang hadir sahaja. Selebihnya yang tidak mendengar, mereka tidak tahu apa yang anda uar-uarkan. Menulis, hasil tulisan anda boleh dibaca walaupun setelah anda mati.


Bayangkan kalau karya anda mempunyai impak besar, ia akan diulang-cetak berkali-kali dan dibaca oleh ramai orang. Seperti karya Richie Rachman, ‘ Skandal’ yang telah diulang-cetak sebanyak 9 kali. Karya ini menceritakan dengan detail skandal-skandal yang berlaku di kalangan golongan berkolar putih.


Cuba anda bayangkan kalaulah Al-Imam As-Syahid Hassan Al- Banna tidak menukilkan pemikirannya di dalam bukunya, nescaya kita tidak akan memahami sejarah perjuangannya yang menyalakan obor semangat untuk generasi berdekad-dekad selepasnya. Melalui penulisan tentang hati, Imam AL- Ghazali banyak menarik orang yang kecewa dalam hidup mereka dari membunuh diri.


Percayalah, menulis amat hebat kesannya. Kalau tidak, masakan Syed Qutb mati di tali gantung kerana penulisan!


Kalau anda tiada bakat, belajarlah. Belajarlah berdikit-dikit menulis artikel, jurnal, cerpen, novel ataupun puisi. Ramai anak muda yang menulis cerpen, tapi nilai tumpuan mereka terlalu klise, lebih kepada cinta muda-mudi. Mengapa tidak anda yang ‘tahu’ agama menggilap permata itu melalui pena.


Bangkitkan jiwa umat Islam khususnya di watan kita. Kita ummat Muhammad. Kita patut berbangga menjadi ummat Muhammad. Nabi yang teristimewa dari ratusan ribu nabi. Baginda disambut sendiri oleh Allah di Sidratul Muntaha semasa baginda dimi’rajkan. Allah yang memberi salam kepada baginda,


“ Assalamu alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullahi wa barakatuh”

(“Selamat ke atas kamu wahai nabi dan rahmat Allah serta barakahNya ke atasmu..”)


Nabi menjawab dengan penuh bijaksana,


“ Assalamualaina wa ‘ala ibadillahs solihin”

(“Selamatlah ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yan soleh..”)


Baginda nabi mengimamkan solat yang dimakmumi nabi-nabi lain semasa di Masjidil Aqsa pada malam Isra’ dan Mi’raj. Bahkan Nabi Musa yang begitu gembira bertemu dengan baginda memohon untuk menjadi ummat Muhammad. Betapa hebatnya Nabi kita. Maka kita kena jadi ummat yang hebat.


Bagaimana mahu bangkit sedangkan jiwa kita lebur. Kita ralik menonton wanita yang berpakaian tapi telanjang.


Tulislah. Belajarlah menulis supaya kita mampu menyedarkan ummat ini tentang agenda musuh untuk menjahannamkan Islam. Mereka merosakkan sistem pendidikan kita sehingga kita lupa adaNya Allah dalam Biologi, Fizik dan Kimia.


Kita terlupa sel-sel ditubuh kita setiap hari bekerja. Kita terlupa membayar mereka. Kita sangka mereka berkerja secara semulajadi tanpa arahan sesiapa. Kita lupa bahawa mereka patuh kepada Allah kerana itulah yang disogokkan ke dalam mentaliti kita.


Islam Liberal berkembang dengan pesatnya melalui tulisan pendokongnya. Nak terima apapun perlu dengan akal logik sahaja. Yang bercanggah dengan akal ditolak ke tepi. Mereka menterjemah al-Quran ikut nafsu.


Kita insaf apabila berita di kaca televisyen memaparkan kekejaman ke atas Palestin dan Lubnan. Tetapi apabila habis berita, kita ralik dengan Dunia Anita, Pearl Screen, Mega Movie, Mentor dan Akademi Fantasia.


Kita terlupa seharusnya kita berdoa qunut nazilah untuk mereka. Kita patut bersolat hajat beramai-ramai dan menyuburkan semangat jihad yang sudah dibuang daripada sistem pendidikan kita. Kerana mereka saudara kita. Kerana darah mereka darah kita dan maruah mereka adalah maruah kita.


Inilah tugas kita, untuk sedar dan menyedarkan. Qum… Fa anzir! Bangunlah dan peringatkan. Hiduplah dengan mulia dan matilah sebagai syuhada’..


Samhani Ismail

Timbalan Presiden 3

Persatuan Alumni Maahad Muhammadi Negeri Kelantan (AMAL)