Artikel ini disiarkan di Dewan Agama dan falsafah ,November 2006.. saya hanya ambil sebahagian sahaja.. kasi surprise.. kalaua nak penuh, sila dapatkan DAF bulan ini. Jangan ketinggalan. Sekurang-kurangnya kita mengisi rumah dan minda kita dengan bacaan berfaedah untuk adik-adik dan anak-anak kita..
Keunikan Tulang Lambang Kehebatan ALLAH
Persis rumah tanpa tiang, ia akan roboh dan persis pokok tanpa batang, akan rebah. Begitulah juga jika manusia tiada tulang. Ia tidak mampu berdiri, duduk dan tidur. Tidak mampu mengerdip mata malah tersenyum. Malah semua anggota badan akan terkulai layu.
Apa akan terjadi kepada otak jika tidak dilindung oleh tulang tengkorak? Bagaimana jika kepala anda terhantuk ke dinding dengan kelajuan 20km/j? Mungkinkah anda masih boleh berfikir dengan waras? Atau darah akan mengalir tanpa henti menyebabkan anda tidak dapat mengingat segala perkara ….
Itulah bukti betapa hebat dan teraturnya penciptaan tubuh anda, menandakan hebatnya Sang Pencipta dan betapa lemah dan hinanya seorang manusia hamba tanpa persandaran kepadaNya Yang Maha Esa. Di dalam al-Quran, Allah menyuruh kita melihat dan memerhati tentang diri kita, ( wa fi anfusikum afala tubsirun..) bermaksud “ dan di dalam diri kamu apakah kamu tidak memerhatikannya? Allah menyuruh kita berfikir walaupun dengan hanya melihat kepada diri sendiri, kerana di
Maha Suci Allah yang Maha Besar KeagunganNya. Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan kekuatan daripadaNya. Dia mengetahui segala rahsia yang tersembunyi. Dia Yang menciptakan, menghidupkan dan mematikan. Dan Dia mengaturkan kerajaanNya dengan sendirinya tanpa memerlukan perundingan dan pertolongan sesiapa.
Di antara tanda-tanda kekuasaan Allah adalah diri kita sendiri. Kita umpama sebuah mesin. Di dalam tubuh kita terkandung sistem-sistem yang komplikated yang sentiasa patuh melaksanakan amanah daripada Allah. Sistem yang wujud dalam badan kita begitu banyak sekali. Antara sistem utama badan adalah sistem otot, saraf, rangka, peredaran darah dan pencernaan. Semuanya bekerja secara sinergi ( bekerjasama) dan tidak pernah curi tulang. Andaikata suatu hari jantung anda ambil cuti untuk jangkamasa
Sistem tulang juga adalah lambang kehebatan Allah. Tulang terdapat di mana-mana. Manusia dewasa mempunyai 206 batang tulang pada badannya. Tulang bukan sekadar batang berongga tapi ia suatu makhluk Allah yang begitu penting. Tulang memberi sokongan dalaman kepada manusia selain berfungsi sebagai tapak perlekatan otot untuk membolehkan kita bergerak. Tulang juga berfungsi melindungi organ dalaman yang sensitif seperti otak, peparu dan limpa dengan membentuk tulang tengkorak dan tulang rusuk.
Kita patut bersyukur dengan tubuh badan yang diberikan Allah. Walaupun ia hanyalah pinjaman sementara, kita kena menghargai dan menjaganya dengan baik. Ia adalah amanah dari Allah kepada kita. Kelak, semua amanah ini akan dipersoalkan.
Dalam tulang ..
Apa ada pada tulang? Melihat kepada tulang, tiada apa yang menarik melainkan ia hanyalah sebatang silinder putih yang berbonjol di hujung. Tapi melalui penafsiran bidang kaji tisu ke atas tisu tulang, kita dapat merungkai kehebatannya.
Menjelajahi lagi sistem tulang padat, kita akan mendapati ia terbina daripada banyak sel kompleks yang berhimpun secara padat tanpa membiarkan satu ruang pun tersia. Kalau ada pun ruang kosong, ia akan diisi oleh bahan perantara khas, dikenali sebagai matriks tulang.
Tulang mengandungi garam organik dan garam tak organik seperti kalsium fosfat, kalsium karbonat, dan sedikit kalsium fluorida serta magnesium fluorida bagi membuatkannya kuat dan tegar. Disisipkan juga serat berkolagen untuk kekuatan dan ketahanan tulang.
Di dalam proses penghasilan tulang, kalsium diperlukan. Sebab itu kita perlu mengambil kuantiti kalsium yang cukup. Baginda Rasulullah s.a.w mengajarkan umatnya akan hal ini. Baginda mengamalkan mengambil susu suam setiap malam sebelum tidur. Setiap apa yang dilakukan baginda adalah hadith. Banyak pelajaran di dalamnya supaya kita menjadi hamba yang tahu bersyukur.
Secara mikroskopik, ciri tulang yang paling istimewa adalah strukturnya. Struktur tulang begitu unik dan menarik. Tulang adalah himpunan sel yang tersusun secara lapisan selari yang membentuk silinder berongga di tengah. Rongga ini dikenali sebagai sistem Havers atau sistem Osteon. Di tengah-tengah sistem Havers terdapat terusan yang selari dengan kepanjangan tulang dikenali sebagai terusan Havers. Terusan Havers bertugas membawa bekalan darah dan saraf kepada tulang. Di ruang kosong di celah Sistem Havers ini terdapat pula fragmen pelbagai bentuk dan saiz yang dikenali sebagai interstis. Fragmen Interstis menyebabkan komponen tulang menjadi semakin padat dan kuat.
Sel-Sel Tulang
Melihat kejadian diri sendiri, rasa takjub menjalar ke sanubari, membangkit rasa kehambaan pada hati. Bagi orang mukmin bijaksana, rasa takjub ini menambahkan lagi keimanan mereka.
Dari segi sel, tulang mempunyai tiga jenis sel yang saling berkait antara satu sama lain dikenali sebagai osteoblas, osteosit dan osteoklas. Sel osteoblas adalah sel utama tulang dan apabila matang ia dikenali sebagai sel osteoklas. Apa yang membezakannya, sel osteoblas terlibat dalam proses pembentukan tulang dan mempunyai bentuk yang bermacam-macam , seperti kuboid dan bentuk piramid yang tersusun sebagai satu lapisan .
Suasana di persekitaran tisu tulang adalah keras dan kering umpama di Gurun
Sel Osteosit pula adalah sel osteoblas yang terperangkap di dalam matriks tulang. Kandungan keduanya adalah sama. Osteoklas pula adalah sel yang besar dan mempunyai nukleus yang banyak.
Bagaimana tulang bekerja
Betapa bijaksanaNya Dia. Dia menjadikan Tulang dengan struktur yang kuat tetapi ringan. Dengan sifat inilah, maka kita tidak perlulah berjalan dengan memikirkan beban tulang yang harus kita pikul. Kita boleh berjalan tanpa teringat pun bahawa kita mempunyai tulang di bawah lapisan kulit, lemak dan otot. Walaupun kita sering terlupa adanya tulang, tapi tulang tak pernah mungkir. Tulang bekerja untuk kita.
sambungan.. osteoporosis, makanan tulang dll...
Syukran ala kulli hal wa fi kulli hal..
Allahu a'lam