Sunday, August 09, 2009

Konspirasi Selesema Babi Terbongkar!

Pembongkaran mengenai H1N1 sebagai konspirasi Dajjal boleh ditemui di sini Sila klik untuk membaca..

Wednesday, August 05, 2009

H1N1 senjata biologi?

Saya tidaklah mahu menuding jari atau berkata tanpa usul periksa..

Tetapi kemungkinan itu ada..

Kalau diikutkan, ini adalah serangan H1N1 kali kedua.
Pada tahun 1918, H1N1 sudah serang Spain, Mexico..adala dekat dekat 27,500 orang mati. dan mayat mereka yang mati ini dibakar. Pihak yang menyimpan strain virus H1N1 ini hanyalah satu organisasi sahaja iaitu WHO (yang forefront combatting influenza konon-kononnya).

Yelah, kalau sayapun, mestilah saya simpan strain itu, at least sebagai rekod.

Kemungkinan virus ini diklon dan diubah sedikit genetik dia, dan jadilah dia senjata biologi.. kemudian dilepaskan..untuk tujuan2 tertentu.

Seterusnya mewujudkan deep economic crisis, then ekonomi jatuh... so mudahlah saper2 nak beli saham dunia... this is a simple game!

Biasanya, dia ada 3 gelombang.. dan kita sekarang baru berada di gelombang pertama.. gelombang kedua biasanya lebih ramai yang akan mati.. so berawaslah.

Sekali lagi, kita mengambil perlindungan daripada Allah..
Elakkan travelling, ke tempat orang ramai..

(Hmmmm.... takde lagi dengar dengar orang buat solat hajat tolak penyakit ini)

Tuesday, August 04, 2009

Kuarantinkan diri anda

Hari ini saya membatalkan perancangan untuk ke USM Kubang Kerian. Bas saya dijadualkan bertolak 15 minit lagi. Saya tidak berganjak daripada keputusan ini. Batal.

Pagi tadi saya tumpang seorang kawan ke UDM, naik motor kerana tengah hari ini saya akan ke stesen bas seterusnya ke Kelantan. Beg laptop saya pikul, beg pakaian saya kendong. 30 minit di perjalanan rasa kejang jugak kepala lutut, pinggang dan betis...

Petang ini pihsk pengurusan UDM akan mengumumkan universiti akan ditutup ataupun tidak. Telah ada 40 orang lebih pelajar dikuarantin di asrama Gong Badak. Ada yang teruk sehingga muntah-muntah.. Dan di kampus Kota ini pun sudah ada pelajar dan staf yang demam.. termasuklah kawan yang saya tumpangi tadi..

Saya membatalkan perancangan ke Kelantan. Mengelak dan mencegah, atau dengan kata lain, mengkuarantinkan diri sendiri bagi saya itulah yang lebih baik.

Tanda-tanda demam H1N1 :

Demam sehingga suhu 38 darjah ke atas
Sakit tekak
Batuk (plus minus) (sesetengah orang dapat, sesetengah tidak)
Severe cases : muntah

Di hospital pun wad isolasi udah penuh..


Berjaga-jaga:

Minum air putih banyak-banyak. Elakkan minum air batu kerana virus ini sangat optimum pada suhu -4 degree.
Basuh tangan selalu
Berkumur selalu
Pakai mask / purdah
Kalau nak steril lagi elok, guna alkohol 70%


Timbul tanda tanya, benarkah virus ini adalah senjata biologi??