Sunday, December 21, 2008

Rahsia penyembelihan cara Islam

Di pagi raya

Hero smart bersiap siagaAkad jual beli

Hari Raya Aidiladha menyaksikan banyak lembu telah dikorbankan sebagai tanda pengabdian hamba kepada Yang Maha Esa. Orang-orang yang berduit gembira dapat 'memberi' , dan orang-orang susah turut bergembira kerana pada hari itu, mereka akan menerima daging-daging korban untuk dimakan seisi keluarga.

Meyembelih haiwan telah menimbulkan banyak pertikaian di kalangan manusia. Ada yang berpendapat, menyembelih binatang itu kerja zalim. Mereka berkata memberi renjatan elektrik untuk mematikan adalah lebih baik. Namun melalui kajian-kajian saintifik, saintis telah merungkai apa rahsia di sebalik mekanisme penyembelihan yang dianjurkan oleh Islam.

Islam agama fitrah, agama kasih sayang. Islam melarang umatnya menyeksa dan menyakitkan binatang-binatang sebelum menyembelihnya. Dalam sebuah Riwayat oleh Abdul Razak, Umar Al-Khattab pernah melihat seorang lelaki mengikat kaki seekor kambing kemudian mengheretnya ke tempat penyembelihan.

Saidina Umar pun berkata, "Celaka kamu. Bawalah ia ke tempat penyembelihan dengan cara yang baik. Tambahan daripada itu, perbuatan menajamkan pisau di hadapan haiwan yang bakal disembelih juga dilarang oleh agama. Mengikut sebuah riwayat oleh Abdullah bin Abbas, seorang lelaki selepas membaringkan kambingnya, telah mengasah pisau di hadapan kambing itu. Nabi pun berkata,"Apakah kamu hendak membunuhnya dan menjadikannya bangkai? Mengapa kamu hendak mengasah pisaumu sebelum kambing itu dibaringkan?' Hadith riwayat oleh Hakim.

Lihat, betapa Islam mengajar umatnya bersikap belas kasihan hatta kepada haiwan yang tidak mampu mengungkapkan rasa sakitnya kepada manusia. Walaupun mengembek sekuat hati, manusia tak akan faham.


Prosedur sembelihan di dalam Islam

Semasa menyembelih, perlu memutuskan 3 saluran utama. Pertama, salur pernafasan ataupun trakea. Kedua, salur penghadaman atau esofagus. Ketiga, pembuluh darah arteri karotid dan salur darah jagular di bahgian kiri dan kanan haiwan yang disembelih. Yang tidak boleh dipotong adalah saraf tunjang di belakang lehernya.

Pemotongan salur-salur pernafasan dan pembuluh-pembuluh darah ini menyebabkan darah terus melimpah keluar sekaligus menurunkan tekanan darah mengejut di samping menjadikan sistem otak terputus daripada bekalan oksigen dan glukosa. Keadaan ini menyebabkan haiwan itu terus pengsan sebelum sempat merasa sakit diikuti dengan menggelupur beberapa saat. Haiwan itu menggelupur disebabkan otak kehilangan oksigen, bukannya merasa sakit.

Walaubagaimanapun, jantungnya masih terus mengepam darah disebabkan saraf tunjangnya yang mengawal sistem denyutan jantung masih berada dalam keadaan yang elok kerana tidak dipotong.

Di sini kita dapat lihat, agama Islam begitu cermat an mengajak kita menjadi manusia yang cermat di dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Membawa haiwan ke tempat sembelih dengan baik, tidak boleh mengasah pisau di hadapannya, bertakbir sebelum menyembelih, dan menyembelih dengan pantas dengan memutuskan 3 saluran utama seperti yang disebut di atas.

Tahun lepas, saya turut hadir ke tempat orang sembelih lembu. 3 ekor lembu disembelih di tempat yang sama. Lembu pertama nampak relaks-relaks aja. Tak tahu yang da akan disembelih dan dilapah-lapah. Mungkin tahu, tapi masih cool... Lembu yang kedua, masih cool lagi. Tapi lembu yang ketiga, nak menumbangkannya sangat susah. Dia berjalan, cuba melarikan diri. Apabila orang dah menumbangkanya, dia masih menggelepar. Berkali-kali orang bertakbir supaya ia tenang. Lama-lama bila ditepuk-tepuk, barulah ia mengerti. Bahawa ia harus redha.

Begitu juga, semasa saya men'sacrifice mice' iaitu membunuh tikus putih makmal untuk diambil limpanya, tikus-tikus yang pertama hingga ke 3 masih tenang. Tapi selepas mendengar kawan yang digenggaman kami yang berdecit-decit, tikus-tikus yang masih di dalam sangkar mulalah naik runsing dan meliar. Hingga ada yang memanjat sangkar, terjun ke lantai dan bersembunyi. hehe Kalutlah jadinya... hmmm sebenarnya mereka juga ada perasaan. Mereka macam kita juga, makhluk yang dijadikan dengan memiliki perasaan-perasaan seperti takut, suka, sayang, sakit dan sebagainya. Mereka ingin dibelai dan di proses dengan cermat, walaupun mereka hanya akan dijadikan bahan ujikaji, dan sakit mereka yang memberi untung kepada manusia, mereka harus dipertahankan. Saintis tidak boleh melakukan sewenang-wenangnya ke atas kekerdilan mereka.

Ada juga kes yang saya dengar, ada student bukan Islam membunuh tikus dengan menetak di bahagian leher hingga putus dua. Huh..
Post a Comment