Saturday, April 04, 2015

Hikmah memakai tudung

Bismillah 

Indah, cantik dan menenangkan setiap perempuan yang memakai tudung. Itulah nikmat pandangan bagi mata-mata yang memandang. Malah lebih nikmat lagi sesiapa yang mengenakan pakaian tersebut pada dirinya.

Nikmat mata pada pandangan
Nikmat telinga pada pendengaran
Nikmat hidung pada bauan
Dan nikmat tubuh badan pada kesihatan yang berpanjangan

Allah memberikan nikmat-nikmatnya dalam bentuk pelbagai, termasuklah di dalam syariat suruhanNya.

Antara hikmah dan juga nikmat memakai tudung adalah; tudung boleh memelihara mastoid proses iaitu benjolan tulang yg terletak di belakang telinga.



Mastoid proses tempat bergantungnya saraf-saraf dan otot yang menyambungkan kepala dan muka ke beberapa kawasan lain.

Mastoid proses wanita lebih kecil berbanding lelaki. Justeru ia harus dilindungi dengan memakai tudung kepala, melindunginya daripada kesejukan, kepanasan dan tekanan. 

Pemakaian tudung ini  memberikan kesihatan kepada bahagian muka dan kepala serta wajah yang berseri-seri, kekal daripada kedutan.

Inilah sebahagian daripada hikmah memelihara aurat kepala.
Inilah Islam.. agama yang diturunkan untuk seluruh manusia, yang terbaik untuk semua.

10 Mac 2015
Kuantan, The Zenith
Post a Comment