Tuesday, January 12, 2016

Tip bahagia: Laugh yourself LUV yourself


Bismillahirrahmanirraheem
Salam Jumaat Mubarak

Nak kongsikan tip ceria sedikit yang saya dapat daripada seseorang di dalam sesi mesyuarat. Ni tips yang keluar secara tiba-tiba.

Laugh yourself LOVE yourself


:: Bangun pagi, hadap cermin, tengok mata, tengok pipi, tengok hidung, tengok rambut yang kusut, kemudian senyum serta gelakkan diri:: kiki emoticon
Kalau kita sudah cukup gelakkan diri, apabila orang lain gelakkan kita, kita tidak akan terasa apa-apa. "Aku sudah tahu kelemahan aku, pagi tadi aku dah puas gelak pun. Sekarang kau baru nak gelak, haaa gelaklah! Takder maknanya.."

Baik, secara psikologinya ia bermaksud penerimaan terhadap diri. Di dalamnya terkandung perasaan syukur, redha dan kenal kelebihan serta kekurangan diri sendiri. Apabila kita kenal diri sendiri, kita akan mengenal Pencipta kita. Maka daripada sinilah lahirnya keyakinan diri yang mendorong kita untuk lebih maju ke hadapan. Inilah kekuatan spiritualiti berteraskan Islam yang mengambil konsep Ihsan.
Ditambah lagi dengan lafaz doa yang dibaca, "Allah yang telah mencantikkan wajahku, maka indahkanlah perilakuku". Ini adalah satu arahan positif kepada diri sendiri supaya menerima kecantikan diri dan mencantikkan akhlak diri.

Terima diri seadanya, kerana apa yang kita dapat, itulah yang terbaik buat diri kita.
Kalau kita adalah bintang, jadilah bintang yang paling bergemerlapan, kerlipannya paling terang.
Kalau kita adalah rumput, jadilah rumput yang paling indah dipandang, paling nyaman dipijak, paling harum .

Kalau kita adalah kita, hitam, putih, kuning langsat atau sawo matang, itulah yang paling cantik untuk diri kita. Bukan putih sahaja yang indah. Sawo matang itu manis. Hitam juga menawan. Kuning langsat bahkan bak sang puteri di zaman dahulu kala..


Lagipula, kalau kita asyik memuji-muji diri sendiri, nanti kalau ada orang mengejek kita atau sekadar memerli, kita akan cepat lemah jiwa. Sebab kita tidak bersedia menerima kritikan. Jadi, sebelum orang lain kritik kita, kitalah yang harus kritik diri sendiri dulu. Jadilah cermin yang terbaik buat diri sendiri.

Apapun kita menjadi, JADILAH DIRI SENDIRI YANG TERBAIK.

Kun Enti!

No comments: