Tuesday, April 04, 2006

Bicaranya Menusuk Sanubari..

Sebagai seorang yang zuhud, sentuhan lisannya sangat berbekas. Musuh yang bengis bila berdepan dengannya menjadi kelu dan kaku. Beliau menjadi buruan pemerintah yang tika itu menganut ideologi Mustafa Kamal Attaturk yang membawa pemikiran moden sekularisma dan sentiasa menjadikan etika Islam sebagai musuh. Dalam kod etika berpakaian yang ditetapkan oleh pemerintah, pakaian model Uthmani iaitu berserban dan berjubah adalah salah.

Demikian halnya dengan Syeikh Said Nursi, beliau selalu mengenakan pakaian model Uthmani walaupun dimana sahaja beliau berada tanpa merasa gentar walau sedikit. Hal tersebut menyebabkan Gabenor Qasthani, Madhat Alati Oek mengundang beliau ke pejabatnya. Setiabanya Syeikh Said Nursi di sana, Gabenor tersebut marah-marah apabila melihat beliau berpakaian begitu. Beebrapa orang polis berusaha menanggalkan serban di atas kepala beliau sebelum memasuki pejabat Gabenor.

Syeikh Said Nursi tidak mengendahkan mereka sebaliknya masuk ke ruang pejabat Gabenor lantas berkata “ Dengar baik-baik wahai Madhat, bagi diri kita hanya ada tirai yang tipis yang memisahkan antara kita dengan kematian yang kamu takutkan. Jika kita robekkan tirai ini, tentu tidak ada lagi sesuatu apapun yang ditakuti. Dengan demikian, jalankanlah hukuman seperti yang kamu inginkan.”

Gabenor terus pucat lesi tanpa sebarang kata. Beliau terus menekan loceng memanggil pegawainya membawa Syeih Said Nursi pulang, tanpa mampu berkata walau sepatah pun.

Di suatu hari, beliau sedang duduk di dinding benteng Kota Qasthumi sambil menulis majalah An-Nur. Tiba-tiba seorang lelaki mabuk melewati tempat beliau sedang duduk itu lalu berhenti terpaku sambil merenung wajah ulamak besar berpakain serba putih itu. Said Nursi senyum lalu memberi salam kepada lelaki mabuk tersebut sambil berkata, ‘ Pulanglah saudaraku. Mandi dan bertaubatlah kepada Allah, kemudian solatlah’.

Suara yang penuh kasih itu telah meresap masuk menembusi jauh ke dasar hati lelaki mabuk itu. Kelihatan air matanya perlahan-lahan berlinang kemudian beliau menangis meraung–raung.

Penguasa Turki sesungguhnya tidak pernah berpuas hati selagi beliau tidak ditangkap. Tanggal 31 Ogas 1945, sedang beliau menderita kesakitan lantaran termakan racun yang dibubuh dalam makanannya, rumah beliau digeledah oleh pihak polis. Tetapi mereka tidak menemui apa yang dicari melainkan hanya sejumlah karya penulisannya tentang iman, alam akhirat, akhlak dan sejenisnya.

Sebulan kemudian, pada 18 September, rumah beliau digeledah sekali lagi namun masih tiada bahan bukti yang dijumpai untuk membolehkan beliau ditangkap.

Akhirnya, tanpa sebarang alasan munasabah, beliau ditangkap bersama 26 orang murid Madrasah An-Nur dari pelbagai ceruk daerah dan dibawa ke Ankara. Beliau dituduh menubuhkan organisasi bawah tanah, menghasut rakyat agar memberontak kepada pemerintahan sekular, menghina Mustafa Kama Attaturk sebagai Dajjal dan sebagainya.

Setibanya di Ankara, Gabenor Nauzad Tan Daugan meminta agar beliau datang kepadanya. Dalam pertemuan tersebut, Gabenor berdialog tentang pakaian beliau dan meminta agar beliau menukar pakaian Uthmani kepada pakaian ala Barat. Syeikh Said Nursi tetap bertegas dengan pendiriannya. Belia menolak dan mengatakan dirinya telah terikat dengan pakian tersebut dan pakaian ala Barat tidak sesuai untuknya. Beliau menambah, “tentang serban pula, ia tidak akan aku lepaskan kecuali bersama dengan kepalaku ini” , beliau berkata demikian sambil menunjuk ke arah lehernya.

Akhirnya, Gabenor yang terkenal keras dan suka menghambur kata-kata kesat dan menyakitkan meletakkan pistol ke kepalanya dan melepaskan tembakan. Beliau akhirnya mati di hujung lidah seorang ulama besar yang mempertahankan Islam….


Anis Syamila Najman
22 Mac 2006
Pejabat SUK DMPNK

No comments: