Semakin tinggi dos radiasi, semakin teruk kerosakan dialami. Mikrosefali, rekah lelangit, dan terencat akal adalah antara kesan yang diperoleh oleh bayi. Namun, pendedahan kepada kurang 2 milirad dos sinaran tidak mampu memberi kesan teratogenik kepada bayi dalam kandungan.
Bahan Kimia, sudah terang lagi bersuluh adalah mangkin kecacatan. Namun bukan semua bahan kimia dan ubatan merupakan agen teratogen. Banyak bahan kimia yang telah manjalani ujian telah dikaitkan sebagai teratogen yang menyebabkan kecacatan pada bayi. Nikotin antara bahan kimia yang dikenalpasti mampu mengurangkan kadar oksigen yang sampai kepada bayi. Hasilnya, pertumbuhan sel-sel embrio terganggu dan memudaratkan perkembangan mental. Bayi dengan Sindrom Alkohol Fetal pula, iaitu bayi kepada penagih alkohol yang kronik telah lahir dengan pertumbuhan pranatal dan posnatal yang kurang dan terencat akal. Malah mereka turut mengidap penyakit jantung kongenital, hipoplasia maksila dan anomali.
Bahan kimia lain yang turut dikenal pasti menjadi punca kecacatan secara kongenital adalah agen androgenik iaitu hormon yang mempunyai aktiviti pemaskulinan. Hormon-hormon ini adalah seperti progestin dan estrogen yang diguna untuk mencegah kehamilan. Agen antineoplastik iaitu bahan kimia perencat tumor adalah sangat teratogenik. Tidak hairanlah, kerana agen-agen ini merencatkan sel yang membahagi dengan cepat dan digunakan dalam perubatan untuk menghapuskan sel-sel tumor. Selain itu warfarin, marijuana, salisilat, aspirin, ubat penenang dan Asid Lisergik Dietilamide ( LSD ) juga teratogenik. Thalidomide iaitu sejenis ubat penenang juga sangat popular sebagai teratogen yang sangat berpotensi.
Gejala pada bayi thalidomide adalah meromelia, ( misalnya fokomelia atau anggota seperti anjing laut ), amelia ( tiada anggota ) dan mikromelia ( anggota abnormal yang kecil dan / atau pendek ). Thalidomide juga boleh menyebabkan ketiadaan telinga luar dan dalam, kecacatan jantung dan sistem urinari serta penghadaman. Lantas, penjualan thalidomide telah diharamkan penggunaannya pada tahun 1961.
Gejala fokomelia iatu bayi dengan angota yang cacat impak pengambilan ubat penenang Thalidomide.
This is a picture of my thalidomide ! hand, the only fingers that have bone support to the tips are my thumb and index finger, the thumb is relatively normal with a nail. The index finger has only two segments. All the rest have only one segment which only supports two thirds of the finger the rest of the finger is just skin and tissue.
Bayi ini hanya mempunyai 2 ruas pada jarinya. Anggotanya cacat gara-gara pengambilan teratogen oleh ibunya.
Gambara rajah tempoh genting pada fasa pertumbuhan bayi secara berperingkat.
No comments:
Post a Comment