Sesekali, seronok juga boleh bermain-main macam zaman budak budak dulu.. Walaupun aku dah hampir menghabiskan usia remaja, dan sudah bergelar puan pun, perasaan nak main-main bola, bergelak ketawa petang-petang masih ada lagi..
Hari ini, macam biasa,bila suami aku pulang dari schoolnya, kami solat asar berjemaah dan bersiap sedia untuk ke padang. Biasanya aku selesai memasak seawal 530 petang.sebelum pergi riadah kami makan dulu. Tapi hari tidak, sebab aku berpuasa. Walaupun sedikit kepenatan hari ini, basuh kain baju dan mencangkul rumput di belakang rumah, aku masih bersemangat nak main my favourite game... bola tampar.
Aku memang suka sangat main bola tampar. Sejak sekolah rendah lagi. tangan yang lebam sana lebam sini aku tak endah dah. Minggu lepas terkoyak seluar track aku sepanjang 15cm.. panjang tuh.. tengah2 lutut.. nasib baik aku pakai stokin blue black,jadi org tak perasanla seluar aku koyak.. tengah2 semangat nak sambut bola rendah, aku mendudukkan lutut..tiba-tiba 'praaappp'.. hehehe
Aku kekadang malu-malu alah, pi main tengah2 padang usm kkj... muslimin saje...kiri kanan lelaki.... sumpah, kalau aku tak kawin lagi, aku tak jejak dah.. hehe nasib baik aku ada Body Guard. Aku main dengan budak-budak school kimia,iaitu kawan2 suami aku. Mereka tu ada yang tengah buat master, technician, lecturer, staff usm, GA dan RA. ada jugak beberapa orang foreigner yang bersising lengan sama..
Aku bukannya pandai sangat main bola ni, tambah2 time nak spike... aku main sekadar suka suka, belajar bersosial... yang paling lawaknya, aku main bola tampar pakai baju kurung..aku sorang je cenggitu... Ahh.. lebih baik jaga maruah daripada jaga bola,, ke gane??
No comments:
Post a Comment