Monday, April 27, 2009

mengandung lagi>>?

menyelit mencelah kesibukan mencari jurnal mitochondrial diseases....

Antara doa yang paling mengikat saya sehingga membawa saya terbang menjadi tetamu rumah Allah pada tarikh 23 Mac-4 April lepas adalah memohon zuriat yang soleh dan solehah serta toyyibah. Bukan sahaja untuk saya, tetapi membawa bersama harapan kakak dan abang-abang ..

Menanti dengan sabar selama lebih 3 tahun dan sehingga kini masih belum tampak tanda-tandanya, dan saya masih rela menanti. Bukan hanya ini yang saya nanti selama ini. Banyak yang saya nantikan selama saya masih kecil. Menanti kepulangan ayah (walaupun saya tahu ayah sudah meninggal dunia), tapi saya masih menantinya dan mengatakan kepada diri sendiri bahawa ayah ke Kuala Lumpur, seperti biasa. ) Dari umur 7 tahun sehingga pada tingkatan dua, iaitu umur 14 tahun, barulah saya menerima hakikat bahawa ayah tidak akan pulang lagi. Saya menangis semahunya di beranda rumah dan memujuk diri sendiri lagi.

Menanti seorang adik bertahun-tahun juga, sehingga akhirnya kami ketemu. Tetapi tiba-tiba dia mati begitu sahaja..oh Tuhan. Saya tersungkur!

Tidak mengapa, Tuhan mengetahui semuanya, akan hakikat kerinduan ini..

Ayah, walaupun telah lama ke sana, saya akan jumpa juga di sana nanti. Dengan selalu berdoa buatnya, insya Allah akan sampai segala doa dari anaknya ini.

Anak, yang masih belum tentu adanya, bukanlah hak kita untuk meminta-minta. Mungkin Tuhan tahu saya tidak mampu untuk membela seorang lagi khalifahNya. Mungkin dia bertangguh mengizinkan zuriat kerana Dia ada perancangan yang lebih baik untuk saya dan suami. Mungkin dia mahu memberikan saya kesihatan tubuh badan terlebih dahulu sebelum menerima seorang lagi tamu yang comel. Dan mungkin Tuhan sengaja melambat-lambatkan, kerana dia tahu segalanya yang saya tidak pernah tahu apa itu..

Dan sebenarnya Dia tidak pernah terlupa mendengar doa-doa saya.

Walaupun saya yang begini, lain pula dengan kawan-kawan saya. Ramai kawan-kawan saya sedang mengandung. Anak pertama, anak kedua dan ada yang sudah menatang anak ketiga. Bahkan ramai yang sedang dalam pantang.

Tahniah buat kalian...
Fadhlina Yaacob (USM-anak pertama) , Nik Khartina Nik Man (penulis hebat kita-anak kedua), Kak Su (UMT-anak ke-tiga), Fadhilah Tahir (tahun 1 Mesir-anak pertama), Azwani Samad (guru YIK-anak pertama).

Ada yang alahan teruk sehingga tidak boleh makan. Makan saja terus muntah sehingga berhari-hari menangis. Ada juga yang hari-hari pukul bapak budak sebab belum sedia untuk beralahan lagi sehingga beberapa bulan. kesian bapak budak tu...

Apapun, TAHNIAH sekali lagi.. malaikat-malaikat selalu berdoa untuk si ibu yang mengandung. Semoga dapat melahirkan kader-kader Islam dan imam bagi golongan muttaqin..

Jaga kesihatan, kemamlah halia untuk mengurangkan pening. Bahkan banyak menatap quran kerana sangat penting bagi seorang ibu yang hamil untuk berada dalam keadaan yang tenang dan tidak serabut.

Siiru ala barakatillah..

5 comments:

Unknown said...

kita sama sam

Ummu Muazz said...

Insaf dan sebak baca entry kali ni.. Dugaan buat Samhani tanda sayangnya Allah kepadamu.. Moga tabah menghadapinya..

Samhani said...

Kak Chik, Kak Nur,

kita haru belajar untuk berkata CUKUP.. Lebih banyak nikmatNya berbanding ujianNya..sabar-sabarkan diri..

Mohd Aizzat bin Mohd Gazzali said...

Salam,

Dalam waktu2 sukar ni, cuba baca & amalkan ayat Allah SWT, surah Al-Baqarah ayat 286..insya Allah kita akan jadi semakin kuat & tabah ;)

Samhani said...

ehehe..terima kasih, ustaz..