Sunday, April 16, 2006

Aurat Dari Perspektif Fizik

AURAT DARI PERSPEKTIF FIZIK Cool

Kajian Kes

Dalam satu perbincangan, seorang siswi menceritakan masalah yang dihadapi berhubung dengan cara pemakaian. Masalah bermula apabila berhadapan dengan persepsi keluarga dan rakan-rakan setelah berubah dari wanita yang berpakaian "liberal" kepada wanita yang menutup aurat sepenuhnya seperti yang disarankan oleh Islam. Pandangan serong terhadap pemakaian tudung labuh dan jubah menyebabkan siswi tersebut berasa tersisih bukan sahaja terhadap pandangan masyarakat umum, tetapi pandangan siswi-siswi yang bergiat dalam program berunsurkan dakwah. Penerimaan terhadap perubahan berlaku agak sukar akibat sikap double-standard dan kronism yang diamalkan. Disebabkan mereka telah mendapat tarbiyah sekian lama dan menganggap diri adalah terbaik, agak payah untuk menerima orang yang baru mengenal erti tarbiyah yang sebenar. Apatah lagi berhadapan dengan ibu yang tidak memahami sehinggakan si ibu menyuruh siswi tersebut kembali kepada pakaian lama.

Penyelesaian

Bercakap tentang perubahan, ia bukanlah satu perkara yang mudah semudah mengalihkan sebatang pen dari satu meja ke meja yang lain. Apatah lagi berubah dari segi pemakaian yang melibatkan persepsi masyarakat sekeliling terhadap personaliti baru yang ingin dibentuk. Adalah penting adanya pemahaman terhadap matlamat perubahan dan pengorbanan yang tinggi agar terus istiqamah dengan perubahan.

Apa yang dilakukan oleh siswi tersebut adalah hijrah kepada kebaikan dan memerlukan ketahanan mental dan mujahadah yang tinggi. Dalam satu perubahan, sokongan dari segi spiritual, emosi dan mental diperlukan bukan sahaja dengan berharap kepada tuhan, tetapi juga dari masyarakat sekeliling khususnya mereka yang faham tentang Islam. Meskipun siswi tersebut baru mengenal erti tarbiyah dan mula bergiat dalam program berunsurkan dakwah, rakan-rakan dalam organisasi dakwah haruslah faham dan tidak memandang diri sebagai individu yang bertaraf tinggi sehingga tidak layak berdamping dengan mereka yang baru menerima hidayah.

Di sini, pentingnya pemahaman tentang konsep inverse response (respon songsang ~ rujuk Pemikiran Sistemik) dalam kehidupan seharian. Setiap sesuatu yang bersifat drastik memerlukan daya yang tinggi untuk diterima dan konsep bersabar terhadap time delay (masa lengah yang diperlukan sebelum satu sistem berfungsi) diperlukan. Sesuatu perubahan memerlukan visi yang jelas berdasarkan ilmu wahyu agar kekuatan diperoleh walaupun keadaan sekitar sukar menerima.

Bagaikan susu yang sebelumnya bercampur dengan najis, kuman, urea dan darah di dalam sistem badan seekor lembu akhirnya keluar sebagai susu yang suci yang mendatangkan kebaikan kepada peminumnya. Dapat disimpulkan bahawa bagaimana sukarnya susu itu keluar dari badan seekor lembu melalui proses perahan untuk bebas dari unsur-unsur negatif, begitulah sukarnya sesuatu perubahan untuk dilaksanakan. Persekitaran memerlukan masa untuk menerima sesuatu kelainan.

Adalah penting pemahaman tentang aurat kerana ia melibatkan penjagaan penglihatan yang berkaitan secara langsung dengan hati dan fikiran yang dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Aurat yang dimaksudkan bukan sahaja terhadap kaum wanita, tetapi juga kepada kaum lelaki di mana sesetengahnya yang kurang sensitif menganggap aurat lelaki tidak berapa penting sehingga memakai seluar yang menampakkan lutut ketika bersukan. Bagi seorang wanita, aurat adalah perkara yang sangat besar dan skop aurat adalah lebih luas pada tubuh mereka berbanding lelaki. Manakala dalam institusi kekeluargaan pula, ibu bapa memainkan peranan penting terhadap pentarbiyahan setiap anak. Bahkan, mereka juga perlu ditarbiyah dan diberi peringatan agar tidak alpa akan arus dunia semasa yang membawa kepada kebatilan.

Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat

Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan:

J = mc x tetha

J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.

m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.

c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.

tetha ialah perubahan suhu.



Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)

Abstrak/Pengenalan


Dalam kajian ini, "eksperimen" dilakukan ke atas 3 jenis wanita: wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah, wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat dan wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.

Tujuan

Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.

Hipotesis

Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.

Inferens

Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.

Pembolehubah manipulasi

c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan. Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas dari suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya "mengurung" wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt?

Pembolehubah malar

m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.

tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).

Pembolehubah bergerakbalas

J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.

Kaedah

1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.

2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.

3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.

4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki: Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik dan Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.

Pemerhatian

1) Wanita A kelihatan humble, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.

2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.

3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.

4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.

Kesimpulan

Dari eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi:

J = mc x tetha

Oleh itu, hipotesis diterima.

Mengkaji Fizik melalui perspektif Islam

Dalam usaha penyampaian Islam kepada individu yang faham tentang Islam, individu yang kurang faham tentang Islam dan individu yang tidak faham tentang Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi berdasarkan kaedah saintifik dan empirik adalah salah satu cara yang sesuai kerana tak semua daripada mereka akan menerima jika menyampaikan melalui ilmu Tauhid. Masalah berlaku di Malaysia di mana persepsi masyarakat berubah iaitu belajar adalah untuk bekerja, bukan belajar untuk mencari ilmu.

Adalah menghampakan situasi yang sama berlaku pada mereka yang mengambil jurusan agama dan mereka yang menghafal kalam-kalam Allah. Jika perspektif ini berterusan, mereka tidak akan mampu untuk mengislamisasi ilmu yang dipelajari, melakukan integrasi antara ilmu duniawi dan ilmu Islam, menyampaikan ilmu pada peringkat antarabangsa agar mesej Islam sampai ke serata tempat seterusnya mencapai kecemerlangan menyeluruh.

Cilok secara berhemat dari : penyuluh.blogspot.com Laughing
_________________

biar..

biar terbuang terus berjuang...... biar rebah jangan berubah... semakin dekat bahtera diri dengan Allah... semakin menggila ombak mendesah...... kalau takut pada risiko,usah berbicara tentang perjuangan...

Kebajikan yang tak berakhir !

1.Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.

2.Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.

3.Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang. 4.Bantu mendidik seorang anak.

5.Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.

6.Berkongsi CD Quran atau Do'a.

7.Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.

8.Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9.Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.

10.Hantarkan pringatan ini kepada orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

Wednesday, April 12, 2006

hadiah malam jumaat

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke Masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengatn ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.

Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya. Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa. Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya. Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa ?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu?" tanya Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya. Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya agar ia dapat menyampaikan berita keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga.

Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudian ia berkata :"Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya." Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini. "Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cubauntuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup."

Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut. Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy se raya berkata : "Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. " "Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy. "Ya, Tahu." "Apa tandanya?" "Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat."

Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya.Ia cubamengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya. Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas). "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)"

Tuesday, April 04, 2006

tiada daya melainkankan kekuatan dariMu

Tuhan, seandainya Engkau takdirkan begini suratan hidupku..
sesungguhnya aku tidak mampu untuk menghalang apa yang telah Engkau takdirkan.. tetapi aku dengan serendah dan sehina nya mengakui dari seluruh jasadku yang lemah ini bahawa aku tidak mampu untuk menerima segala-galanya..

Berat rasanya menanggung ..
Fikiranku menjadi berat.
Tidak dapat aku luahkan kepaada sesiapa..
kerana apa yang hadir mungkin suatu aib…

Apalah dayaku…
Aku memohon petunjuk dariMu..
Tunjukkanlah aku jalannya…
Jalan penyelesai segala kekusutan..
Jalan memperoleh ketenangan walau setiitik..
Jalan yang membawaku kepadaMu..

Segala yang telah berlalu..memang telah pergi
Dan tidak sepatutnya aku ingati..
Kerana ia akan menghancurkan segala kebahagiaanku di hari ini..
Namun, aku tidak terdaya menolak bayang-bayang hitam..
Yang berseringai ngeri..
Melingkari..
Datang tanpa aku persila..
Menjeling seolah mengejar..
Aku menjadi takut..
Entah kepada siapa..
tetapi kepada baying-banyang..bayang hitam di dalam kenangan..

aku mahu menghalau..
ia keluar ..
keluar dari lipat-lipat sel neurogliaku..
yang menjerit di minda sedarku..
dan di alam paranormalku..
hilangkanlah ia…

kerana dengannya..
aku menjadi sentiasa takut..
takut kepada tiada sesiapa..
tapi takut kepada semua..
yang breada di depan mata..

lemahlah segala semangatku..
usailah segala kekuatanku..
hilanglah demi sedikit kewarasan…

oh..tuhan
ini bukan cerita karut..
yang aku persembahkan padaMu
tapi ini suatu doa kudus..
yang sering aku panjatkan padaMu..
tahun berganti tahun..

Bicaranya Menusuk Sanubari..

Sebagai seorang yang zuhud, sentuhan lisannya sangat berbekas. Musuh yang bengis bila berdepan dengannya menjadi kelu dan kaku. Beliau menjadi buruan pemerintah yang tika itu menganut ideologi Mustafa Kamal Attaturk yang membawa pemikiran moden sekularisma dan sentiasa menjadikan etika Islam sebagai musuh. Dalam kod etika berpakaian yang ditetapkan oleh pemerintah, pakaian model Uthmani iaitu berserban dan berjubah adalah salah.

Demikian halnya dengan Syeikh Said Nursi, beliau selalu mengenakan pakaian model Uthmani walaupun dimana sahaja beliau berada tanpa merasa gentar walau sedikit. Hal tersebut menyebabkan Gabenor Qasthani, Madhat Alati Oek mengundang beliau ke pejabatnya. Setiabanya Syeikh Said Nursi di sana, Gabenor tersebut marah-marah apabila melihat beliau berpakaian begitu. Beebrapa orang polis berusaha menanggalkan serban di atas kepala beliau sebelum memasuki pejabat Gabenor.

Syeikh Said Nursi tidak mengendahkan mereka sebaliknya masuk ke ruang pejabat Gabenor lantas berkata “ Dengar baik-baik wahai Madhat, bagi diri kita hanya ada tirai yang tipis yang memisahkan antara kita dengan kematian yang kamu takutkan. Jika kita robekkan tirai ini, tentu tidak ada lagi sesuatu apapun yang ditakuti. Dengan demikian, jalankanlah hukuman seperti yang kamu inginkan.”

Gabenor terus pucat lesi tanpa sebarang kata. Beliau terus menekan loceng memanggil pegawainya membawa Syeih Said Nursi pulang, tanpa mampu berkata walau sepatah pun.

Di suatu hari, beliau sedang duduk di dinding benteng Kota Qasthumi sambil menulis majalah An-Nur. Tiba-tiba seorang lelaki mabuk melewati tempat beliau sedang duduk itu lalu berhenti terpaku sambil merenung wajah ulamak besar berpakain serba putih itu. Said Nursi senyum lalu memberi salam kepada lelaki mabuk tersebut sambil berkata, ‘ Pulanglah saudaraku. Mandi dan bertaubatlah kepada Allah, kemudian solatlah’.

Suara yang penuh kasih itu telah meresap masuk menembusi jauh ke dasar hati lelaki mabuk itu. Kelihatan air matanya perlahan-lahan berlinang kemudian beliau menangis meraung–raung.

Penguasa Turki sesungguhnya tidak pernah berpuas hati selagi beliau tidak ditangkap. Tanggal 31 Ogas 1945, sedang beliau menderita kesakitan lantaran termakan racun yang dibubuh dalam makanannya, rumah beliau digeledah oleh pihak polis. Tetapi mereka tidak menemui apa yang dicari melainkan hanya sejumlah karya penulisannya tentang iman, alam akhirat, akhlak dan sejenisnya.

Sebulan kemudian, pada 18 September, rumah beliau digeledah sekali lagi namun masih tiada bahan bukti yang dijumpai untuk membolehkan beliau ditangkap.

Akhirnya, tanpa sebarang alasan munasabah, beliau ditangkap bersama 26 orang murid Madrasah An-Nur dari pelbagai ceruk daerah dan dibawa ke Ankara. Beliau dituduh menubuhkan organisasi bawah tanah, menghasut rakyat agar memberontak kepada pemerintahan sekular, menghina Mustafa Kama Attaturk sebagai Dajjal dan sebagainya.

Setibanya di Ankara, Gabenor Nauzad Tan Daugan meminta agar beliau datang kepadanya. Dalam pertemuan tersebut, Gabenor berdialog tentang pakaian beliau dan meminta agar beliau menukar pakaian Uthmani kepada pakaian ala Barat. Syeikh Said Nursi tetap bertegas dengan pendiriannya. Belia menolak dan mengatakan dirinya telah terikat dengan pakian tersebut dan pakaian ala Barat tidak sesuai untuknya. Beliau menambah, “tentang serban pula, ia tidak akan aku lepaskan kecuali bersama dengan kepalaku ini” , beliau berkata demikian sambil menunjuk ke arah lehernya.

Akhirnya, Gabenor yang terkenal keras dan suka menghambur kata-kata kesat dan menyakitkan meletakkan pistol ke kepalanya dan melepaskan tembakan. Beliau akhirnya mati di hujung lidah seorang ulama besar yang mempertahankan Islam….


Anis Syamila Najman
22 Mac 2006
Pejabat SUK DMPNK