Thursday, July 30, 2009

Happy Birthday..

Alamak...aku berblog pula pagi-pagi nih (gaya suami aku)

sekarang kul 7;07 minit pagi, sebelum ke tempat kerja. malaslah nak kerja hari ni huhuhuhu...jap agilah aku siap.

Saja je aku nak wish happy birthday to my husband...
ehehe.. boleh ar visit-visit blog dier @ Budakbaik

Jom Mandi!!

Tuesday, July 28, 2009

Sila lawat Majalahsains.com

Sekarang ini gawat orang berbicara tentang koma. Ariel Sharon koma, Sultan Kelantan koma, dan yang terkini Yasmin Ahmad juga koma dan seterusnya menghembuskan nafas terakhir 2 hari lepas.

Koma itu suatu rahsia Allah, cuba dicungkil oleh ramai saintis. Hingga kini proses dan mekanisma kepergian roh yang jauh melewati batas mimpi itu hanya mampu dilihat sedikit. Yang selebihnya Dia yang lebih mengetahui.

Lantaran roh itu urusan Tuhan, jasad yang kaku tidak mampu menceritakan sebarang bentuk berita. Namun, demi sikap ingin tahu yang meronta-ronta ingin dilepaskan, saya cuba mengorek, mencari dan menggali makna, hakikat dan rahsia koma.

Artikel ini telah disiarkan oleh Dewan Kosmik beberapa bulan lepas, sebagai artikel fokus. Dan sekali lagi tebit di majalah online iaitu Majalahsains.com. Diharapkan memberi manfaat kepada semua..

Sila ke laman Majalahsains.com untuk membaca keseluruhan isi. Kandungan artikel tersebut telah dipecahkan kepada 5 bahagian..
Salam hormat

Nilai sesebuah bahan bacaan adalah pada membacanya..


Monday, July 27, 2009

cerita; belajar english

Tenaga warna pada waktu-waktu solat

(Ini saya dapat daripada email..secara falsafahnya ia mungkin benar..)


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.


Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Marwa as-Sharbini: Syahid lantaran jilbab

" Tidak banyak liputan TV tentang Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang punya seorang anak, sedang mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim.

Tidak ramai pula di kalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. Berhari-hari, bahkan berminggu masih belum reda isunya.


Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya. Beliau tidak sepopular artis tersohor, MJ, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya, yang dengannya ia syahid.

Marwa ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberikan keterangan atas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden .

Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda Islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman Khalifah Mu’tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata: ‘Waa Mu’tasimah!’. Mu’tasim yang berada begitu jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.

Hari Jilbab Antarabangsa

Umat Islam kini, apa yang dibuatnya? Media dunia umat Islam sendiri hanya pentingkan berita pengkebumian Michael Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwa, melainkan media Islam khususnya di internet.

Untuk mengingati peristiwa ini, Hari Jilbab Antarabangsa dicadangkan bagi mengenang Marwa as-Sharbini. Usul itu dilontarkan oleh Ketua Perhimpunan Mempertahankan Hijab, Abeer Pharaon melalui Islamonline. Abeer mengatakan, Marwa Al-Sharbini adalah seorang syahid bagi perjuangan muslimah yang mempertahankan jilbabnya. “Ia menjadi korban Islamofobia, yang masih dialami ramai orang Islam di Eropah. Kematian Marwa layak untuk diperingati dan dijadikan sebagai Hari Hijab Sedunia,” kata Abeer.

Seruan Abeer disambut oleh beberapa orang tokoh Muslim, di antaranya Rawa Al-Abed dari Persekutuan Persatuan Islam di Eropah. “Kami mendukung cadangan ini. Kami juga menyeru agar diwar-warkan kempen seperti ini untuk meningkatkan kesedaran tentang hak-hak muslimah di Eropah, termasuk hak mengenakan jilbab,” kata Al-Abed.

Profesor bidang teologi dan falsafah dari Universiti Al-Azhar, Amina Nusser juga memberikan dokongannya atas cadangan Hari Jilbab Antarabangsa yang boleh dijadikan momentum untuk memberi tindakbalas sikap anti-jilbab di Barat. “Hari peringatan itu akan menjadi kesempatan bagi kita untuk mengingatkan Barat agar bersikap adil terhadap para muslimah dan kesempatan untuk menunjukkan pada Barat bahawa Islam menghormati hak beragama,” tegas Nusser.
Nusser menegaskan bahawa hak seorang muslimah untuk berpakaian sesuai dengan ajaran agamanya, tidak berbeza dengan hak penganut agama lain. Ia mengingatkan, kaum perempuan penganut Kristian Ortodoks juga mengenakan tudung sebelum masuk ke gereja.

Sokongan untuk mengadakan Hari Jilbab Antarabangsa itu juga datang dari Persatuan Muslim Denmark. Ketuanya, Mohammed Al-Bazzawi. “Hari Jilbab untuk mengingatkan masyarakat Barat bahawa hak muslimah untuk mengenakan jilbab sama dengan hak perempuan non-Muslim yang boleh mengenakan busana apa saja. Mereka di Barat yang berbicara soal hak perempuan, selayaknya menyedari bahawa mereka juga tidak boleh mengabaikan hak seorang perempuan untuk mengenakan jilbab,” ujarnya.

Gerakan Islam di rantau Asia juga wajar mengambil inisiatif menganjurkan Hari Jilbab Antarabangsa tersebut sebagai tanda solidariti umat Islam. Dewan Muslimat PAS dan NGO berkaitan boleh mengambil peranan ini.

Akhbar Jerman perleceh Marwa as Sharbini

Surat khabar
Jerman, Die Welt versi online memuatkan komentar-komentar pembacanya yang berisi penghinaan dan pernyataan anti-Arab dan anti-Muslim.
Komentar-komentar itu adalah reaksi pembaca atas artikel berjudul “Islamisten fordern Vergeltung für Mord im Gericht” yang diterbitkan berkaitan kes Marwa Al-Sharbini itu.
Salah satu pemberi komen misalnya, menyarankan agar pelaku pembunuhan Marwa diberi tanda jasa “Federal Cross of Merit”. Pemberi komen lainnya menyebut Marwa “toilet” dan masih banyak lagi komentar-komentar lainnya yang isinya jelas membela pembunuh Marwa dan melecehkan Marwa.

Pihak Die Welt pula anehnya, enggan menolak untuk menghapuskan komentar-komentar yang provokatif itu, seiring dengan sikap media massa Jerman lain untuk tidak menulis berita tentang insiden yang menimpa Marwa. Media Jerman menganggap kes pembunuhan Marwa yang berlatar belakang islamofobia itu bukan kes yang serius. Sikap media Jerman mungkin akan berbeza jika yang dibunuh adalah seorang non-Muslim Jerman dan pelakunya seorang Muslim.

Sementara itu, atas sikap akhbar Die Welt online, website Ikhwanul Muslimin menyeru kaum Muslimin untuk menyampaikan email protes kepada akhbar tersebut agar menghapuskan komentar-komentar yang rasis dan anti-Muslim, melalui alamat email: online@welt.de

dari: www.niknasri.com
(disunting dari pelbagai sumber)

Thursday, July 16, 2009

Musim durian

Sekarang ni musim durian luruh.. jadi tak sah rasanya kalau aku tak meriahkan blog ku dengan kisah-kisah durian nih..untuk tatapan pembaca setia blog ku ..pehhhhh...hehehe


Minggu lepas, aku dan lucky balik kampung di kelate (memang selalu balik pun).. tapi kali ini balik kampung ada matlamat..ngeh ngeh ngeh...matlamat nak gi kutip durian. Suami aku nak bawak ke pejabat, wat jamu kawan-kawan dia kat instep...


Dua hari berturut-turut kami gi kebun. Hari Jumaat turun lewat, dalam kul 10.30 pagi. Jadinya durian tu tinggal sikit je, tapi cukup lagi satu raga. Durian kena kebas ni perkara biasalah..Tok Ma pun dengan bersemangat jugak, walau bertongkat pun, naik kereta ikut kami gi kebun. Mama dan papa takde, gi Terengganu menghadiri program kat sekolah adik iparku di SMAKL, Kampung Laut.

Balik rumah kitorang makan lah. Aku sebenarnya tak makan banyak durian ni. Dua, tiga ulas bolehlah. NAnti panas, bibir dan tengkuk jadi gatal-gatal.. jadi aku kacaulah buat jemput durian.. sedap jugak. Tapi yang paling aku suka makan adalah pulut durian... perghhhh...malam tu tokma tanak pulut dan aku tolong dia cekah durian dan hidangkan.. tapi still takleh makan banyak. dua ulas jer...huhu.. kena beringatlah, walaupun kadar glukos dalam darahku sekarang baru 7.Tulah sebab, hari ni aku kembali kempunan pulut durian. Tokma pun makan seulas jer, terus glukos dia naik sampai 19.

Hari Sabtu, kami gi kebun lagih. Kali ni dengan niat mencari durian untuk bagi mertua suamiku dan untuk bawa ke Terengganu. Kami turun lebih awal, kul 8.30 lagi.

Sampai aje kat sana, kebun masih basah, kesan hujan semalam. Kelihatan durian bergolek-golek di celah rumput. Wah, inilah rezekinya kalau buat kerja pagi-pagi. Kami berpecah cari durian dan melonggokkannya di satu tempat. Mudah sikit nak angkut nanti.

Owh lupa nak bagi tahu, kat kebun ni ada beberapa spesies durian; durian haul, durian haji, ermmmm aku tak ingat dah tok ma bilang kat aku hari tuh..tahun ini durian kurang menjadi skit..tak banyak pohon yang berbuah, dan buahnya pun tak besar mana..tapi syukurlah


Jumpa dah...!


Cari..cari...


Akhirnya...misi berjaya! Sebonet penuh durian

Pencuri durian ehehe

Pacat!!!!

Pacat banyak sangat hari Sabtu tuh, sebab malam sebelumnya hujan. lagipun, kami turun awal lagi... Aku tengok adalah 3 ekor pacat memanjat naik kasut butku.

Tetiba je aku rasa gatal kat perut. Garu-garu, bila ditarik, dapat pacat. Kemudian, gatal lagi, dapat pacat lagi..huhu lepas sekor-sekor pacat hisap darahku, dari yang besar sampai yang kecil baru menetas. Aku dah mula rasa geli aeiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... seriau

Balik rumah, aku check perutku...lebih dari 8 tompok kesan lebam akibat gigitan pacat..

Esok balik kelate lagi cari pulut durian..ehehe

Friday, July 10, 2009

Maha Suci Tuhan..

Maha Suci bagi Allah yang menjadikan kalimah tauhid bagi hambaNya pemeliharaan dan benteng, menjadikan Rumah Lama (Al-Baitul Atiq atau Kaabah) tempat berkumpul dan aman bagi manusia, memuliakannya dengan menyangkut kepadaNya, sebagai memuliakan, menjaga dan ni'mat.

Ia menjadikan berziarah kepadanya dan bertawaf mengelilingi sebagai hijab dan penghalang di antara hamba dan aza seksaan.




















aku dan udm


ini dekan ku (kiri))prof zubaidi) dan tnc penyelidikan (prof manaf)


inilah kawan-kawan staf udm yang comel comel


Lamanya aku tak berblog..nak kata sibuk tapi tak sibuk juga..tadi bila tengok blog abe aku tuh, rasa cam tercas pulak ler..ehehe...

hmmmm minggu lepas aku agak menibukkan diri dengan program menyambut pelajar baru kat fakulti aku. aku jadi ajk ja, ketua game explorace..ehehe ketua ke?
prof aku nak suruh kami urusetia program sediakan satu inisiatif supaya pelajar-pelajar baru masuk ni round udm dengan perasaan tidak bosan. jadi terpacullah idea semasa meeting hari tu, aku suggestlah kita buat explorace..alah main-main cari tempat mengikut soalan. soalan tu aku dan kawanku buat ramai-ramai. dan lastnya semua pelajar dapat hadiah, yang nombor satu, dua, tiga dapat hamper besar... yang saguhati nombor 4 hingga 10 dapat hamper sederhana jah, yang aku balut sendiri..huhuhu buruk macam hantu bungkus ehehe..

lepas program rasa rilek sikit..ok cow