Bahawa esok, lusa dan nanti.. dalam vaskular perjalanan ini adalah perjuangan yang tidak pernah mati. Adalah kehidupan, bersama mentari bersama duri..
Wednesday, July 26, 2006
Yaqut..
“Barangsiapa yang melihat aibnya sendiri, maka dia akan meninggalkan kerja mencari keaiban orang lain.
Barangsiapa yang rela dengan rezeki yang dianugerahkan oleh Allah, maka dia tidak akan bersedih jika orang lain mendapat kelebihan rezeki,
barangsiapa yang menghunus pedang untuk menganiaya orang lain, tangannya akan terpotong oleh pedang itu sendiri,
barangsiapa yang menggali lobang untuk saudaranya, dia sendiri akan terjerumus ke dalam lobang itu,
barangsiapa yang membuka aib orang lain, aibnya sendiri juga akan tersingkap,
barangsiapa yang lupa akan kesalahan diri sendiri, dia akan selalu menganggap besar kesalahan orang lain”.
Teratak hati...
Tuntutlah ilmu sebelum ilmu itu diangkat. Ilmu diangkat dengan kematian perawi-perawinya. Demi Tuhan yang jiwaku di dalam kekuasaanNya! Sesungguhnya orang-orang yang syahid dalam perang sabil lebih suka dibangkitkan oleh Allah nanti sebagai ulama', kerana mereka mengetahui kemuliaan ulama'. Sesungguhnya tak seorang pun dilahirkan berilmu. Ilmu diperoleh dengan belajar.
Akan datang kepada manusia suatu masa ketika kemanisan hati berubah menjadi masin. Sehingga pada hari itu, orang yang berilmu dan orang yang memepelajari ilmu tak dapat mengambil manfaat dari ilmunya. Maka hati orang-orang berilmu seumpama tanah kosong yang bergaram yang turun atasnya hujan dari langit maka tidak juga menjadi tawar. Iaitu, apabila condong hati orang berilmu kepada cinta dunia dan melebihkannya atas cinta akhirat, maka pada saat itu dicabutlah oleh Allah sumber-sumber hikmah dan dipadamkanlah lampu petunjuk dari hati mereka. Maka akan berceritalah kepadamu orang yang berilmu di antara mereka itu, ketika engkau menjumpainya bahawa ia takut kepada Allah dengan lisannya, sementara kezaliman jelas kelihatan pada amal perbuatannya. Alangkah suburnya lidah mereka dan tanduslah hati mereka ketika itu! Tidaklah terjadi yang demikian itu selain kerana para guru mengajar bukan kerana Allah dan para pelajar belajar bukan kerana Allah.
Bukanlah ilmu itu satu kemahiran bercerita tetapi ilmu itu (menimbulkan) taqwa kepada Tuhan.
Al-Quran diturunkan untuk diamalkan. Maka ikutlah pelajaran tentang dengan amalan. Dan akan datang suatu kaum yang mebersihkan al-Quran seperti membersihkan solekan. Mereka itu tidak termasuk orang-orang yang baik. Orang berilmu yang tidak mengamalkan ilmunya adalah seumpama orang sakit yang menerangkan tentang ubat dan seumpama orang lapar yang menerangkan tentang kelazatan makanan sedang makanan itu tidak dimilikinya.
Orang yang memberi fatwa kepada manusia mengenai tiap-tiap persoalan yang dimintakan kepada mereka fatwanya, adalah orang gila. (Dan seterusnya beliau berkata) :Benteng orang alim ialah 'laa adri' (saya tidak tahu). Jika ia meruntuhkan benteng itu, nescaya telah mendapat bencana tempat-tempat ia berperang.
Petunjuk yang baik pada akhir zaman adalah lebih baik daripada banyak amal perbuatan. (Dan berkata Ibnu Mas'ud r.a. pada tempat yang lain) : Kamu sekarang berada pada suatu masa di mana orang-orang baik di antaramu, segera melakukan segala pekerjaan. Lalu akan datang sesudahmu nanti suatu masa, di mana orang-orang baik di antara mereka bersikap teguh lagi berhati-hati dalam mengerjakan sesuatu kerana banyaknya perbuatan syubhah ( yang diragu halal-haramnya ).
Kamu sekarang berada dalam satu zaman di mana hawa nafsu mengikut ilmu. Dan akan datang kepadamu nanti suatu zaman di mana ilmu mengikut hawa nafsu.
Apabila seseorang meminta-minta dalam masjid, maka mustahak tidak diberi. Dan apabila ia meminta-minta dengan membaca al-Quran, janganlah engkau beri.
Bahawa seorang lelaki telah beribadah kepada Allah selama 70 tahun. Kemudian dia melakukan perbuatan keji, maka binasalah amalannya. Kemudian dia melewati seorang miskin dan menyedekahkannya sepotong roti. Maka diampuni oleh Allah dosanya dan dikembalikan kepadanya (pahala) amalannya selama 70 tahun itu.
Aku peringatkan kamu dari berlebih-lebih dalam berkata-kata. Cukuplah bagi seorang manusia sekadar menyampaikan hajat.
Tiada suatu hari pun melainkan di dalamnya malaikat berseru: Hai anak Adam ! Yang sedikit tapi memadai bagimu, lebih baik daripada yang banyak tapi menganiaya kamu.
Hendaklah kamu menjadi airmata ilmu, lampu petunjuk, banyak berdian di rumah, pelita malam, sunyi hati dari selain Allah, memakai pakaian dari kain buruk, terkenal di kalangan penduduk langit dan tersembunyi di kalangan penduduk bumi.
Sudah merupakan dosa bagi seseorang apabila dikatakan kepadanya bertaqwalah kepada Allah! Lalu ia menjawab : Jagalah dirimu sendiri.
Akan datang suatu kaumj yang meninggikan tanah liat dan merendahkan agama. Mereka mengenderai kuda Romawi, mengerjakan sembahyang menghadap kiblatmu, dan mati tidak dalam agamamu.
Dunia adalah kerisauan dan dukacita. Apabila terdapat kesenangan di dalamnya, maka itu bererti keuntungannya.
Dua rakaat solat yang dilakukan oleh seorang alim (berilmu) yang mengerti dan ikhlas (tidak rakus kepada dunia), lebih baik daripada ibadah para ahli ibadah sepanjang masa.
Seorang mukmin melihat dosanya sebagai bukti yang akab merobohinya, sedang seorang munafiq melihat dosanya sebagai lalat yang akan menghinggapi hujung hidungnya, dan kemudian diusir dengan tangannya.
Syaitan pada diri orang mukmin bertubuh kurus- kurus.
Allah SWT membenci seorang pembaca (al-Quran) yang bertubuh gemuk.
Apabila kalian menginginkan ilmu pengetahuan, maka selidikilah al-Quran, sebab di dalamnya termuat ilmu-ilmu orang-orang yang terdahulu dan terkemudian.
Al-Quran diturunkan untuk diamalkan isinya. Sesungguhnya ada di antara kalian seseorang yang membaca al-Quran dari permulaan sampai penghabisan tanpa meninggalkan satu huruf pun tetapi abai mengamalkan kandungannya.
Saya benar-benar benci melihat orang yang hanya mengaanggur saja, dan tidak berusaha untuk memenuhi kepentingan keduniaanmahu pun keakhiratannya.
Pada akhir zaman akan banyak sekali orang yang menyelenggarakan ibadah haji tanpa sebab. Mereka melakukannya dengan perasaan ringan dan sama sekali tanpa kesukaran. Mereka sangat luas rezekinya dan berlimpah ruah hartanya. Tetapi mereka kembali tanpa mebawa pahala, tertutup dari rahmat Allah serta terampas semua ganjarannya. Untanya melintasi padang pasir, sedang tetangganya yang mengikat perutnya kerana sangat kelaparan, tidak dihiraukan, apalagi ditolongnya.
Di antara kata-kata bersayapnya ialah :
Sebaik-baik kaya ialah kaya hati;
Sebaik-baik bekal ialah taqwa;
Seburuk-buruk buta ialah buta hati;
Sebesar-besar dosa ialah berdusta;
Seburuk-buruk usaha ialah memungut riba;
Seburuk-buruk makanan usaha ialah makan harta anak yatim;
Siapa memaafkan orang akan dimaafkan Allah;
Dan sesiapa mengampuni orang akan diampuni Allah.
Petikan dari "HIMPUNAN MUTIARA KATA PARA BIJAKSANA UNTUK MUHASABAH DIRI" -
Permata..
Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian
Hadits riwayat Muslim
Siapa yang akan diberikan kebaikan(nikmat) oleh Allah diberikannya penderitaan(lebih dahulu)
Hadits riwayat Bukhari
Telapak kaki seseorang yang kena debu sewaktu berjuang pada jalan Allah itu tidak akan tersentuh oleh api neraka
Hadits riwayat Bukhari
Manusia lumrah melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah mereka yang bertaubat
Hadis riwayat Ahmad dan At-Tarmidzi
Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya
Khalifah Umar al-Khattab
Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-kata lemah-lembut
Khalifah Umar al-Khattab
Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersholat dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapat suatu kekosongan selain oleh penggantinya (yang berilmu juga)
Khalifah Ali bin Abi Talib
Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya
Khalifah Ali bin Abi Talib
Sesungguhnya modal dunia ialah hawa nafsu dan keuntungannya ialah api neraka
( ahli hikmah )
Musibah manusia di dunia:
· Sakit pada waktu mengembara
· Miskin di hari tua
· Maut pada waktu masih muda
· Buta setelah melihat
· Dilupakan orang setelah disanjung-sanjung
ahli hikmah
Di antara fitnah orang yang berilmu (orang alim) ialah berkata-kata lebih disukai daripada mendengar. Padahal mendengar itu lebih selamat daripada berkata-kata kerana dalam berkata-kata orang cenderung untuk mengisi, menambah dan mengurangi
Yazid bin Abi Habib
Sholat itu menghantarmu setengah jalan, puasa itu menghantarmu ke pintu kerajaan dan sedekah itu membawamu masuk ke dalamnya
Sahl bin Abdullah At-Tusturi
Siapa yang berasa senang dengan pujian orang terhadap dirinya, bererti ia telah mengizinkan syaitan untuk masuk ke dalam perutnya
Ahmad Athaillah
Keadaan hamba ini hanya ada empat macam: Nikmat, bala, taat dan maksiat. Maka jika ada di dalam nikmat, kewajipan hamba adalah bersyukur kepada Allah dan jika menerima bala harus sabar. Dan jika dapat melakukan ketaatan harus merasa mendapat taufik hidayat dari Allah. Dan bila tergelincir dalam dosa maksiat, maka harus membaca istighfar
Abul -Abbas Al Masri
Allah mengasihani kaum yang menganggap dunia sebagai barang simpanan. Lalu mereka menyerahkannya kepada orang yang sanggup memegang amanah mereka terhadap barang simpanan tersebut. Kemudian, mereka merasa senang dengan ringannya beban
Al-Hassan Al-Bashri
Seseorang tidak akan mencapai darjat kesolehan, kecuali melalui enam rintangan: menutup pintu kemuliaan dan membuka pintu kehinaan, menutup pintu nikmat dan membuka pintu kesukaran, menutup pintu istirehat dan membuka pintu perjuangan, menutup pintu tidur dan membuka pintu jaga, menutup pintu kekayaan dan membuka pintu kemiskinan, menutup pintu harapan dan membuka pintu bersiap menghadapi maut
Ibrahim bin Adham
Ada empat hal yang dapat mengangkat seseorang kepada darjat yang tertinggi, walaupun amal dan ibadahnya sedikit, iaitu sifat-sifat penyantun, merendah diri, pemurah dan budi pekerti yang baik. Itulah kesempurnaan iman
Abul Qasim Al-Junaid
Mata yang berasal dari unsur air memiliki sifat adil. Dengan malihat sinar mata seseorang, kita boleh mengetahui isi hatinya. Mulut boleh berdusta, tetapi pancaran mata seseorang akan mengatakan yang sebenarnya memantulkan kata hati yang sesungguhnya
ahli hikmah
Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang yang tidak lekas marah, yang pemalu, yang merasa cukup, yang menjaga diri dari meminta, bapa keluarga yang bertaqwa dan Allah marah pada orang yang keji perbuatannya, buruk lidahnya, suka meminta, yang memaksa dan yang kurang cerdik
ahli hikmah
Seorang yang bijak akan membetulkan khilapannya daripada kesalahan orang lain
Syrus
Hizbullah guna terowong
itu menggunakan sistem pertahanan ala Viet-Cong yang membabitkan
rangkaian terowong di selatan Lubnan, menurut laporan majalah Jane's
Defence Weekly kelmarin.
Kumpulan pejuang berkenaan melancarkan beratus-ratus bedilan roket
ke atas bandar di utara Israel dan masih mampu menyerang dengan
roket walaupun dibom bertalu-talu oleh rejim Zionis itu.
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menyedari bilangan kematian di pihak
Hizbullah rendah, dianggarkan tidak sampai beberapa puluh orang
daripada lebih 300 penduduk yang maut di Lubnan sejak pertempuran
meletus.
Selepas lebih 3,000 serangan udara ke atas sasaran di Lubnan,
menurut kiraan majalah itu, unit darat IDF kini memulakan operasi di
sempadan utara Lubnan dalam usaha mereka untuk memusnahkan
pertahanan utama Hizbullah.
Koresponden Jane's Defense Weekly, Alon Ben-Davis, berkata serangan
udara bertalu-talu Israel gagal memusnahkan pertahanan Hizbullah
walaupun pasukan khas IDF melancarkan serangan kecil di wilayah
Lubnan.
"Tentera Israel menyedari Hizbullah menggunakan cara Viet-Cong
membabitkan rangkaian terowong dan parit berhampiran sempadan
Israel, yang menyediakan perlindungan bagi operasi dan senjata
mereka.
"IDF berdepan tentangan sengit Hizbullah dan setakat ini mengalami
banyak kematian di pihaknya," kata Ben-David.
Seorang sumber pertahanan kanan yang tidak dinamakan memberitahu
majalah itu: "Kita perlu menyedari bahawa apa yang kita hadapi di
Lubnan bukan sekadar militia tetapi briged pasukan khas tentera Iran.
"Mereka terlatih dan dilengkapi serta disuntik motivasi tinggi untuk
meneruskan perjuangan." - AFP
Tuesday, July 25, 2006
Umat Islam Malaysia Dalam Bahaya !
Oleh Nyza Ayob & Azamin Amin
Permasalahan umat Islam di negara ini semakin meruncing dan menghadapi pelbagai tekanan dari segenap penjuru. Golongan bukan Islam semakin berani mencampuri urusan umat Islam. Malahan yang bergelar Islam yang rapuh pengetahuan agamanya, turut mengancam Islam. Walaupun kesibukan dengan temu janji tugasan, Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria berkesempatan membicarakan isu ini. Ikuti temubual wartawan Harakah Nyza Ayob dan Azamin Amin di pejabatnya, di Kompleks Islam Darul Ridzwan, Ipoh baru-baru ini. Pada pandangan Dato' bagaimanakah situasi dan keadaan umat Islam di Malaysia pada masa ini? Pada pandangan saya, Islam di Malaysia sedang mnghadapi ancaman yang cukup berat. Ancaman utama yang dihadapi ialah pemindahan budaya dari Barat, sekularisma,budaya hedonisme, Islam liberal, pluralisma serta ancaman dari golongan yang membangkitkan soal khilafiah. Sekularisma pada asalnya untuk mencengkam ekonomi dari Barat. Tapi bagi umum ia merupakan konsep untuk memisahkan manusia dengan agama. Ia telah menular dengan hebat dan telah menjadi ritual. Sedangkan Islam tidak dapat dipisahkan dari keseluruhan hidup dan segala kegiatan hidup berkaitan dengan agama, yang dikatakan Islam sebagai ad-din. Dalam Islam, ibadat itu merupakan asas kepada budaya. Budaya Islam terbentuk atas lima asas. Pertama dengan mengucap dua kalimah syahadah iaitu membina persaudaraan. Yang kedua sembahyang untuk merapatkan hubungan sesama manusia. Puasa untuk melahirkan kasih sayang dan belas ihsan. Zakat untuk membina sifat semangat pengorbanan dalam diri. Haji pula untuk penyatuan ummah.Maksud demokrasi Islam untuk memperkasakan usul yang lima iaitu agamanya, akalnya, keturunannya, jiwanya, hartanya dan maruahnya. Islam meletakkan semua aspek kehidupan berlandaskan nilai agama. Bagaimana ia dapat diperkasakan dalam masyarakat? |
Oleh Nyza Ayob & Azamin Amin
Bagaimanakah pula fahaman sekularisma yang telah sekian lama menular dalam masyarakat kita?
Kita lihat sekarang ini masyarakat kita terlalu taksub dengan hiburan
Sejauhmanakah fahaman liberalisme ini menular dalam masyarakat kita?
Bagaimanakah pula dengan fahaman pluralisma yang menjadi amalan dalam masyarakat kita?
Bagaimanakah pula pertelingkahan sesama Islam berkaitan ilmu agama?
Sehingga kini, bagaimanakah penyelesaian pada permasalahan yang melanda masyarakat Islam kita?
Baru-baru ini Dato' melancarkan penubuhan Jaringan Muafakat 18 buah NGO Islam Perak. Apa pandangan Dato' tentang usaha yang dijalankan oleh NGO ini?
Dalam kenyataan baru -baru ini Dato' ada mengatakan ada menerima sebuah surat daripada sebuah badan Kristian dari Amerika Syarikat yang mendakwa kira-kira 40,000 orang Islam telah memeluk Kristian. Boleh Dato' terangkan lebih lanjut mengenai perkara ini
Maksud Dato', ada yang memeluk Kristian tapi berselindung dengan imej Islam?
Kita lihat majlis agama sekarang ini seolah-olah sudah hilang semangat dalam memainkan peranannya. Di mana peranan majlis agama ini dalam menjalankan penguatkuasaannya?
Dato' dilihat lebih lantang dan tegas dalam isu yang melibatkan Islam berbanding mufti lain.
Kenapakah mufti lain tidak berani menegur?
Campur tangan bukan Islam pada hal- hal orang Islam.
Sumber: Harakahdauly
Wednesday, July 19, 2006
Main Bola Tampar
Hari ini, macam biasa,bila suami aku pulang dari schoolnya, kami solat asar berjemaah dan bersiap sedia untuk ke padang. Biasanya aku selesai memasak seawal 530 petang.sebelum pergi riadah kami makan dulu. Tapi hari tidak, sebab aku berpuasa. Walaupun sedikit kepenatan hari ini, basuh kain baju dan mencangkul rumput di belakang rumah, aku masih bersemangat nak main my favourite game... bola tampar.
Aku memang suka sangat main bola tampar. Sejak sekolah rendah lagi. tangan yang lebam sana lebam sini aku tak endah dah. Minggu lepas terkoyak seluar track aku sepanjang 15cm.. panjang tuh.. tengah2 lutut.. nasib baik aku pakai stokin blue black,jadi org tak perasanla seluar aku koyak.. tengah2 semangat nak sambut bola rendah, aku mendudukkan lutut..tiba-tiba 'praaappp'.. hehehe
Aku kekadang malu-malu alah, pi main tengah2 padang usm kkj... muslimin saje...kiri kanan lelaki.... sumpah, kalau aku tak kawin lagi, aku tak jejak dah.. hehe nasib baik aku ada Body Guard. Aku main dengan budak-budak school kimia,iaitu kawan2 suami aku. Mereka tu ada yang tengah buat master, technician, lecturer, staff usm, GA dan RA. ada jugak beberapa orang foreigner yang bersising lengan sama..
Aku bukannya pandai sangat main bola ni, tambah2 time nak spike... aku main sekadar suka suka, belajar bersosial... yang paling lawaknya, aku main bola tampar pakai baju kurung..aku sorang je cenggitu... Ahh.. lebih baik jaga maruah daripada jaga bola,, ke gane??
Gelatin Dalam Makanan; Pastikan HALAL!
Kita perlu sentiasa berhati-hati dengan setiap suap makanan yang akan masuk ke dalam perut kita.ini sebab dari sumber zat yang dibekalkan oleh setiap kunyahan itu akan dicerna oleh sistem penghadaman, diserap oleh saluran darah, seterusnya dikatabolisma untuk pertumbuhan badan kita. Daripada protein, karbohidrat, lemak, vitamin, ferum, kalsium dan pelbagai jenis zat lagi, seseorang itu akan tumbuh membesar dari sehari ke sehari sehingga usia merangkak kefasa pematangan tanpa kita sedari perjalanannya.
Ingatlah akan sabda baginda junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud '' Setiap daging yang tumbuh daripada sumber yang haram, maka nerakalah lebih layak untuknya.''
Ulamak adalah segolongan manusia yang amat berhati-hati terhadap makanan yang diambil. Mereka tidak akan makan melainkan setelah mereka benar-benar lapar, dan makan sekadar untuk mengalas perut. Bahkan makanan itu benar-benar diyakini halal dan suci daripada segala bentuk keraguan. Telah dibuktikan bahawa daya ingatan mereka begitu kuat sehingga beratus-ratus hadith mampu dihafal.
Setiap makanan yang diambil memberi kesan kepada fizikal, peribadi, mental dan fisiologi kita. Ia juga menyumbang kepada khusyu' atau tidak kita di dalam solat dan ibadah.
Mengikut riwayat, Imam Syafie adalah seorang yang sangat menjaga makanan beliau. Pernah di suatu hari beliau telah terlupa akan hafalannya. Puas beliau
Sebaik mimpi itu berakhir beliau lantas terjaga. Tanpa berlengah beliau berjalan menuju penjual tersebut. Imam Syafie bertanyakan hal tersebut kapada lelaki si penjual. Pada mulanya lelaki tersebut kelihatan marah dan beliau menafikan tuduhan tersebut. Tetapi akhirnya beliau mengakui bahawa beliau tidak mandi junub sebelum menyediakan makanan tersebut .
Daripada kisah di atas terdapat satu pengajaran yang penting untuk kita sama-sama renungi dan mengambil iktibar daripadanya. Pengajaran utama yang kita dapati adalah betapa pentingnya sikap berhati-hati dalam memilih makanan dan betapa pentingnya kita menjauhi makanan yang memudaratkan dan diragui kesuciannya.
Menurut peraturan asas hukum Syariah ( Kanun Undang-undang yang bersumber daripada hadith dan al-Quran ), adalah haram bagi orang Islam mengambil makanan dan minuman yang boleh membawa maut samada cepat atau lambat, seperti racun atau sesuatu yang membahayakan termasuk makan dan minum secara berlebihan sehingga boleh menjejaskan kesihatan'.
Umat Islam perlu menitikberatkan persoalan mengenai makanan dan minuman samada ia berkhasiat atau membahayakan kesihatan tubuh badan, mental dan fizikal. Ini sebab Islam menuntut umatnya agar sentiasa berhati-hati dalam memilih makanan sebagaimana ditegaskan oleh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi di dalam bukunya 'The Lawful and The Prohibited in Islam' bahawa memakan makanan yang boleh memudaratkan diri adalah haram.
Islam memandang berat persoalan ini kerana setiap menu yang diambil akan terserap sebati dalam setiap titis darah dan ketul daging kita. Lantas adakah kita tidak malu untuk menadah tangan smbil berseru, '' Ya Allah.... Ya Rabb... Ya Tuhan....'' sedangkan tangan kita bersalut kotor lantaran kita makan, minum dan memakai pakaian dari rezeki yang tidak halal.
Kita sudah menjadi lali dan tidak sensitif dengan maksiat dan dosa lantaran kita sentiasa disuntik dengan pelbaai jenis ubat pelali. Dewasa ini terlalu banyak produk-produk makanan dan perubatan yang disediakan daripada bahan-bahan ya tidak halal. Ia dibungkus dengan menarik dan dijual kepada umat Islam. Ini adalah di antara usaha musuh-musuh Islam untuk melalaikan umat Islam dan menjauhkan kita daripada fitrah beragama. Tujuan mereka bukanlah untuk memasukkan umat Islam ke dalam agama mereka. Sudah cukup bagi mereka jikalau umat Islam tergelincir dan memandang serong terhadap agama yang mulia ini. Namun ia merupakan suatu bonus jika ada di antara umat Islam yang murtad.
Allah telah mengingatkan kita akan perkara tersebut di dalam Surah al-Baqarah, ayat [ ] yang bermaksud '' Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha dengan kamu sehinggalah kamu mengikuti agama mereka''..
Memang jelas disini bahawa orang kafir sentiasa memusuhi umat Islam dan mereka berusaha keras untuk membuang Islam dari diri umatnya. Selain menggunakan kekerasan seperti melancarkan peperangan terhadap negara Islam, menghukum gantung sampai mati pejuang Islam, melabel umat Islam sebagai pengganas lantas menggunakan alasan ini untuk melenyapkan umat Islam, golongan kuffar ini turut menggunakan taktik-taktik halus dan kotor seperti mempelbagaikan program-program yang menarik untuk dihidangkan di kaca televisyen, menganjurkan perlawanan sukan dan tarian.
Di samping itu makanan menjadi sasaran mereka untuk melemahkan umat Islam. Mereka mencampurkan ramuan yang tidak halal ke dalam makanan, minuman dan ubat-ubatan tanpa disedari oleh umat Islam. Malangnya, fenomena yang dicanang-canangkan sebagai kemajuan teknologi ini berkembang pesat dan dipandang ringan oleh masyarakat dan pihak penguasa Islam. Di antara bahan yang diragui yang biasa digunakan di dalam produk makanan dan ubatan adalah gelatin. Gelatin biasa digunakan dan ramai yang masih tidak sedar tentang bahaya gelatin.
Gelatin adalah sejenis protein tidak lengkap yang dihasilkan daripada sumber binatang iaitu daripada kulit dan bahagian-bahagian sendinya. Ia adalah bahan pemantap yang baik bagi industri pengeluar makanan seperti aiskrim, makanan pencuci mulut, agar-agar, sosej dan produk tenusu.
Biasanya gelatin yang digunakan di dalam industri tersebut adalah gelatin daripada terbitan kolagen iaitu protein daripada kulit, tulang dan tisu-tisu penghubung haiwan. Gelatin dihasilkan melalui proses tindak-balas air atau hidrolisis ke atas kolagen. Kulit, urat dan tulang babi dan lembu biasanya menjadi bahan mentah utama dalam penghasilan gelatin. Gelatin mempunyai sifat yang luar biasa. Larutan yang mengandungi hanya 1 peratus gelatin akan menjadi gel yang agak pejal apabila disejukkan. Sifat-sifat inilah yang menyebabkan ia digunakan secara meluas di dalam industri makanan seperti aiskrim, dadih, jeli, gula-gula getah dan jem. Dalam industri kosmetik, ia merupakan bahan penting didalam krim pelindung matahari, krim kulit, losyen badan, krim pelembap, krim malam, produk dandanan kuku dan krim cukur. Kosmetik yang mengandungi gelatin membolehkan kulit menyerap lembapan yang optimum yang penting untuk memelihara kelembapan dan keanjalan kulit. dan ubat-ubatan teknologi plastik, perekat dan fotografi.
Dalam pengeluaran ubat-ubatan dan produk perubatan, gelatin digunakan dengan meluas. Ia digunakan dalam ubat; sebagai pengikat untuk menghasilkan ubat tablet dan lozeng, sebagai pembalut ubat, sebagai medium dalam supositori, digunakan dalam span untuk menghentikan pendarahan dan banyak lagi.
Selain daripada gelatin, banyak lagi produk makanan yang terdapat di pasaran dihasilkan daripada sumber yang diragui kehalalannya. Di antaranya adalah produk daripada MSG yang digunakan secara meluas oleh para suri rumah dan restoran-restoran. MSG adalah kristal putih yang bertindak mengubah rasa pada makanan. Bagi tujuan perdagangan, ia dihasilkan daripada kanji melalui proses penapaian canggih.
Apa yang menimbulkan keraguan pada MSG adalah berkemungkinan proses penapaiannya menggunakan enzim Bactosoytone iaitu sejenis zat makanan bagi pembiakan bakteria untuk dijadikan ibu di dalam proses penapaian. Ini sebab Bactosoytone terhasil daripada pemecahan protein kacang soya dengan menggunakan enzim daripada ekstrak pankreas babi.
Produk -produk MSG memang dijual di pasaran terbuka dan amat digemari oleh pemilik-pemilik restoran dan kedai-kedai makanan. Boleh dikatakan bahawa setiap premis makanan menggunakan produk MSG di dalam masakan mereka supaya masakan menjadi lebih lazat dan perniagaan bertambah maju. Malah mereka lebih gemar menggunakan MSG yang tidak berlabel lantaran harganya 20 peratus lebih murah berbanding MSG berjenama. MSG yang tidak berlabel ini datang daripada
Firman Allah yang bermaksud '' Maka hendaklah manusia memerhatikan makanannya. Sesungguhnya Kami benar-benar telah mencurahkan air (dari langit) kemudian Kami telah membelah bumi dengan sebaik-baiknya, lalu Kami tumbuhkan biji-bijian di bumi ini, anggur dan sayur-sayuran, zaitun dan pohon kurma, kebun-kebun yang lebat dan buah-buahan serta rumput-rumput untuk kesenanganmu dan untuk binatang ternakanmu.. [surah Abasa ; 24-32]
Kesimpulannya, Allah telah mengurniakan pelbagai jenis makanan untuk hamba-hambaNya. Kita mempunyai pelbagai pilihan dalam hidup sebagaimana sebuah pepatah yang berbunyi, 'Life is all about choices' . Maka pilihlah yang terbaik untuk diri dan keluarga. Janganlah memandang remeh setiap suap makanan dan setiap titis minuman pun yang masuk ke mulut kita. Ambillah yang jelas nyata halal, semoga kita menjadi hambaNya yang lebih bertaqwa kepada Yang Maha Pencipta dan hamba yang gerun kepada azab dan murkaNya.
Penulis : Samhani Ismail, Institut Sains Biologi UM
Artikel ini telah diterbitkan dalam DAF Julai 2006