Aku agak stress unconciously walaupun bukannya buat kerja last minute. Sampaikan terpaksa balik lewat dan sampai ke rumah pukul 6.30. Terus masak, membasuh baju dan layan laki hehehe.. Sendatnya otak hinggakan projek menulisku juga terpaksa ditangguhkan. Huhu..
Akhirnya, sehari sebelum presentation, Linda demam. Dia absent dengan kerja-kerja makmal yang masih belum siap. Aku nasib baik sudah selesai. Cuma tinggal menyiapkan laporan presentation dan discussion saja. Pada malam itu, aku tidur di rumah Linda sebab suamiku pergi outstation. Pukul 12, Linda tumbang. Dia memeluk bantal bucuknya lalu terlelap. Memang coollah Linda nih. Tabik jjetak !! Tapi aku tahu, Linda bangun dinihari itu dan menyambung menulis report tu hinggalah ke pagi..
Hari presentation, aku memandu Vivaku ke SEAFDEC, Chendering. Kami sampai lambat sejam sebab menunggu Dr yang kata nak join kami. Tapi Dr tak tiba juga. Aku ingatkan Dr dah tak akan datang, tapi 5 minit sebelum aku present, tiba-tiba Dr terjongol di pintu bilik mesyuarat itu. Mata kami semua terbeliak. Hmm, Dr yang baru tiba dari UK datang sini semata-mata nak tengok aku present! haha. Thanks doc. Kebanyakan orang yang present hari tu bertaraf Dr dan Prof-Prof, kami jelah yang budak-budak.. aku dah kecik kepala rasanya.
Banyak research dibedah pada hari tu. Projek buat serbuk budu, makanan baru daripada tuna, makanan bersalut daripada kerang-kerangan, minyak ikan tilapia, enzim patin, hidrolisat cobia, menghasilkan oligokitin daripada kulit udang, belacan salut, serbuk ikan tilapia dan banyak lagi yang menemukan aku dengan pakar-pakar makanan daripada UMT, UPM, UKM, USM, MARDI, SEAFDEC, IPP dan IPM. Banyak yang aku belajar di sini. Mindaku terbuka sedikit kepada usaha mengkomersialisasi sisa makanan yang sebenarnya ada manfaatnya yang tersendiri. Inilah yang menguatkan percayaku bahawa tiada suatupun yang Allah jadikan itu sia-sia. Maha Suci Allah..
Dua hari seterusnya, kami mengikuti rombongan kerja ke MARDI, IPP, IPM dan kilang keropok lekor. Gambar kat kilang keropok lekor tak dapat aku tangkap sebab kameraku ada kat Abe yang sedang mengikuti 'tamrin petronas' di Cherating. Kat bawah ni adalah gambar-gambar di Stesen Mardi, Manir.


Sebahagian daripada hadirin
Apa ni? Ni lesung gergasi sejak dari zaman Jepun, hingga kini masih boleh digunakan.
Tengok tu, pestle dan mortarnya. Besar gedabak.
Demonstrasi buat nugget makanan laut

Pihak tuan rumah juga membuat demonstrasi untuk menghasilkan nugget makanan laut yang best. Mula-mula campur tepung, lauk, lada, bawang dan perasa. Ingat, lauk kena melebihi 50%, barulah sedap. Ada rasa.. Kemudian gaul biar sebati. Mesin merah di atas adalah mesin pengadun tepung.
Apa ni? Ni lesung gergasi sejak dari zaman Jepun, hingga kini masih boleh digunakan.

Demonstrasi buat nugget makanan laut







Adunan harus disalut buat kali kedua dengan adunan telur dan seterusnya dengan serbuk roti. Lagi tebal salutannya, lagi sedap.

Ha, siap dah. Ni gambar kandid dengan muka dan tanganku yang terpeleot. Jom goreng!


Wah, acu try teh.Eenak sekali nugget makanan laut ni.. Produk ini telah dibangunkan oleh MARDI dan ia sudah dipaten dan dijual oleh sebuah syarikat IKS. Sudah ada di pasaran!

Hmmm..habis nugget kena sapu. Memang mulut naga..

No comments:
Post a Comment