Monday, June 01, 2009

dr abu hassan datang ceramah di UDM

Hari ini, saya berpeluang mendengar syarahan akademik daripada Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah bertajuk Media dan Masa Depan Masyarakat. Sayarahnya bertempat di UDM Kampus Kusza. Memang sungguh hebat. Walaupun kelihatannya Dr Abu ni kecik hehe, tapi nampak otaknya besar.. Memang bijak. Anak Tok Guru pondok rupanya. Pondok mana tu? Kalau tak di Pasir Tumboh, mungkin di Pasir Mas, Geting atau...?

hmmmm....
hebatnya beliau menghuraikan tentang PREDICTION FUTURE.

Saya juga amat bersetuju dengan hujah beliau bahawa Media adalah satu institusi yang boleh meruntuhkan kerajaan dalam masa satu minit. Seperti runtuhnya tembok jerman angkara sebara media yang pantas.

Dunia abad ke-21 memang pluralis. Tidak disangkal kebanyakan orang ada persepsi yang pelbagai dan persepsi itu harus diurus! Itulah gunanya Prediction Future. Saya teringat bagaimana beliau berbahas mengenai seorang perempuan yang ingin bersalin. Pada fikiran seorang doktor yang bakal merawatnya, wanita itu akan di'gunting'.
Tetapi di dalam fikiran seorang orang filem, wanita itu sedang saki, bagaimana ekspresi kesakitannya, bagaimana reaksi suaminya, apa yang berlaku sesudahnya dan pelbagai lagi khayalan-khayalan dan anggapan yang harus ditenun.

ops..sambung kendian
Post a Comment