Monday, June 01, 2009

Koma


Tajuk depan Dewan Kosmik terbaru adalah Koma; Bagai Hidup Menanti Mati.

Artikel koma tersebut ditulis oleh saya dengan dan telah diambil untuk dijadikan artikel fokus. Bagi menulis tajuk yang jarang-jarang digarap ini, saya menemuramah pakar bedah otak di jabatan pengajian saya, Neurosains...

Antara kisah koma yang tersebar luas di internet adalah mimpi terakhir Ariel Sharon sebelum koma. Sharon, Perdana Menteri Israel yang dikatakan terlibat secara langsung dengan penyembelihan penduduk-penduduk Islam Palestin di khemah pelarian Shabra dan Syatila di Lubnan pada, telah dibalas di dunia lagi.

Sebuah akhbar Israel yang melaporkan mengenai hari-hari terakhir beliau sebelum koma mengatakan beliau diburu oleh mimpi-mimpi yang sangat mengerikan. Beliau menceritakan kepada setiausaha peribadinya, bahawa beliau melihat dirinya dirinya diikat dan dirantai dalam keadaan bogel lalu diheret di atas sebuah kenderaan yang terbuka dan melalui lorong-lorong di Ghaza.

Seminggu terakhir sebelum dikomakan Allah, mimpi-mimpi yang lebih ngeri bertandang. Mimpi ngeri di mana beliau dicampak ke dalam perigi yang dalam sering mengganggu sehingga akhirnya beliau koma.

Wikipedia 27 Feb 2009 menyatakan, pada saat ini Sharon masih lagi berada dalam keadaan koma dan keadaan beliau stabil. Kebolehan kognitif beliau seolah-olah sudah musnah akibat strok dan peluang untuk sembuh sangat rendah sekali.

**

Menurut Dr Zamzuri Idris, Pakar Bedah Otak dari Jabatan Neurosains, Universiti Sains Malaysia menyatakan koma adalah suatu keadaan di mana pesakit tidak memberi tindakbalas kepada persekitaran dan tiada komunikasi dengan dunia luar. Pesakit kelihatan seperti tidur, tetapi sebenarnya mereka telah melewati keadaan tidak sedarkan diri yang lebih jauh daripada tidur.

“Untuk menguji tahap koma ini, doktor akan memberi sedikit ransangan untuk melihat tindakbalasnya. Jika tiada sebarang respon, doktor akan memberi sedikit kesakitan kepada pesakit. Ada pesakit yang jaga setelah dipanggil. Ada pesakit yang jaga sekejap, kemudian koma balik. Ada pesakit yang bertindakbalas setelah diberi sedikit kesakitan, malah peringkat koma yang paling teruk adalah pesakit langsung tidak bertindakbalas walaupun setelah diberi kesakitan.


Apa itu RAS?

Hidup kita sentiasa diserang oleh pelbagai imej-imej yang tertangkap dek retina mata, bauan yang hinggap di hidung, bunyi yang bergetar hingga menusuk ke gegendang telinga dan pelbagai deria lain yang berselirat. Fikirkan apa jadi jika kita mengambil peduli tentang semua ini? Nescaya otak haru-biru jadinya – sehelai rambut gugur mencecah bahu, setiap jarum jam beredar, bilah-bilah kipas yang berputar, suara-suara percakapan orang-orang di sekeliling kita, dan segalanya.


di sinilah RAS berfungsi..... DK Mei 2009..Samhani

Dapatkan DK Julai..
Post a Comment