Friday, November 29, 2013

Apabila tesis perlu dirombak


Saya menerima dengan perasaan yang tiada perasaan.
Saya sudah lali, sudah biasa dengan keadaan ini. Sudah berkali-kali beliau menukar-nukar. 
Bagi saya, angkat bahu, geleng kepala, terima saja...

Walaupun pada asalnya cadangan saya ditolak mentah-mentah. Cadangan dalam bentuk proposal, ingin mengatur kupasan tesis mengikut urutan yang saya inginkan. Beliau marah saya selama dua jam. Dua jam yang saya tidak lupa. Setelah kejadian tiga tahun lepas iaitu di awal-awal memulakan master, saya mula mengenali. Hari ke minggu, minggu ke bulan, dan bulan berganti tahun. Hari ini sudah masuk tahun ke tiga saya buat master. Lama tu. 

Kerja makmal berjaya saya siapkan dalam tempoh setahun setengah termasuk lapan bulan membuang masa menukar 4 buah kajian penyelidikan. Ma sya Allah.. buat labwork begitu terkejar-kejar. Kejar tempoh sponsor UniSZA yang hanya dua tahun. Kejar juga rumah di Gong Badak yang sedang dalam proses pembinaan. Harapan saya, rumah siap bersama siapnya master. Saya boleh angkut semua barang ke Terengganu dan menulis tesis di sana dengan tenang dan bahagia di sisi penyuntik semangat yang setia. 

Okay.. nak ringkaskan cerita, apabila dah berada di Terengganu, ada bilik 'study' sendiri, berkurung seorangan sampai senak kepala hingga keluar asap-asap. hehehee... akhirnya tesis berjaya siap. Alhamdulillah. 

Menulis tesis sebenarnya tak lama. Tapi masa yang diambil menjadi lama sehingga setahun apabila perlu dicelahi dengan pembikinan paper 'jurnal article' yang mengaut keseluruhan result tesis, sehingga buat satu paper ambil masa lima bulan. Bercampur dengan ke'frust'an dan segala macam kesulitan, saya merangkak selangkah demi selangkah. Mula-mula agak lambat sebab saya menulis tanpa 'guide' daripada sesiapa, kalau tak faham, hanya jurnal, buku dan siapa-siapa yang boleh memberi idea. Sehingga saya ke univ-univ lain mencari pakar yang boleh membuka bicara, ataupun berkubu lama-lama di perpustakaan dalam sejuk yang mendakap. Huh.. Saya beku!

Inilah resam melakukan penyelidikan yang bertaraf 'baru'. Nak kata nobel, tidaklah ke tahap itu. Tapi mengapa tiada sesiapa di universiti saya yang mahir? Di Malaysia hanya dua orang sahaja yang buat 'Mitochondria'. Jadi, pandai-pandailah untuk hidup. Tak mengapa, ilmu ni hak Allah. Kalau susah, kita tanya Pemiliknya. Saya OPTIMIS!!!

Apabila siap tesis, saya mengajukan kepada yang sepatutnya.
"Tesis awak memeningkan. 'Sequence'nya kucarr..."

Owh... Hanya saya perlu kembali kepada 'sequence' asal yang saya ajukan tiga tahun lepas. 
No words uttered. Hanya redha. 

Dua minggu saya biarkan berlalu tanpa tesis. Tidak tahu mahu mula di mana.
Kemudian, saya memanjat tangga perpustakaan UMT, di sini hari-hari saya menaip patah-demi patah, ayat demi ayat, memahami perkara yang masih saya kekurangan dan kembali menganalisa. Saya kira kerja saya agak lambat tapi saya puas, ianya kerja bersederhana yang saya tidak kejar-kejar. Saya jujur dengan diri saya. Menganalisis ini menyakitkan kepala. Jadi apabila saya tidak mampu meneruskan, saya menyenggeng sahaja di kerusi dan tidur. hahahaha.. 

Saya menganalisa kembali setiap result kerana ada yang harus dibuang, jadi saya perlu reanalyse, mengira semula, menggambar rajah semula, menggraf semula, menstatistik semula. Anyway, it's almost finished. Boleh berbahagia untuk minggu ini :)

No comments: