Friday, November 29, 2013

KL lagi


Baru pulang dari Kuala Lumpur. Selama lebih seminggu berada di sana, rasa sudah lama benar meninggalkan kehidupan yang sebenar. Rutin jadi berubah, tapi nasib baik di awal percutian, suami menyewa hotel. Apa yang penting, di sana disediakan kerusi meja untuk saya menulis dan juga talian internet. Alhamdulillah... bolehlah saya siapkan beberapa kerja yang penting.


PNB Darby Park.. itulah hotel yang kami duduki selama lima malam. Mujur ada dapur untuk saya memasak. Hanya makanan yang ringkas-ringkas sebagai santapan tengah hari. Malamnya, kadang-kadang makan, kadang-kadang tidak.






Pintu masuk ke PNB Darby Park. Hotel ini dekat sahaja daripada KLCC, boleh berjalan kaki ke sana. Depannya TROIKA dan belakangnya bangunan Menara Tabung Haji. 


PNB Darby Park, Executive Suites, KL. Hotel empat bintang yang mendapat sijil halal JAKIM.  





Kemudian, kami menumpang di rumah ipar selama lima malam lagi di Damansara Damai untuk menghadiri kenduri sepupu suami (Iqbal dan Shahida). Meriahnya bukan main waktu berkumpul ramai-ramai di rumah Aunty Mala. Memang gembira.

Keluarga sebelah suami memang rapat, dan waktu makan adalah yang paling seronok. Apa tidaknya, penuh meja dengan makanan. Ulam pelbagai jenis, budu, durian, lauk-pauk yang macam-macam spesies. hmmm... waktu sarapan pun sama juga, tapi ops... jangan makan banyak sebab sekarang tiada masa untuk bersenam.


Kenduri Bal-Sya berjalan lancar, alhamdulillah. Majlis akad nikah diadakan di rumah pengantin perempuan di Sungai Buloh. Berdebar bukan main nampaknya Abe Bal, tapi syukur.. akhirnya, pada percubaan terakhir, lafaz lancar senafas sahaja.

Tahniah! Tahniah! Doa kami untuk kalian, moga-moga bijaksana melayari bahtera rumahtangga. Di sana ada amanah, di sana ada tanggungjawab. Semoga bahagia hingga ke akhirnya. Ingat Allah selalu.


Majlis kenduri pula diadakan di Restoran Manggis. Sebuah Restoran yang permai yang menyajikan tomyam dan 'steam boat' yang lazat. Untuk kenduri kahwin ini, perkhidmatan 'catering' sediakan. Sepanjang majlis, baik belaka adanya. Cuma ada persandinganlah.. hmm saya pun terrenjis-renjis juga. Perlu diingatkan, persandingan itu tidak elok, mempamerkan pengantin wanita yang comel cun melecun depan ramai-ramai itu tidak digalakkan. Seadanya sahaja seharusnya.. entahlah, bagaimana harus dikata, benda itu sudah mejadi adat. Kita sebagai tetamu, kalau nak mengomel tak tentu pasal kat majlis orang, nanti tak pasal-pasal orang halau kita keluar. Mungkin selepas ini, perkara ini harus diambil cakna, mana adat yang boleh mana yang tidak boleh.

Mungkin perlu pengadaptasian. Misalnya bersanding di dalam bilik. Hanya perempuan dan pengantin lelaki sahaja yang boleh tengok.. Haha... be creative. Solutions ahead ;)
Wallahu a'lam.


Sekian. Selamat meneruskan kehidupan..

Post a Comment