Huh.. alhamdulillah!
Hmmm.. why not trying to share my latest article? It's all about you...
Demi Zaitun
Dewan Kosmik, 2008, Oktober
(Samhani Ismail)
“Demi buah tin dan zaitun..”, begitulah bermula sebuah surah di dalam Al-Quran yang menyatakan Allah telah bersumpah dengan buah tin dan zaitun. Mungknkah ada rahsia besar di sebalik kedua-dua buah ini kerana Allah tidak akan bersumpah melainkan dengan perkara yang besar-besar belaka. Mengikut An Nasafi, Allah bersumpah dengan kedua-dua buah ini lantaran ia merupakan hasil bumi yang menakjubkan. Mari kita singkapi apakah kelebihan buah zaitun yang telah meletakkannya di tempat yang begitu mulia.
Zaitun dikenali dengan nama saintifiknya Olea europaea, sejenis tumbuhan berasal dari
Bagi wanita, ia sangat baik bukan sahaja dari segi kesihatan malah ia mencakupi khasiat yang banyak untuk kecantikan dan kosmetik. Menurut ulamak Zahbi, minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Ia juga bertindak sebagai anti penuaan dengan cara melambatkan prosesnya. Di samping itu, minyak zaitun juga digunakan untuk mengatasi masalah seksual malah ia berkesan mengatasi kesan lecur akibat terbakar dengan mencampurkannya dengan sedikit garam.
Rasulullah s.a.w bersabda, “Pakailah minyak zaitun dan gunakannya sebagai minyak rambut, karena minyak zaitun dibuat dari pohon yang penuh barakah.” (Hadith riwayat. At-Tirmidzi dan Ibnu Majah). Menurut Ibnu Al-Qayyim pula, minyak zaitun mampu membangkitkan seri wajah, mengilatkan rambut, menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal-gatal dan ulser yang kronik. Saintis Jepun turut mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada terkena kanser kulit.
Hanya minyak zaitun yang tulen mempunyai serangan terhadap penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan. Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa menggunakan bahan kimia atau tindakan haba. Kaedah ini memastikan kadar asid yang rendah pada minyak zaitun.
Kepentingan zaitun dari segi perubatan
Dunia moden kini sudah mengiktiraf khasiat yang terdapat di dalam minyak zaitun. Menurut sebuah artikel bertajuk Olive Oil; A Healthy Choice For Your Heart yang telah diterbitkan menunjukkan pengambilan 2 sudu besar minyak zaitun mampu megurangkan risiko sakit jantung. Hal ini disebabkan minyak zaitun mengandungi lemak tidak tepu (monounsaturated fat) yang berupaya merendahkan paras kolesterol berbahaya dalam badan seterusnya menyembuhkannya.
KOMO 4 News & ABC News Online turut melaporkan minyak zaitun asli iaitu extra virgin olive oil mengandungi bahan pencegah kesakitan. Bahan ini telah dikenalpasti sebagai oleochantol yang mengandungi mekanisme pencegahan kesakitan seperti yang sering digunakan di hospital atau klinik.
Buah zaitun dan juga minyaknya begitu releven dengan kehidupan dunia moden kini kerana ia juga mengandungi bahan anti kuman. Pada tahun 1843, sejenis bahan aktif telah ditemui iaitu oleuropein yang berkesan mencegah pembiakan kuman berbahaya seperti Staphylococcus aureus. Penemuan ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar PHLS Cetre for Applied Microbiology and Research,
Baru-baru ini saintis mendapati diet penduduk Mediterranean yang gemarkan minyak zaitun mengurangkan kejadian kanser payu dara seperti yang dilaporkan dalam Annals of Oncology January 10, 2005. Perkara ini diramailkan berkaitan dengan kehadiaran asid oleic yang tinggi di dalamnya.
Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh "Harvard School of Public Health" dan "Athens School of Public Health" turut mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara. Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun didapati menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser. Kajian yang diketuai oleh Professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di
Ramai rakyat
Kegunaan agama
Bukan sahaja boleh dimakan dan penting bagi tujuan perubatan, minyak zaitun mempunyai tempat yang mulia di dalam banyak agama di dunia. Bagi agama Yahudi, minyak zaitun satu-satunya minyak yang dibenarkan untuk menyalakan pelita di gereja dan ia ditempatkan di dalam bekas yang istimewa. Bagi Gereja Katolik dan Ortodok pula, minyak zaitun digunakan di dalam upacara pembaptisan. Manakala bagi agama Islam pula, zaitun banyak kali disebut oleh Allah di dalam Al-Quran yang mulia, menjadi tanda ianya mulia di sisi Allah. Malah Rasulullah turut menggalakkan umatnya menggunakan minyak zaitun di tubuh lantaran keberkatan dan khasiatnya yang banyak.
Justeru, amalan memakan dan memakai minyak zaitun amat baik untuk kesihatan dan ia sumber mendapat pahala bagi umat Muhammad yang menghidupkan sunnah baginda s.a.w.
2 comments:
Mengapa tidak diberikan kredit kepada majalah yang menerbitkan artikel itu.
Itu secara etika dalam penerbitan:)
ngeh ngeh ngeh..kena sebiji lagi teguran daripada editor..
Post a Comment