Saturday, February 28, 2009

Mengapa Yahudi Bijak?

Rumusan sebuah tesis dan penelitian..

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemansip dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?" . Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, sains dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar?
Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “Ya…, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak”. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan pertumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab).Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah Yahudi sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini kerana menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang! Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai. Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca Cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.


Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikatnya Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok!
Dan harga rokok? Cuma beberapa sen US! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah ratusan juta orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh.
Esaynya hanyalah mengenai “Mengapa saya gemarkan tomato!”

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon http://hpakpt. blogspot. com/

Friday, February 27, 2009

Tiada apa-apa yang tertulis

Saya mungkin manusia yang tidak punya hati. Hati saya keras kepada satu perkataan yang paling penting kepada setiap insan lain yang punyai hati dan perasaan.

Apabila saya menziarah-ziarah blog2 lain, saya sering terjumpa insan-insan yang mempunyai hati yang lembut, basah dan jernih..hati yang tunduk merasai nikmat kasih sayangNya, lalu menyebarkan kasih itu ke sekelilingnya. Saya suka membaca tulisan-tulisan mereka sehingga saya benar-benar tersentuh. Saya perhatikan, jiwa lembut itu terhasil dari belaian kasih sayang seorang ibu yang selalu memberi peransang kepadanya.

Tetapi hairan, saya tidak boleh menukilkan tentang seorang manusia hebat yang bergelar ibu itu.. kerana saya tidak memiliki kenangan-kenangan manis bersama-sama ibu semenjak saya kecil..ahhh begitu sukar sekali untuk saya titipkan.

Kehidupan ini begitu sukar tanpa dorongan mereka, tetapi saya mesti bertahan dengan ujian-ujian hidup ini..alhamdulillah saya kini sudah besar. Sudah ada suami, tempat untuk saya bergantung harapan dan tumpang berteduh, meminjam kasihnya seketika. Saya syukur dengan nikmat ini. Kini, saya kembali melihat kehidupan sebagai suatu yang perlu disayangi. Senang atau susah hidup ini sudah ditentukanNya sejak azali. Mungkin begitu nasib saya di dunia..alhamdulillah, saya redha, besar hikmahnya..

Terima kasih sahabat-sahabat.. kita begitu bertuah sekali.

Walaupun saya tiada cerita yang indah-indah, tetapi saya kaya dengan cerita duka. Walaupun tidak semua boleh dikisahkan, saya tahu itu..

Ibu saya sangat baik, seorang yang lembut dan adalah guru..namun kehidupannya yang mungkin tidak lepas daripada berbagai-bagai masalah dan karenah anak-anaknya yang sakit menjadikan saya hampir tidak dipedulikan. Tidak bertanya khabar saya, makan minum saya sehingga saya fikirkan saya ini mungkin dipungut dari mana-mana tong sampah. bodohnya saya... Rumah kami mungkin puaka, sehingga semua yang berada di dalam rumah menjadi sakit-sakit dan panas baran. Saya lali dengan semua itu..sudah lali sehingga hati ini sudah kering..

Saya disuruh berhenti belajar dan kahwin sejak tingkatan 4. Sesuatu yang amat menekan saya. Dengan duit yang selalu tiada, saya ke sekolah dan menjual kecil-kecilan dan saya dalam masa yang sama dibantu wang poket oleh Bendahari Pas Kelantan. Setiap tahun, sebelum raya , Tok Guru Nik Aziz akan bagi kami anak-anak yatim ini duit untuk sama-sama gembira beraya macam orang lain.. Saya mengambil peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) di tingkatan 4.. Bila menghafal quran ini, saya tenang. Bila result peperiksaan keluar, saya rasa gembira kerana result 10A's itu telah menukar fikiran emak. Pertama kali dalam sejarah hidup saya, emak mengambil saya di sekolah, emak senyum sampai ke telinga melihat keputusan peperiksaan saya!

Alhamdulillah, saya boleh terus belajar untuk SPM, Matrik, masuk universiti, buat Msc, pHD, post Doct dan jadi Profesor Serba Tahu.. insya Allah..saya hendak ikut jejak arwah ayah..
tapi hati saya ini masih kering...

Sunday, February 22, 2009

Rahsia Aura



Sambil menunggu dinner kat Primula Beach Resort kejap lagi, saya menjelajah mencari makna di sebalik aura.. terjumpalah sebuah tulisan yang agak menarik dan lucu..aura Mawi! hmmmmm. (pinjam sini)

Satu Hari seorang pengawal membuat rondaan disetiap bilik orang sakit mental, dalam rondaannya dia terdengar nyanyian yang merdu walupun
tak bunyi macam suara Mawi tapi suaranya memang hebat dengan suaranya yang tersendiri mengalunkan lagu Intifada.

Kata pengawal itu dalam hatinya,"tak sangka Ada juga orang yang sakit mental in boleh menyanyi dengan hebat. Ingatkan radio atau kaset yang dipasang oleh pengawal yang lain." sambil melihat dari luar pesakit TU menyanyi sambil telentang di atas katilnya.

Pengawal terus melalui bilik itu Dan berjalan terus untuk meronda kebilik2 pesakit yang lain. Setelah selesai pengawal berpatah balik. Apabila sampai ke bilik pesakit mental yang menyanyi tadi IA masih menyanyi tetapi kali ini lagu aduh saliha pulak.

Dia menyanyikannya memang hebat, bagus sekali tone suaranya , Cuma dia sakit mental aje kalau tak boleh buat album....tapi kali ini dia menyanyikan lagu aduh saliha TU dalam keadaan meniarap, lagu intifada yang mula2 tadi terlentang?

Pengawal TU hairan Dan bertanya pada pesakit mental TU...

"kenapa kamu menyanyi meniarap? Tadi terlentang?"

Jawab pesakit mental tu.....

"Tadi SIDE A...ini SIDE B lah pulak...."

Pengawal tupun beredar dari situ Dan berkata dalam hatinya..

"betul jugak"

Heeeeheeee....

Tuesday, February 10, 2009

Otak sakit..

Apakah sebenarnya yang dikatakan sakit? Cuba bagi tahu saya siapa yang tidak pernah merasa sakit? Sakit gigi, sakit kepala, sakit hati, sakit jiwa, sakit kaki atau sakit otak?

Dimana sakit berada? Kenapa kita rasa sakit? Ini kerja siapa? Kalau tak sakit tak bolehkah?

hmmmmm....macam-macam orang sakit..
mmmm..beza-beza pulak rasanya..
sakit terkehel mana sama dengan sakit bengkak gusi..
mana sama..........................!

sakit dicubit, ditampar, dipijak, diketuk, dijentik...dan sakit apa-apalah...
taaaaaaakkkkkkkkkkkkk samaaaaaaaaaaaaaa...
kalau tak percaya, cubalah ehehe..


Sakit..
Macam biasa dengar,
Tapi memang pelik.

Bila sakit..
Jantung berdegup lain macam
Saraf-saraf berjaga-jaga
Otak keluarkan endorfin..auto recovery tuh
Ada bengkak-bengkak?
Ada berak...? ops! tersasul
Ada muntah-muntah?
Ada fenin-fenin? adeiii..

Saturday, February 07, 2009

Membina masjid di puncak cinta..


Masuk hari kelima, saya sudah menjadi tukang match maker pula... Tak sangka betul!

Baru je berkenalan dengan akak seorang ini. Selama ini dia sangat sibuk dengan kerja-kerjanya di kelas dan makmal-makmal. Saya selalu nampak akak ni dan menegurnya jika dia ada di mejanya. Dan suatu hari, iaitu hari Khamis, hari kelima saya di sini, kami sudah mula berbual panjang..ye panjang sungguh...sehingga dia mengheret saya makan tengah hari bersama-sama di sebuah cafe yang sangat 'privacy'.

Dia ingatkan saya belum kahwin. Tetapi bila saya sebut 'sudah', dia terlopong. Dan saya ingatkan dia sudah kahwin tetapi sebaliknya, tetapi sedang hanyut angau-angau mabuk kepayang. Tetapi situasinya tidak mudah, mendapat perhatian sang lelaki yang 10 tahun lebih muda darinya. Dan lelaki itu mungkin tidak berani, lalu memohon kerja lain dan keluar bekerja di Kuala Lumpur meninggalkan dia terpinga-pinga tanpa sebarang declaration mahupun sepatah ucapan 'selamat tinggal'.

Saya dalam mendengar, cuba memberikan pandangan. Mungkin benar mungkin salah. Lelaki, adakalanya cukup segan melamar wanita idamannya kerana bimbang dirinya akan ditolak sedangkan perempuan kalau dia suka sekalipun, sukar benar mengungkapkannya, kerana fitrah malu pada perempuan itu nyata.


Berpasangan dengan lelaki yang jauh lebih muda tidak salah dan tidak menjanjikan masalah kepada keharmonian rumahtangga. Asalkan apabila sudah bersama-sama melayari bahtera yang kadangkala dilanda ombak menggila, kadangkala dibelai lembut sang bayu, kedua-duanya harus sentiasa berlapang dada menerima pasangan seadanya. Saya selalu memegang kata-kata, "Terimalah dia seadanya sebagaimana dirinya."



Berkahwin bukan untuk merubah dia menjadi seperti yang kita mahukan, tetapi cantuman perbezaan dua mahkluk yang begitu berbeza ini saling melengkapkan dan membawa kita melalui kehidupan dengan ketenangan, sesuai dengan firmanNya yang bermaksud

"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)


Yang kedua, umur bukanlah peghalang tetapi kekadang menentukan corak interaksi di antara keduanya.

"Kahwinlah dengan wanita yang lebih muda darimu atau yang lebih tua darimu, tetapi jangan dengan yang sama umur."

Saya teringat kembali kata-kata yang pernah saya dengar ini lalu saya menyuakan kepada akak yang setia mendengar omelan saya pagi itu.

Kalau si isteri lebih muda, dia akan memandang suami sebagai abang, atau ayah, atau tempat bergantung yang kejap dan kukuh. Kalau isteri lebih berumur, dia akan memandang suami selain sebagai suami yang wajib dia taati, malah sikap keibuan dan penyayang itu lebih terserlah. Dia akan melayan sang suami sebagaimana lagaknya seorang ibu yang sangat kasih kepada anaknya, dari belaian dan tutur kata.

Tetapi mengikut orang tua-tua, elakkan berkahwin dengan yang sama umur kerana kemungkinan timbul konflik pada isteri untuk mentaati suami dan mengasihinya. Kerana perasaan hormat inilah punca komunikasi di antara keduanya.

"Setuju!"

Akak itu menyampuk. Terkejut saya, tiba-tiba saja dia mencelah. Dengan bersemangat dia menambah,

" Betul. Betul. Bila sama umur, dua-dua akan mahu menang dan inilah yang menyebabkan gaduh sana-sini."

Banyak lagi yang kami bisikkan pagi-pagi itu. Walau apapun, yang paling manis, harus menggunakan orang tengah yang boleh mengatur dan menguruskan pembinaan sebuah masjid itu. Betapa besar pahala bagi mereka. Tidak perlu pasangan itu berjiwang-jiwang, bersayang-sayang dalam telefon uhuk uhuk..tersedak saya. Saya minta maaf kalau ada yang terasa.

Dan saya mengesyorkan dengan berzikir. Zikir banyak-banyak biar kita tenggelam dalam zikir. Saya pernah diberitahu, " Tok Guru itu, ada dua tasbih di tangannya, dibawa ke mana-mana. Sebelah tangan sebut 'Allah' dan sebelahlagi 'la ilaha illah,' Dari pondoknya hingga ke kelas pagi-pagi, sudah beribu-ribu zikir la ilaha illah yang dibacanya. Kita, naik kereta, berjalan, buat lab, bekerja, sebutlah, zikirlah. Kalau terlalai, heret balik hati itu supaya sentiasa dengan zikir. Kalau selalu diamalkan, zikir itu akan datang mengingatkan kita jika kita terlupa membacanya. Maha Suci Allah.

Kadang-kadang, kita berdoa, dan kadang-kadang kita terlupa untuk berdoa. Apabila Allah menggerakkan hati kita untuk berdoa, bermakna Allah mahu mengabulkan doa-doa kita. Doalah selalu di masa senang supaya Allah tidak keberatan mengabulkan doa di waktu kita susah. Dalam kita berzikir, mungkin otak kita terfikir-fikir, terimpi, dan teringin akan sesuatu. Kita tidak sedar yang kita telah berdoa, kerana hanya sekadar lintasan hati, tetapi tiba-tiba doa yang tdak terungkap itu makbul.

Inilah tandanya Allah Maha Mendengar. Allah Maha Pengasih dan dengan zikir itu kita menjadi lebih dekat denganNya. Ingat akanNya selalu, bergantung harap padaNya. Kita adalah hambaNya, yang selalu dipandangNya. Mungkin kekadang kita terlupa tetapi Dia tidak pernah melupakan kita. Berzikirlah, Allah akan memudahkan segala urusan kita, Allah akan membantu kita..

Ehehe..saya doakan kalian bertemu jodoh jua. SMSlah, bertanya khabar, tapi ingat, jangan SMS berkarat-karat. Itu sudah dosa namanya..wallahu a'lam

Friday, February 06, 2009

Selamat masuk kantor


Minggu pertama di UDM sudah berjaya diabiskan dengan gumbiranyaaaaa... 1 Februari adalah hari pertamaku masuk ke sini. Menakutkan, mendebarkan dan menyeronokkan. Aku pagi-pagi lagi sudah bangun dan bersiap dan jam 6.55 pagi aku mendahului suami memandu ke pejabat di Kampus Kota, Batu Burok.

Aku terus ke bilik dekan, melapor diri dan ke bilik penyelaras jabatan. Sebenarnya tak tahu nak buat apa, jadi aku duduk-duduk je di sofa menunggu penyelaras itu sampai , sebab pagi masih terlalu awal dan lampu jabatan masih belum dibuka. Tak sampai lima minit, penyelaras jabatan pun tiba.

Perlahan-lahan aku mengetuk pintu biliknya dan memperkenalkan diri. Bincang punya bincang, dia terus bagi aku satu subjek. Gulps! Chemical Pathology..beserta makmalnya sekali. hmmmm... Dan yang tak bestnya, aku kena siapkan nota kuliah sendiri, slaid presentation sendiri dan soalan-soalan exam. Soalan exam dah kena hantar sebelum 11 haribulan ni ... huhu. Kalut ribut aku dibuatnya.

Tapi aku seronok sangat. Rasa tenang dan hidup menjadi lebih teratur. Bangun pagi-pagi dan menyediakan sarapan. Pulang petang-petang, walaupun letih tetapi keletihan itu terubat dengan memasak untuk suami tersayang. Rasa begitu takut sekali kalau nanti aku terpaksa buat master di Kelantan dan bakal meninggalkan dia. Rasa macam nak buat dekat-dekat Terengganu ni je. Hmmm.. takpe, jangan ribut-ribut sebab aku masih ada masa untuk mengatur projekku. Walaupun terpaksa berulang alik dari Terengganu ke Kelantan setiap minggu untuk berjumpa supervisor dan dalam masa yang sama perlu berada di pejabat, aku rasa masih boleh bertahan dengan cara begini. Asalkan hati gembira, buatlah apa saja ehehehe..

Selamat Selamat Selamat..