Saya mungkin manusia yang tidak punya hati. Hati saya keras kepada satu perkataan yang paling penting kepada setiap insan lain yang punyai hati dan perasaan.
Apabila saya menziarah-ziarah blog2 lain, saya sering terjumpa insan-insan yang mempunyai hati yang lembut, basah dan jernih..hati yang tunduk merasai nikmat kasih sayangNya, lalu menyebarkan kasih itu ke sekelilingnya. Saya suka membaca tulisan-tulisan mereka sehingga saya benar-benar tersentuh. Saya perhatikan, jiwa lembut itu terhasil dari belaian kasih sayang seorang ibu yang selalu memberi peransang kepadanya.
Tetapi hairan, saya tidak boleh menukilkan tentang seorang manusia hebat yang bergelar ibu itu.. kerana saya tidak memiliki kenangan-kenangan manis bersama-sama ibu semenjak saya kecil..ahhh begitu sukar sekali untuk saya titipkan.
Kehidupan ini begitu sukar tanpa dorongan mereka, tetapi saya mesti bertahan dengan ujian-ujian hidup ini..alhamdulillah saya kini sudah besar. Sudah ada suami, tempat untuk saya bergantung harapan dan tumpang berteduh, meminjam kasihnya seketika. Saya syukur dengan nikmat ini. Kini, saya kembali melihat kehidupan sebagai suatu yang perlu disayangi. Senang atau susah hidup ini sudah ditentukanNya sejak azali. Mungkin begitu nasib saya di dunia..alhamdulillah, saya redha, besar hikmahnya..
Terima kasih sahabat-sahabat.. kita begitu bertuah sekali.
Walaupun saya tiada cerita yang indah-indah, tetapi saya kaya dengan cerita duka. Walaupun tidak semua boleh dikisahkan, saya tahu itu..
Ibu saya sangat baik, seorang yang lembut dan adalah guru..namun kehidupannya yang mungkin tidak lepas daripada berbagai-bagai masalah dan karenah anak-anaknya yang sakit menjadikan saya hampir tidak dipedulikan. Tidak bertanya khabar saya, makan minum saya sehingga saya fikirkan saya ini mungkin dipungut dari mana-mana tong sampah. bodohnya saya... Rumah kami mungkin puaka, sehingga semua yang berada di dalam rumah menjadi sakit-sakit dan panas baran. Saya lali dengan semua itu..sudah lali sehingga hati ini sudah kering..
Saya disuruh berhenti belajar dan kahwin sejak tingkatan 4. Sesuatu yang amat menekan saya. Dengan duit yang selalu tiada, saya ke sekolah dan menjual kecil-kecilan dan saya dalam masa yang sama dibantu wang poket oleh Bendahari Pas Kelantan. Setiap tahun, sebelum raya , Tok Guru Nik Aziz akan bagi kami anak-anak yatim ini duit untuk sama-sama gembira beraya macam orang lain.. Saya mengambil peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) di tingkatan 4.. Bila menghafal quran ini, saya tenang. Bila result peperiksaan keluar, saya rasa gembira kerana result 10A's itu telah menukar fikiran emak. Pertama kali dalam sejarah hidup saya, emak mengambil saya di sekolah, emak senyum sampai ke telinga melihat keputusan peperiksaan saya!
Alhamdulillah, saya boleh terus belajar untuk SPM, Matrik, masuk universiti, buat Msc, pHD, post Doct dan jadi Profesor Serba Tahu.. insya Allah..saya hendak ikut jejak arwah ayah..
tapi hati saya ini masih kering...
1 comment:
Hidup ini memang tidak semudah perkataan 'hidup'.
Sebenarnya samhani tidak kering. Kerana hati yang basah dengan kasih sayanglah membuatkan samhani dekat dengan Allah dan melihat keindahan Islam.
keras hati tidak bermakna hati kita tiada siraman kasih. keras hati itu satu kelebihan untuk kita lebih bertegas meletakkan kasih sayang pada tempat yang sepatutnya. (seperti pada Allah, suami, keluarga, Islam, kebenaran dsb)
Post a Comment