Bahawa esok, lusa dan nanti.. dalam vaskular perjalanan ini adalah perjuangan yang tidak pernah mati. Adalah kehidupan, bersama mentari bersama duri..
Thursday, May 07, 2009
Keluarkan SINGA dari dalam Diri..
Pagi ini saya sempat menonton televisyen sambil-sambil berkhidmat diri. Telinga saya sempat mendengar celoteh pengacara rancangan pagi ini, entah apa, TV3 barangkali, ataupun TV9. Mereka menemuramah seorang perunding motivasi yang telah menerbitkan banyak buah buku, dan buku terbaru beliau adalah bersama Galeri Ilmu.
Bukunya cantik dengan ilustrasi menarik. Biasalah, buku-buku Galeri Ilmu sentiasa memukau dan mencakar.. Bukunya bertajuk Keluarkan Singa dari Dalam Dirimu.. begitulah mungkin tajuknya lebih kurang, al-maklum saya tidak fokus betul-betul.
Ulasan penulis tersebut sangat menarik. Alah, lupa pula nama pengarangnya, Hj apa ye? Hmmm... apa yang sempat saya rakam adalah ada pelbagai jenis singa hehehe..singa lapar, singa baik dan singa mengaum..
Paling penting untuk saya ambil dan simpul kemas-kemas adalah Sang Singa perlu mengaum. Orang muda (seperti saya), tenaganya sangat kuat. Masa muda inilah perlu bekerja kuat-kuat. Kena menulis banyak-banyak, kena buat amal kebajikan betul-betul. Bila dah terlambat nanti, jadi macam singa tua dah pula.. lembik.
Singa juga memliki perut yang kempis, sebab itulah dia kuat dan boleh melompat serta berlari pantas menangkap mangsa. Saya pula bagaimana?
Singa ini perlu mengaum. Singa ini perlu menulis banyak-banyak. Menulis dari malam sampai ke pagi, kerahkan amarah biar tumpah menjadi buku.. Adoi, jangan malas-malas!!
Alhamdulillah, artikel saya yang terbaru sudah masuk majalah, itu pun Abe Teh saya yag bagi tahu. Saya sendiri belum tengok lagi.. Mengikut Puan Editor, artikel tersebut diguna untuk ruangan Fokus di Dewan Kosmik Mei ini. Kalau betullah artikel yang saya tulis diguna, tajuknya adalah tentang Koma..saya menemuamah Pakar Bedah Otak muda yang sangat genius, Dr Zamzuri dari USM Kubang Kerian, di Jabatan Neurosains.
Sebenarnya sukar juga menarik kepercayaan editor ni, tapi alhamdulillah, Allah memudahkan bagi saya, dan saya diminta oleh puan editor tersebut untuk menulis setiap bulan untuk DK ini. Beliau berkata, insya Allah, artikel saya tidak akan ditolak. Subhanallah.. Ini adalah kejayaan bagi diri saya..syukur... Antara yang penting juga, bayarannya amat bagus. Bayaran kepada penulis bebas adalah dalam kadar RM 100- RM 500 per artikel. Saya pernah menerima harga yang terendah pada peringkat awal penulisan. Tapi sekarang, sebuah artikel saya sudah mencecah harga maksimum untuk sebuah artikel.. Subhananllah..
Apa tunggu lagi, keluarkanlah SINGA dari dalam dirimu!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam alaik..name penulis keluarkan singa dari dlm diri tu hj mohamad bin zakaria.. buku tu telaga biru yg publish..
Post a Comment