Thursday, July 16, 2009

Musim durian

Sekarang ni musim durian luruh.. jadi tak sah rasanya kalau aku tak meriahkan blog ku dengan kisah-kisah durian nih..untuk tatapan pembaca setia blog ku ..pehhhhh...hehehe


Minggu lepas, aku dan lucky balik kampung di kelate (memang selalu balik pun).. tapi kali ini balik kampung ada matlamat..ngeh ngeh ngeh...matlamat nak gi kutip durian. Suami aku nak bawak ke pejabat, wat jamu kawan-kawan dia kat instep...


Dua hari berturut-turut kami gi kebun. Hari Jumaat turun lewat, dalam kul 10.30 pagi. Jadinya durian tu tinggal sikit je, tapi cukup lagi satu raga. Durian kena kebas ni perkara biasalah..Tok Ma pun dengan bersemangat jugak, walau bertongkat pun, naik kereta ikut kami gi kebun. Mama dan papa takde, gi Terengganu menghadiri program kat sekolah adik iparku di SMAKL, Kampung Laut.

Balik rumah kitorang makan lah. Aku sebenarnya tak makan banyak durian ni. Dua, tiga ulas bolehlah. NAnti panas, bibir dan tengkuk jadi gatal-gatal.. jadi aku kacaulah buat jemput durian.. sedap jugak. Tapi yang paling aku suka makan adalah pulut durian... perghhhh...malam tu tokma tanak pulut dan aku tolong dia cekah durian dan hidangkan.. tapi still takleh makan banyak. dua ulas jer...huhu.. kena beringatlah, walaupun kadar glukos dalam darahku sekarang baru 7.Tulah sebab, hari ni aku kembali kempunan pulut durian. Tokma pun makan seulas jer, terus glukos dia naik sampai 19.

Hari Sabtu, kami gi kebun lagih. Kali ni dengan niat mencari durian untuk bagi mertua suamiku dan untuk bawa ke Terengganu. Kami turun lebih awal, kul 8.30 lagi.

Sampai aje kat sana, kebun masih basah, kesan hujan semalam. Kelihatan durian bergolek-golek di celah rumput. Wah, inilah rezekinya kalau buat kerja pagi-pagi. Kami berpecah cari durian dan melonggokkannya di satu tempat. Mudah sikit nak angkut nanti.

Owh lupa nak bagi tahu, kat kebun ni ada beberapa spesies durian; durian haul, durian haji, ermmmm aku tak ingat dah tok ma bilang kat aku hari tuh..tahun ini durian kurang menjadi skit..tak banyak pohon yang berbuah, dan buahnya pun tak besar mana..tapi syukurlah


Jumpa dah...!


Cari..cari...


Akhirnya...misi berjaya! Sebonet penuh durian

Pencuri durian ehehe

Pacat!!!!

Pacat banyak sangat hari Sabtu tuh, sebab malam sebelumnya hujan. lagipun, kami turun awal lagi... Aku tengok adalah 3 ekor pacat memanjat naik kasut butku.

Tetiba je aku rasa gatal kat perut. Garu-garu, bila ditarik, dapat pacat. Kemudian, gatal lagi, dapat pacat lagi..huhu lepas sekor-sekor pacat hisap darahku, dari yang besar sampai yang kecil baru menetas. Aku dah mula rasa geli aeiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... seriau

Balik rumah, aku check perutku...lebih dari 8 tompok kesan lebam akibat gigitan pacat..

Esok balik kelate lagi cari pulut durian..ehehe

No comments: