Friday, November 29, 2013

Tak sangka..saya register!


Bismillahirrahmanirrahim

Tak sangka, hari ini saya berdaftar sebagai ahli Hai-o.
Emmmmmmm... mengujakan!

Niat asal hanya mahu membeli Cozuma. Apabila saya mendengar pencerahan tentang beberapa produk Hai-o, saya semacam yakin. 
Yakin.

InsyaAllah..
Moga-moga langkah yang saya ambil sentiasa diberkatiNya.


Saya ada sebab mengapa mendaftar jadi ahli.
Pertama; sebab saya mahu membeli. Barangnya agak bagus dan dipercayai. Ada fakta-fakta saintifik yang saya tahu yang diguna untuk merekayasa produk-produknya. 
Ia adalah 'complimentary medicine', saya pernah mengkajinya dulu dan saya gembira dengannya. Semoga kepercayaan saya tidak tersasar.

Di samping membeli, saya akan tersenyum lebar sebab membeli pun saya akan dapat bonus.
Bonus bukan kejaran, namun ia menggembirakan! 

Kedua: in sense of business..
I just ponder, why don't i run a business. It's a sunnah that strongly encouraged by our prophet sallallahu alaihi wasallam. Nine tenth of rezeki comes from business. Isn't it?

Ketiga :
Suami sangat menyokong. Terima kasih.. 
InsyaAllah saya akan buat yang terbaik.

Azan dah..jom alihkan BV, kita solat maghrib.
(Mencuba selimutkan diri dengan BV, terasa ada perolakan habanya yang disadur daripada sinar matahari waktu dhuha.) Alhamdulillah

KL lagi


Baru pulang dari Kuala Lumpur. Selama lebih seminggu berada di sana, rasa sudah lama benar meninggalkan kehidupan yang sebenar. Rutin jadi berubah, tapi nasib baik di awal percutian, suami menyewa hotel. Apa yang penting, di sana disediakan kerusi meja untuk saya menulis dan juga talian internet. Alhamdulillah... bolehlah saya siapkan beberapa kerja yang penting.


PNB Darby Park.. itulah hotel yang kami duduki selama lima malam. Mujur ada dapur untuk saya memasak. Hanya makanan yang ringkas-ringkas sebagai santapan tengah hari. Malamnya, kadang-kadang makan, kadang-kadang tidak.






Pintu masuk ke PNB Darby Park. Hotel ini dekat sahaja daripada KLCC, boleh berjalan kaki ke sana. Depannya TROIKA dan belakangnya bangunan Menara Tabung Haji. 


PNB Darby Park, Executive Suites, KL. Hotel empat bintang yang mendapat sijil halal JAKIM.  





Kemudian, kami menumpang di rumah ipar selama lima malam lagi di Damansara Damai untuk menghadiri kenduri sepupu suami (Iqbal dan Shahida). Meriahnya bukan main waktu berkumpul ramai-ramai di rumah Aunty Mala. Memang gembira.

Keluarga sebelah suami memang rapat, dan waktu makan adalah yang paling seronok. Apa tidaknya, penuh meja dengan makanan. Ulam pelbagai jenis, budu, durian, lauk-pauk yang macam-macam spesies. hmmm... waktu sarapan pun sama juga, tapi ops... jangan makan banyak sebab sekarang tiada masa untuk bersenam.


Kenduri Bal-Sya berjalan lancar, alhamdulillah. Majlis akad nikah diadakan di rumah pengantin perempuan di Sungai Buloh. Berdebar bukan main nampaknya Abe Bal, tapi syukur.. akhirnya, pada percubaan terakhir, lafaz lancar senafas sahaja.

Tahniah! Tahniah! Doa kami untuk kalian, moga-moga bijaksana melayari bahtera rumahtangga. Di sana ada amanah, di sana ada tanggungjawab. Semoga bahagia hingga ke akhirnya. Ingat Allah selalu.


Majlis kenduri pula diadakan di Restoran Manggis. Sebuah Restoran yang permai yang menyajikan tomyam dan 'steam boat' yang lazat. Untuk kenduri kahwin ini, perkhidmatan 'catering' sediakan. Sepanjang majlis, baik belaka adanya. Cuma ada persandinganlah.. hmm saya pun terrenjis-renjis juga. Perlu diingatkan, persandingan itu tidak elok, mempamerkan pengantin wanita yang comel cun melecun depan ramai-ramai itu tidak digalakkan. Seadanya sahaja seharusnya.. entahlah, bagaimana harus dikata, benda itu sudah mejadi adat. Kita sebagai tetamu, kalau nak mengomel tak tentu pasal kat majlis orang, nanti tak pasal-pasal orang halau kita keluar. Mungkin selepas ini, perkara ini harus diambil cakna, mana adat yang boleh mana yang tidak boleh.

Mungkin perlu pengadaptasian. Misalnya bersanding di dalam bilik. Hanya perempuan dan pengantin lelaki sahaja yang boleh tengok.. Haha... be creative. Solutions ahead ;)
Wallahu a'lam.


Sekian. Selamat meneruskan kehidupan..

Tiba masanya aku kan pulang


Apabila mentari memancarkan sinarnya, sang bulan mengundur pergi. Mengheret bersama gemerlapan  bintang-bintang. Pabila waktu beredar, matahari pula mengundur diri, memberi laluan kepada bulan yang setia menanti.

Itulah peredaran masa. Usai siang menempa hidup, malam datang membawa selimut.

Begitu juga aku, usai mengerah upaya di medan, pabila selesai aku kan pulang jua.
Pulang bersama cinta dan semangat yang membakar, untuk menabur bakti buat mendidik anak bangsa tercinta.

Wahai,
Suami yang setia menanti
Rumah yang bahagia terisi
Fakulti, pelajar, nota kuliah, penyelidikan dan teman-teman,

Nanti kan daku
Tiba masanya aku kan pulang. :)

Cinta Bahasa


Puisi Melayu nurani bangsa

Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my
2011/02/08

Enam dasawarsa kajian Dr Kemala membuktikan perkara terbabit

SESIAPA yang membaca puisi Melayu sebenarnya mereka membaca hati nurani bangsa itu kerana ia mewakili luahan hati nurani orang Melayu tetapi dizahirkan sama ada dalam bentuk kritikan atau ingatan yang disampaikan secara berhemah dan sopan.

Rumusan itu dibuat pada syarahannya, Membaca Puisi Rumpun Melayu: Membaca Hati Nurani Melayu yang disampaikan Sarjana Tamu, Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Melayu dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Kemala dan sepanjang enam dasawarsa mengkaji puisi rumpun Melayu yakin bahawa pemuisi Melayu di seluruh Nusantara sebenarnya sangat terusik dengan persekitarannya.

“Orang Melayu sangat terkenal dengan budi bahasa dan sopan tutur bicaranya. Memahami puisi Melayu bermaksud membaca hati nurani Melayu. Saya terkesan tiga perkara ketika meneliti puisi Melayu iaitu ajaib, unik dan profetik (kenabian),” katanya ketika membicara perkara terbabit di Serdang, baru-baru ini.

Beliau memberi contoh pengarang di Nusantara mencurahkan idea pemikiran mereka dalam pelbagai genre sastera termasuk puisi dan antara yang boleh dijadikan contoh ialah Tun Seri Lanang lewat Sejarah Melayu.

“Dalam Hikayat Hang Tuah pula pembaca diajak merenung patriotisme pahlawan Melayu sewaktu di Majapahit. Kesetiaan dan semangat tinggi melindungi Sultan Melaka, Sultan Mansur Syah yang akan berkahwin dengan puteri Majapahit, Puteri Galoh Cendera Kirana, terpancar jelas,” katanya.

Hang Jebat Hang Kasturi
Budak-budak Raja Melaka
Jika hendak jangan mencuri
Mari kita bertentang mata.

Selain itu, pemuisi Melayu juga didakwa selalu menzahirkan karya yang memperlihatkan hubungan diri dengan alam kosmos, alam ghaib selain dengan pencipta yang esa seperti dapat dilihat melalui Hamzah Fansuri misalnya yang jelas meletakkan dirinya hampir dengan Tuhan.

Uzlahnya berbulan-bulan
Mencari tuhan ke dalam hutan
Segala menjadi sufi
Segala menjadi syaugi
Segala menjadi ruhi.

Nada profetik dan mengingatkan itu terlihat juga dalam karya penyair Brunei, Pangeran Syahbandar Md Salleh Samayuda yang menulis mengenai cintanya pada negara dan sultannya dengan mengabadikan dalam Syair Rakis.

Syair itu ditulis bagi mengingatkan sultan mengenai tipu muslihat penjajah Inggeris di Pulau Labuan dan orang yang bermuka-muka di istana raja sehingga Pangeran Syahbandar diburu, lalu mati lemas seperti dapat dilihat dalam bait berikut:

Ya Allah Tuhanku Kaya
Hambamu tiada dapat upaya
Jika ditolong Rasul Anbia
Lepaslah daripada mara bahaya
Lepas luput bahaya badan
Jangan bagi terkena dandan.

Dr Kemala menegaskan, keupayaan pengarang silam Melayu memanfaatkan susasteranya dengan baik turut diperakukan Pengkaji Sastera Melayu, Sekolah Pengajian Timur dan Afrika (SOAS), Universiti London, VI Braginsky.

“Keindahan dan keupayaan memanfaatkan bahasa menjadikan penyair Rumpun Melayu mutakhir seperti Sasterawan Negara (SN), Allahyarham (Dr) Usman Awang, Sutarji Calzoum Bachri, Dr Taufiq Ismail, Goenawan Mohamad, Allahyarham Masuri SN, Moktar Yassin dan Rida K Liamsi memikat hati,” katanya.

Latiff Mohidin misalnya adalah generasi baru yang merubah pengucapan ASAS 50 dengan membawa suara neoromantisisme dalam puisi, menjernihkan lagi rasa keMelayuan yang syahdu sambil memanafaatkan surealisme sebagai dasar seperti dapat dikesan dalam puisi, Sungai Mekong.

Sungai Mekong
Kupilih namamu
Kerana aku begitu sepi
Kan kubenam dadaku
Ke dasarmu
Kaki kananku ke bulan
Kaki kiriku ke matari
Kan kuhanyutkan hatiku
Ke kalimu
Namaku ke muara
Suaraku ke gunung

Begitu juga dengan Allahyarham Usman sewaktu berhadapan dengan kolonialisme Inggeris menyampaikan imej dinamik dan rasa kepewiraan dan kepahlawanan untuk menghadapi musuh yang cuba menjajah kemerdekaan pribumi, sama seperti Masuri SN.

Matikanlah gendang perang
Lagu maut yang bernada setan
Ia telah membunuh anak-anak kita
ia telah melebur nilai-nilai budaya! 

Bengkel Penulis Muda ITBM-PENA


Bengkel Penulis Muda ITBM-PENA
20-22 Jun 2013
Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu



Rahimidin Zahari
Memberi tazkirah puisi di pagi Jumaat


"Jika perut seseorang itu penuh dengan nanah, lebih baik ia penuh dengan sajak.
Penulis tidak memerlukan puisi. Bakat lahir melalui gelisah.
Bakat datang selepas minat.
Bakat anugerah Ilahi.
Bakat kecil sahaja, yang besar adalah usaha.
Ada orang tidak berbakat, menjadi usaha mereka."


Hatiku selembar daun, melayang jatuh dirumput
Biarkan aku sejenak terbaring di sini (Sapardi Djoko)

Tuan Tuhan, bukan? Tunggu sebentar
Saya sedang keluar (Sapardi Djoko)





Sangat teruja dapa bertemu secara 'live' dengan Uncle Awang Goneng. :)


Antara tip beliau;
Walaupun kita menulis prosa, lebih baik kita menulis secara beritma. Menulis secara beritma menimbulkan kesan yang berbeza.








Mehmed Pasha-Turki


Walaupun sudah pulang dari menziarahi Kota Konstantinople (Istanbul), perasaan saya masih kuat untuk mengetahui secara lebih mendalam tentang kota indah tersebut. 


Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”  (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary R.A. telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.


PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 26 Rejab 835 Hijriah (29 Mac 1432 ) di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (855 – 886H / 451 – 1481M). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada hari Khamis, 4 Rabiul Awal 886 bersamaan dengan 3 Mei
 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda diracun.  


PENDIDIKAN 

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.



Di dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek,  Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik. Di dalam bidang Ilmu politik pula, ayahandanya, Sultan Murad II, ketika memencilkan diri di Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Ia bertujuan untuk mendidik bagina dalam usia yang sebitu muda. Walaupun begitu baginda telah  matang menangani tipu helah musuh.


KEPERIBADIAN
Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Baginda seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis.

Baginda sentiasa bersifat tawaduk dan rendah diri. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.


PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit.

Selat Bosphorus dari Satelit
Benteng Rumali Hisari

Peta di dalam benteng Rumali Hisari

Bosphorus adalah sebuah selat yang memisahkan Turki bahagian Eropah dan bahagian Asia, menghubungkan Laut Marmara dengan Laut Hitam. Selat ini sepanjang 30 kilometer, dan lebar maksimum 3.7 kilometer pada bagian utara, dan minimum 750 meter antara Anadoluhisar? dan Rumelihisar?. Kedalamannya antara 36 hingga 124 meter.

Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.


MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Byzantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.


MENARA BERGERAK

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

BANTUAN DARI POPE VATICAN

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Byzantin.

Rantai yang digunakan oleh tentera Byzantin untuk menghalang 
armada al-Fateh
Rantai direntang sepanjang Teluk Golden Horn

 PERANG DARI PUNCAK GUNUNG
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
                                           

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Uthmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

MEMANJAT DAN MELASTIK DINDING

Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

KARISMA SEORANG PEMIMPIN
                                         
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

PENAWANAN CONTANTINOPLE

Pada 20 Jumadil Awwal 857 / 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya itu.

INGATAN

Memikirkan tentang kehebatan al-Fateh dan tenteranya... suatu ketika, dalam perjalanan menuju ke Constantinople, tentera al-Fateh melalui sebuah kebun anggur yang besar dan buahnya sedang masak ranum. Namun, sebelum melalui kebun tersebut, al-Fateh telah mengingatkan tenteranya supaya jangan diambil anggur itu walaupun sebiji. 

Perjalanan diteruskan hingga sampai di suatu tempat, mereka berehat. Setelah didirikan khemah dan berehat, pembantu al-Fateh keluar dari khemah dengan wajah yang sugul dan memanggil semua tentera berkumpul. Para tentera diberitahu bahawa al-Fateh telah jatuh sakit. Setelah diteliti oleh tabib, ubat yang diperlukan adalah sebiji anggur. Maka dia bertanya kepada seluruh tentera, siapa yang mempunyai buah anggur, kerana jika tidak, mungkin al-Fateh akan terus sakit dan mati. Malangnya, tiada seorang pun tenteranya mempunyai buah anggur. Lalu tahulah al-Fateh, bahawa tenteranya bukan sahaja kuat dari segi fizikal, malah rohani mereka juga. Benarlah, tidak seorang pun dari tenteranya yang mengingkari perintahnya. Maka keluarlah al-Fateh dr khemah, dan memuji tenteranya dan menerangkan kepda mereka maksud sebenar.

Mampukah tentera kita menyaingi kehebatan tentera Islam di zaman al-Fateh

 sumber http://www.maahadsas.edu.my/home/artikel/222-muhammad-al-fateh.html



Apabila tesis perlu dirombak


Saya menerima dengan perasaan yang tiada perasaan.
Saya sudah lali, sudah biasa dengan keadaan ini. Sudah berkali-kali beliau menukar-nukar. 
Bagi saya, angkat bahu, geleng kepala, terima saja...

Walaupun pada asalnya cadangan saya ditolak mentah-mentah. Cadangan dalam bentuk proposal, ingin mengatur kupasan tesis mengikut urutan yang saya inginkan. Beliau marah saya selama dua jam. Dua jam yang saya tidak lupa. Setelah kejadian tiga tahun lepas iaitu di awal-awal memulakan master, saya mula mengenali. Hari ke minggu, minggu ke bulan, dan bulan berganti tahun. Hari ini sudah masuk tahun ke tiga saya buat master. Lama tu. 

Kerja makmal berjaya saya siapkan dalam tempoh setahun setengah termasuk lapan bulan membuang masa menukar 4 buah kajian penyelidikan. Ma sya Allah.. buat labwork begitu terkejar-kejar. Kejar tempoh sponsor UniSZA yang hanya dua tahun. Kejar juga rumah di Gong Badak yang sedang dalam proses pembinaan. Harapan saya, rumah siap bersama siapnya master. Saya boleh angkut semua barang ke Terengganu dan menulis tesis di sana dengan tenang dan bahagia di sisi penyuntik semangat yang setia. 

Okay.. nak ringkaskan cerita, apabila dah berada di Terengganu, ada bilik 'study' sendiri, berkurung seorangan sampai senak kepala hingga keluar asap-asap. hehehee... akhirnya tesis berjaya siap. Alhamdulillah. 

Menulis tesis sebenarnya tak lama. Tapi masa yang diambil menjadi lama sehingga setahun apabila perlu dicelahi dengan pembikinan paper 'jurnal article' yang mengaut keseluruhan result tesis, sehingga buat satu paper ambil masa lima bulan. Bercampur dengan ke'frust'an dan segala macam kesulitan, saya merangkak selangkah demi selangkah. Mula-mula agak lambat sebab saya menulis tanpa 'guide' daripada sesiapa, kalau tak faham, hanya jurnal, buku dan siapa-siapa yang boleh memberi idea. Sehingga saya ke univ-univ lain mencari pakar yang boleh membuka bicara, ataupun berkubu lama-lama di perpustakaan dalam sejuk yang mendakap. Huh.. Saya beku!

Inilah resam melakukan penyelidikan yang bertaraf 'baru'. Nak kata nobel, tidaklah ke tahap itu. Tapi mengapa tiada sesiapa di universiti saya yang mahir? Di Malaysia hanya dua orang sahaja yang buat 'Mitochondria'. Jadi, pandai-pandailah untuk hidup. Tak mengapa, ilmu ni hak Allah. Kalau susah, kita tanya Pemiliknya. Saya OPTIMIS!!!

Apabila siap tesis, saya mengajukan kepada yang sepatutnya.
"Tesis awak memeningkan. 'Sequence'nya kucarr..."

Owh... Hanya saya perlu kembali kepada 'sequence' asal yang saya ajukan tiga tahun lepas. 
No words uttered. Hanya redha. 

Dua minggu saya biarkan berlalu tanpa tesis. Tidak tahu mahu mula di mana.
Kemudian, saya memanjat tangga perpustakaan UMT, di sini hari-hari saya menaip patah-demi patah, ayat demi ayat, memahami perkara yang masih saya kekurangan dan kembali menganalisa. Saya kira kerja saya agak lambat tapi saya puas, ianya kerja bersederhana yang saya tidak kejar-kejar. Saya jujur dengan diri saya. Menganalisis ini menyakitkan kepala. Jadi apabila saya tidak mampu meneruskan, saya menyenggeng sahaja di kerusi dan tidur. hahahaha.. 

Saya menganalisa kembali setiap result kerana ada yang harus dibuang, jadi saya perlu reanalyse, mengira semula, menggambar rajah semula, menggraf semula, menstatistik semula. Anyway, it's almost finished. Boleh berbahagia untuk minggu ini :)

Maafkan


Apabila saya mengharapkan dunia
                                    dunia lari meninggalkan saya.





Betapa rapuhnya hati dalam mempercaya
Bahawa saya sentiasa ada Dia.
Tuhan, maafkan saya..



KLCC

Model payung ceti.


Suami. 
Cukup memberi sokongan.
Terima kasih untuk semua itu.



Koya hensem lah tu..





Tarian air, kebetulan kami lalu di situ..














Photos taken by me, using Galaxy Y saja.. ;)
Cantikkan? ahahaaaa itulah gunanya Apple.. peace..


Membaca setinggi awan


Gembiranya menerima surat ini. Walaupun tidak berupaya menunaikannya, tetapi gembira sangat.
Hehehehehe.... saya masih belum bergelar 'penulis PTS' tetapi istilah 'bakal' itu, insya Allah...

Hahahahaha.... sekarang ini tengah mengintai luang untuk kembali tekun menyiapkan manuskrip itu. Dua buah manuskrip yang bakal siap. Sekali lagi BAKAL SIAP.

Caiyokk Sam!!
Tesis hampir selesai. Benda lain harus ditolak ke tepi. Benda lain?? (lalala...)
Tampal semangat itu. Pacak kuat-kuat. hahahahaha...


Terima kasih Encik Aizat PTS, masih ingat lagi kat saya rupanya.

Membaca Setinggi Awan di Menara Kuala Lumpur

Jemputan istimewa buat penulis-penulis PTS dan keluarga, Pihak kami berbesar hati dan rasa hormatnya menjemput penulis PTS serta keluarga menjayakan program utama kami iaitu 'Membaca Setinggi Awan' pada ketinggian 288 meter dari aras bumi. Program santai ini akan mengambil masa selama dua jam dan dalam tempoh itu, semua peserta akan menghabiskan masa dengan membaca buku yang dibawa ataupun yang disediakan sambil melihat panorama yang sangat menakjubkan. Pastinya ia mampu memberikan inspirasi kepada semua penulis dan bakal penulis PTS. Boleh daftar secara terus melalui online http://bit.ly/TSkILk. Bayaran hanya RM10 setiap seorang bagi tiket naik ke dewan MegaView.

Kami tidak sabar bertemu dan beramah mesra di sana.
When
Fri, November 30, 9am – 12pm GMT+08:00
Where
Dewan Banquet Megaview di aras ketinggian 288 meter dari paras bumi
Who
(Guest list has been hidden at organizer's request)

AIZAT ABDUL RAZAK
Timbalan Pengurus Pemasaran
Deputy Marketing Manager

PTS Media Group Sdn. Bhd.
No 12, Jalan DBP
Dolomite Business Park
68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia

Tel: +6 03 6188 0316 EXT 121
Fax: +6 03 6189 1316
H/P: +6 016 661 2017
YM: aizatpts