Gembiranya menerima surat ini. Walaupun tidak berupaya menunaikannya, tetapi gembira sangat.
Hehehehehe.... saya masih belum bergelar 'penulis PTS' tetapi istilah 'bakal' itu, insya Allah...
Hahahahaha.... sekarang ini tengah mengintai luang untuk kembali tekun menyiapkan manuskrip itu. Dua buah manuskrip yang bakal siap. Sekali lagi BAKAL SIAP.
Caiyokk Sam!!
Tesis hampir selesai. Benda lain harus ditolak ke tepi. Benda lain?? (lalala...)
Tampal semangat itu. Pacak kuat-kuat. hahahahaha...
Terima kasih Encik Aizat PTS, masih ingat lagi kat saya rupanya.
Membaca Setinggi Awan di Menara Kuala Lumpur
Jemputan istimewa buat penulis-penulis PTS dan keluarga,
Pihak kami berbesar hati dan rasa hormatnya menjemput penulis PTS serta keluarga menjayakan program utama kami iaitu 'Membaca Setinggi Awan' pada ketinggian 288 meter dari aras bumi.
Program santai ini akan mengambil masa selama dua jam dan dalam tempoh itu, semua peserta akan menghabiskan masa dengan membaca buku yang dibawa ataupun yang disediakan sambil melihat panorama yang sangat menakjubkan. Pastinya ia mampu memberikan inspirasi kepada semua penulis dan bakal penulis PTS.
Boleh daftar secara terus melalui online http://bit.ly/TSkILk. Bayaran hanya RM10 setiap seorang bagi tiket naik ke dewan MegaView.
Kami tidak sabar bertemu dan beramah mesra di sana.
|
No comments:
Post a Comment