Tuesday, July 19, 2016

Positif dan kreatif mencari alternatif





Usai menyimpan jenazah di liang lahad, semua jemaah bersurai.

Sayu.
Nyawanya sudah terputus. Nafas dah berhenti. Bagaimana nasibnya di daerah sana?

Cuak.
Saya memegang erat lengan suami lalu bertanya,
"Bila kita mati nanti, siapa yang akan mendoakan kita?" 

Belum ada zuriat yang akan mendoakan kami sekiranya mati menjemput.
Sebak.
Bimbang.


Suami menjawab, "Kalau tak dapat anak, kita masih ada dua pilihan lagi untuk dikembangkan menjadi sumber pahala berterusan sesudah mati iaitu sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat."

Diam


***
Kesimpulan; minda perlu sentiasa positif. Berbaik sangka dengan Allah bahawa Dia tidak meletakkan kita di kalangan orang-orang yang rugi lantaran ketidakupayaan kita. Jika sudah tersurat di Lauh Mahfuz bahawa kita tiada rezeki itu (anak), masih banyak lagi rezeki lain untuk dijadikan sumber pahala dan bekalan sesudah mati. Dalam masa yang sama kita kena kreatif mencari alternatif-alternatif lain untuk menyelesaikan masalah kita, bukan hanya termenung dan tenggelam di dalam masalah.

No comments: