Saturday, August 30, 2008

Apa nak buat Ramadhan ini?

Lamanya tak berblog.. Bukannya sibuk sangat pun, tapi keadaan tidak mengizinkan. Kat ofis sekarang ni macam kedai kopi, tersangatlah meriahnya dengan hilaian geng-geng PeRAdA..[ Persatuan RA Dr Amiza (+ Dr Amir)] sampaikan nak masuk lab pun rasa rugi..kalau Dr tahu ni..alamat pendek umurlah...

Lagha. Memang lagha.. huhu.. Harap-harapnya di Bulan Ramadhan ni, aku akan jadi insaf le..

Emmmmm..dok terpikir-pikir ye, macam mana nak sambut bulan Ramadhan tahun ni? Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni. Aku pernah menyambut Ramadhan di Kelantan, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Transkrian.. sambutan yang sentiasa berlainan. Dan yang paling menarik untuk diingati adalah time berpuasa di UM pada akhir pengajian. Naik motor, pecut dan stop kat mana mana masjid yang ada makan free. Dari Masjid Akademi Pengajian Islam UM, TNB, Masjid Ar-Rahman hinggalah Masjik Jamek, aku merempit aja dengan Nurul yang sekarang dah jadi ustazah kat Sabah. hmm best memang best. Kalau kat Transkrian pula, hari-hari aku bonceng Abe gi buka puasa kat Pusat Islam USM tu..jimat belanja wei..

Hmmm..tahun ni pula macam mana ek? Kami dah terintai-intai Masjid UDM Kampus Kusza tu. Dengar cerita tiap-tiap hari ada majlis Iftar..hehe.. Oit, betulkan niat. Bukannya nak makan free aje. Kalau buka puasa kat rumah, mesti liat punya nak angkat perut Sembahyang terawih.. hmmm kalau kat masjid lainlah. Boleh berterawih dengan Imam hafiz, tadarus dan berkenal-kenalan.. kan best kalau boleh khatam Quran sekali lagi.. insya Allah

Tapi pengalaman sembahyang terawih yang paling tak dapat aku lupakan adalah sembahyang kat Masjid Muhammadi Kota Bharu. Imamnya adalah sepupu aku.. Bila dia baca surah apa ye, sal 'zaqqum' dan diulang-ulang..hinggakan ada orang kat sebelah aku teresak-esak. Memang sangat best. Meruntun jiwa.
Post a Comment