Thursday, August 28, 2008

Buku best Fiqh Perubatan

Orang-orang kat luar masih berdentam-dentum bercakap tentang pilihanraya Permatang Pauh dan baru tadi saya menerima mesej daripada Harakah mengatakan DSAI baru sahaja mengangkat sumpah di parlimen. Tahniah semua..kepada para jentera yang banyak berkorban, saya sentiasa mendoakan kalian beroleh rahmat dari Nya..amin

Saya di sini sedang menghabiskan buku yang saya beli kat Sungai Petani.(tak jauh dah tu dengan Permatang Pauh). Buku Isu-Isu Fiqh Perubatan Semasa, berharga RM38 dengan hard cover. Buku ini menggamit ingatan saya kepada Sdri Syikin, bakal doktor dari USM yang mencadangkan saya menulis tentang suatu tajuk Fiqh Aulawiyat tentang satu keadaan perubatan. Insya Allah akan saya usahakan. Bila tu? hmmmm tidak pasti lagi. Sebab banyak projek sedang menunggu ni.Apapun, saya akan usahakan. When there is a will, there is a way..

Buku tulisan Al-Syeikh Walid bin Rasyid Al-Su'aidan ini adalah himpunan isu-isu fiqh perubatan. Buku ini menjawab dengan terperinci isu di sekitar perubatan dan kesihatan. Macam mana nak solat, wudu' semasa sakit, luka, kemalangan, ditebuk, istihadah dan banyak lagi. Saya sendiri baru semalam membuka pembalut buku ini. Rasa seronok sangat menikmati buku ini. Tetapi hari ini mungkin saya tidak sempat mneghabisi buku ini. Tugas menguruskan piala, hamper dan pelbagai perkara lagi untuk Kejohanan Boling Staf Akademik UMT menuntut saya ke Kuala Terengganu sekali lagi. Petang baru selesai mungkin.

Dalam buku ini banyak tajuk-tajuk yang menarik. Antaranya Hukum Berubat dengan Muzik, Gelang Tembaga,Pembedahan Jantina, Pemindahan Embrio, Bank Sperma, Klon Manusia, Kewmatian Otak, Insuran Kesihatan, Pembedahan Plastik, Pembedahan Forensik, Gigi Emas, Mengguna Khidmat Jin untuk Berubat, Merawat dengan Dadah dan banyak lagi. Pendek kata buku ini meliputi hampir kesemua tajuk perubatan tradisional, moden dan teknologi-teknologi yang berkaitan dengan perubatan. Wah..saya tidak sabar menghabisinya! Tuhan bantulah saya.

Pada hemat saya, buku ini bakal meletup kerana ia lahir tepat pada masanya di saat masyarakat sangat bersikap ambil berat tentang pandangan agama dan soal halal haram dalam urusan hidup. Tambahan pula, persembahannya juga segar dan memuaskan. Nas-nas dibawa dengan bahasa yang memikat sehingga saya pun terasa kembali insaf. Okay semua, jangan lupa mendapatkan buku ini. (maaf saya tak memuatkan gambar buku ini)

No comments: