Bahawa esok, lusa dan nanti.. dalam vaskular perjalanan ini adalah perjuangan yang tidak pernah mati. Adalah kehidupan, bersama mentari bersama duri..
Sunday, November 30, 2008
Sel Telur Keluar Daripada Ovari
Pertama kali dalam sejarah, saintis dari Belgium berjaya merakam dengan jelas proses awal pembiakan manusia, iaitu keluarnya sel telur dari ovari wanita.
Dr Jacques Donnez, Pakar Sakit Puan Universiti Katolik Louvain
(UCL) di Brussels berjaya merakam proses pelepasan oosit dari ovari
ketika beliau sedang melakukan operasi histerektomi dengan mengangkat rahim atau dikenali sebagai uterus seorang wanita.
Secara normal, seseorang wanita mengeluarkan satu hingga beberapa sel telur
setiap bulan semasa fasa subur. Namun, setakat ini
belum ada saintis yang berjaya merakam dengan jelas saat-saat
keluarnya sel telur dari organ tersebut.
Sel telur terhasil di folikel, iaitu kantung berisi
cairan yang terletak di dalam ovari setiap wanita. Sel telur akan mengalami proses pematangan sehingga dikeluarkan pada masa ovulasi.
Telur-telur seakan jeli ini kemudian bergerak menuju tiub falopio, menanti lamaran seorang sperma. Sudah menjadi adat, wanita menunggu dan lelaki mendatangi. Begitu juga yang berlaku di dalam anggota pembiakan manusia, telur wanita akan
disenyawa oleh sel sperma dari seorang lelaki.
Sel telur dalam gambar tersebut adalah milik seorang perempuan berusia
45 tahun dari Belgium. Donnez mengatakan, beberapa teori mengindikasikan
bahawa pelepasan sel telur dalam ovari bersifat "eksplosif" (meledak/meletup), namun apa
yang dirakamnya ini berlangsung sekitar 15 minit. Mungkin kajian demi kajian seterusnya akan menambahkan lagi pengetahuan ke atas kejadian Allah yang unik ini.
Thursday, November 27, 2008
Pesan jutawan
Irfan Khairi;
"Satu perkara yang harus ada dalam diri kita adalah jangan mudah putus asa. Apaila gagal, kita tidak sepatutnya mengulangi kesilapan yang sama dan terus dalam kegagalan."
Di dalam kata-katanya yang lain;
"Jangan sayangkan duit untuk membeli buku yang boleh meningkatkan pengetahuan. Ini kerana proses untuk belajar tidak pernah berhenti, walau di manapun tahap kita sekarang."
Tuesday, November 25, 2008
Percubaan pecah rumah
Jam 9 malam, suami saya baru pulang daripada program bersama anak-anak sindrom down anjuran INSTEP. Saya ke dapur menyiapkan hidangan minum malam. Tiba-tiba dulang di tangan saya terhantuk teko separa kaca berisi air teh panas. Teko itu pecah membentuk lubang. Air teh panas mencurah-curah keluar lalu terjatuh ke lantai. Ada yang sempat bergantungan di langsir kabinet sebelum semuanya tersepuk.
Saya terkejut dan berdebar-debar. Mengapa jadi begini? Sayangnya air teh.. sayangnya teko. Saya tidak terus bertindak mengambil kain pengelap. Saya perhati air yang mencurah-curah, dan saya terbayang-bayang, mesti suami saya marah nanti. Saya jadi takut. Bukan saja takut dimarahi, bukan saja kerugian teko yang harus diganti dan ini sudah teko kedua! Tapi ada sesuatu yang saya rasa gerun.. sesuatu yang tidak pasti.
Lalu, saya meletak kain tuala lama di atas lantai, membiarkan air meresapinya. Saya kutip kaca-kaca yang berserakan dan lap bahagian atas kabinet yang terkena air teh dengan spray Good Maid bagi mengelakkan semut-semut datang menghurung. Kemudian saya cepat-cepat membancuh air teh sekali lagi.
9.34 malam.
Assalamualaikum..assalamualaikum..
Che' Wang dan Kak Na, jiran kami datang. Suami saya terus membuka pintu. Saya bergegas ke bilik mengambil kain tudung.
"Ada orang mengendap tadi ikut tingkap. Orang tu dah lari bila Che Wang kejar dengan batang besi. Tapi tak sempat nak tangkap dia." Di tengah-tengah hujan lebat itu, Kak Na dan Che' Wang memberitahu suamiku.
Bercakap sedikit, dan mereka pun pulang kerana menjangkakan tiada apa yang hilang. Tiba-tiba mata Che Wang terpandang sebuah beg galas tersangkut di dinding luar rumahnya. Ada sepasang selipar jepun dekat situ. 2 orang jiran datang. Beg itu dibuka sebelum dihantar ke Balai Polis Gong Badak. Ada berus gigi, pakaian, hand phone, beg duit, kad pengenalan dan semua dokumen penting. Orang-orang lelaki semua terus ke balai meninggalkan Kak Na dan anak-anak serta saya.
Lamanya mereka ke balai. Tiba-tiba menantu lelaki Kak Na, Izam datang dan terus dipanggil naik ke rumah. Duduk bercakap-cakap sebentar, ada orang memberi salam. Izam menguak daun pintu. Di luar pagar, seorang lelaki bertubuh kasar dan tinggi berdiri.
"Mari sekejap,"
"Mu nak apa lagi?"
"Aku nak beg aku."
"Haah!" Izam terus menutup pintu kerana lelaki itu cuba memanjat pagar rumah.
Kami semua gementar. Terkejut walau telah menjangkakan dia akan kembali menuntut begnya. Izam menelefon saudara-mara dia supaya datang dan saya menelefon polis. Susahnya nak dapat polis... Selang beberapa minit, ramai orang datang bertanya-tanya dan berkawal. Mereka mencari-cari kalau-kalau ada lagi kesan lelaki itu. Di bawah tingkap, penuh kesan tapak kaki, yang berkemungkinan dia ingin mengintai isi rumah untuk mengetahui selok-belok pintu untuk dipecah masuk. Di sinilah, Che Wang yang ingin memulakan kerja-kerjanya menempa tembaga melihat kelibat lelaki itu. Ingin dikejar, tapi tak dapat. Di dapur, tingkap yang selama ini tidak pernah dibuka, turut terbuka. Lelaki itu memang sudah mengelilingi satu rumah ini!
Lelaki itu mesti in trouble sekarang. Dia sudah keluar penjara dan sedang diburu polis. Baru sahaja memecah masuk ke rumah seseorang. Tetapi malangnya, motosikal yang ditinggalkannya di dalam semak sempat diambil oleh penduduk kampung. Kini, mungkin dia mahu mengambil motosikal anak Kak Na, tetapi dia tertinggal pula segala barang-barang yang sekali gus telah menjerat dirinya sendiri ke penjara.. mungkin.. sekali lagi.. He's very in trouble. Terdesak. Dahlah dia hanya dari kampung sebelah. Dikenali. Habislah!
Inilah kes pertama selepas 10 tahun Che Wang tinggal di sini. Tidak pernah hidupnya diganggu pencuri. Dia takut, bimbang lelaki itu berdendam.. Tak cukup dengan batang besi sedepa panjangnya, Che Wang sudah bersiap-siap menyediakan parang dan pedang bermata dua di biliknya...
Wednesday, November 19, 2008
Saja-saja 2
Singgah di pejabat Andalusia. Tu mama, papa, suamiku dan Pok Cik Him (tokey Andalusia). Pok Cik Him ni bapa saudara mamaku..
Ruang dalam syarikat Andalusia
Kaunter khidmat pelanggan
Dewan ceramah kat tingkat 2
Kereta baru Pok Cik Him yang boleh congek atap.
Pinjam boleh tak?
Inilah ibu pejabat Andalusia Travel and Tours Sdn. Bhd di Jalan Maluri. Sape ada pasang niat nak naik kapalterbang, buat haji atau umrah, bolehlah naik ngan Andalusia. Makan dan tempat tinggal, insya Allah puashati. Nanti saya naikkan dia punya poster..ada pakej umrah promosi yang murah, dari RM 4, 590.. sape nak pergi, boleh call saya. Saya boleh uruskan. 013-5043103..sekadar membantu mama dan papa. Aku pun nak pergi jugak tahun depan! Simpan pitih weh..
Tuesday, November 18, 2008
Saja-saja..
Aku agak stress unconciously walaupun bukannya buat kerja last minute. Sampaikan terpaksa balik lewat dan sampai ke rumah pukul 6.30. Terus masak, membasuh baju dan layan laki hehehe.. Sendatnya otak hinggakan projek menulisku juga terpaksa ditangguhkan. Huhu..
Akhirnya, sehari sebelum presentation, Linda demam. Dia absent dengan kerja-kerja makmal yang masih belum siap. Aku nasib baik sudah selesai. Cuma tinggal menyiapkan laporan presentation dan discussion saja. Pada malam itu, aku tidur di rumah Linda sebab suamiku pergi outstation. Pukul 12, Linda tumbang. Dia memeluk bantal bucuknya lalu terlelap. Memang coollah Linda nih. Tabik jjetak !! Tapi aku tahu, Linda bangun dinihari itu dan menyambung menulis report tu hinggalah ke pagi..
Hari presentation, aku memandu Vivaku ke SEAFDEC, Chendering. Kami sampai lambat sejam sebab menunggu Dr yang kata nak join kami. Tapi Dr tak tiba juga. Aku ingatkan Dr dah tak akan datang, tapi 5 minit sebelum aku present, tiba-tiba Dr terjongol di pintu bilik mesyuarat itu. Mata kami semua terbeliak. Hmm, Dr yang baru tiba dari UK datang sini semata-mata nak tengok aku present! haha. Thanks doc. Kebanyakan orang yang present hari tu bertaraf Dr dan Prof-Prof, kami jelah yang budak-budak.. aku dah kecik kepala rasanya.
Banyak research dibedah pada hari tu. Projek buat serbuk budu, makanan baru daripada tuna, makanan bersalut daripada kerang-kerangan, minyak ikan tilapia, enzim patin, hidrolisat cobia, menghasilkan oligokitin daripada kulit udang, belacan salut, serbuk ikan tilapia dan banyak lagi yang menemukan aku dengan pakar-pakar makanan daripada UMT, UPM, UKM, USM, MARDI, SEAFDEC, IPP dan IPM. Banyak yang aku belajar di sini. Mindaku terbuka sedikit kepada usaha mengkomersialisasi sisa makanan yang sebenarnya ada manfaatnya yang tersendiri. Inilah yang menguatkan percayaku bahawa tiada suatupun yang Allah jadikan itu sia-sia. Maha Suci Allah..
Dua hari seterusnya, kami mengikuti rombongan kerja ke MARDI, IPP, IPM dan kilang keropok lekor. Gambar kat kilang keropok lekor tak dapat aku tangkap sebab kameraku ada kat Abe yang sedang mengikuti 'tamrin petronas' di Cherating. Kat bawah ni adalah gambar-gambar di Stesen Mardi, Manir.
Pn Hjh Che Rohani Awang, tuan rumah MARDI memberi penerangan kepada kami tentang stesen MARDI ni. Di kiri beliau adalah Dr Yahya dan di kanan beliau adalah Prof Mahmud. Kedua-duanya daripada UKM. Prof Mahmud ni best. Beliau membimbingku mengira aktiviti protein dengan menggunakan method Erlanger 1961. Thanks Prof!
Apa ni? Ni lesung gergasi sejak dari zaman Jepun, hingga kini masih boleh digunakan. Tengok tu, pestle dan mortarnya. Besar gedabak.
Demonstrasi buat nugget makanan laut
Apabila dah sebati, masukkan adunan tadi ke dalam mesin pemotong. Ia akan keluar dalam bentuk empat segi. greekk, greekk,greekk..(sound effectnya)
Tadah dengan ais supaya adunan tidak rosak atau pecah.
Setting, iaitu susun adunan yang telah dipotong untuk melalui proses seterusnya.
Battered. Adunan ini disalut buat kali pertama. Bahan salutannya baru siap diadun tadi.
Adunan kemudian disalut dengan breadcrump atau serbuk roti buat kali pertama. Breadcump ni lain sikit daripada yang selalu dapat kat kedai. Seingatku, breadcrump ni darpada Australia. Lebih halus, lebih crunchy..
Adunan harus disalut buat kali kedua dengan adunan telur dan seterusnya dengan serbuk roti. Lagi tebal salutannya, lagi sedap.
Ha, siap dah. Ni gambar kandid dengan muka dan tanganku yang terpeleot. Jom goreng!
Goreng nugget-nugget tu di dalam kuali deep fry dengan suhu 180 degree Celcius selama 20 saat. Lepas tu angkat dan simpan dalam plastik kedap udara. Sedia dipasarkan. Tetapi untuk kami makan, suhu menggorengnya ditambah kepada 200 degree Celcius dengan masa dikekalkan. Itupun, nugget dah menggelembung dan pecah-pecah sebab suhunya terlalu tinggi.
Wah, acu try teh.Eenak sekali nugget makanan laut ni.. Produk ini telah dibangunkan oleh MARDI dan ia sudah dipaten dan dijual oleh sebuah syarikat IKS. Sudah ada di pasaran!
Hmmm..habis nugget kena sapu. Memang mulut naga..Ambil gambar sebelum berpisah.. Okes jumpa lagi semua..
Monday, November 17, 2008
Qiadah; PMBK's corporate magazine. Right here right now!!
Qiadah, if she is a woman, she must be such a lovely lady. Although she is not a woman, she has been my wife for the last few weeks. She is the reason why I am not able to update this blog and also not able to answer those phone calls or reply those sms-es. She is my day and night.
Well, Kelantan Chief Minister Incorporated (PMBK) has published her first corporate magazine and has been dubbed as the first such magazine produced in Kelantan. The one-hundred pages magazine features everything about Kelantan and mostly captures those things that exclusively belong to Kelantan.
This magazine is named Qiadah by Tok Guru Nik Aziz. You can get your free personal copy of Qiadah from any prominent hotels in Kota Bharu. Qiadah will also be distributed in selected Malaysian and foreign embassies, libraries, museums and tourist centres.
For loyal readers of Kickdefella whom yet to be in Qiadah mailing list, please email your complete mailing address to qiadah@yahoo.com. Qiadah will be sent to you via airmail, no matter in which continent you are. For those who would love to help distribute or advertise your business, products and services in Qiadah please call Mr. Zaidi Hj Abdullah at +609 744 6800. Qiadah is a quarterly publication, published by Kelantan Chief Minister Incorporated and produced by Global Media Channel Sdn Bhd.
Sunday, November 16, 2008
Pork: The Other White Meat?
by Alyssa
In folkloric terms, eating the meat of the pig is said to contribute to lack of morality and shame, plus greed for wealth, laziness, indulgence, dirtiness and gluttony. We insult a person by calling him or her a “Pig” when they demonstrate these characteristics. Muslims are forbidden by God to eat the meat of the pig (pork). This is detailed in verses 2:173, 5:3, 6:145, and 16:115 of the Qur’an. An exemplary verse is quoted here:
“He has only forbidden you dead meat, and blood, and the flesh of swine, and any (food) over which the name of other than Allah has been invoked. But if one is forced by necessity, without wilful disobedience, nor transgressing due limits, then Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful.”
Is Pork Forbidden to Muslims Only?
The Jews and Christians are also forbidden from eating pork. Here is a quote from the Old Testament to that effect: “And the swine, because it divideth the hoof, yet cheweth not the cud, it is unclean unto you: ye shall not eat of their flesh, nor touch their dead carcase.” Deuteronomy, 14:8. Many Christians believe that this verse was directed only at the Jews. But Jesus himself says during the Sermon on the Mount; “Think not that I am come to destroy the Law, or the Prophets: I am not come to destroy, but to fulfil.” Some Christians say that, after a vision by St. Peter, God cleansed all animals and made them fit and lawful for human consumption. If ALL animals are cleansed by Peter’s vision, this includes dogs, cats, vultures, and rats: but you just don’t see people getting excited about a cat-meat sandwich like they do over barbecued pork or bacon. Others say that it was Paul who rescinded the law forbidding pork to humans, in order to appease the Romans, who enjoyed the taste of pig-meat. Many excuses have been given, but none are very sound.
Many Far Eastern traditions also discourage the eating of pork. The 3,000 year old Confucian Book of Rites says, “A gentleman does not eat the flesh of pigs and dogs.” Although many Chinese are avid eaters of pork today, physicians of ancient China recognized pork-eating as the root of many human ailments. Buddhists, Jains and Hindus usually avoid eating any kind of meat.
Bad effects of pork consumption
Pig’s bodies contain many toxins, worms and latent diseases. Although some of these infestations are harbored in other animals, modern veterinarians say that pigs are far more predisposed to these illnesses than other animals. This could be because pigs like to scavenge and will eat any kind of food, including dead insects, worms, rotting carcasses, excreta (including their own), garbage, and other pigs.
Influenza (flu) is one of the most famous illnesses which pigs share with humans. This illness is harbored in the lungs of pigs during the summer months and tends to affect pigs and humans in the cooler months. Sausage contains bits of pigs’ lungs, so those who eat pork sausage tend to suffer more during epidemics of influenza.
Pig meat also contains excessive quantities of histamine and imidazole compounds, which can lead to itching and inflammation; growth hormone, which promotes inflammation and growth; sulphur-containing mesenchymal mucus, which leads to swelling and deposits of mucus in tendons and cartilage, resulting in arthritis, rheumatism, etc. Sulphur helps cause firm human tendons and ligaments to be replaced by the pig’s soft mesenchymal tissues, and degeneration of human cartilage. Eating pork can also lead to gallstones and obesity, probably due to its high cholesterol and saturated fat content. The pig is the main carrier of the taenia solium worm, which is found it its flesh. These tapeworms are found in human intestines with greater frequency in nations where pigs are eaten. This type of tapeworm can pass through the intestines and affect many other organs, and is incurable once it reaches beyond a certain stage.
One in six people in the US and Canada has trichinosis from eating trichina worms which are found in pork. Many people have no symptoms to warn them of this, and when they do, they resemble symptoms of many other illnesses. These worms are not noticed during meat inspections, nor are they killed by salting or smoking. Few people cook the meat long enough to kill the trichinae. The rat (another scavenger) also harbors this disease.
There are dozens of other worms, germs, diseases and bacteria which are commonly found in pigs, many of which are specific to the pig, or found in greater frequency in pigs.
Pigs are biologically similar to humans, and their meat is said to taste similar to human flesh. Pigs have been used for dissection in biology labs due to the similarity between their organs and human organs. People with insulin-dependent diabetes usually inject themselves with pig insulin. If you pour Coke (yes, the soda) on a slab of pork, and wait a little while, you will see worms crawl out of it.
Kindness to animals
Every creature was created by Allah for a purpose. The Prophet always encouraged being kind to animals. Although we should not eat the meat of the pig, it doesn’t mean that we should hate pigs. We should show them the same kindness as any other animal, and not abuse or torture them. Pigs score high on tests devised to determine animal intelligence; in other words, they are very smart. It used to be that European people believed pork would taste better if the pigs were kept in a state of filth, but this is not the natural inclination of the pig. When left to their own devices, it is said that pigs do not like to soil their sleeping quarters. As for their tendency to wallow in mud, that is done mainly to keep cool.
Note: Any numbered references (i.e., "2:155") refer to chapter and verse in the Qur'an.
References:
"Animals in Islam," by Al-Hafiz B.A. Masri, "Diet for a New America," by John Robbins, "Islamic Dietary Laws and Practices," by M.M. Hussaini, M.S. and A.H. Sakr, Ph.D. "Homotoxicology," by Dr. Hans-Heinrich Reckweg, "Muslims in Alien Society," by Muhammad Samiallah
Nota bunuh diri
Saya terjumpa nota bunuh diri. Seorang Bahasa terkulai di kerusi dengan sebilah pisau di dadanya. Pisau itu ada tanda ‘Made in English’. Bersama-sama nota bunuh diri itu, ada slip keputusan peperiksaan. Ada cop mohor kementerian. Dalam tulisan rumi, dalam bahasa Inggeris. Ada timbunan akhbar hari ini.
Ini nota bunuh diri itu:-
Pejuang, sarjana, ahli akademik, birokrat dan semua yang ada kaitan dengan perjuangan bahasa Melayu boleh bungkus barang masing-masing dan balik kampung. Keputusan UPSR tak jejaskan pengajaran dan pembelajaran walaupun ajar dalam bahasa Inggeris.
Pengarang dan penulis berhentilah menulis novel dan cerpen dalam bahasa Melayu. Budak-budak lebih suka baca buku teks Sains dan Matematik yang dalam bahasa Inggeris.
Budak-budak suka belajar bahasa Inggeris. Baik budak bandar atau budak kampung, mereka semua bercakap, belajar dan mengiggau dalam bahasa Inggeris. Tak percaya, masuklah ceruk pedalaman dari Dabong di Kelantan hingga rumah panjang di Sabah dan Sarawak: semua budak-budak bercakap dalam bahasa Inggeris.
Pilihan raya nanti tak payah sokong mana-mana. Baik parti pemerintah atau parti pembangkang. Parti pemerintah dah tak boleh harap dan parti pembangkang pun lebih minat papan tanda dalam banyak bahasa. Atau lebih minat pinda tarikh peralihan kuasa. Atau mungkin isu bahasa ini bukan isu penting dalam agama. Dan tak lama lagi mereka pun akan cakap dalam bahasa Inggeris.
Dan percayalah, tak lama lagi negara kita akan setaraf dengan Amerika Syarikat (AS)! Ya setaraf dengan AS yang berada di ambang kemelesetan!
Thursday, November 13, 2008
Persatuan Azheimer mendapati Nicotinamide boleh rawat Alzheimer
This new research demonstrates that Nicotinamide (vitamin B3), can help mice with some aspects of Alzheimer's disease to maintain their memory.
From the research, it appears that Nicotinamide has more than one beneficial effect on nerve cells including the facilitation of the recycling of the 'bad' phosphorylated tau. This research is interesting as it points towards new ways of treating Alzheimer's disease.
Nicotinamide occurs naturally in meat, fish, beans, cereals and potatoes and is cheap and easy to take. However, more research is now needed to explore the possible mechanisms involved so we can better understand if Nicotinamide could have the same effect in people and, if it does, what level of vitamin intake would be required.
Hmmm... kenapa tak kaji bagaimana Quran boleh mengelakkan nyanyuk? Siapa yang nak kaji? Ni dalam arkib neuroscience. Ha? Neuroscience!????
Pinggan melamine versus pinggan kaca
Rumah kami takde kabinet yang besar-besar untuk menampung pinggan yang banyak, saya pun mencelah, "Cukup dah tu, Mama.. Tak de tempat dah nak letak,"
Pinggan-pinggan yang kat dapur tu masih baru lagi. Tetapi semenjak kes keracunan melamine, mertua saya naik runsing pula memakai set melamine buat makan anak-beranak. Selalu pula dia bertanya itu ini tentang barangan-barangan kat dapur. Suamilah yang selalu terangkan, " Ha, tengok kat tapak plastik ni. Oh polypropylene. Bahaya nih. " "Tapi dia tulis microwave save," Mama menjawab. " Mana boleh, polypropylene ni petroleum. Semua barangan plastik dibuat daripada petroleum. Nuh kilang dia ada kat Gebeng, Abe Long dah pergi. Dah panjat pun tangki dia. "
Mama berpaling kepada saya, mohon penjelasan lanjut. Saya yang sedang menyiapkan makan tengah hari sengih-sengih je. Nak hurai panjang-panjang, nanti naik muak pula. Betul dah tu apa yan suami saya cakap. " Erm, ye mama. Walaupun dia tulis 'safe' tetapi kalau dah di'heat', dia akan ada tindakbalas kimia juga.." saya menjawab sekadar melegakan perasaan beliau. Nak berlebih-lebih nanti silap pula.
"Kalau begitu, kita simpanlah set melamine, kita pakai barangan kaca." Mama membuat keputusan.
"Ye, melamine boleh dipakai, tapi tak boleh selalu. Tidak boleh ada calar-calar, tidak boleh berubah warna, atau tergores, nanti rantaian polimer dia boleh terkeluar dan masuk ke dalam makanan kita." Saya menambah. Saya memperlahankan suara, "Bukannya apa, kita nak elak kanser... banyak bahan kimia boleh sebabkan kanser."
"Oh," mama nampak berpuashati dengan jawapan ringkas itu. Tapi lain kali mesti ada persoalan lain yang diutarakannya.. saya meneruskan kerja menghidang sementara mama serta suami saya memilih-milih set pinggan mangkuk dan cawan kaca untuk kami bawa ke sini..
Sunday, November 09, 2008
BERANI MATI
Gambar-gambar suspens jurugambar berani mati ini saya ambil daripada blog fototeacher pagi ni. Menurut keterangan yang diberikan, gambar ini dirakam oleh Hans Van De Vorst dari Netherlands.
Inilah kerja-kerja berani seorang jurugambar yang sedang merakam gambar matahari terbenam di Grand Canyon. Setelah selesai merakam gambar, dia dengan selambanya membuat lompatan maut di atas jurang yang sangat tinggi itu. Yang menariknya, dia hanya memakai selipar sambil memegang kamera, tripod dan beg plastik. Kedalaman jurang tersebut adalah kira-kira 3,000 kaki!
Thursday, November 06, 2008
Syahidnya Al-Imam Hassan Al-Banna
Walaupun tulisan di bawah ini panjang, tapi cukup mengujakan. bacalah..
Oleh : Abbas Assisi
http://muscom.iluvislam.com/?p=49#comment-1272