Sunday, November 30, 2008

Sel Telur Keluar Daripada Ovari




Pertama kali dalam sejarah, saintis dari Belgium berjaya merakam dengan jelas proses awal pembiakan manusia, iaitu keluarnya sel telur dari ovari wanita.

Dr Jacques Donnez, Pakar Sakit Puan Universiti Katolik Louvain
(UCL) di Brussels berjaya merakam proses pelepasan oosit dari ovari
ketika beliau sedang melakukan operasi histerektomi dengan mengangkat rahim atau dikenali sebagai uterus seorang wanita.


Secara normal, seseorang wanita mengeluarkan satu hingga beberapa sel telur
setiap bulan semasa fasa subur. Namun, setakat ini
belum ada saintis yang berjaya merakam dengan jelas saat-saat
keluarnya sel telur dari organ tersebut.

Sel telur terhasil di folikel, iaitu kantung berisi
cairan yang terletak di dalam ovari setiap wanita. Sel telur akan mengalami proses pematangan sehingga dikeluarkan pada masa ovulasi.

Telur-telur seakan jeli ini kemudian bergerak menuju tiub falopio, menanti lamaran seorang sperma. Sudah menjadi adat, wanita menunggu dan lelaki mendatangi. Begitu juga yang berlaku di dalam anggota pembiakan manusia, telur wanita akan
disenyawa oleh sel sperma dari seorang lelaki.

Sel telur dalam gambar tersebut adalah milik seorang perempuan berusia
45 tahun dari Belgium. Donnez mengatakan, beberapa teori mengindikasikan
bahawa pelepasan sel telur dalam ovari bersifat "eksplosif" (meledak/meletup), namun apa
yang dirakamnya ini berlangsung sekitar 15 minit. Mungkin kajian demi kajian seterusnya akan menambahkan lagi pengetahuan ke atas kejadian Allah yang unik ini.


1 comment:

Unknown said...

Subhanallah, Maha Suci Allah... terasa takjub melihat kejadian ini. Moga-moga Allah memberi hidayah kepada Doc tersebut.