Wednesday, November 19, 2008

Saja-saja 2

Selesai present, aku ikut suami dan mertua ke Kuala Lumpur. Nak relakslah konon-kononnya. Tapi aku demam. Perjalanan yang panjang, merayau-rayau di Mid Valley, IKEA yang sangat sejuk, naik tangga turun tangga singgah di rumah sedara-mara membuatkan aku demam balik. Demam yang terkambus semasa present lepas muncul balik. Ahh, kepalaku sakit. Badanku sejuk panas. Bibirku kering. Dadaku sesak. Matapun jadi bertaik macam anak kucing yang baru lepas lahir..huhu



Singgah di pejabat Andalusia. Tu mama, papa, suamiku dan Pok Cik Him (tokey Andalusia). Pok Cik Him ni bapa saudara mamaku..
Ruang dalam syarikat Andalusia
Kaunter khidmat pelanggan

Dewan ceramah kat tingkat 2
Kereta baru Pok Cik Him yang boleh congek atap.
Pinjam boleh tak?
Inilah ibu pejabat Andalusia Travel and Tours Sdn. Bhd di Jalan Maluri. Sape ada pasang niat nak naik kapalterbang, buat haji atau umrah, bolehlah naik ngan Andalusia. Makan dan tempat tinggal, insya Allah puashati. Nanti saya naikkan dia punya poster..ada pakej umrah promosi yang murah, dari RM 4, 590.. sape nak pergi, boleh call saya. Saya boleh uruskan. 013-5043103..sekadar membantu mama dan papa. Aku pun nak pergi jugak tahun depan! Simpan pitih weh..

No comments: