NIK NUR MADIHAH (kiri) menerima ucapan tahniah daripada Siti Nur Fatimah (senior) dalam pertemuan di SMU(A) Maahad Muhammadi, Kota Bharu
Nik Nur Madihah of SMA Maahad Muhammadi Kota Baru, who scored 19 1As and a 2A, shows her fisherman father, Nik Mohd Kamal Husin, her results.
Nik Nur Madihah bersama ibu bapanya Nik Mohd. Kamal Hussien dan Mariani Omar di rumah mereka di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu.
Kadang-kadang, ribut kuat yang membuatkan kita terjaga itu lebih baik daripada angin tenang yang membuai lantas melenakan..
Di sebalik kata-kata itu, ada benarnya dengan kita. Kehidupan yang sukar lebih banyak menghasilkan jiwa-jiwa yang insaf.. insaf lantaran kesusahannya lalu memintal kukuh keazaman untuk mengubah nasibnya. Dia terus berusaha dengan gigih tanpa perlu menyukat kawan-kawan di sekeliling, sehingga apabila keputusan diumumkan, dialah sebenarnya juara..
Alhamdulillah dan tahniah kepada Adik Nur Madihah, dari SMU(A) Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu, yang telah berjaya menjadi pelajar terbaik Malaysia dengan mendapat 19A1 dan 1A2. A1- Bahasa Melayu, Matematik, Fizik, Kimia, Matematik Tambah, Pendidikan Al-Quran dan Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, English for Science and Technology, Sejarah, Sains, Kesusasteraan Melayu, Geografi, Bahasa Arab Tinggi, Perdagangan, Prinsip Peakaunan, Ekonomi Asas dan Tasawwur Islam. Satu-satunya matapalajaran yang beliau mendapat A2 adalah Biologi.
Dengan kehidupan yang sukar, wang poket hanya RM 5, iaitu RM 4 buat tambang bas dan RM 1 buat makan, dia membuktikan bahawa anak nelayan, pelajar sekolah agama dan anak yang taat pada ibu bapa mampu berjaya mengatasi ribuan lagi pelajar di seluruh negara. Inilah resepi kejayaan, baginya, "Belajar bila rasa mahu belajar tanpa ada rasa terpaksa atau dipaksa."
Bukan sahaja membuktikan kejayaan ini sebagai kejayaan individu, tetapi kejayaan ini bahkan hasil resepi jiwa beragama yang kukuh dengan benaman kuat didikan agama berdasarkan silibus kurikulum pengajian yang terbaik, yang telah digunapakai oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK). Kebanyakan silibus yang digunakan untuk Tingkatan Peralihan sehingga tingkatas empat adalah silibus daripada Al-Azhar, Mesir yang menekankan agama dan sistem pendidikan yang menekankan kepada pembangunan seimbang material dan spiritual.
Saya tahu, YIK menghadapi tekanan yang kuat daripada kerajaan pusat yang mahukan YIK mengguna silibus mereka. Mereka menyempitkan ruang bagi kami anak-anak didik dari sekolah agama, mereka menghadkan bantuan kepada kami, sehingga bangunan-bangunan sekolah yang tinggi-tinggi itu adalah terbina dengan duit daripada kutipan derma dan daripada kerajaan negeri sahaja.
Buat Adik Nur Madihah, semoga cita-cita untuk melanjutkan pelajaran di Timur Tengah dalam biang Fizik tercapai, saya sarankan kalau mahu belajar Fizik, pergilah ke Iran. Buat adik-adik junior saya di Maahad, samada Maahad Muhammadi Lelaki, Perempuan, Pasir Pekan, Rantau Panjang dan yang lain-lain yang tidak tersebut di sini, tahniah saya ucapkan. Semoga sentiasa berada di landas keimanan dan ketaqwaan. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat.
Sabar dan redha itu kunci kejayaan..itulah yang saya belajar daripada Adik Nur Madihah..