Thursday, March 12, 2009

mengutuk orang episod pertama


Bengang sungguh hari ini. Tersangat bengang dengan d**** yang seorang itu. Memang begitulah perangainya..Bilalah amarahnya mahu kendur? sudah banyak kali saya lihat dia cuba bersabar. Sudah kerap saya nampak jari-jarinya yang selalu digunakan untuk membedah kepala orang, menggerakkan butir-butir tasbih, tetapi kekadang dia kalah juga pada amarah.

Apa malangnya hari ini, sudahlah saya terpaksa bangun lebih awal. Petang semalam sudah mesyuarat, menaip sehingga berair-air mata ini, penat dan pening menghadap laptop. Pagi ini mesyuarat bersambung lagi. Lebih jenuh dan menepukan berbanding dengan mesyuarat maraton yang kekadang hanya bersembang kemas.

Hingga saya tersesat bangun awal lalu bersiap. Hajatnya ingin ke tempat kerja. Tetapi, apabila saya tengok balik jam untuk kali kedua, baru saya perasan. Pukul 1:10 pagi rupanya.. Saya membilang-bilang, kalau saya bangun sekarang dan mengemas rumah, tentu sepanjang hari nanti saya keletihan. Lalu, saya menyambung tidur .. dan bangun semula pening-pening lalat semasa orang sedang azan subuh. Terkocoh-kocoh pulak kelewatan hingga tidak sempat siapkan sarapan. Air putih saja yang saya hidangkan buat suami. Ehehe... Minum air putih lagi bagus aper!?

Inilah kekalutan yang meribut gara-gara kena masuk meeting jam 8:00 pagi, dan kalau saya lewat, meeting pun akan mula lambat.. mesti merugikan masa orang lain.

Jarak tempat kerja dengan rumah saya lebih kurang 40 kilometer, dalam 1 jam baru sampai. Ini kalau saya bawa kereta gaya baik. Selalu juga saya speed, boleh saja 35 minit. Tapi, di KT ini banyak sangat kemalangan pagi-pagi. Ada-ada saja kereta kemik. Jadi, lebih baiklah berhati-hati.

Dengan perut yang kelaparan, saya buat kerja macam biasa.

Tetapi hari ini, malang tidak berbau, d*** 'angin pasang' satu badan. Mulutnya terketar-ketar sebab terlampau marah, brenggg brengg brengggggg... dan saya rasa dia keluarkan ayat-ayat tu sebab dia marah pada saya.. B**s! St**! apa-apa lagilah...cukup sedozen peluru hari ini.

Sehingga saya serta merta mati senyum di kala itu.. Saya sempat pandang mukanya dan angguk-angguk. Saya tahu ayat itu bukan 100% untuk saya, tetapi sedikit tempiasnya memercik juga ke muka ini.

Agak 'frust' juga. Sudahlah ini bukan kerja saya, tapi saya tolong juga dia buat.. Alih-alih dapat seketul dua ayat-ayat 'sopan' begini..Huh sememangnya bengang! Bengang!

Post a Comment