Sunday, March 15, 2009

Belajar sesuatu daripada Adik Nur Madihah..

NIK NUR MADIHAH (kiri) menerima ucapan tahniah daripada Siti Nur Fatimah (senior) dalam pertemuan di SMU(A) Maahad Muhammadi, Kota Bharu

Nik Nur Madihah of SMA Maahad Muhammadi Kota Baru, who scored 19 1As and a 2A, shows her fisherman father, Nik Mohd Kamal Husin, her results.




Nik Nur Madihah bersama ibu bapanya Nik Mohd. Kamal Hussien dan Mariani Omar di rumah mereka di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

Kadang-kadang, ribut kuat yang membuatkan kita terjaga itu lebih baik daripada angin tenang yang membuai lantas melenakan..

Di sebalik kata-kata itu, ada benarnya dengan kita. Kehidupan yang sukar lebih banyak menghasilkan jiwa-jiwa yang insaf.. insaf lantaran kesusahannya lalu memintal kukuh keazaman untuk mengubah nasibnya. Dia terus berusaha dengan gigih tanpa perlu menyukat kawan-kawan di sekeliling, sehingga apabila keputusan diumumkan, dialah sebenarnya juara..

Alhamdulillah dan tahniah kepada Adik Nur Madihah, dari SMU(A) Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu, yang telah berjaya menjadi pelajar terbaik Malaysia dengan mendapat 19A1 dan 1A2. A1- Bahasa Melayu, Matematik, Fizik, Kimia, Matematik Tambah, Pendidikan Al-Quran dan Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, English for Science and Technology, Sejarah, Sains, Kesusasteraan Melayu, Geografi, Bahasa Arab Tinggi, Perdagangan, Prinsip Peakaunan, Ekonomi Asas dan Tasawwur Islam. Satu-satunya matapalajaran yang beliau mendapat A2 adalah Biologi.

Dengan kehidupan yang sukar, wang poket hanya RM 5, iaitu RM 4 buat tambang bas dan RM 1 buat makan, dia membuktikan bahawa anak nelayan, pelajar sekolah agama dan anak yang taat pada ibu bapa mampu berjaya mengatasi ribuan lagi pelajar di seluruh negara. Inilah resepi kejayaan, baginya, "Belajar bila rasa mahu belajar tanpa ada rasa terpaksa atau dipaksa."

Bukan sahaja membuktikan kejayaan ini sebagai kejayaan individu, tetapi kejayaan ini bahkan hasil resepi jiwa beragama yang kukuh dengan benaman kuat didikan agama berdasarkan silibus kurikulum pengajian yang terbaik, yang telah digunapakai oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK). Kebanyakan silibus yang digunakan untuk Tingkatan Peralihan sehingga tingkatas empat adalah silibus daripada Al-Azhar, Mesir yang menekankan agama dan sistem pendidikan yang menekankan kepada pembangunan seimbang material dan spiritual.

Saya tahu, YIK menghadapi tekanan yang kuat daripada kerajaan pusat yang mahukan YIK mengguna silibus mereka. Mereka menyempitkan ruang bagi kami anak-anak didik dari sekolah agama, mereka menghadkan bantuan kepada kami, sehingga bangunan-bangunan sekolah yang tinggi-tinggi itu adalah terbina dengan duit daripada kutipan derma dan daripada kerajaan negeri sahaja.

Buat Adik Nur Madihah, semoga cita-cita untuk melanjutkan pelajaran di Timur Tengah dalam biang Fizik tercapai, saya sarankan kalau mahu belajar Fizik, pergilah ke Iran. Buat adik-adik junior saya di Maahad, samada Maahad Muhammadi Lelaki, Perempuan, Pasir Pekan, Rantau Panjang dan yang lain-lain yang tidak tersebut di sini, tahniah saya ucapkan. Semoga sentiasa berada di landas keimanan dan ketaqwaan. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat.

Sabar dan redha itu kunci kejayaan..itulah yang saya belajar daripada Adik Nur Madihah..

3 comments:

Unknown said...

Salam
Dulu masa exam SPM pun aku alami masalah kemiskinan juga. Fimili org miskin so aku nekad aku bukan waris kepada kemiskinan ini.
Tak sangka pula aku blh jd antar pelajar terbaik di sekolah dulu.

Semua orang punyai potensi untuk berjaya dan jadi gemilan tapi bagaimn kita jaqdikan masalah itu sebagai loncatan untuk capai kejayaan....
Kadang2 yang miskin ni jadikan kemiskinan sebagai alasan utk gagal..tetapi tak mahu ubah diri atau tiada panduan untuk berubah.
http://politikbaru.blogspot.com

Unknown said...

Setuju tu, ana waktu belajar dulu pun susah juga. Bukan sebab ayah miskin, tetapi harta pusaka ayah dibekukan sehinggalah selepas 17 tahun 'kesempitan', ia dicairkan balik.

No word can describe how tough the time is..

SriKanDi said...

salam,,k.sam n izzahsakinah,,ana pun mnitis air mato jugok bilo baco..sbb,,dulu ana raso ana susoh doh,,tp ado lg ore ssoh dari kito..perit jugok la nok cari makene denga duit seriyal (RM1) ni..adik bradik hak sene tu,,mai la kito samo2 tolong adik bradik kito hak kure sene(duit)..guano kiro pun,tahniah la buat adik madihah..Moga iman bersama kejayaan, tdk berkurang wlau dimana adik berada..ameen.