Monday, March 09, 2009

doodling..





Dalam bahasa Inggeris, kita sebut ia 'doodling'. Dalam Bahasa Kelantan, kita kata perbuatan itu sebagai 'kogha'. Dalam Bahasa Melayu, kita boleh sebut ia sebagai menconteng atau mencatit sesuatu tanpa arah tujuan.

Kadang-kadang, bila kita sedang bercakap di talian, tangan kita yang memegang pen selalu bergerak-gerak. Lalu terhasillah berbagai-bagai karya seni seperti pasu bunga, orang, bunga, rumput, gajah, kepala harimau dan kadang-kadang pelbagai lukisan abstrak yang penuh dengan makna tersirat.

Ia mungkin bahasa hati, atau bahasa otak yang entah ke mana-mana, atau juga impian-impian yang pernah hinggap di layar minda.

Selalunya, kalau menulis begini, kita tidak perasan kita sedang melukis tentang apa, tetapi perbuatan sebegini ada baiknya juga untuk otak dan memori.

Kajian terhadap tabiat suka mencatit atau 'doodling' ini menunjukkan mereka yang mempunyai tabiat sebegini lebih kuat ingatannya berbanding mereka yang apabila mendengar, hanya mengangguk dan menjawab, tanpa mencatit apa-apa langsung. Tabiat ini juga boleh menghantar simpanan ingatan itu dari stor ingatan jangka pendek kepada stor ingatan jangka panjang, dan mungkin boleh diingat sampai bila-bila..

Jadi, kepada sesiapa yang mahu mengasah otak, gunalah kaedah ini. otak akan memegang maklumat itu dengan lebih lama...

Saya rasa, konsepnya lebih kurang sama dengan membaca dan menghafal dengan mengeluarkan suara, sembahyang dengan suara yang boleh didengari oleh telinga sendiri dan membaca sambil mencatat...

emmm...mungkin juga
Post a Comment