Bahawa esok, lusa dan nanti.. dalam vaskular perjalanan ini adalah perjuangan yang tidak pernah mati. Adalah kehidupan, bersama mentari bersama duri..
Monday, July 14, 2008
Lipas bawa penyakit tanpa sedar
Lipas, haiwan merah kehitaman yang walaupun kecil, tetapi boleh menularkan penyakit kepada kita.
Lipas selalu ada di mana-mana. Di rumah , restoran, hotel, bilik pejabat, dapur dan di mana sahaja, sentiasa menyebarkan penyakit yang merbahaya.
Banyak kes keracunan makanan disebabkan oleh kuman yang dibawa oleh lipas. Hasilnya, ramai yang mendapat cirit-birit, hepatitis, disenteri, penyakit taun, kudis malah pembengkakan pada mata.
Apa yang dilakukan oleh lipas pada makanan kita sehingga tercemar dengan banyak bakteria yang boleh membawa penyakit?
Sebenarnya lipas mempunyai satu tabiat yang buruk semasa makan. Lipas yang sedang makan akan melakukan ‘regurgitasi’ iaitu memuntahkan balik apa yang dimakan di tempat ia sedang menikmati makanan. Maka, semasa mereka makan, lipas meninggalkan bakteria-bakteria yang berbahaya beserta dengan najis-najisnya sekali yang dilumuri pelbagai jenis kuman lagi.
Di Malaysia sahaja terdapat sehingga 4000 spesies lipas yang mepunyai ciri-ciri yang berbeza tapi tidak ketara.
Lipas membiak dengan banyak di dalam telurnya antara 6-16 ekor dalam setiap sebiji telur. Apabila matang, telur akan menetas dan mengeluarkan banyak anak-anak lipas. Biasanya, lipas akan menyimpan telurnya dan melekatkannya pada perabot, pakaian, dalam almari dan tempat-tempat yang kurang terusik sehinggalah telur tersebut menetas.
Maka, kaedah yang paling baik untuk membasmi lipas adalah dengan memastikan kebersihan di setiap tempat..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment