Saturday, July 26, 2008

Pokok Menangis di halaman Masjid Bukit Besar Kuala Terengganu


Baru-baru ini heboh diperkatakan tentang sepohon pokok sebesar pemeluk yang menangis tanpa henti. Entahlah pokok ini benar-benar menangis atau sebenarnya sedang melalui perubahan fisio tetapi siapa yang dapat mencabar kuasa Tuhan?

Pokok ini berada di halaman sebuah masjid lama yang hendak dirobohkan untuk dibina masjid baru dua tingkat. Ia tumbuh di hujung pagar batu di dalam kawasan kubur berhadapan dengan masjid tersebut. Apabila saja masjid itu dikatakan terpaksa dirobohkan, pokok ini mengeluarkan cecair putih seperti susu getah. Ramai masyarakat sekitar yang mengambil susu tersebut, entah dibuat apa.. tetapi mereka percaya ada sesuatu yang tidak dapat dikesan oleh mata kasar.

Kita sebagai manusia mempunyai tahap penglihatan dan pendengaran yang amat terhad. ... Wallahu a'lam. Hanya Tuhan yang lebih mengetahui..

Saya sempat merakam gambar ini semasa singgah bersembahyang Maghrib ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan. Kelihatan 'air mata'nya menitis satu persatu tanpa henti.. kalaulah ku tahu apa maknanya...

Vaksin Kanser Serviks






Umpama bulan jatuh ke riba. Mungkin inilah perumpamaan yang paling tepat merujuk kepada sejenis vaksin baru yang dikatakan mampu mencegah terjadinya kanser serviks yang amat ditakuti wanita seluruh dunia.

Gardasil, vaksin baru keluaran firma farmaseutikal terkemuka dunia Merck Sharp and Dohme (MSD) ini sudah berada di pasaran dan telah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Malaysia pada Oktober lalu untuk dipasarkan di Malaysia.

Vaksin Rekombinan Human Papilloma Virus (HPV) Kuadrivalen ini dihasilkan khusus untuk mencegah kanser serviks, prakanser vagina, faraj dan prakanser vulva yang disebabkan oleh HPV jenis 16 dan 18.

Vaksin ini digunakan bagi gadis berusia antara 9-26 tahun menerusi tiga dos suntikan. Dengan bayaran minimum RM450, Ia boleh didapati dari klinik O&G, klinik pediatric, klinik amalan am dan hospital swasta bergantung kepada setiap pengurusan pihak perubatan tersebut. Bayarannya boleh dikatakan mahal kerana penghasilannya melibatkan proses biologi molekular yang memerlukan kos yang tinggi.


HPV dan Kanser serviks

Vaksin HPV ini dicipta khas untuk mencegah terjadinya kanser angkara virus HPV. Kebanyakan kanser serviks disebabkan oleh Virus Papilloma Manusia (HPV). Sebenarnya HPV ini hanyalah sejenis virus biasa. Ia mempunyai lebih 100 jenis yang kebanyakannya tidak berbahaya, tidak menunjukkan gejala dan akan hilang dengan sendirinya.

Namun jangkitan oleh HPV 16, 18, 31 dan 45 memberikan risiko yang tinggi kepada mangsa. Jika dibiarkan berlarutan, ia akan mengakibatkan kanser serviks dan kanser lain pada kemaluan. Individu yang kerap melakukan zina dan bertukar-tukar pasangana akan diserang penyakit ini apabila usia telah hampir separuh abad dan sistem imun badan telah hampir lemah.

Apa yang ditakuti, pada peringkat awal serangan virus ini, tiada gejala yang dapat dikesan. Apabila penyakit ini berkembang, mangsa mungkin akan mengalami beberapa petanda samada pendarahan faraj yang luarbiasa, pendarahan antara haid, pendarahan selepas bersetubuh, haid lebih lama dan lebih banyak darpada biasa, pendarahan selepas menopause, lebih banyak lelehan faraj, sakit pada tulang pinggul dan rasa sakit semasa bersetubuh. Namun, semua ini hanya dapat dikesan apabila penyakit sudah sampai ke tahap kronik dan sukar diubati.



Vaksin HPV ini akan diberi melalui tiga dos suntikan dengan selang dua bulan antara dos pertama dan selang empat bulan antara dos kedua dan dos ketiga. Vaksin ini turut diluluskan untuk mencegah ketuat alat kelamin dan zona tisu rosak yang disebabkan oleh HPV jenis 6, 11, 16 dan 18.


Mekanisma Tindakan Vaksin HPV


Vaksin ini membantu sistem imun mempertahankan serviks daripada serangan virus. Ia mencetuskan penghasilan antibodi peneutralan yang menyekat dan menghalang virus dari menjangkiti lapisan sel dasar.

Vaksin HPV ini juga bertindak dengan mencetuskan antibodi yang menyerupai virus HPV. Virus mengandungi partikel kosong (VLPs) berisi protein virus yang hampir sama dengan HPV, tetapi ia tidak berjangkit. Apabila sistem imun mengesan VLPs, ia akan menghasilkan antibodi untuk menyerang HPV.

***

Biasanya, kanser serviks dihidapi oleh mereka yang kerap melakukan zina atau yang sering bertukar-tukar pasangan. Dikhuatiri, kewujudann vaksin ini seolah-olah menggalakkan lebih banyak pergaulan bebas dan zina berlaku di dalam masyarakat.

Puak gereja di Amerika Syarikat sebelum ini telah melakukan bantahan terhadap pengeluaran vaksin HPV atas alasan di atas. Tetapi bagaimana pula pandangan Islam? Untuk itu, penulis telah menemubual seorang pakar Fiqh dan Usul, iaitu Datin Paizah Ismail yang merupakan seorang pensyarah di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Apakah pandangan islam mengenai kewujudan vaksin HPV ini?
Setakat ini, tiada fatwa yang dikeluarkan mengharamkan penggunaan vaksin ini di Malaysia.

Kita perlu melihat kepada objektif penciptaan sesuatu bahan itu. Setiap perkara yang Allah jadikan ada tujuannya. Pada mulanya ia baik, tetapi jika diolah untuk tujuan yang tidak baik, ia jadi tidak baik dan begitulah sebaliknya jika ia digunakan untuk tujuan yang baik.

Semua perkara yang Allah jadikan ada kebaikannya. Tuhan tidak menjadikan apa-apa di atas muka bumi ini untuk merosakkan manusia. Hanya manusia yang menggunakannya untuk merosakkan diri mereka sendiri.

Masyarakat mempunyai pelbagai tangapan tentang program imunisasi atau pemvaksinan ini. Sesetengahnya memandang ia sebagai satu perkara positif dan sesetenaghnya pula sebalinya. Ada berpendapat vaksin adalah satu senjata puak Yahudi dan di pihak lain pula berpendapat ia adalah satu agenda politik. Apa pandangan Datin mengenai hakikat ini?
Para saintis telah melakukan banyak penyelidikan berkaitan vaksin ini. Mereka mencipta vaksin untuk tujuan perawatan yang semestinya untuk kebaikan manusia. Mungkin ada segelintir masyarakat yang tidak melihat sesuatu perkara secara objektif.

Manusia perlu berfikir secara syariat. Syariat menetapkan bahawa kita harus berfikir secara positif dengan melihat kepada maslahat (kebaikan) yang bakal diperolehi oleh manusia. Kita jangan berfikir secara negatif atau undur ke belakang dengan menolak kembali apa yang telah dicapai. Apa sahaja yang mendatangkan kebaikan dibolehkan dalam Islam. Tetapi kalau ia bertujuan merosakkan, ia tidak dibenarkan dalam Islam sekalipun.

Vaksin, walaupun ia dianggap kurang suci oleh sesetengah orang, tetapi ia dibuat untuk melawan penyakit demi kebaikan manusia. Mungkin ia dicipta untuk tujuan politik, atau perubatan, tetapi kita perlu mengambil pendekaatan secara bersama. Perlu mengambil apa yang memberi kebaikan kerana kita mahukan kebaikan di atas muka bumi ini.

Maka bagaimanakah seharusnya dilakukan oleh masyarakat dan kerajaan untuk menangani konflik ini?

Melihat kepada objektif asalnya, ia bertujuan untuk merawat dan mencegah penyakit kanser serviks. Namun kebimbangan tercetus apabila ada segelintir masyarakat yang mengeksploitasikannya dan menyalahgunakannya. Janganlah sampai mengharamkan pembuatannya tetapi kerajaan perlu mengambil langkah awal berjaga-jaga untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini dari berlaku.

Sebagi analogi, dalam sebuah kumpulan guru, terdapat salah seorang daripada mereka yang tidak dapat memakan makanan masin. Lantas makanan yang disediakan oleh pihak catering untuk guru-guru tersebut adalah tawar-tawar belaka. Semua guru tadi terpaksa memakan makanan tawar walaupun mereka tidak berpenyakit.


Kena ada langkah pengawalan. Ada baiknya diciptakan sekurang-kurangnya dapat membantu siapa yang amat memerlukan. Dalam Islam, apapun bahan untuk perawatan adalah dibolehkan. Bukannya menolak secara total tetapi perlu dikawal dengan bijak.

Segalanya kembali kepada manusia yang dibekalkan dengan sifat jahat dan baik. Kalau diguna untuk rawat kanser, ia bagus.

Setiap benda baru akan mendapat tentangan daripada masyarakat. Tidak mudah untuk masyarakat menerima sesuatu yang baru dengan positif.


Rujukan : 1st Part : Dr Abdul Fatah bin Yaso’ ( Pengamal Perubatan Moden, Klinik Fatah dan Abdullah, Kota BHrau, kelantan) 2nd Part : Datin Paizah Ismail ( Jabtan Fiqh dan Ususl, Akadei Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur)


Oleh : Samhani Ismail
(Tersiar di Majalah Anis-Ogos 2007)

Monday, July 14, 2008

Lipas bawa penyakit tanpa sedar



Lipas, haiwan merah kehitaman yang walaupun kecil, tetapi boleh menularkan penyakit kepada kita.

Lipas selalu ada di mana-mana. Di rumah , restoran, hotel, bilik pejabat, dapur dan di mana sahaja, sentiasa menyebarkan penyakit yang merbahaya.

Banyak kes keracunan makanan disebabkan oleh kuman yang dibawa oleh lipas. Hasilnya, ramai yang mendapat cirit-birit, hepatitis, disenteri, penyakit taun, kudis malah pembengkakan pada mata.

Apa yang dilakukan oleh lipas pada makanan kita sehingga tercemar dengan banyak bakteria yang boleh membawa penyakit?

Sebenarnya lipas mempunyai satu tabiat yang buruk semasa makan. Lipas yang sedang makan akan melakukan ‘regurgitasi’ iaitu memuntahkan balik apa yang dimakan di tempat ia sedang menikmati makanan. Maka, semasa mereka makan, lipas meninggalkan bakteria-bakteria yang berbahaya beserta dengan najis-najisnya sekali yang dilumuri pelbagai jenis kuman lagi.

Di Malaysia sahaja terdapat sehingga 4000 spesies lipas yang mepunyai ciri-ciri yang berbeza tapi tidak ketara.

Lipas membiak dengan banyak di dalam telurnya antara 6-16 ekor dalam setiap sebiji telur. Apabila matang, telur akan menetas dan mengeluarkan banyak anak-anak lipas. Biasanya, lipas akan menyimpan telurnya dan melekatkannya pada perabot, pakaian, dalam almari dan tempat-tempat yang kurang terusik sehinggalah telur tersebut menetas.

Maka, kaedah yang paling baik untuk membasmi lipas adalah dengan memastikan kebersihan di setiap tempat..

Praeklampsia Menyerang Wanita Hamil



Sejak 2000 tahun yang lalu, Celcus telah melaporkan tentang wanita hamil yang mengalami sawan dan masalah tersebut hilang selepas mereka bersalin. Masalah yang wujud secara sementara ini diberi nama eklampsia (dalam bahasa Greek) yang bermaksud pencahayaan, memberikan gambaran bahawa penyakit ini wujud dengan pantas dan tidak dijangka.

Menurut Profesor Dr. Harbindar Jeet Singh, pensyarah di Jabatan Fisiologi Universiti Sains Malaysia berkata, “Praeklampsia adalah merujuk kepada kenaikan tekanan darah dan proteinuria selepas 20 minggu kehamilan. Ia merupakan penyebab kepada morbiditi dan mortaliti maternal dan meningkatkan masalah perinatal. Oleh kerana proteinuria dan hipertensi mendahului eklampsia, istilah praeklampsia digunakan apabila terdapat proteinuria dan hipertensi semasa kehamilan.”

Proteinuria bermaksud kehadiran protein dalam air kencing. Dalam keadaan normal, protein selalunya tidak dikesan dalam air kencing. Lazimnya, Proteinuria ditakrifkan sebagai kehadiran protein melebihi 300 mg dalam spesimen air kencing yang diambil dalam masa 24 jam atau lebih dari 1+ protein pada kepingan ujian sampel air kencing.

Walaupun banyak ujian telah dijalankan, namun punca praeklampsia masih belum diketahui dengan jelas.

Beliau menambah, “Wanita yang mendapat praeklampsia mempunyai keabnormalan pada aktiviti vasomotor, isipadu plasma dan sistem pembekuan darah dan menjejaskan fungsi sel endotelium. Punca disfungsi sel endothelium walaubagaimanapun masih menjadi spekulasi.”

“Antara faktor yang telah dikemukakan termasuklah sinsitiotrofoblast membrane mikrovilus yang telah masuk ke dalam kitaran maternal, interleukin 1 dan 6, faktor nekrosis tisu neurokinin B dan autoantibodi AT1 dan VCAM-1 dan elastase yang dihasilkan oleh neutrofil yang diaktifkan dalam desidua dan masuk ke dalam kitaran maternal.”

Tanda-tanda dan gejala

Sindrom praeklampsia dicirikan oleh gejala tiga serangkai iaitu tekanan darah tinggi, proteinuria dan/atau sembab:

• Tekanan darah tinggi. Jika tekanan darah anda meningkat 140/90 mmHg dari minggu ke 20 kehamilan ke atas, berjumpalah doktor dengan segera. Jika anda berlengah, ia akan membawa kepada eklampsia yang mengancam nyawa anda dan bayi dalam kandungan.

• Sembab yang berlaku serentak dengan peningkatan berat badan

• Proteinuria

Beberapa tanda dan gejala praeklampsia lain ialah seperti berikut:

• Sakit kepala yang amat sangat.

• Pening dan/atau muntah

• Keliru

• Penglihatan kabur atau ternampak tompokan cahaya

• Demam

Komplikasi yang dialami ibu ialah:

• Eklampsia, iaitu praeklampsia yang lebih serius diikuti dengan sawan atau koma. Sawan sering kali didahului dengan rasa sakit kepala, sakit epigastrik (ulu hati) dan refleks yang terjadi secara mengejut.

• Masalah Ginjal/buah pinggang. Jika tekanan darah tinggi tidak dapat dikawal, buah pinggang mungkin akan rosak. Kerosakan ini akan mengakibatkan proteinuria dengan pengeluaran protein-protein seperti globulin dan transferin dalam air kencing (dalam keadaan biasa atau normal, protein-protein ini tidak terdapat dalam air kencing)

• Masalah Hati. Kerosakan tisu hati boleh berlaku akibat sindrom nekrosis HELLP atau mendapan fibrin dalam organ hati. Praeklampsia juga mungkin berkembang menjadi sindrom HELLP. Sindrom HELLP dikaitkan dengan hemolisis (kemusnahan sel darah merah), peningkatan enzim hati (menandakan kerosakan hati) dan bilangan sel platelet yang rendah (menandakan terjejasnya keupayaan darah untuk membeku). Sindrom ini lebih mudah terjadi sekiranya rawatan dilengah-lengahkan. Pesakit biasanya mengalami sakit di bahagian atas abdomen sebelah kanan, loya dan muntah-muntah.

• Masalah Uri. Risiko berlakunya abrupsi plasenta (uri) meningkat iaitu plasenta terpisah sebahagian atau sepenuhnya dari dinding rahim.

Komplikasi yang dialami janin:

• Masalah uri. Pengaliran darah ke uri yang berkurangan menjadi punca utama morbiditi dan kematian perinatal berkait dengan praeklampsia. Apabila darah yang mengalir ke uri berkurangan, ia menyebabkan oksigen yang diterima oleh tisu uri-janin tidak mencukupi. Ini boleh menyebabkan gangguan tumbesaran janin, janin mengalami hipoksia yang ketara (iaitu keperluan oksigen janin tidak mencukupi) atau dalam kes-kes yang teruk, kematian janin berlaku.

Faktor risiko

Kadar kejadian praeklampsia adalah lebih tinggi pada wanita yang mempunyai ibu yang mengalami praeklampsia menunjukkan terdapat pengaruh genetik ibu di dalam kejadian ini. Tetapi insiden praeklampsia yan lebih tinggi dalam kehamilan pertama berbanding kehamilan seterusnya mengurangkan pengaruh genetik ke atas praeklampsia.

Wanita yang mendapat diabetes mellitus dan hipertensi sebelum hamil mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat praeklampsia. Wanita yang mempunyai darah AB didapati lebih kerap mendapat praeklampsia. Berkemungkinan sistem imuniti maternal tidak bersesuaian dengan allograf fetus.

Wanita yang mencegah kehamilan dengan kaedah sekatan berhadapan dengan risiko dua kali lebih tinggi untuk mendapat praeklampsia pada kehamilan pertama. Selain itu faktor bapa juga didapati memainkan peranan.

Pencegahan

“ Walaupun puncanya masih belum jelas, kita harus mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengurang atau menghalang kejadian praeklampsia. Antara yang dapat dilakukan termasuklah pemberian kalsium tambahan dan antioksidan semasa hamil, menggunakan kaedah mencegeh kehamilan yang lain selain dari kaedah sekatan dan mengubah tempoh pendedahan kepada simen (mani) pasangan untuk mengurangkan peranan faktor paternal (bapa),” ulas Profesor lagi.



Oleh : Samhani Ismail

Children Are Naturally Prone To Be Empathic And Moral



ScienceDaily (July 12, 2008) — Children between the ages of seven and 12 appear to be naturally inclined to feel empathy for others in pain, according to researchers at the University of Chicago, who used functional Magnetic Resonance Imaging (fMRI) scans to study responses in children.


The responses on the scans were similar to those found in studies of adults. Researchers found that children, like adults, show responses to pain in the same areas of their brains. The research also found additional aspects of the brain activated in children, when youngsters saw another person intentionally hurt by another individual.

"This study is the first to examine in young children both the neural response to pain in others and the impact of someone causing pain to someone else," said Jean Decety, Professor in the Departments of Psychology and Psychiatry at the University of Chicago.

The programming for empathy is something that is "hard-wired" into the brains of normal children, and not entirely the product of parental guidance or other nurturing, said Decety. Understanding the brain's role in responding to pain can help researchers understand how brain impairments influence anti-social behavior, such as bullying, he explained.

For their research, the team showed 17 typically developed children, ages seven to 12, animated photos of people experiencing pain, either received accidentally or inflicted intentionally. The group included nine girls and eight boys.

While undergoing fMRI scans, children where shown animations using three photographs of two people whose right hands or right feet only were visible.

The photographs showed people in pain accidently caused, such as when a heavy bowl was dropped on their hands, and situations in which the people were hurt, such as when a person stepped intentionally on someone's foot. They were also shown pictures without pain and animations in which people helped someone alleviate pain.

The scans showed that the parts of the brain activated when adults see pain were also triggered in children.

"Consistent with previous functional MRI studies of pain empathy with adults, the perception of other people in pain in children was associated with increased hemodymamic activity in the neural circuits involved in the processing of first-hand experience of pain, including the insula, somatosensory cortex, anterior midcigulate cortex, periaqueductal gray and supplementary motor area," Decety wrote.

However, when the children saw animations of someone intentionally hurt, the regions of the brain engaged in social interaction and moral reasoning (the temporo-parietal junction, the paracigulate, orital medial frontal cortices and amygdala) also were activated.

The study, which was supported by the National Science Foundation, provides new insights for children between childrens' perceptions of right and wrong and how their brains process information, Decety said. "Although our study did not tap into explicit moral judgment, perceiving an individual intentionally harming another person is likely to elicit the awareness of moral wrongdoing in the observer," he wrote.

Subsequent interviews with the children showed they were aware of wrong-doing in the animations in which someone was hurt. "Thirteen of the children thought that the situations were unfair, and they asked about the reason that could explain this behavior," Decety said.


Friday, July 11, 2008

Umrah Bersama Andalusia tahun ini...


Assalamualaikum warahmatullah.

Kepada Saudara/I, Tuan/Puan, Encik/Cik..

Adakah anda dan keluarga berniat untuk mengerjakan umrah pada tahun ini? Kami ingin menawarkan pakej umrah melalui Syarikat Andalusia Travel and Tours Sdn. Bhd. (Anda boleh merujuk lampiran di atas).

Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat pengembaraan 100% milik Bumiputera yang dinamik dan berpengalaman luas menguruskan pakej umrah dan haji serta pelancongan ke destinasi antarabangsa. Kami mempunyai jadual perjalanan yang kemas dan padat sepanjang tahun.

Niat suci kami...memberi peluang kepada seluruh Muslim mengerjakan umrah dan haji pada kadar harga yang mampu...

Justeru, kami menawarkan perkhidmatan dengan kombinasi terbaik antara jadual dan pakej murah mampu milik...

Sila panjangkan kepada saudara-saudara seIslam anda yang lain. Terima kasih.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami;


En. Abir bin Abdul Patah
Wakil Jualan Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd
019-5530663
abier_patah@ yahoo.com. my


Pn. Samhani Ismail
Wakil Jualan Andalusia Travel and Tours Sdn. Bhd
013-5043103
samhanismail@ yahoo.com, http://quaisz. blogspot. com/