Thursday, August 04, 2005

episod..

Aku berjalan separuh usia
Hanya kutemui pengalaman sesuku ringgit
Buat bekalan menuju destinasi
Yang pasti walau aku lupa

Aku toleh kiri dan kanan
Mengitar kenangan
Mapankah asa pada duka pengalaman
Yang memahat jati diriku
Menjadikanku tugu srikandi
Ataukah aku tersungkur
Pada kaki semangat yang mencair


1 ogos 2005
0:58 VistA Seri Angkasa KL

2 comments:

Anonymous said...

Girl Shot by LAPD Had Drugs in Her System
Some Doubt Guilt of Executed Man in Mo. AP In Outer Suburbs, Lighting Up the Night washingtonpost.com AFP/Illustration Photo: LAPD badge.
Do You Like Software?... You're Going To LOVE This Site. Visit My Free Software Site!

Anonymous said...

laa ada juga orang yang tak betul nak promote software kat sini.....jgn layan sangat lah komen anonymous tu....

Episod? hmmm, menarik juga.