Wednesday, September 17, 2008

Minum dakwat za'faran


Pelajar-pelajar tahfiz mengadakan demo menulis ayat quran menggunakan dakwat za'faran



Meminum air dari pinggan putih yang ditulis dengan dakwat za'faran dikatakan baik untuk kesihatan. Saya juga pernah terbaca saranan ulama tentang perkara itu. Antara percaya dengan tidak, saya menimbang-nimbang logiknya.
Kebetulan semasa saya membuat tinjauan literatur, saya terjumpa sebuah abstrak jurnal berkaitan saffron ini yang ditulis oleh penyelidik Jepun.

Sila baca entri di bawah:



Effects of saffron extract and its constituent crocin on learning behaviour and long-term potentiation
Kazuho Abe 1, Hiroshi Saito 2 *
1Laboratory of Chemical Pharmacology, Graduate School of Pharmaceutical Sciences, The University of Tokyo, Tokyo 113-0033, Japan
2Department of Pharmacology, College of Pharmacy, Nihon University, Chiba 274-8555, Japan

*Correspondence to Hiroshi Saito, Department of Pharmacology, College of Pharmacy, Nihon University, Chiba 274-8555, Japan

Keywords
Crocus sativus; saffron; crocetin; crocin; learning behaviour; long-term potentiation; hippocampus

Abstract
Crocus sativus L., commonly known as saffron, is used in folk medicine for various purposes. Modern pharmacological studies have demonstrated that saffron extracts have antitumour effects, radical scavenger properties or hypolipaemic effects. Among the constituents of saffron extract, crocetin is mainly responsible for these pharmacological activities. In addition, recent behavioural and electrophysiological studies have demonstrated that saffron extract affects learning and memory in experimental animals. Saffron extract improved ethanol-induced impairments of learning behaviours in mice, and prevented ethanol-induced inhibition of hippocampal long-term potentiation, a form of activity-dependent synaptic plasticity that may underly learning and memory. This effect of saffron extract is attributed to crocin (crocetin di-gentiobiose ester), but not crocetin. Saffron extract or its active constituents, crocetin and crocin, could be useful as a treatment for neurodegenerative disorders accompanying memory impairment. Copyright © 2000 John Wiley & Sons, Ltd.

Accepted: 18 February 2000

Bunga safron/ za'faran Crocus sativus


Stigma bunga safron yang menghasilkan warna kuning. Stigma bunga yang paling mahal di dunia.


Hmm.. tertarik dengan fakta tersebut (diboldkan), saya terus menghubungi seorang kenalan saya, Ruzaimin yang merupakan kaunselor di SMKAF. Mungkin benarlah safron baik untuk otak kerana ia mempercepatkan penghantaran impuls di sinaps saraf kita. Dan beliau menambah, memakan kepala ikan patut dielakkan kerana kepala ikan mungkin mengandungi merkuri (sejenis logam berat) yang boleh melambatkan maklumat sampai ke otak dan berhubung terus dengan sistem-sistem lain. So, kalau nak jadi bijak, pilihlah makanan yang baik untuk otak dan banyakkan bersujud.

Allahu a'lam bissowab..

2 comments:

NUHA said...

1Laboratory of Chemical Pharmacology, Graduate School of Pharmaceutical Sciences, The University of Tokyo, Tokyo 113-0033, Japan
2Department of Pharmacology, College of Pharmacy, Nihon University, Chiba 274-8555, Japan

*Correspondence to Hiroshi Saito, Department of Pharmacology, College of Pharmacy, Nihon University, Chiba 274-8555, Japan


pharmacy school yg buat kajian pasal ni ye? hmm..menarik~

Samhani said...

Sebenarnya, kita sudah ada panduan daripada ulama'-ulama' yang muktabar, kitab-kitab kuning, tok guru-tok guru, dan orang tua-tua. Tetapi sayang sekali, kita sukar mempercayai kebenarannya kalau berita itu datang dari mereka, mungkin kerana tiada bukti dan mungkin kerana hati-hati kita terlalu degil untuk menerima amaran dan saranan mereka, bila ditunjuk bukti barulah nak ternganga..

Jadi, inilah peranan kita, apatahlagi orang yang mengaji tinggi. Uji dan kajilah hingga ke dasarnya. Kerana Islam datang dengan hikmah tetapi ramai yang membiarkannya begitu sahaja.

Kutiplah hikmah itu dan bina jiwa yang sentiasa bergelora dengan persoalan-persoalan yang bakal menggerakkan hati untuk lebih mengkaji. Bukankah Allah selalu mendorong;

Wa fi anfusikum afala tubsirun..?
Dan tidakkah kamu melihat bagaimana unta diciptakan?
Bagaimana langit ditinggikan?..
Wallhu a'lam