Monday, September 01, 2008

Syukur..

Satu kerlipan mata, berpuluh otot bekerja. Beratus saraf menghantar impuls. Beribu sel menjana tenaga.

Pernahkah terfikir akan semua ini? Pernahkah sedar di sebalik diri kita yang kecil, banyak perkara ghaib yang menunjukkan tanda kebesaran Allah. Pernahkah teringat untuk bersyukur untuk nadi yang berdenyut di setiap saat? Apa akan jadi jika segalanya tersekat? Maha Suci Tuhan yang menciptakan segala kehebatan itu, tetapi jarang hambaMu ini mensyukuriMu..

Syukur. Alhamdulillah. Ditambah dengan amalan untuk menunjukkan rasa syukur. Tuhan, peliharalah hamba-hambaMu ini dalam setiap deru nafas kami.

Hanya membawa sekadar metod sains untuk mengimbau piawai syukur : Umpama MAKAN, makan adalah kerja yang memerlukan tenaga. Mengikut sains fizik, tenaga bermaksud kebolehan melakukan kerja. Setiap kerja pula memerlukan gerakan (motion). Setiap gerakan harus mempunyai jisim yang bergerak. Jisim ini pula harus sanggup bergerak, harus mempunyai kemahuan bergerak serta tahu apakah maksud gerakan itu. Demikian, pernahkah terfikir setiap apa yang dimakan dan diminum tentulah ada asalnya. Dari mana mulanya dan siapa pekerja yang menganganinya?


Kurnia Allah terhadap makan sahaja pun sudah terlalu panjang untuk dihuraikan dengan terperinci. Bagaimana untuk menghuraikan kurniaan-kurniaan lain. Bagaimana dengan sistem pernafasan, sistem penghadaman, indera pendengaran, indera bau, indera mata dan indera rasa pada lidah.

Sesungguhnya tidak terjangkau. Tidak terfikirkan. Tidak terhitung.....

" Jika kamu hitung kurnia-kurnia Tuhan, tidak akan sanggup kamu mengiranya," (Surah Ibrahim 14:34)

" Kurnia Allah yang mana yang hendak kamu dustakan?" (ArRahman - disebut sebanyak 31 kali)

dan... " Hanya sedikit daripada hamba-hambaKu yang bersyukur."
Post a Comment