Sungguh, tarbiah ini adalah suatu perjalanan yang panjang dan di kiri kanannya dipenuhi duri-duri. Hanya laluan yang sempit untuk membenarkan kaki berpijak selesa sementara.
Saya pernah terkedu di suatu waktu, membenarkan segala tohmahan meracuni hati. Saya mengunyah kata-kata yang cukup menyakitkan itu dengan cermat. Saya telan ia satu persatu dan saya pastikan saya tidak akan sakit dengannya. Namun saya kalah, membenarkan nista tajam itu melukakan hati, limpa dan raga..
Tetapi hari ini, kecai-kecai itu harus dikutip dan disatukan kembali. Kerana duri tajam itu telah mereput dan kini ia telah menjadi baja.
Dengan bersaksikan Allah pada malam syahdu, hati-hati itu telah mengikat janji untuk setia bersama-sama.. Mengumpul cinta, mengutip iman pada menyuluh raga-raga kami yang hina. Tuhan, perkuatkan kami..
4 comments:
semoga hati-hati itu kukuh bersatu menuju Allah yang Satu.
kat mana tu sam? seronok je nampaknya.
Ameeen ameen ya Rabbal Alameen.. semoga hati-hati itu terus bersatu..TOGETHER WE STRONG. Ni di suatu tempat yang indah di Kota Bharu ehehe..di celah-celah gerimis hujan
salam
rugi xdpt join skali
xpe nnt len kali
Rasyadan. Bereh..len kali saya panggil awak.
Get ready tuh.
Post a Comment