Friday, January 30, 2009

min qalbi..

Sesekali jika berkesempatan menjenguk blog sahabat-sahabat lain, saya suka sekali membaca cerita-cerita mereka. Bukan kisah-kisah yang diuploadkan, tapi cerita ori yang ditulis dari hati, yang turun bersama-sama nasihat yang tidak tersengaja.

Di dalam coretan perjalanan inilah, saya terkutip banyak panduan terutama sekali jika sahabat itu jenis yang mementingkan hati berbanding akal. Rasa begitu ceteknya diri ini..

Saya perlu banyak membaca. Membaca sirah, dan ilmu-ilmu lain lagi..banyaknya lagi yang saya tidak tahu..

6 comments:

Anonymous said...

kak sam..
saya pun suka baca perjalanan2 mereka. nanti saya akan mula compare dengan diri saya..yang baik, boleh dijadikan teladan.. =)

Anonymous said...

kak sam..
saya pun suka baca perjalanan2 mereka. nanti saya akan mula compare dengan diri saya..yang baik, boleh dijadikan teladan.. =)

p/s: kak sam..hari tu saya ada copy entri dari blog kak sam masuk dalam blog saya..tapi saya letak la alamat blog ni..xpe, kan? ^_^

Anonymous said...

Samhani,

Tertarik dengan ayat, '...jenis yang mementingkan hati berbanding akal..'; Boleh berikan penjelasan lebih lanjut? Setahu Kak Nur, akal penting untuk menilai yg hak dan yg batil...kemudian baru kita bersihkan hati utk terima yg benar semata2 krn Allah... ke camne?

Samhani said...

Nuha..ambiklah kalu berkenan...beres jah

Samhani said...

Kak Nur, terima kasih sudi berkunjung ke mari..

"Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
(..kalau hati itu bersih..)

Hati jika sudah bersih,
Pandangannya akan menembusi hijab

Hati jika terlalu bersih,
Firasatnya tepat kehendak Allah..

Tapi hati,
Bila dikotori bisikannya bukan lagi kebenaran"

(nasyid)

Kak Nur lebih arif daripada saya sebenarnya..

Hidayah Allah jatuh ke hati..
Cinta Allah akan terasa di hati..
Dan Allah dapat 'dirasa' dengan hati, bukan dengan akal..betul tak?

Saya pernah mengikuti satu jalan..(tarekat)
Orang-oarng yang bijakpandai, mengaji universiti dan belajar tinggi-tinggi jarang yang lulus ujian dia. Tetapi mereka yang belajar tidak tinggi mana lebih banyak yang lulus..ujian untuk merasa Allah, melihat Dia..

Guru saya kata, kita tidak boleh menerima Allah dengan akal, tidak akan terjangkau..

Sebaliknya kita perlu terima Allah dengan hati..

Lantaran, itulah maksud saya..
karya dari hati akan sampai ke hati.. sedangkan sebuah tulisan semata-mata ilmu, tanpa ada sentuhan emosi itu adalah karya yang kering..tidak basah, tidak mengalir ke hati. Hati adalah raja, sedang akal hulubalangnya..

Dalam Hukum Keseimbangan, ia mengatakan bahawa setiap apa yang ada di dunia ini adalah ingin mencapai keseimbangan.

Bagi kita, walaupun kita tidak sedar akan itu, tetapi kadang2 kita dikurniakan satu intuisi, atau firasat. Firasat perlu dipatuhi kerana ia dari Pencipta. Firasat itu akan menggerakkan kehendak, lalu badan melaksanakan 'suruhan' tanpa sedar itu lalu terhasillah sesuatu hasil. Kita secara tidak sedar telah mematuhi hukum keseimbangan.

Mana lebih dulu; hati atau akal?
Mungkin orang lain ada jawapan lain..kita kongsi-kongsikan..

Anonymous said...

Jazakillah atas perkonsian ilmu. Bertambah ilmu Kak Nur pasal hati hari ini. Insya Allah, K Nur akan copy paste untuk masukkan dalam blog Kak Nur suatu hari nanti.

Nak gi tafakkur dulu tentang soalan akhir tu... huk huk!