Monday, June 23, 2008

DOA MENGHADAPI TEKANAN




اللهُمَّ إِنِّي أَشْكُوْ إِلَيْكَ ضَعْفَ قُوَّتِي وَقِلَّةَ حِيْلَتِي وَهَوَانِي عَلَى النَّاسِ

Ya Allah! Sesungguhya daku mengadu padamu akan kelemahan upayaku,
kurang usahaku dan hinanya aku di kalangan manusia


يَا رَبَّ العَالَمَيْنَ ، أَنْتَ رَبُّ المُسْتَضْعَفِيْنَ ،

وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ ، وَأَنْتَ رَبِّي

Wahai Tuhan sekalian alam, Engkaulah Tuhan golongan yang lemah,
Engkaulah yang Maha Mengasihani, dan Engkaulah Tuhanku



إِلَى مَنْ تَكِلُنِي ، إِلَى بَعِيْدٍ يَتَجَهَّمُنِي أَمْ عَدُوٍّ مَلَّكْتَهُ أَمْرِي ؟

Kepada siapa Engkau serahkan aku, di kejauhan aku disisihkan
atau kepada musuh yang diberikan kuasa padanya
untuk menggagalkan urusanku?



إِنْ لَمْ يَكُنْ بِكَ غَضَبٌ عَلَيَّ فَلا َ أُبَالِي ،

غَيْرَ أَنَّ عَافِيَتَكَ هِيَ أَوْسَعُ لِي

Tidaklah mengapa jika Engkau tidak murka padaku,
tetapi aku lebih mengharapkan naungan kesejahteraan daripadaMu

Sunday, June 15, 2008

DERA; Selamanyakah Isteri Menjadi Mangsa?

Di kala wanita sudah berada di puncak tertinggi kehidupan dan menjadi pencabar lelaki dalam segenap aspek dunia, masih ada yang membiarkan diri menjadi mangsa kekejaman sang suami, sama ada secara rela, secara terpaksa, atau lantaran kasih yang tak bertepi kepada suami sehingga sanggup menggadaikan diri untuk dikasari oleh insan yang paling disanjung itu.

Mereka dipukul, disimbah gulai panas, dilarang bergaul, diancam dalam tindak-tanduk, dimaki hamun sehingga menyebabkan mereka hilang rasa kepercayaan pada diri sendiri.

Namun, yang peliknya, mungkin sudah anugerah Allah kepad kaum Hawa, memiliki seketul hati yang tabah dan tahan terhadap perkara-perkara yang menyakitkan hati, mereka mampu bertahan sehingga bertahun-tahun lamanya dengan lagak si suami yang sebegitu. Hingga tiada sesiapa yang menyangka, isteri yang kelihatan ceria di tempat kerja tetapi di rumah sentiasa diburu ketakutan dan sepak terajang suami.

Beberapa kes keganasan rumah tangga telah dikemukakan oleh Puan Siti Hawa binti Ali, Pensyarah Bahagian Sosiologi USM yang telah terlibat lebih 20 tahun dalam mengendalikan kes-kes keganasan rumah-tangga semenjak beliau bertugas pada program Ceramah Kesedaran Sempena Minggu Kesedaran Undang-Undang, Jumaat lalu di Balai Armalah Dun Kijang, Kota Bharu, Kelantan.

Menurut beliau, ada pasangan yang sejak dari alam bercinta sudah mula memukul pasangan wanitanya. Dalam hal ini, beliau menyeru ibu-bapa si perempuan agar tidak membenarkan anaknya berkahwin dengan lelaki tersebut, lantaran sikap mudah naik angin sebegitu akan semakin menjadi-jadi selepas mereka sah menjadi suami isteri. Keadaan sebegitu harus diuruskan terlebih dahulu sehingga keadaan menjadi pulih.

Isteri didera dengan bermacam-macam alasan yang tidak munasabah. Masakan kurang menyelerakan, memakai baju yang suami kurang berkenan, anak menangis dan bermacam lagi. Sebenarnya itu hanyalah alasan yang dicetus oleh suami untuk mengasari isterinya. Malah ada juga suami yang baru dimarahi oleh bos, pulang ke rumah terus mencari isteri bagi melepaskan bahang amarahnya, bagaikan sengaja mahu mensasarkan penumbuknya kepada isteri.

Menurut Puan Siti Hawa lagi, terdapat satu kes keganasan yang berlaku pada seorang wanita Indonesia yang datang kepada beliau dalam keadaan cedera akibat dipukul oleh suami dengan kerusi kayu. Wanita malang itu telah cedera teruk dan dalam keadaan yang sangat cemas. Namun sebaik sahaja dia berjaya ditenangkan, dia meminta untuk pulang kepada suaminya. Apabila ditahan daripada meneruskan niatnya, beliau menjawab dan mempertahankan suaminya, “Marahnya itu mungkin seketika sahaja.”

Perkara sebegini memang biasa berlaku pada isteri-isteri yang didera oleh suami. Walaupun sakit dan takut, mereka dengan hati yang tulus akan tetap jua pulang ke rumah. Mungkin rasa hormat, sayang dan cinta melebihi segala-galanya. Itulah wanita.. keistimewaan inilah memberi ruang untuk diri mereka dikasari.

Sebenarnya mahkamah boleh memberi perintah perlindungan secara sementara ataupun penuh kepada mangsa keganasan. Bahkan di setiap hospital, terdapat satu unit khas di bawah Unit Kecemasan yang bertanggungjawab menjaga mangsa-mangsa keganasan dan mereka di tempatkan di satu tempat khas di bawah unit tersebut.

Kes penderaan antara suami-isteri seperti ini perlu diberi perhatian kerana perkara ini akan merebak kepada anak-anak. Seringkali kita jumpa, anak pun turut didera. Anak ini mungkin didera oleh ayah mereka, tetapi seringkali terjadi ibu yang begitu tertekan dengan suami dan asyik diganasi akhirnya melepaskan tekanan kepada anaknya pula.

“Selain maki hamun, pulau, dikurung, dimalukan dan didera secara fizikal, ada juga isteri menerima penderaan seksual yang lebih sukar untuk diselesaikan. Akibat suami gemar menonton filem lucah, isteri dipaksa melakukan aksi yang serupa dalam filem tersebut sehingga isteri menjadi trauma terhadap malam, tiada selera makan dan menjadi fobia. Sebab itulah sekarang sudah ada pembaharuan dalam undang-undang di mana suami tidak boleh mendera isteri secara seksual,” tambah beliau.

Namun, akhir-akhir ini terdapat beberapa kes di mana isteri yang sudah tidak sanggup didera oleh suami akhirnya membunuh suaminya ataupun anak mereka seperti kes baru-baru ini, di mana isteri mencurah asid ke tubuh suami dan satu lagi kes di mana seorang isteri menyelamkan anaknya ke tali air kerana tidak tahan dengan tekanan daripada suaminya yang merupakan seorang penagih dadah dan tidak memberi nafkah kepadanya.

Oleh itu, Puan Siti Hawa menyeru agar masyarakat bersikap prihatin dengan permasalahan ini dengan membuat laporan undang-undang jika mengetahui jiran atau keluarga terdekat diganasi atau didera sama ada secara mental, fizikal ataupun seksual. Rakyat juga boleh menggunakan khidmat guaman walau sekadar mendapatkan nasihat bagi menjernihkan suasana.

Isteri kuat berleter..


Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.

( petikan)

Kata Nabi pula, daripada Saad r.a,

"Empat perkara yang membawa kebahagiaan adalah wanita yang solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang baik." - Riwayat al-Baihaqi

Suatu ketika dahulu isu penderaan kanak-kanak dan wanita sering menjadi topik hangat di dada-dada akhbar sehingga menggamatkan negara. Lantas pelbagai akta dan tindakan diusulkan untuk menangani masalah tersebut yang kian meningkat.

Namun apabila diselidiki, ditemui punca bukan hanya pada salah si suami, isteri juga memberi saham untuk didera. Banyak rungutan dan laporan diterima daripada suami yang semakin bosan dengan telatah isteri yang kuat berleter, mengungkit sehingga suami rasa tercabar dan tak dapat mengawal perasaan, lalu terjadilah perkara tersebut.

Seperti yang diajarkan Rasulullah s.a.w dan ditunjukkan oleh para isteri teladan, seorang isteri yang bijaksana seharusnya bijak memngendali diri, walaupun di hadapan suami, sahabat yang paling rapat.

Isteri solehah lagi bijaksana bahkan akan mengatakan sesuatu yang menyenangkan yang dialaminya, dan tidak akan mengeluarkan kata-kata yang memeningkan apabila suaminya pulang ke rumah. Ia menghidang minuman dan makanan yang bisa menghalau segala kepenatan dan melayan suami sebaiknya.

Isteri yang bijaksana tidak menceritakan hal-hal yang tidak menyenangkan yang dihadapinya sepanjang hari termasuk dalam urusan rumahtangga, kenakalan anak-anak, bersangkutan dengan jiran-jiran, soal memasak, kebun-sawah, dan hal-hal yang menambahkan letih suami.

Mungkin kita seringkali dihidangkan dengan cerekarama di kaca-kaca televisyen dengan contoh-contoh yang tidak baik dalam rumah-tangga misalnya,

( Suami baru pulang dari pejabat dan melangkahkan kaki ke rumah..)

Isteri : Lewat abang balik hari ni.

Suami : Huh.. abang banyak kerjalah Sal. (kata suami sambil melabuhkan punggung ke

sofa seraya cuba melelapkan mata)

Isteri : Banyak kerja ke abang pergi jumpa perempuan lain

Suami : Hah, hah dah mulalah tu.

Isteri : Abang cakap betul-betul, abang. Nanti Sal dapat perempuan itu, Sal ganyang dia. Cakap bang, abang pergi mana? Anak kita si Hakim tu dari pagi lagi keluar tak balik-balik. Ke manalah dia pergi. Si Jen pula, merenyam dengan ‘boy friend’ dia. Saya pula bosan, tak boleh keluar. Kereta saya pancit pula hari ni. Bla..bla..

Mungkin ada suami yang pernah dan sering berhadapan dengan situasi tersebut. Bagi suami yang penyabar, mereka masih boleh berdiam diri. Tapi bagi suami yang tidak tahan dengan kerenah tersebut, mungkin akan melenting atau mencari jalan keluar..

Kalau adapun perkara buruk yang berlaku semasa ketiadaan suami di rumah, isteri perlu bijaksana memilih waktu yang sesuai untuk memberitahu suami.

Lantaran, tugas sebenar isteri adalah memberi ketenteraman kepada suami dalam makna yang sangat luas. Ketenteraman itu meliputi kedaamian, keselesaan, kepuasan, ketenangan, kebahagiaan dan lain-lain lagi.

Malah, terdapat perkara yang boleh menyebabkan suami merasa amat bahagia, boleh menghilangkan keletihannya dan memberi kepuasan kepadanya. Salah satunya adalah menyambut kepulangan suami dengan kata-kata yang lemah-lembut, penuh kasih dan kemesraan. Isteri yang menyambut suami dengan penuh kemesraan sudah pasti tidak akan mendapat penampar maut suami.

Dan sambutan yang penuh ikhlas itu akan menyemarakkan lagi keharmonian seisi keluarga.

Syamila Najman

Suami Isteri Berjauhan-dari pandangan seorang Doktor

oLEH : Samhani Ismail

Keperluan hidup, tuntutan tugas dan kepuasan sering menjadi sebab untuk isteri keluar bekerja. Tambahan pula di era yang serba maju dan segalanya memerlukan wang ringgit hatta untuk seteguk air, maka kebanyakan isteri-isteri di Malaysia ini rata-ratanya bekerjaya. Lebih parah, isteri di utara, suami di selatan. Hujung minggu baru boleh berjumpa. Bahkan yang berjarak Sungai Laut China Selatan lebih memendam rasa, memendam rindu dan sengsara berbulan-bulan lamanya.

Ikuti wawancara bersama Doktor Zaliha Ismail, Pensyarah Perubatan, Jabatan Perubatan Masyarakat di Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan berkenaan isu ini dari sudut kesihatan.

Apakah pandangan doktor terhadap suami isteri yang tinggal berjauhan lantaran tuntutan tugas?

Tinggal berjauhan memang sukar, ibarat kata orang, dapur menjadi dua, masalah kewangan sudah pasti akan timbul. Kerinduan terhadap keluarga, terutama jika ada anak kecil yg sedang membesar, perlukan belaian dan kasih sayang. Isteri juga pasti merasa rindu terhadap kasih sayang suami. Cuma ini mungkin sedikit sebanyak terubat melalui SMS, perbualan telefon, email dan sebagainya, tetapi ia seringkali melibatkan kos yang tinggi.

Apakah kesan isteri dan suami yang tinggal berjauhan dari sudut kesihatan mereka dan anak-anak?

Suami dan isteri saling memerlukan dari segi keperluan emosi, perasaan, hubungan lahir dan batin. Jika berjauhan, keperluan ini mungkin tidak dapat dipenuhi sepenuhnya. Tahap keseriusan masalah ini bergantung kepada sesorang itu, sejauh manakah mereka dapat mengatasi masalah seperti kerinduan dan kesunyian. Penyakit kemurungan (depression), stress mungkin boleh terjadi kepada mereka. Jika berjauhan, sudah tentu hubungan seksual sedikit sebanyak akan terjejas. Bagi sesetengah orang, masalah ini juga boleh menjejaskan kesihatan, menyebabkan sakit kepala, lemah anggota badan, migrain dan sebagainya.

Bagi anak-anak terutama yang sedang membesar, kasih sayang dan bimbingan kedua ibu dan ayah amat diperlukan. Jika kekurangan salah satu daripadanya, masalah ’parental deprivation’ akan dirasai. Anak-anak yang membesar tanpa kasih sayang yang secukupnya kemungkinan akan mengalami masalah kesihatan seperti kekurangan atau kelebihan berat badan, emosi terganggu yang mana kesan di kemudian hari yang kurang baik. Anak2 akan mencari kasih sayang dari pihak lain, mudah terpengaruh dengan kawan-kawan atau rakan sebaya. Ibubapa seharusnya menjadi rakan yang baik kepada anak-anak, tetapi jika ibu atau bapa berjauhan sudah tentu anak-anak kesunyian dan mencari orang lain.

Siapa yang perlu mengalah, demi menjaga kebahagiaan rumah tangga?

Soal siapa yang perlu mengalah bukan persoalannya. Perkara ini perlu dibawa berbincang bersama. Dalam perbincangan, banyak perkara yang perlu difikirkan, tentang pekerjaan, pendapatan, keselesaan, kebahagiaan anak-anak, masa depan dan sebagainya. Kita perlu sepakat, walaupun terpaksa bertukar jawatan. Jika itu yang boleh membawa kebahagiaan, kita perlu berkorban. Kita juga perlu ingat, semuanya ditentukan oleh Allah, tetapi kita harus berusaha, beertolak ansur dan berdoa kepadaNya.

Apakah sebenarnya perasaan suami yang tersirat apabila isteri tinggal berjauhan untuk kerjaya.

Perasaan suami yang tersirat tu susah sikit kita nak jangka. Jika suami berpangkat rendah, mungkin mempunyai perasaannya lain dengan suami yang beerpangkat dan bergaji besar. Tetapi sebagai seorang isteri kita seharusnya disamping suami. Renung seketika apakah erti dan tujuan perkahwinan kita yang sebenarnya. Jika persetujuan telah dicapai oleh suami dan isteri dan masing-masing mengizinkan untuk mengejar cita-cita bagi sesuatu tempoh yang tertentu, saya rasa ianya tidak menjadi masalah. Tetapi jika tempoh yang lama dan keadaan ini mengganggu perasaan dan emosi, cara yang terbaik berbincang dan cari jalan penyelesaiannya.

Kulit kayu manis atasi senggugut

Oleh : Samhani Ismail

Semua wanita pastinya mengenali kulit kayu manis yang seringkali digunakan untuk memasak. Bentuknya yang panjang dan baunya yang wangi bukan sahaja enak dijadikan ramuan masakan, bahkan nilai khasiatnya untuk kesihatan badan juga telah diyakini sejak turun-temurun.

Kulit kayu manis bersifat panas. Ia dikenali dengan nama saintifik Cinnamomum zeylanicum, berasal dari keluarga Lauracea. Sifatnya yang panas amat baik untuk memanaskan badan terutamanya bagi menjaga kesihatan wanita.

Ia boleh menghilangkan rasa sakit kedatangan haid yang berlaku akibat pengecutan dinding rahim yang kuat. Ia juga boleh melegakan kesakitan di bahagian ari-ari dan kaki.

Kulit kayu manis lebih berkesan diminum bersama halia bagi mengubati selesema dan melancarkan pengaliran darah. Kedua-duanya sering direbus bersama-sama bagi mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, terutamanya di bahagian kaki, tangan, lutut dan pinggang akibat kesejukan.

Susu Ibu Adalah Yang Terbaik

Oleh : Samhani Ismail

Susu ibu adalah susu yang paling baik di dunia. Bandinglah dengan mana-mana susu sekalipun, ia tidak dapat menandingi kehebatan susu ibu. Bukan hanya pada zatnya yang banyak, tapi pada kasih sayang ibu yang turut mengalir bersama-sama dengan air susu tersebut.

Penyusuan susu badan ibu sangat digalakkan dalam agama Islam. Agama Islam sendiri menggalakkan para ibu memberi anak mereka susu dada sehingga mencapai umur enam hingga dua tahun.

Bukan saja khasiatnya amat tinggi kepada kesihatan dan perkembangan bayi, malah ia boleh menjadi penjarak kehamilan bagi ibu. Anak yang disusukan ibu akan merasa bahawa si ibunya sentiasa dekat dengannya hingga menghasilkan perasaan damai dan rasa disayangi pada si anak.

Susu ibu adalah imunisasi pertama dan paling penting kepada bayi. Ia dapat menyelamatkan bayi kerana mengandungi banyak zat yang diperlukan di samping kolostrum yang mengandungi antibodi. Selain meningkatkan IQ kanak-kanak, ia juga mengandungi docasahexanoic (DHA) iaitu lemak tak tepu rantaian panjang yang penting dalam perkembangan otak manusia.

Di samping itu, susu ibu mempunyai ramuan yang banik untuk menggalakkan tumbesaran bayi. Ia juga membantu perkembangan organ-organ lain seperti mata dan system saraf bayi, juga dapat mengelakkan bayi daripada mendapat penyakit seperti radang perut, jangkitan telinga tengah dan pneumonia.

Berdasarkan kajian ke atas bayi-bayi yang baru lahir, penggalakan kepada penyusuan susu ibu telah mengurangkan risiko kematian bayi baru lahir sebanyak empat kali ganda.

Justeru, bakal ibu terutamanya yang berkerjaya perlu bersedia untuk berdepan dengan keadaan ini. Mereka perlu mendalami pengetahuan tentang penyusuan ibu di samping bijak mengurus kesibukan bagi meluangkan masa untuk menyusu dan menyediakan stok susu perahan kepada bayi mereka.

Isteri Yang Setia

Salim termenung jauh. Pandangannya berbalam-balam. Fikirannya melayang dan menerawang jauh. Segala yang berlaku di sekelilingnya sudah tidak diambil peduli.

Anaknya yang baru boleh berjalan merengek-rengek kelaparan. Minta disuapkan nasi. Salim masih tidak mengendahkan rengekan anaknya. Kian lama, rengeknya bertukar tangis. Namun Salim masih di alamnya, seolah ia tidak sedar apa-apa.

Semalam, pulang dari pejabat, dengan langkah longlai dia menuju ke rumah. perniagaannya muflis, keretanya sudah ditarik, dan hartanya dibekukan. Dia hilang arah. Puas ke sana ke mari mempertahankan titik peluhnya. Namun, semuanya tidak berhasil. Akhirnya dia akur. Perniagaannya jatuh ke tangan musuh ketat.

Salim pulang ke rumahnya. Ditatapnya wajah isteri dan dia dengan perit meluahkan perkara sebenar. Digenggamnya tangan isteri tersayang, minta dikuatkan semangat dan membuang kegalauan hatinya. Tapi sudahnya, mereka bertengkar. Isteri tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka sudah tiada apa-apa lagi. Semua kesalahan dituju padanya. Salim terpempan. Dia mengharapkan sokongan isteri, tapi apa yang dia dapat adalah ditinggalkan sendirian. Isterinya pergi meninggalkan rumah dan dirinya.
Baginya, gagal dalam perniagaan adalah cabaran. Turun naiknya sudah lumrah. Dia masih boleh menerima hakikat itu dan tidak menafikan mungkin ada hikmah di sebaliknya. Tetapi apabila isterinya sudah meninggalkannya di saat dia amat memerlukan sokongan dan dorongan dari insan tersayang, dia bingung.

**

Kisah di atas adalah antara banyak kisah tentang ketidaksetiaan isteri. Kesetiaan adalah satu sifat penting yang diperlukan bagi mencukupkan pakej isteri solehah. Kesetiaan si isteri sukar diukur sehinggalah datang cabaran dalam perjalanan melayari bahtera rumah-tangga.

Apabila suami diuji dengan dibuang kerja misalnya, ataupun muflis, ada isteri yang berpaling tadah dan meninggalkan suami keseorangan. Ketika suami sudah tidak memiliki apa-apa yang dapat dibanggakan maka pada saat itulah kesetiaan isteri benar-benar terzahir. Cinta suci yang didakwa sebelum ini akan benar-benar terbukti.

Isteri yang setia akan tetap mendampingi dan melayani suami dengan penuh kepatuhan sebagaimana sebelum keadaan berubah. Kerana seseorang yang setia tidak memandang rupa atau harta yang dimiliki sebaliknya menghargai jasa-jasa, kasih-sayang dan perlindungan yang diberikan oleh suami kepadanya.
 
Si isteri sentiasa menjadi penghibur dan penawar kepada segala keluh-kesah suami. Di kala suami ingin meluahkan masalah, dialah yang mendengar dengan setia. Di kala suami berhadapan dengan kekusutan, dia terus mendampingi dan menunjuk jalan keluar. Si isteri seolah-olah menyediakan tempat yang lapang dan nyaman untuk suami merasa tenteram dan keluar dari kemelut yang menyesakkan.

Memiliki isteri yang setia dan memahami, si suami, walaupun kelihatan menderita, namun batinnya tetap bahagia kerana di mahligainya sudah ada segala-galanya. Tidak perlu harta berjuta kerana dengan seorang isteri yang setia, segala kekurangan sudah menjadi cukup.

Manfaat tidur sekejap

Amalan tidur sekejap pada waktu tengah hari atau qailulah merupakan sunnah Rasulullah s.a.w yang banyak manfaatnya kepada kesihatan. Ia boleh membantu badan meningkatkan kecergasan untuk bertahan sehingga ke malam. Malah amalan ini menjadi amalan para alim ulamak untuk memudahkan mereka melakukan solat malam.

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai ‘a midafternoon quiescent phase’ atau ‘ a secondary sleep gate.

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata:
"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."

Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.(Gail Benchener: ‘Parents and Sleep Deprivation,’ Family.com)

Malah, di Amerka Syarikat, para majikan yang membenarkan pekerja mereka tidur siang hari melaporkan kaedah itu megurangkan kemalangan dan kesilapan serta meningkatkan produktiviti di tempat kerja.

Berhias untuk suami

“Saya ditakdirkan mempunyai raut wajah yang biasa. Kulit saya tidak secerah adik-beradik yang lain. Mata saya biasa dan hidung juga tidaklah menarik. Tubuh saya gempal sedikit jika dibandingkan dengan suami saya yang agak ‘berupa’. Kening suami saya lebat dan hidungnya mancung terletak.

Setiap kali kami ke pusat bandar, ada saja mata gadis meliar pada suami saya. Bagi saya , saya tidak kisah itu semua. Saya mempunyai kerjaya dan jawatan yang hebat berbanding dengan suami. Saya seorang wanita berkarier dan sentiasa sibuk.

Saya juga tidak kisah akan penampilan saya. Kalau ke pejabat, saya mengenakan pakaian yang kemas. Tetapi kalau berada di rumah, saya main sambar saja pakaian apa pun. Bagi saya, suami saya tidak kisah tentang itu semua. Kalaulah beliau kisah, masakan rumahtangga kami boleh bertahan sehingga kami dikurniakan 5 orang anak?

Sehingga pada suatu hari, suami saya memeperkenalkan saya dengan seorang wanita yang menawan. Di sebalik kegetiran yang bermukim di wajahnya, suami saya akhirnya menyambung… “ Ini isteri abang..”

Menyoroti kisah di atas, menggambarkan bahawa berhias adalah satu perkara yang tidak boleh diambil mudah. Para isteri patut tahu bahawa pakaian yang indah ditujukan buat suami, wajah yang berseri, rambut yang disikat rapi, di samping bebauan yang disuakai suami, dapat memberi rasa tenteram dan bahagia kepada suami setiap kali memandangnya.

Daripada Ibnu Abas r.a, Rasulullah s.a.w pernah berkata kepada Umar r.a, “ Sukakah kamu aku beritahu apa yang sebaik-baik harta kepada seorang suami? Ia adalah isteri yang solehah yang setiap kali suaminya memandangnya, ia menyenangan hati suami. Apabila ia diperintah, ia mematuhi perintah suaminya. Dan apabila suaminya tiada di rumah, ia menjaga hak dan kehormatan suaminya.”
( Riwayat Abu Daud)

Oleh itu, isteri yang bijaksana perlulah pandai menghias diri untuk memikat pandangan suami. Bukan seperti sebaliknya yang berlaku, isteri kerap berhias untuk ke tempat kerja, tetapi apabila berada di rumah, segalanya berubah. Sikap suka berhias ini adalah amalan teladan para isteri solehah yang merupaan perhiasan termahal para suami ketika di dunia.

Pesan kepada anak, "Takutlah kepada Allah"

Berbeza dengan zaman di era 70an dan 80an, ibu-bapa pada zaman sekarang berdepan dengan pelbagai cabaran dalam mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang sempurna. Anak yang lahir dengan penuh susah-payah diharap agar dapat menghargai pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan. Bukanlah wang ringgit yang diharapkan. Apa yang lebih penting, anak-anak yang mereka besarkan itu berguna untuk keluarga, agama dan negara. 

Menurut Puan Hjh Siti Zailah Hj Mohd Yusoff yang merupakan bekas senator mewakili Kerajaan Negeri Kelantan, yang merupakan ibu kepada 12 orang cahayamata berkata, tugas mendidik bukan bermula semenjak bayi lahir tetapi bermula dengan diri dan peribadi ibu bapa.

Beliau yang membahasakan diri beliau Kak Lah berkata, “Kak Lah selalu bagi tazkirah kepada anak-anak. Kak Lah juga banyak berpesan kepada anak supaya berzikir di dalam kelas.”

Banyak ibu yang pesan kepada anak mereka supaya berjalan berhati-hati, tapi jarang yang berpesan kepada anak mereka ‘takutlah kepada Allah, jangan rugikan masa, dan jangan buat maksiat". - Kak Lah

Beliau sentiasa mencari cara yang terbaik di dalam membentuk anak-anak beliau. "Kak Lah membekalkan kitabAl-Quran terjemahan satu naskhah seorang supaya mereka membaca al-quran selalu dan supaya mereka dekat dengan Allah dan berada dalam zikrullah sentiasa.”

Ibu bapa yang berkerjaya terutamanya perlu bijak mengatur anak-anak mereka supaya rumahtangga sentiasa dalam keadaan terurus. Bagi Kak Lah, Kak Lah menyediakan satu kerangka tugasan bagi setiap orang anak-anaknya. Setiap orang mempunyai tugas masing-masing, hatta yang paling kecil pun turut diberi satu tugas paling mudah iaitu mengutip sampah.

“Setiap kali selepas solat berjemaah, Kak Lah akan peluk anak-anak Kak Lah dan Kak Lah bisikkan ke telinga mereka, “ Ummi bangga mempunyai anak ummi ini.” Walaupun pada anak-anak yang besar pun Kak Lah masih berbuat demikian. Dan kesannya anak-anak akan mudah menurut kata. Kak Lah tidak bersetuju pendekatan sesetengah ibu-bapa yang mengguna cara dan bahasa yang kasar dalam menegur anak-anak kerana itu akan membuatkan hati mereka semakin keras.”

Beliau menambah, jangan kita menyangka untuk mentarbiah anak-anak sahaja tetapi tarbiah itu bermula dengan mentarbiah diri sendiri. Walaupun memikul tugas yang berat sebagai Ketua Muslimat Kelantan dan sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan kemasyarakatan, beliau sentiasa mempertingkatkan pengetahuan.

“Dalam mendidik anak-anak, masa menyusu adalah masa yang paling erat antara seorang ibu dan anak. Menyusu mengambil masa sejam hingga dua jam sekali. Pada masa itu, banyak kerja yang boleh dibuat oleh si ibu. Bagi Kak Lah, setiap kali menyusu, Kak Lah akan menghabiskan satu helai bacaan tentang isu semasa yang dicari dan dicetak oleh suami. Kak Lah tidak menggunakan khidmat orang gaji walaupun mempunyai anak yang ramai.”

“Kalau mahu pergi berceramah, Kak Lah akan mengikat anak pada kerusi kereta dan Kak lah akan memandu. Kak Lah juga pernah menyusukan anak semasa memandu. Kak Lah lindungkan anak dengan telekung yang Kak Lah pakai dan tiada orang tahu pun yang Kak Lah sedang menyusukan anak. Begitulah resamnya, berjihad ini, kita kena sentiasa tabah,“ ujar beliau sambil tersenyum mengakhiri perbualan.

17 Jun 2007

Profil :YANG BERHORMAT SENATOR MUMTAZ MD NAWI

YB Mumtaz (tiga dari kiri) dan suaminya Ust Man yang berkunjung ke rumah kami pada 15.07.2016

Sehebat namanya Mumtaz yang memberi makna cemerlang, cahayamata kepada pasangan Hjh Siti Talhah Ismail dan Ustaz Hj Md Nawi Hj Said lahir dalam suasana barakah keluaga yang menitikberatkan agama di dalam kehidupan.

Senator Mumtaz merpakan puteri sulung kepada empat adik-beradik. Beliau diterap dengan didikan agama sejak kecil dan sering mengejutkan rakan-rakan dengan prestasi cemerlang beliau dalam akademik serta ko-kurikulum. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Maahad Muhammadi Perempuan, seterusnya menyambung pengajian ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam jurusan Undang-Undang.

Berbekalkan keazaman yang tinggi untuk menjadi pakar rujuk undang-undang (Konsultan Syariah dan Sivil) suatu hari nanti, menjadikan beliau sentiasa terkedepan dalam aspek kurikulum. Tidak hairanlah beliau menerima banyak penghormatan dan anugerah.

Beliau merupakan penerima Anugerah Buku 1996, Pelajar Terbaik Kurikulum UIA, Pelajar Terbaik Ko-kurikulum UIA, Pelajar Terbaik Keseluruhan Jurusan Undang-Undang UIA, antara 4 orang pelajar terbaik SPM Kelantan dan penerima Anugerah Dekan sebanyak 6 kali lantaran pencapaian memberansangkan semasa di UIA.

Pada umur semuda 34 tahun, beliau sudah mewakili Negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga untuk membincangkan isu-isu negara di Dewan Parlimen dengan dilantik sebagai Ahli Dewan Negara dan mendapat gelaran YB Senator.

Mempunyai suami yang penyayang dan memahami, Hj Mohd Sukiman bin Yasin, 36, seoang peguam syar’ie dan telah dikurniakan empat cahayamata comel iaitu Mohamad Ammar, 12, Mohamad Aiman, 10, Adnin Nuha, 7 dan Raihan Nuha, 3.

Beliau sentiasa berpegang kepada prinsip “Berbuat baiklah kamu kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu.”

Mempunyai kerjaya sebagai peguamcara dan peguambela yang mengendalikan kes-kes sivil di mahkamah di seluruh Semenanjung Malaysia dan peguam syar’ie di Mahkamah Syariah, dengan kepakaran dalam bidang insurans serta kemalangan jalan raya, beliau telah menjadi peguam semenjak 10 tahun lepas dan membuka firma guaman sendiri pada tahun tersebut. Kes-kes yang biasa dikendalikan adalah kes kemalangan jalanraya, perjanjian dan kes-kes syariah seperti kes nikah cerai.

Merupakan AJK Dewan Muslimat Pas Negeri Kelantan untuk portfolio Hal Ehwal Parlimen dan Dun. Di peringkat pusat pula sebagai AJK Muslimat PAS Pusat dan diamanahkan sebagai Pengerusi MUSLET (Muslimat PAS Legal Team) yang menyentuh tentang undang-undang berkaitan wanita.

Pengalaman mengendalikan orang ramai ?
Pengalaman berhadapan dengan orang ramai bermula seak kecil lagi. Semenjak sekolah rendah kerap menjadi ketua samada ketua kelas atau pengawas. Tambahan pula saya merupakan anak sulung dalam keluarga. Sementelah emak seorang peniaga, saya sentiasa menolong emak melayani karenah pelanggan. Semasa di UIA, saya dilantik menjadi Exco Pelajar dan apabila tamat belajar, terus menjadi peguam.

Peguam bukan saja kena berhujah. Ada dua tugas peguam, pertamanya mengkaunseling pelanggan bagi menyelesaikan masalah di luar mahkamah. Seboleh-bolehnya kita mahu kes selesai di luar mahkamah secara berbincang. Kadang-kala masalah timbul disebabkan perselisihan faham sahaja. Jika tidak dapat, kes tersebut terpaksa dibawa ke mahkamah dan di sinilah peguam kena berhujah dengan fakta-fakta berasaskan kebenaran berdasarkan undang-undang.

Semua ini mengembangkan potensi diri saya untuk berhadapan dengan orang ramai dan berhujah. Dalam membicarakan isu-isu di parlimen, ia memerlukan kemahiran di samping pengetahuan.

Sejak bila terlibat dengan politik?
Semenjak tempoh belajar lagi. Saya mendapat pendedahan politik sejak dari kecil tambahan ayah merupakan orang politik. Istimewanya orang Kelantan, rata-rata mempunyai kesedaran bahawa mereka mempunyai kuasa untuk menentukan kepimpinan yang bakal menaungi mereka.

Lepas graduasi, menjadi anggota PAS. Kita menganggap semua orang adalah penting. Jangan hanya bila kita berjawatan, baru kita merasakan diri kita penting. Maka, semasa menjadi ahli biasapun, kita kena sudah memainkan peranan.

Terlibat dengan politik PAS juga bagi saya adalah satu ibadah, dengan melihat dasar-dasar dan doktrin yang dibawa oleh PAS ini.

Sebagai peguam, mestilah sudah biasa berhujah?
Tidaklah biasa sangat. Secara generalnya biasalah. Tapi dalam parlimen, hanya 2 orang sahaja daripada PAS dan kita mewakili Negeri Kelantan dan berhadapan dengan orang-orang yang bukan calang-calang.

Seorang wanita, nak berhadapan dengan YB-YB. Apa bekalan dan dorongan semangat?
Jika kita fkir kita yang akan buat semua itu, kita jadi tidak mampu. Tetapi kalau kita tawakkal kepada Allah, kita jadi mampu. Ingat Allah tak putus dan solat hajat selalu.

Untuk bangun di Dewan Parlimen, kekuatan adalah amat perlu. Lumrah seorang manusia, kita ada rasa takut, malu dan tertekan. Maka sokongan moral amatlah penting terutama daripada keuarga, suami, ibu-bapa, anak-anak dan rakan-rakan.

Kita juga cuba bercakap sehikmah mungkin supaya orang faham apa yang kita utarakan, supaya orang faham bahawa apa yang Kerajaan Kelantan buat adalah benda baik. Di sini, persediaan emosi dan ilmu kena kuat.

Untuk ahli lain?
Saya seru semua ahli PAS, dalam menyebarkan Islam, kita kena mohon kekuatan daripada Allah selalu dengan melakukan solat hajat. Kalau saya gerun di Dewan Palimen, ahli lain pun mungkin sama. Cuma kita berada di padang yang berbeza., tetapi menghadapai mad’u yang hampir serupa.

Mesti takut masa mula-mula dilantik jadi Senator?
Tok Guru kata, “ Bawa Islam ke Dewan Negara.” Sekarang, saya dihantar ke parlimen dan berhadapan dengan skop yang lebih besar. Cabaran pun bertambah besar. Maka kena lebih hati-hatilah.

Pengalaman pahit sepanjang keterlibatan?
Yang pahit benar tu takdelah sebab saya pun masih baru dalam perjuangan. Pahit bila kita diberi tekanan oleh orang Islam juga. Mereka tidak mahu bantu kita. Bukan untuk kepentingan peribadi tetapi untuk agama.

Hubungan dengan muslimat dari jemaah lain?
Alhamdulillah, kita mendapat sokongan yang padu daripaa pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain. Bahkan ada orang yang kerja kerajaan pun telah faham apa yang PAS cuba bawa, dan mereka menyokong kita secara peribadi, walaupun tak boleh nak tunjuk. Bagi saya itupun merit untuk perjuangan.

Pembahagian masa untuk keluarga, kerjaya dan jemaah?
Saya melihat peranan wanita memang sudah banyak sejak kecil. Bila dah kahwin, peranan bertambah. Dah jadi ibu, isteri, anak kepada ibu-bapanya, pekerja dan lain lagi. Semua ini mesti dibuat secara ‘simultaneously’, (serentak).

Kita tetap diberi hanya 24 jam. Maka, kena tetapkanlah masa untuk Tuhan bila, untuk anak-anak bila. Kena rancang pembahagian masa untuk selesaikan semua tugas kita. Saya akan masuk pejabat 2 jam. Masa itulah bincang apa masalah. Dengan Tuhan, saya sentiasa bangun tahajud, dengan anak-anak, saya dah tetapkan masanya, dan begitulah yang lain-lain.

Bila kita ada perancangan, semua jadi mudah. Kita kena ingat semua orang adalah penting dan hati semua orang perlu dijaga.

Harapan dan saranan?
Kalau kita lihat seorang pemimpin, semestinya kita berharap dia akan buat dasar dan jaga kita. Sebenarnya, sebuah kerajaan bermula dari sebuah keluarga dengan suami sebagai Perdana Menteri, isteri timbalannya yang sama-sama memikul tugas secara bersama. Dan kerajaan ini punya exco-exco yang terdiri dari anak-anak, yang bertanggungjawab menjaga keseluruhan negara rumah tangga itu.

Bagaimana kita nak membentuk kerajaan itu adalah sebagaimana kita bentuk ahli keluarga kita. Kita percaya untuk melahirkan satu kerajaan Islam yang Islamik ia bermula dari sebuah rumahtangga yang Islamik yang terdiri daripada lelaki dan wanita yang Islamik.

Kalau kedua-dua ini bergaduh pasal duit, anak-anak akan belajar bahawa keutamaan kita adalah duit. Tetapi kalau ibu ayah mementingkan agama, maka anak-anak akan faham cara hidup dia adalah dengan agama.

Sebab itu Rasulullah, bila dapat ilmu, baginda terus pergi ajar Khadijah dulu, bukan terus ajar masyarakat di luar. Kita bukan nak masyhur di luar tapi rumah tangga kucar-kacir.

MAKANAN SEGERA UNDANG BAHAYA

www.quaisz.blogspot.com


Makanan segera sebenarnya sudah lama dibimbangi kesannya oleh kebanyakan ibu-bapa di Malaysia. Ramai ibu-bapa yang melarang anak-anak mereka membeli keropok segera atau dipanggil ‘ca ken dis’ oleh orang Kelantan, atau ‘jajan’ oleh sahabat saya dari Johor.

Semasa kecil, ibu saya amat bertegas dengan makanan sebegini. Keropok segera, ais krim, minuman dalam tin, makanan dalam tin, makanan jeruk, sos, maggi dan segala makanan yang dipek dan diawet adalah dilarang keras. Malah di rumah saya tidak pernah ada stok ajinomoto atau sebarang perencah makanan.

Pihak kerajaan juga sudah semakin mengambil berat akan kelimpahan makanan segera di pasaran. Menteri kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek juga dengan tegas mempertahankan prinsip beliau mengharamkan iklan makanan segera ini terutamanya di kaca televisyen. Tindakan beliau patut dipuji dan disokong oleh para ibu-bapa. Kanak-kanak patut dilindung daripada terus menelan bahan kimia yang bertoksik yang terdapat dalam kebanyakan bahkan semua jenis makanan segera.

Namun, berbeza pula ceritanya pada makanan segera khas untuk warga dewasa. Sekarang ini semakin banyak kedai-kedai makanan segera yang meniru syarikat gergasi dunia iaitu KFC dan Mc Donald dibuka unpama cendawan tumbuh selepas hujan. Selepas satu, satu lagi syarikat makanan segera dibuka yang beroperasi kadang-kadang hingga ke larut malam. Sambutan yang diterima pula amat menggalakkan. orang berpusu-pusu datang menikmati ayam goreng, kebab, kentang goreng dan bermacam lagi makanan ala barat ini.


Nampaknya, walaupun masyarakat sedar akan bahaya yang terkandung dalam makanan segera itu, namun tiada apa yang dapat menandingi keenakan kepingan rangupnya. Usahkan mahu menegah anak, ibu-bapa sendiri yang membawa anak-anak mereka ke restoran-restoran, KFC, IFC, AFC, dan pelbagai lagi.

Sehinggakan dari sehari ke sehari, bilangan kanak-kanak yang obes di sekolah di seluruh Malaysia semakin bertambah. Bilangan kanak-kanak yang menghidap penyakit buah pinggang dan mendapat serangan sehingga boleh menyebabkan kematian juga bertambah. Di dada-dada akhabr juga semakin bertambah ibu-bapa yang merayu masyarakat supaya menderma wang ringgit bagi menampung kos perawatan terhadap anak mereka yang terpaksa dibedah yang memerlukan puluhan ribu ringgit bahkan berjuta ringgit.

Daripada kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), sebanyak dua puluh lima peratus atau suku daripada semua rakyat Malaysia mempunyai berat badan yang berlebihan atau gemuk, menjadikan kita bangsa yang ‘paling gemuk’ di Asia Tenggara.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula, lebih 1.2 bilion orang di seluruh dunia dikelaskan sebagai mempunyai berat badan yang berlebihan sementara 250 juta lagi dikelaskan sebagai bertubuh gemuk

Tiga puluh tiga peratus rakyat Malaysia berusia tiga puluh tahun ke atas menderita akibat tekanan darah tinggi. Tiga juta atau satu per enam daripada penduduk mempunyai kadar kolesterol yang tinggi, dan kadar pesakit strok adalah ketiga terbesar sesudah kanser dan serangan jantung. Dan hampir sepuluh peratus atau dua juta rakyat Malaysia menderita kesakitan akibat penyakit kencing manis atau diabetes.

Rakyat Malaysia semakin dicabar dengan kehidupan yang serba pantas menyebabkan ramai yang mengambil langkah menghidangkan ahli keluarga dengan makanan yang serba pantas juga sehingga menyebabkan mereka mendapat penyakit dengan tiba-tiba.

Perut adalah punca penyakit. Badan kita, walapun mempunyai sistem pertahanan badan yang cangih dan kompleks, namun jika disogok dengan pelbagai bahan toksik, ia tidak mampu melawan juga. Bahkan penyakit itu berkembang dalam badan tanpa disedari oleh mangsanya.

Kegemukan, selain berpunca dari faktor keturunan atau warisan daripada ibu-bapa atau nenek-moyang, turut disebabkan oleh tabiat pemakanan. Memakan makanan yang digoreng dalam minyak yang banyak seperti kentang goreng umpamanya boleh menggemukkan anda. Kanak-kanak yang duduk di depan TV sambil memakan kentang goreng dan donut boleh menjadi gemuk dengan mudah. Antara lain faktor gemuk adalah insulin yang membolehkan tubuh menyimpan kalori tambahan sebagai lemak. Bersenam boleh membantu mngawal paras insulin.

Kegemukan mengundang banyak penyakit. Golongan yang gemuk mudah terdedah kepada penyakit-penyakit seperti diabetes, kardiovaskular dan sesetengah kanser.

Kanak-kanak yang gemuk pula menanggung risiko lebih besar menjadi orang dewasa yang gemuk. Pertambahan kanak-kanak gemuk pada masa depan akan menimbulkan masalah kesihatan di seluruh dunia. Ia akan menjejaskan ekonomi, menimbulkan penderitaan dan menyebabkan peningkatan dalam jumlah kematian awal. Keadaan ini benar-benar akan menjadi krisis penjagaan jesihatan.

Kegemukan ketika kecil adalah berpunca darpada ketidakseimbangan di antara kalori yang keluar masuk ke dalam badan. Tetapi persamaan yang mudah ini dipengaruhi oleh cara kanak-kanak itu makan, bersenam dan bermain. Maka, di sini ibu-bapalah yang paling berperanan mendidik anak-anak agar mengambil makanan yang baik dan berkhasiat sahaja. Ibu-bapa perlu mengelakkan anak-anak mereka dari membeli makanan ringan yang mengandungi khasiat yang hanya sedikit tetapi mengandungi gula dan lemak yang banyak.

Makanan ringan sebegini tidak mengenyangkan tetapi ia amat lazat lantaran penggunaan bahan penambah perisa di dalamnya. Kanak-kanak akan ketagih pada kesedapan rasanya sehingga mereka enggan menikmati nasi atau makanan lain yang berkhasiat.

Makanan ringan dan makanan segera juga mengandungi sejenis bahan kimia iaitu lemak trans. Lemak trans membuatkan makanan bertambah sedap dan enak. Antara makanan yang diadunkan bersama lemak trans adalah coklat, biskut, ayam goreng, aiskrim, kek, kentang goreng, bijirin sarapan pagi, roti dan kek. Lemak trans dikelaskan sebagai lemak tak tepu. Ia dihasilkan melalui proses penghidrogenan dalam industri. Dalam proses ini, minyak sayuran ditambahkan atom hidrogen.


Pada tahun 1994, Profesor Walter Willet, Ketua Jabatan Pemakanan HSPH, bersama-sama Dr Alberto Asvherio menulis sebuah komen tentang lemak trans yang lebih merosakkan kesihatan jantung berbanding lemak tak tepu. Lemak trans juga bertanggungjawab terhadap 30 ribu kes kematian pramatang setiap tahun di AS. Banyak persatuan pengguna yang menggesa penggunaan lemak trans ini diharamkan. Kerja keras mereka akhirnya membawa kejayaan apabila pada Oktober 2006, syarikat makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) telah mengumumkan penggantian minyak goreng yang mengandungi bahan penyumbat pembuluh darah itu kepada penggunaan minyak kekacang yang tidak mengandungi lemak trans.

Walau bagaimanapun, minyak yang mengandungi lemak tak tepu samada asid lemak poli tak tepu atau asid lemak mono tak tepu, sekiranya dipanaskan sehingga suhu tinggi semasa menggoreng ayam, akan membuatkan struktur kimianya berubah menjadi lemak trans. Ini bermakna, tidak kiralah minyak apa sekalipun, apabila dipanaskan untuk menggoreng ia boleh berubah menjadi lemak trans yang memudaratkan kesihatan manusia.

Justeru, masyarakat perlu mengambil berat tentang kesihatan tubuh badan mereka. Para ibu terutamanya, perlu menitik beratkan soal pemakanan pada keluarga mereka kerana dengan makanan inilah anak-anak akan berkembang. Makanan bisa mempengaruhi pemikiran dan perangai anak-anak. Maka pilihka makanan yang halal, dan baik untuk melihat kejayaan anak-anak samada di dunia ataupun di akhirat.

14 mei 2007

Solat Penyembuh dan Kekuatan

www.quaisz.blogspot.com

Di dalam kitab As-Sunan disebutkan,

“ Apabila Raslullah s.a.w mendpat kesusahan, baginda segera mengerjakan sembahyang.”

Solat merupakan salah satu penyembuh penyakit samada penyakit fizikal atau rohani. Solat menjaga rezeki, kesihatan, menolak penyakit, menguatkan jiwa, menghilangkan gangguan, mencerahkan wajah, menenangkan hati, meningkatkan stamina, menghilangkan bencana dan menjauhkan pelakunya dari syaitan serta mendekatkannya dengan Allah Yang Maha Pemurah. Di samping itu solat mempu menyuntikkan motivasi dan stamina kepada fizikal dan rohani badan serta menghilangkan kemalasan.

Apabila ada dua orang yang ditimpa musibah atau diserang penyakit, bala dan cubaan, pasti yang mengerjakan solat akan merasa lebih ringan berbanding yang cuai mengerjakan solat. Solat memberi kesan dan pengaruh lain yang juga luar biasa bagi menolak pelbagai keburukan di dunia terutama sekali bagi mereka yang mengerjakannya dengan sempurna.

Rahsianya adalah kerana solat adalah penghubung antara manusia dengan Allah. Semakin kuat hubungan seseorang itu dengan Allah, semakin banyaklah akan dibukakan pintu kebaikan untuknya dan dijauhkan darinya pelbagai pintu keburukan serta dilimpahkan kepadanya taufiq dan hidayah. Kesihatan, ketenanagan, keselamatan, kegembiraan dan segala kenikmatan akan hadir kepadanya.

Labah-labah

www.quaisz.blogspot.com


Labah-labah adalah sejenis araknida yang dianggap ‘baik’ oleh kebanyakan manusia tetapi sesetengah spesies labah-labah boleh menyebabkan masalah yang kronik jika terkena gigitan.

Semua labah-labah adalah karnivor (pemakan daging) dan banyak yang bersifat kanibal. Masing-masing menangkap mangsanya termasuk lalat dan serangga kecil lain atau dari jenisnya sendiri lalu menerkam dan melemahkannya dengan memasukkan venom melalui hujung rahangnya yang beracun lantas menghisap cairan badan mangsa tersebut.

Labah-labah dibekali organ untuk menenun bagi membolehkannya membina sarangnya. Dengan memerlkan keadaan yang lembap, labah-labah hidup di merata tempat seperti di tanah, bawah pokok tumbang, tmbunan batu, di dalam dan di luar rumah.

Hanya beberapa spesies labah-labah sahaja yang berbahaya kepada manusia. Meeka akan menyerang bahagian badan yang terdedah apabila tersentuhnya atau apabila sarangnya diusik.

Laba-labah dikelaskan kepada 2 iaitu yang menyebabkan luka setempat dan masalah sistemik. Contohnya tarantula, ia terdapat di kawasan tropika, berbulu lebat dengan rupa yang menakutkan tetapi tidaklah begitu bahaya.

Sedu tanda anda membesar?

www.quaisz.blogspot.com


Sedu selalu dianggap sebagai tanda anak-anak mahu membesar. Benarkah begitu? Menurut ilmu perubatan, sedu atau hiccups merupakan satu kontraksi diafragma (pengecutan otot antara abdomen dengan dada yang bertanggungjawab memaksa udara keluar dan masuk ke dalam paru-paru). Bunyinya berdegung-dengung dan berlaku selama beberapa minit dan kadang-kadang menyebabkan kita terganggu.

Sedu berpunca dari iritasi saraf yang mengawal diafragma akibat makan atau minum dengan terlalu cepat, memakan makanan yang pedas dan berempah, tertelan terlalu banyak udara sehingga perut menjadi kembung, penyakit ulser dan esofagitis

Kaedah tradisional yang boleh digunakan untuk merawat sedu adalah dengan menyedut air perlahan-lahan, menahan nafas beberapa kali dan meletakkan sesuatu yang sejuk di belakang leher.

Ilmu perubatan juga telah mengenal pasti bahawa karbon dioksida mampu menghentikan sedu dengan cara merangsang diafragma untuk berkontraksi secara biasa berbanding secara spasmodik (dipaksa). Semasa sedu, tarik dan tahan nafas anda. Karbon dioksida yang meningkat di tubuh anda boleh melegakan sedu.

Anda boleh melakukan kedah lain untuk meningkatkan aras karbon dioksida dengan cara menyedut dan mengeluarkan udara ke dalam beg sampul kertas yang didekatkan ke hidung beberapa kali. Elakkan menggunakan beg plastik kerana boleh menyebabkan anda lemas kerananya.

Rujukan: Nik Khartina Nik Man, Dewan Kosmik

Aloe Vera ; Rahsia keajaiban alam


www.quaisz.blogspot.com

Kehebatan aloe vera yang mampu menyembuhkan beberapa penyakit telah dikenal pasti sejak berkurun-kurun lamanya dan pada hari ini, industri kesihatan yang berasaskan aloe vera sudah bejaya menikmati pulangan berjuta-juta ringgit kerana kemujaraban tumbuhan berlendir ini.

Aloe vera terkenal mampu mengubati maslaah kulit seperti luka akibat melecur, skin abrasion, jerawat, athlete’s foot, baldness, bruises, blister, masalah kulit kering, menghilangkan parut, gatal gigitan serangga, kejang otot, psoriasis, kanser kulit, ulser kulit dan sunburn. Gel dan jus aloe vera juga dimakan untuk merawat beberapa amsalah kesihatan seperti artritis (gout), nafas berbau, kencing manis, sakit kepala, tekanan darah tinggi, insomnia dan ulser perut. Kegunaan lainnya termasuklah sebagai bahan asas dalam pembuatas syampu, deodorant, sabun, pencuci muka dank rim pembersih badan.

Bill Coats, R.Ph., ahli farmasi pemilik Coats Aloe International, sebuah syarikat pengilangan farmaseutikal dan kosmetik berasaskan aloe vera dan juga penulis buku The Silent Healer A Modern Study of Aloe Vera berkata, “ Manusia tidak percaya akan kehebatan aloe vera sehingga mereka menggunakannya,”.

Beliau yang juga pemilik BioSearch, sebuah makmal peyelidikan bakteriologi di Dallas yang mengkaji bagaimana produk aloe vera bertindak ke atas tisu badan menambah, “Golongan prejudis yang pernah saya temui adalah mereka yang tidak menggunakan aloe vera dengan baik. Jika seorang pesakit ulser lega dari sakitnya setelah mengambil produk aloe era selama 15 minit, ia akan mempercayainya. Begitu juga jika seorang gadis yang mempunyai sunburn yang teruk sembuh setelah disembur dengan cecair aloe vera, dia akan menjadi advocate kepada produk aloe vera ini.”

Perpustakaan USMKK'2007

Puasa Terapi Unggul

www.quaisz.blogspot.com


Kita sekarang sedang meniti hari-hari terakhir bulan Ramadhan yang disebutkan baginda Rasul sebagai ‘hari pelepasan daripada api neraka’. Sebagaimana akan berakhirnya Ramadhan, begitu jugalah dengan puasa kita yang akan menutup tirainya. Namun ssetengah orang, masuk hari kedua Syawal, mereka sudah berlumba-lumba menyambung puasa enam dan mereka beraya pula untuk kali kedua 5 hari kemuadiannya.

Bagi orang-orang sebegini, amat beruntung bagi mereka kerana ‘ringan perut’ untuk melaksanakan puasa sunat yang tidak semua orang sanggup habiskan ini. Bahkan lebih beruntung lagi orang-orang yang rajin berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis di sepanjang tahun hinggalah menjelangnya Ramadhan pada tahun berikut.

Mengapa dikatakan orang yang puasa ini beruntung? Selain menjadikan diri mereka ‘tahan cabaran’, mereka sebenarnya sedang menjalani satu terapi yang amat baik untuk kesihatan jasmani dan rohani yang mungkin tidak disedari. Kerana telah terbukti orang yang rajin berpuasa, jarang yang mendapat penyakit-penyakit kronik yang ‘berseriyau’ gerun telinga mendengarnya, dan hati mereka lebih tunduk, tidak buas dan tidak ganas lantaran puasa menjadikan pengamalnya makin bertakwa.

Khasiat Puasa

Maka seeloknya, puasa yang terhenti pada hari kemenangan dan sambutan hari raya yang ditunggu-tunggu akan bersambung semula bermula Syawal lagi. Secara dasarnya puasa adalah satu ibadah yang terkandung di dalamnya satu proses pembuangan toksik atau racun dalam badan (detoksifikasi) yang baik.

Di dalam buku Adventures in Therapeutic Fasting, Dr Lonny J. Brown mencadangkan manusia berpuasa sebagaimana katanya, “ Amalan yang biasa dilakukan oleh masyarakat hari ini ialah apabila ia menghidap penyakit, dia akan mengambil ubat untuk meredakan penyakitnya. Sudah tiba masanya untuk kita mengamalkan sesuatu yang berbeza iaitu mengamalkan puasa ketika sakit.”

Demikian kepentingan puasa kepada kesihatan badan kita. Sebenarnya puaa merupakan satu rawatan tertua yang pernah diamalkan oleh orang-orang terdahulu, malah Hippocrate, Galen dan Paracelcus telah mengamalkan puasa sebagai ‘ubat’ untuk merawat penyakit-penyakit mereka. Berpandukan testimony pesakit-pesakit, pasa didaapati juga mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti asma, radang sendi, susah tidur, gangguan pada system penghadaman serta penyakit kulit.

Sebenarnya puasa adalah penawar yang merangsang beberapa perubahan metabolisma badan dan perubahan ini membantu kea rah pembersihan dan pembaikan badan. Ketika kita berpuasa, organorgan akan berehat dan kerehatan ini membantu badan membuang segala toksin yang terdapat di dalam badan sekaligus menyegarkan sel-sel badan.

Yang menariknya, puasa bukan setakat memberi kesan kepada manusia. Cuba anda perhatikan keadaan kucing yang hampir-hampir mati, mereka akan menjauhkan dirinya dari keadaan sekeliling dan menyendiri tanpa makan dan minum. Mengikut Dr Cindy Eagles dalam Wild Health : How Animal Keep Themselves Well and What We Can Learn From Them, “ Binatang-binatang apabila sakit, akan menjauhi makanan.” Pengkaji-pengkaji yang mengamati fenomena ini berpendapat berpuasa iaitu meniinggalkan tabiat makan merupakan satu proses penyembuhan natural dalam alam. Puasa akan memercepatkan kesembuhan kerana secara umumnya bacteria memerlukan zat besi untuk bertindak justeru dengan menghindari makanan, bacteria akan ketandusan zat besi dan keadaan ini melemahkannya.

Diabetes; Elakkan komplikasi jangka panjang

www.quaisz.blogspot.com

Berdasarkan laporan khas Harvard, sekiranya penyakit diabetes tidak dirawat atau menerima rawatan yang kurang sempurna, komplikasi yang serius akan timbul seperti kerosakan mata, buah pinggang dan saraf.

Hampir semua komplikasi yang timbul pada pesakit diabetes berikutan kandungan glukosa yang melampau di dalam darah dan keadaan ini berterusan sehingga beberapa tahun. Masalah ini mengganggu kedua-dua jenis pesakit diabetes jenis I dan jenis II.

Persoalan bagaimana kadar gula yang tinggi bisa merosakkan tubuh badan masih belum difahami dengan jelas, tetapi kajian menunjukkan ia melibatkan satu jangkamasa yang cukup panjang untuk merosakkan keutuhan salur darah dan jaringan sistem saraf.

Masa demi masa, glukosa yang wujud ini mengubah dinding kapilari darah menjadikannya lebih nipis dan melekit membuatkan saluran akan tersumbat seterusya mengganggu aliran darah ke seluruh organ badan yang memerlukan.

Penyakit mata

Diabetes meningkatkan risiko mendapat masalah penglihatan dan ia telah menyebabkan beberapa kes kebutaan mata pada pesakit diabetes yang berumur lingkungan 20 hinga 74 tahun. Walaupun kebanyakan masalah adalah menyebabkan kerosakan retina (retinopati), diabetes turut mengakibatkan gejala katarak dan glaukoma.

Retinopati diabetes. Diabetes memberi kesan kepada saluran darah yang menjurus ke retina, iaitu lapisan pada belakang mata di mana imej ditangkap dan direkodkan. Retina berfungsi mengubah tenaga cahaya kepada impuls elektrik dan menghantar imej visual ke otak di sepanjang saraf optik.

Lebih kurang 25 peratus pesakit diabetes menunjukkan tanda-tanda mempunyai retinopati setelah 5 tahun disahkan menghidap diabetes. Selepas 20 tahun kemudian, hampir kesemua pesakit diabetes jenis I mempunyai retinopati berbanding hanya 60 peratus penghidap diabetes jenis II. Sebahagian daripada mereka pula mempunyai simtom yang lebih serius. Ini bermaksud, penyakit ini kian kronik dan disebut sebagai retinopati proliferatif.

Pengesanan awal amatlah penting dalam mencegah kebutaan dan kehilangan pandangan. Walaubagaimanapun, tidak mudah untuk merawat retinopati kerana ia bertindak secara senyap.

Oleh itu, pesakit diabetes perlu menjalani pemeriksaan mata setiap tahun dengan pakar mata (ahli oftalmologi). Retinopati juga kerapkali wujud secara tiba-tiba pada wanita mengandung yang mempunyai diabetes. Maka mereka seharusnya menjalani pemeriksaan pada awal trimester pertama kandungan diikuti 3 hingga 6 bulan selepas kelahiran.

Katarak dan glaukoma. Individu diabetes cenderung untuk mendapat katarak, iaitu selaput putih yang terbentuk pada mata dan mengkaburkan penglihatannya. Katarak melalui proses yang perlahan dan tidak menyakitkan, tetapi anda akan menyedari pandangan anda sudah mula kabur dan ia harus diselamatkan melalui pembedahan bagi membuang katarak.

Glaucoma, iaitu gangguan akibat tekanan yang berlebihan pada bola mata juga seringkali terjadi pada pesakit diabetes. Seperti retinopati, ia sering diabaikan kerana tidak menunjukkan simtom yang ketara pada perigkat permulaannya. Jika glaukoma tidak dikesan dan dirawat, ia boleh mengkibatkan kerosakan saraf mata serta kebutaan. Dalam sesetengah kes, pembedahan laser boleh membantu meningkatkan pengaliran cecair yang menghasilkan tekanan itu tetapi kehilangan penglihatan akibat glaukoma tidak boleh diselamatkan.

Kerosakan saraf

Masalah kerosakan saraf ataupun neuropati akibat diabetes banyak berlaku dan sekali lagi kadar gula yang tinggi diletakkan dalam kandang pesalah. Apabila berlaku kerosakan saraf, jaringan saraf yang menghantar mesej dari dan kepada bahagian-bahagaina tubuh akan menjadi perlahan, seterusnya menghantar maklumat yang silap atau langsung gagal melaksanakan tugas tersebut. Setakat ini para saintis masih tercari-cari sebab mengapa keadaan ini berlaku dan mereka menjangkakan, apabila glukosa melekat pada protein saraf, ketidaksabilan kimia akan terhasil pada saraf dan menghalang darah dari mengalir ke saraf.

Sekitar 60 hingga 70 peratus pesakit diabetes menunjukkan tanda-tanda neuropati yang hanya boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal dan khas. Neuropati serius, terutama apabila bergabung dengan komplikasi pada sistem vaskular, boleh menyebabkan masalah ulser dan kehilangan anggota badan bahagian bawah.

Neuropati periferal. Kerosakan saraf yang sering berlaku, iaitu neuropati periferal memberi kesan kepada saraf panjang yang menyambungkan tulang belakang dengan lengan dan kaki, mengakibatkan simtom-simtom seperti kebas, mencucuk dan penurunan sensiviti pada sentuhan .

Mungkin ia tidak menjejaskan apa-apa pada pesakit. Namun, masalah besar timbul apabila pesakit kurang sensitif pada sentuhan, tekanan dan kesakitan, menghadirkan satu kecederaan yang lebih serius terutama pada kaki semasa mereka melakukan aktiviti seharian, senaman mahupun berjalan. Oleh itu, penting bagi pesakit memeriksa kaki setiap hari bagi memastikan tiada sebarang luka yang wujud. Jika terdapat luka yang tidak disedari, jangkitan kuman mungkin berlaku dan aliran darah yang perlahan menyukarkan lagi keadaan, mengakibatkan ulser yang kadangkala berbahaya dan terpaksa menjalani amputasi (dipotong).

Neuropati fokal. Kerosakan saraf yang jarang kita dengar, iaitu neuropati tumpuan yang berlaku pada set saraf tertentu, melibatkan muka, kaki, tangan atau mata menjadi lemah. Pakar beranggapan bahawa keadaan berlaku ekoran terdapat satu penghalang yang menyekat bekalan darah dari mengalir. Tangan pesakit menjadi lemah, kaki tidak dapat bergerak dan pandangan bepecah menjadi dua merupakan antara tanda-tanda neuropati fokal ini. Biasanya, ia akan pulih dalam jangka masa 2 hingga 6 bulan.

Neuropati autonomik. Kerosakan saraf ini melibatakn sistem saraf autonomik, iaitu saraf yang mengawal fungsi tubuh seperti pencernaan, perpeluhan dan penegangan. Neuropati autonomik memberi kesan yang tidak menyelesakan pesakit seperti meningkatnya degupan jantung, berpepeluh, masalah kembung, pening, mual, muntah, cirit-birit dan sembelit. Individu yang mempunyai masalah ini tidak mampu untuk mengosongkan pundi kencing mereka yang mana turut mengakibatkan jangkitan, seterusnya akan mengalami masalah impoten iaitu mati pucuk.

Makanan punca gemuk?

www.quaisz.blogspot.com


Seseorang itu gemuk bukan kerana makan lebih banyak, tetapi seseorang itu gemuk kerana dia makan lebih daripada apa yang diperlukan oleh tubuhnya.

Gemuk ialah keadaan berlakunya pengumpulan lemak berlebihan di beberapa daerah badan sehingga menyebabkan berat badannya bertambah. Pada lelaki, lemak cenderung berumpul di bahagian dada dan abdomen (perut), sedangkan pada wanita, lemak lebih tetumpu di lengan atas, punggung, pinggul dan peha.

Kalori yang berlebihan walaupun sedikit tetapi jika terkumpul saban hari akan bertimbun menjadi lemak. Jika anda memilih untuk memandu kenderaan untuk ke tempat kerja setiap hari dan bukan berjalan kaki selama 15 minit, tambahan harian sebanyak 60 kilo kalori akan menghimpun selama 4 tahun menjadi enapan lemak sebanyak 10 kilogram di dalam tubuh anda.

Kegemukan mengundang risiko untuk mendapat penyakit-penyakit kronik. Ini kerana banyak penyakit disabitkan oleh kegemukan lantaran enapan lemak yang wujud memberi tekanan kepada organ-organ penting badan untuk bekerja dengan lancar.

Masalah yang sering dikaitkan dengan kegemukan adalah :

  • Hipertensi (tekanan darah tinggi)
  • Diabetes mellitus jenis II (kencing manis)
  • Hiperlipidemia (kelebihan aras lemak dalam darah)
  • Penyakit arteri koronari (penyakit pembuluh darah di jantung)
  • Penyakit degeneratif pada sendi (kerosakan sendi)
  • Masalah psikososial (rasa rendah diri dan kesukaran berinteraksi)

Kegemukan juga meningkatkan risiko untuk menghadapi masalah berikut :

  • Kanser kolon dan rektum (usus besar), serta kanser prostat pada lelaki
  • Kanser rahim, saluran hempedu dan ovari pada wanita
  • Karang hempedu
  • Masalah kulit
  • Risiko tinggi semasa melahirkan anak
  • Risiko tinggi sekiranya menjalani pembedahan

Begitu mudah untuk menjadi gemuk, tetapi kenapa amat sukar untuk menguruskan badan? Apabila kita memakan makanan berlemak (misalnya sup tulang), sel-sel lemak iaitu adiposit yang sedia ada dalam tubuh akan bertindakbalas dan menyerap lemak-lemak tersebut serta menyimpannya. Adiposit ini mempunyai enzim pada permukaannya iaitu lipase lipoprotein, yang boleh memerangkap trigliserida (molekul lemak) ke dalam sel.di dalam lemak.

Molekul-molekul lemak yang diperangkap ini akan disusun dan diikat menjadi trigliserida agar ia tidak boleh dilarikan. Inilah sebabnya, bagi sesetengah orang, begitu susah untuk membuang lemak dari tubuhnya tetapi sebaliknya mudah sahaja untuk menjadi gemuk.

Lemak yang terbentuk dalam badan juga boleh berasal daripada gula. Apabila gula simpanan (glikogen) kita telah cukup dan permintaan sel-sel tubuh telah dipenuhi, tubuh mula bertindak menukar gula yang berlebihan kepada lemak. Lebihan gula dan lemak dikeluarkan dari hati dan dibawa ke adiposit kerana hati tidak boleh menyimpan glikogen dengan banyak. Maka, lemak akan disimpan di merata-rata dalam tubuh kita lantaran sel adiposit boleh menyimpan sebanyak mana lemak yang ditimbunkan padanya.

Bagaimana megetahui kita gemuk atau tidak ?

Antara kaedah untuk mengetahui samada kita gemuk atau tidak adalah melalui Carta Berat-Tinggi, Hitungan Berat-Tinggi Terubahsuai, Indeks Jisim Tubuh dan Pengukuran Lipatan Pada Kulit.

Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index atau BMI) lebih mudah digunakan sebagai petanda timbunan lemak di tubuh. BMI adalah pengukur yang terbaik buat masa kini kerana indekx ini mudah dilakukan dan terbukti tepat. Kiraan indeks ini dibuat dengan berat tubuh (dalam kilogram) dibahagikan dengan kuasa dua ketinggian anda (anda meter).

Contohnya : Berat : 56 kg

Tinggi : 1.56m

BMI : 56 / 1.562 kg/m2 : 23

Jadual Indeks Jisim Tubuh

Gred

Berat / Tinggi 2

Keterangan

I

II

III

IV

19-25

26-29

30-39

40 atau lebih

Normal

Kegemukan ringan

Kegemukan sederhana

Kegemukan berlebihan

Di atas adalah contoh kiraan bagi mendapat nilai BMI Saudara C. Saudara C ini mempunyai BMI 23, nilai yang menggolongkan dia kepada kategori normal iaitu risiko kematian akibat kegemukan yang rendah. Nilai BMI melebihi 25 menunjukkan bermulanya risiko kesihatan akibat kegemukan. BMI sekitar 27 menandakan bermulanya seseorang berhadapan risiko mendapat penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi. Nilai BMI 30 adalah petanda mutlak seseorang telah gemuk. Nilai 40 pula menunjukkan seseorang itu berisiko tinggi mendapat masalah kesihatan akibat kegemukan.

Gemuk disebabkan makanan?

Kajian yang dilakukan ke atas ‘tikus kantin’ menunjukkan bahawa kita makan bukan hanya disebabkan oleh isyarat lapar yang dicetuskan di dalam tubuh kita tetapi juga oleh stimulus luar yang ada masanya tidak sesuai dengan keperluan. Ini bermaksud kita bukan hanya makan disebabkan lapar, tetapi masih juga ingin menjamu selera apabila melihat makanan yang terhidang dengan banyaknya.

Pada kajian ‘tikus kantin’, tikus yang diberi makanan biasa mempunyai berat badan normal (normal untuk tikus, tentunya) tetapi jika tikus tersebut dibiarkan bebas memakan makanan yang sedap dan berkalori tinggi, tikus tersebut akan makan berlebihan dan menjadi gemuk.

Sesetengan manusia juga menunjukkan respon yang sama terhadap faktor sekitaran seperti mereka makan pada setiap waktu rehat pejabat (sarapan 7:30 pagi, minum pagi 10:30 pagi, makan tengah hari 1:00 tengah hari, minum petang 3:15 petang) dan makan bukan kerana merasa lapar tetapi sekadar memenuhi jadual makan yang ditetapkan, lebih-lebih lagi jika aktiviti ini dijadikan aktiviti sosial bersama rakan-rakan.

Tabiat makan sekarang yang jauh berbeza juga menyumbang kepada kegemukan. Makanan segera seperti cip kentang goreng, ayam goreng, biskut bercoklat, hot dog, pizza, burger, gula-gula dan puluhan jenis makanan ringan yang kaya dengan garam, gula dan lemak tetapi miskin dengan zat terdapat di mana-mana. Tidak hairanlah kanak-kanak sekarang ramai yang mengalami obesiti, penyakit kencing manis malah mempunyai masalah jantung pada usia terlalu muda.

Individu gemuk didapati cenderung memilih makanan yang manis dan sedap berbanding makanan yang tawar. Satu lagi tabiat yang menyumbang kearah obesiti adalah mereka makan kurang kerap, tetapi mengambil jumlah yang banyak setiap kali makan. Mereka juga jarang mengambil sarapan dan kebanyakannya juga makan berlebihan pada waktu malam.

Bagaimana untuk kembali langsing?

Asas kaedah menurunkan berat badan adalah mengurangkan jumlah kalori, mengubahsuai tabiat makan dan melakukan riadah.

Bukanlah sesuatu yang mudah untuk mengawal diri daripada kebiasaan memakan makanan yang sedap dan digemari. Godaan demi godaan sentiasa dihadapi oleh individu yang bertungkus lumus menjalani proses pendietan yang mungkin berlangsung berbulan-bulan lamanya. Oleh itu, kesempatan Ramadhan ini adalah masa terbaik untuk merebut peluang menjalani diet dengan baik. Godaan yang biasanya datang daripada persekitaran akan menurun ke tahap minima dan peluang untuk berjaya menurunkan berat badan adalah tinggi.

Bagi anda yang berazam untuk menurunkan berat badan, ikuti beberapa saranan oleh pakar pemakanan seperti berikut :

  • Kurangkan memakan makanan berlemak (termasuk minyak masak dan santan) dan gula
  • Makanan yang diambil setiap hari (nasi, mi, roti, kekacang, daging, ikan dan sayuran) harus mempunyai protein yang cukup, rendah lemak, mengandungi vitamin dan mineral dan penting juga ia harus cepat menyenyangkan.
  • Makan makanan yang berkalori rendah. Elakkan penggunaan minyak masak yang berlebihan. Makanan yang direbus atau dikukus adalah jauh lebih sedikit nilai kalorinya berbanding makanan yang digoreng. Semasa membersihkan daging, buang segala lemak yang menempel. Elakkan membeli daging cincang. Untuk daging ayam, buang kulit dan lemaknya.
  • Elakkan memakan pil diet yang tidak diketahui mutu pemakanannya yang dijual tanpa nasihat dietisian atau doktor.
  • Jangan mengurangkan berat badan secara mendadak. Maksimum berat tubuh yang boleh dikurangkan ialah 2 kilogram pada minggu pertama dan 1 kilogram pada minggu kedua dan minggu-minggu seterusnya. Untuk kebanyakan orang, separuh daripada jumlah di atas pun sudah memadai.