Mengikut Kitab Tibbun Nabawi, mencegah penyakit terdapat dalam dua versi iaitu mencegah daripada perkara-perkara yang dapat menimbulkan penyakit dan keduanya adalah mencegah penyakit daripada semakin teruk. Jika orang sakit melakukan pencegahan, maka penyakitnya boleh dielak daripada parah serta meningkatkan stamina untuk menghalau penyakit tersebut.
Al-Harth pernah menegaskan, “ Inti perubatan adalah pencegahan. Pencegahan terhadap orang sihat menurut pakar sama pentingnya dengan menghilangkan zat berbahaya dari orang sakit atau orang yang baru sembuh dari penyakit.
Nabi s.a.w pernah melarang Ali k.w.h dari memakan buah kurma yang masih tergantung pada tangkainya. Buah-buahan secara umum berbahaya bagi oang yang baru sembuh dari sakit kerana mengikut hadith, tubuh pesakit masih belum mampu mencegah bahayanya dan ia perlu melenyapkan sisa-sisa penyakit terlebih dahulu. Sisa-sisa penyakit akan terperap dalam tubuh, bahkan boleh bertambah sehingga melambatkan proses penyembuhan.
Namun hal yang sebaliknya yang perlu diketahui, bilamana seseorang itu dilarang mengambil makanan tertentu sedangkan beliau baru sembuh dari sakitnya, tetapi keinginan dan seleranya memuncak untuk mendapatkannya, maka hendaklah dia mengambilnya dalam kadar yang mampu dihadam dengan baik. Kerana tubuh dan perut akan saling terikat dan bekerjasama melenyapkan perkara yang dikhuatiri akan bahayanya. Dengan kata lain, MAKANAN ANG LAZAT YANG DIINGIN SANGAT oleh selera adalah baik sekali bagi kesihatan.
No comments:
Post a Comment