Solat bukan hanya ibadat besar yang diwajibkan Allah kepada hambaNya, bahkan di sebalik suruhan wajib tersebut terkandung pelbagai rahsia dan hikmah yang tidak mampu terjawab. Hanya sedikit sahaja rahsia-rahsia Tuhan tersebut dapat disingkap oleh akal manusia yang nyata tidak dapat menjangkau ilmuNya yang luas.
Bermula daripada wudu’ hingga ke tahiyat dan berakhir dengan salam serta doa, segalanya terkandung khasiat yang banyak untuk manusia dari aspek psikologi, kesihatan dan segalanya.
Bercaakap soal wudu’, menurut Dr Azman bin Ibrahim (B.D.S Baghdad) dalam Seminar Solat; Penghayatan dari Sudut Syariat dan Sains, pada tubuh manusia tertadapt 16 kawasan yang jika ia diransang dapat memberikan impak positif kepada kesihatan. Tempat-tempat tersebut adalah anggota tubuh manusia yang terlibat semasa mengambil air wudu’. Subhanallah..
Perbuatan berwudu’ memang megandungi aspek pencegahan dari pelbagai penyakit. Mengikut Mukhtar Salam dalam bukunya ‘Prayer’s; A Sport For A Soul And Body’, berwudu; mampu mencegah seseorang daripada mendapat penyakit kanser. Hal ini berikutan salah satu punca utama kanser alah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang individu. Apabila ia berwudu’, maka terhindarlah dirinya dari mendapat serangan kanser.
Dalam kajian lain yang dilakukan oleh para doktor dari Universiti Alexandria berhubung amalan memasukkan air ke dalam hidung semasa berwudu’, mendapati amalan ini mampu mencuci rongga hidung dari kuman yang melekat pada bulu hidung yang berfungsi menapis kotoran yang masuk ke paru-paru. Justeru, amalan ini mampu menghindar penyakit yang berpunca dari kotoran dan debu seperti resdung.
Dalam satu kajian berkaitan fungsi otak dan salur darah yang mengairi otak, seorang ahli kaji saraf telah memeluk Islam lantaran ketakjuban beliau terhadap satu penemuan beliau. Ketika melakukan kajian tentang saluran darah yang yang membekalkan darah ke otak manusia, didapati beberapa saluran darah tidak dimasuki darah, sedangkan fungsi saluran darah adalah untuk dilalui darah bagi membolehkan makanan dan oksigen dibekalkan kepada bahagian otak tersebut agar ia dapat berfungsi dengan normal dan sempurna.
Penelitian lanjut yang dilakukan mendapati darah tidak akan memasuki saluran darah berkenaan melainkan ketika seseorang itu sujud dalam sembahyang. Kadar aliran darah yang diperlukan hanyalah beberapa sukatan sahaja mengikut kadar sembahyang fardu yang telah ditentukan oleh Allah. Barangsiapa yang tidak menunaikan sembahyang bererti otaknya tidak meneriam bekalan darah secukupnya untuk berfungsi secara normal. Lantas menjelaskan kepada kita bahawa fitrah kejadian manusia adalah untuk menganut Islam dan sujud menyembah Allah
Makhluk Allah yang bernama manusia tetapi tidak sembahyang apatah lagi tidak beragama Islam, walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya mereka tidak mempunyai keupayaan untuk membezakan antara yang baik dan buruk.
No comments:
Post a Comment