Daunnya umpama pir. Daun yang lebar membujur di bahagaian atas dan melebar ke bahagian bawah kelihatan amat menarik sekali. Urat-urat daunnya yang kelihatan timbul dan berbintik-bintik warna hitam dan keemasan makin menambah seri pada daun. Di sebalik kecantikan yang jelas, terselindung pula pelbagai khasiat yang tak terduga.
Secotek emas rupa-rupanya penawar banyak penyakit kaum wanita. Pada zaman dahulu, ia amat terkenal di kalangan wanita yang bakal mendirikan rumahtangga atau wanita yang baru lepas bersalin.
Nama secotek emas diberi berikutan bintik-bintik halus berwarna kuning pada daunnya. Ia juga dikenali dengan pelbagai nama lain iaitu sempit-sempit, mas cotek, pokok raja ubat, pokok barito dan nama saintifiknya Ficus deloidea.
Secotek emas merupakan herba yang sebenarnya tumbuh meliar dan menumpang. Namun ia bukanlah parasit dan bijinya biasanya disebarkan oleh burung yang memakan buahnya. Terdapat dua jenis secotek emas iaitu secotek emas jantan dan secotek emas betina. Bagi yang betina, daunnya kelihatan lebih lebar dan besar.
Amat rugilah kaum wanita di zaman sekarang jika mereka tidak mengetahui khasiat yang terkandung di dalam pusaka asli warisan perubatan Melayu ini. Secotek emas mampu mengecutkan salur peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim kepada kedudukan asal serta mengukuhkanya. Ia juga mampu memecahkan lemak dan kolesterol berlebihan di dalam darah dan menghindari pengamal daripada migrain serta serangan angin ahmar.
Daunnya enak dikunyah semasa segar. Air rebusan daun, akar dan buahnya mampu menyembuhkan sakit pinggang, keletihan dan paru-paru berair. Dan yang paling utama, ia dapat bertindakbalas dengan hormon lelaki bagi meningkatkan erektil alat kelamin serta mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri.
No comments:
Post a Comment