Wednesday, December 21, 2005

2006..mana nak pergi

Sesekali menjadi ‘driver’ kepada sepasang suami isteri dari Syria, membuatkan saya berfikir dalam. Saya memulas stereng kereta dan bermain dengan gear dari jam 10 pagi hingga 6 petang di tengah-tengah kesesakan Bandaraya Islam. Tugas saya adalah membawa mereka membeli-belah dan menyelesaikan sedikit urusan dengan JHEIK, mengambil dan menghantar mereka sampai ke rumah. Orang Syria tidaklah seperti yang saya sangkakan sebelum ini, berwatak gasar dan bertubuh lampai persis Arab Mesir. Namun kedua-dua insan yang dipertemukan dengan saya ini cukup istimewa pada pandangan. Si isteri berketurunan Melayu Kelantan, dari Kg Peringat memiliki ciri-ciri Melayu yang lengkap, bertubuh kecil molek. Namun lantaran berkahwin dan menetap di Syria selama sepuluh tahun, loghat Kelantannya sudah ditenggelami kefasihan bahasa Arab yang lembut menyentuh hati saya. Betapa indahnya Bahasa Arab, bahasa yang paling digemari Rasulullah bahkan bahasa ahli syurga di syurga juga adalah bahasa Arab.. namun jubah hitam tebal bersama purdah yang menutup litup dan hanya menampakkan cermin matanya menabiri segala anugerah kecantikan yang sekaligus menjadi sumber fitnah dan kelalaian.

‘Dia bukan orang sembarangan’ begitu tukas kakak saya terhadap pasangan sahabatnya ini. ‘Suaminya pembantu Syeikh’ saya angguk menelan liur. Syeikh adalah panggilan untuk Tuan Guru ajaran tarekat. ‘Dalam banyak-banyak pelajar, Syeikh pilih orang ini. Semestinya dia mempunyai satu ciri yang tiada pada orang lain. Lebih mengikut, dan lebih tunduk.’ Begitu hebat... saya mengerling pada diri... orang yang mangikut jaluran ketuhanan, hatinya lembut, tiada marah kerana amarah itu api dari syaitan sedang jiwa yang sentiasa bersama Tuhan dan hati yang sentiasa basah dengan zikir itu senantiasa begitu damai..

Saya pulang dan membelek buku di almari. Langsung mata saya menangkap sebuah buku kecil dari Madinah An Nasr, Kaherah yang pernah saya baca suatu waktu sahulu.. saya bersimpuh dan khusyuk menghayati helai demi helai..mata saya pijar pada potret anak-anak muda di helaian buku ini yang telah mendapat gelaran syuhada’ fi sabilillah.

“Siapa yang tidak mati kerana pedang pasti mati dengan jalan lain.. penyebab kematian adalah banyak sedangkan kematian hanyalah satu..”

As Syahid Aiman Kamil Jum’at Radhi dikenali sebagai Abu Bilal dari perbatasan Khan Yunus. Di zaman kanak-kanak, beliau terkenal rajin ke masjid bersolat jemaah, mengikuti aktiviti keagamaan dan sukan. Beliau sangat menghormati orang tua dan tidak pernah meninggikan suara terhadap mereka walaupun ketika umurnya sudah meningkat dewasa.

Hidup di bumi yang terjajah menjadikan Aiman terdedah kepada kekejaman Yahudi sejak kecil lagi. Setiap hari ada sahaja berita tentang penyeksaan yang dilakukan regim Zionis terhadap kaumnya yang begitu menghiris hatinya. Aiman menyertai kegiatan melontar batu bersama pemuda-pemuda Palestin.. sungguhpun batu itu kecil, tiada kesan pun pada tentera-tentera kuffar yang lengkap berseragam dan bersenjata.. mereka terus melontar, kerana batu itu bakal menjadikan kapal mereka karam di lautan dalam. Aiman begitu iltizam dengan perjuangannya sebagai salah seorang pemimpin Hamas. Cintanya pada jihad dan syahid mengatasi segala kecintaannya pada dunia.. dan rindu untuk bertemu Tuhan membawanya nekad mempertahankan tanahair yang sedang dicabul penjajah.

Suatu hari, Aiman membawa diri dan bertafakur. Dia mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Suara tangisannya bermunajat kedengaran oleh ibu-bapanya. Sebelum melangkah keluar, Aiman memohon ampun daripada ibu-bapa dan rakan-rakan sekerja serta sepermainannya. Aiman meninggalkan mereka dan menghilangkan diri selama lima hari di tempat yang tidak diketahui oleh orang lain. Dia mempersiapkan diri melakukan operasi yang amat digeruni musuh-musuhnya.

Dengan berpakaian serba putih, Aiman menuju ke sasarannya iaitu sebuah bas yang biasa membawa pegawai-pegawai tinggi tentera udara rejim Zionis. Sebaik terpandang bas berkenaan, rohnya terasa bagai di awangan menanti saat diarak menuju ke Syurga Firdaus. Dia mara ke depan bagai singa yang lapar mahu menelan mangsa. Namun kehadirannya dicurigai pemandu bas. Aiman ditahan dan pintu bas ditutup bagi menghalangnya menaiki bas. Saat yang ditunggu telah tiba. Dia bagai mendengar seruan supaya memulakan operasinya. Dia bagai terlihat lambaian syurga dan mencium harumannya. Aiman nekad. Dengan penuh yakin, Aiman meletupkan 7.5 kg TNT, gegarannya mengejutkan Kota Quds. Ramai pengganas Yahudi cedera dan terbunuh. Bas yang mereka naiki musnah sama sekali.

Mendengar berita kematian Aiman, ayahnya hanya mampu mengucapkan “ Semoga Allah menemukan kita di bawah rahmatNya.” Adik lelakinya pula dengan linangan air mata melaungkan “ Selamat jalan pejuang Kata’ibul Qassam... selamat jalan !” mereka sekeluarga kemudiannya menonton pita video rakaman wasiat Aimanyang dibawa oleh wakil kata’ib Al Qassam. Wartawan ramai datang mengerumuni rumahnya.

“ Saya adalah pemuda syahid yang hidup, Aiman Kamil Jum’at. Allah berfirman ‘Janganlah kamu menyangka mereka yang terbunuh di jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki!’ (Ali Imran-169)

Operasi yang akan saya lakukan ini ialah sebagai tindak balas terhadap pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Masjid Palestin dan juga sebagai tindakan membela As-Syahid Soluhah dan Hani Abid (yang dibunuh oleh tentera Yahudi).

Wahai ahli keluargaku, wahai abang dan adikku, wahai sahabat-sahabatku di dalam gerakan Hamas.. jihad adalah satu-satunya jalan dan menuntut syahid adalah impian kita. Maka janganlah kalian merasa terhina dan janganlah kalian berdukacita.

Berdoalah kepada Allah agar menerimaku sebagai seorang yang mati syahid dan berdoalah agar kalian bertemu denganku melalui jalan yang sama.. Jumpa lagi di Syurga Adn insya Allah...”


Inilah sedikit pengajaran yang sempat saya teguk, kesungguhan abid kepada ma’budnya. Selangkah kaki menuju Dia, Ia datang berlari kepada kita. Biasanya para pejuang agamaNya memiliki sifat-sifat utama. Mereka memelihara kewajipan kepada Allah. Mereka sentiasa menunaikan solat fardhu, bahkan secara berjemaah. Masjid tidak boleh dipisahkan dari mereka. Mereka melazimi solat-solat sunat, berpuasa Isnin Khamis, qiamullail, membaca al-Quran dan sebagainya. Mereka menyertai jemaah yang memperjuangkan Islam dan bertindak secara berorganisasi. Mereka mempunyai akhlak yang boleh menjadi contoh dan setelah mati, tiada cemuhan masyarakat terhadap mereka..

Subur pentarbiahan diri, manislah hasilnya. Begitulah, kita perlu sentiasa menilai diri dan berdoa supaya Allah membawa kita dekat dengan Dia, kerana kita tidak mampu untuk pergi sendiri..


PMLS
21 Disember 05

Friday, November 18, 2005

Baitul Muslim

( from file ...)
Ciri-ciri Luaran Baitul Muslim

SESUNGGUHNYA rumah secara fizikalnya bukanlah sekadar tempat untuk berlindung daripada panas dan hujan tetapi ia juga mampu melindungi penghuninya daripada unsur-unsur batasan dan tekanan masyarakat baik secara fizikal, mental mahupun rohaninya. Allah SWTberfirman yang bermaksud:"

Dan Allah menjadikan bagi kamu. rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggal" (Surah al-Nahl: 80)Rumah merupakan tempat merehatkan badan dan minda. la adalah masdar yang boleh mencorakkan tatacara atau tingkah laku seseorang Muslim itu. Sekiranya baik rumah tersebut maka baik jugalah individu itu, tetapi apabila keadaannya buruk maka sedikit sebanyak ia akan memberi kesan terhadap sikap dan tingkah lakunya.

Sering kali persoalan ini diutarakan dan kadangkadang berlegar-legar dalam pernikiran kita, apakah bentuk atau ciri-ciri rumah yang menepati sunnah Rasulullah s.a.w. (Baitul Muslim). Sesungguhnya ciri terpenting Baitul Muslim ialah menggalakkan kebahagiaan dan ketenangan sesuai dengan sifat agama Islam itu sendiri.

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Kegembiraan itu mempunyai empat unsur: isteri yang solehah, rumah yang lapang, jiran yang baik dan tunggangan (kenderaan) yang selesa" (Riwayat Ibn Hibban dalam Sahih)Untuk mengetahui dengan lebih jelas, berikut ialah antara ciri-ciri Baitul Muslim:

Ciri-ciri luaran Baitul Muslim

Pertama, Islam melindungi kesucian maruah dan harga diri manusia, malah menganggapnya sebagai suci dan tidak boleh dicerobohi. Oleh itu Islam membenarkan pembinaan pagar di sekeliling rumah untuk menghalang sebarang bentuk pencerobohan yang boleh memburukkan keselamatan tuan rumah. Dalam sebuah hadis daripada Abu Daud beliau berkata: Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:"Barang siapa yang menceroboh rumah seseorang tanpa keizinan daripada tuan rumah maka diizinkan baginya mencungkil mata penceroboh tersebut tanpa dikenakan sebarang hukuman" (Riwayat Bukhari)

Sebenarnya pagar yang dimaksudkan di sini tidaklah sebagaimana yang bertaku hari ini. Binaan yang tinggi seolah-olah sengaja dibuat untuk memutuskan hubungan dengan jiran-jirannya yang lain. Ada kalanya bentuk dan perhiasan yang melampau-lampau mendorong kepada unsur pembaziran yang sangat ditegah dalam Islam.

Kedua, Faktor keselesaan penghuninya juga menjadi agenda penting Baitul Muslim. Oleh itu penyediaan ruang untuk halaman rumah atau padang kecfl buat keluarga sangat digalakkan dalam Islam kerana ia akan mempengaruhi tabiat dan watak penghuninya. Hari ini taman kecil dalam halaman rumah sudah menjadi kemestian bagi sesebuah keluarga baik untuk bersantai, membaca ataupun sekadar menenangkan fikiran. Rasulullah s.a.w. pernah berdoa dengan bersungguh-sungguh, sabdanya yang bermaksud:"Ya Allah, ampunilah dosaku, lapangkanlah rumahku dan berkatilah rezekiku." Baginda kernudiannya ditanya: "Wahai Rasulullah, mengapa engkau sering memohon perkara ini? Baginda menjawab: "Apakah ada yang lebih baik?" (Riwayat Nasa'i dan Ibn al-Sunni)Sedar atau tidak rumah yang kecil tanpa mempunyai halaman atau ruang untuk bergerak bebas mudah terdorong kepada masalah. la boleh merumitkan ketegangan kecil yang lazimnya berlaku dalam keluarga. dan menyulitkan kemesraan apatah lagi apabila jurnlah keluarga yang ramai. Untuk melepaskan diri daripada kesesakan dalam rumah, anak-anak akan keluar mencari ketenangan bersama kawan-kawan. Mana kala ibu bapa akan mencari kawan-kawannya untuk melepaskan ketegangan masing-masing, sama ada berkunjung ke rumah jirannya atau bersembang di kedai kopi.Maka disinilah mereka terlepas daripada pengawasan dan kasih sayang keluarga sehingga terjebak dalam aktiviti yang tidak baik dan mengundang kepada masalah sosial dalam negara.

Ketiga, Islam sangat memberi perhatian kepada apa jua bentuk punca atau sumber pembinaan Baitul Muslim. Ini kerana hal-hal yang berkaitan halal dan haram itu nanti akan menentukan rahmat atau berkatnya sesebuah rumah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya halal itu jelas dan yang haram juga. jelas dan di antara kedua-duanya ada perkara yang masih diragukan, yang kebanyakan orang ramai tidak mengetahuinya. Orang yang memelihara dirinya daripada. perkara yang syubhah itu samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya dan kehormatannya... "Justeru, Islam melarang sebarang dana yang datang daripada kewangan yang syubhah dan hararn seperti riba dan lain-lain. Pengharaman tersebut juga meliputi unsur-unsur pembaziran atau perbelanjaan di luar keperluan sebenar.Pernah diriwayatkan bahawa Khalifah Harun al-Rashid pernah ditegur oleh Muhammad bin al-Samak ketika membina rumahnya yang besar seperti kebiasaan pemerintah Abasiyah yang lain. Beliau berkata: "Kalaulah ia datang daripada hartamu, maka engkau termasuk daripada golongan orang yang membazir. Tetapi jika ia datang dari harta orang lain, sesungguhnya engkau termasuk orang yang zalim. Sesungguhnya Allah membenci orang yang zalim.

"Keempat, Baitul Muslim sangat mengutamakan nilai altruisme lebih-lebih lagi mengenai perkara yang bersangkut paut tentang muamalah sesama manusia atau jiran tetangga. Altruisme di sini bermaksud mengutamakan kepentingan orang lain berbanding kepentingan diri sendiri.Oleh itu, aspek pembinaan Baitul Muslim perlulah mengambil kira kepentingan nitai-nilai bersama dan kerukunan semangat kejiranan serta menghindari apa jua bentuk kezaliman atau penganiayaan terhadap orang lain. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:"Malaikat Jibril sentiasa mengingatkan aku tentang tanggungjawab seseorang terhadap jirannya sehingga. aku menyangka bahawa jiran mungkin akan dijadikan salah seorang waris." (Riwayat Bukhari dan Muslim)Justeru, pembinaan yang boleh mengganggu, menghalang jalan atau menyempitkan laluan umum sangat ditegah. Begitu juga sekiranya ia boleh menghalang udara atau cahaya daripada sampai ke rumah jiran-jirannya yang lain sangat dilarang dalam Islam.

Kelima, Kebersihan juga merupakan ciri terpenting Baitul Muslim, Rumah yang kecil tetapi dijaga kebersihannya lebih baik daripada rumah yang besar tetapi sukar menguruskan persekitarannya. Ini kerana rumah yang kotor akan memberi kesan kepada tumbesaran ahli keluarga serta melambangkan akhlak dan gambaran yang tidak baik kepada jiran tetangga dan masyarakat umum.Islam sangat mengutamakan kebersihan dan kesucian sesuai dengan fitrah agama Islam itu sendiri. Aspek kebersihan adalah lambang kepada peribadi dan lambang kepada imannya. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:"Kebersihan itu membawa kepada iman dan iman membawa pemiliknya ke syurga"Oleh itu Baitul Muslim mestilah bebas daripada sebarang bentuk kekotoran atau sampah sarap. Ini kerana kebersihan fizikal itu merupakan kunci kepada kesucian minda dan jiwa. Apabila persekitaran dalaman dan luaran Baitul Muslim bersih, maka ia akan bebas daripada sebarang kekotoran peribadi dan penyakit fizikal.Amalan segelintir masyarakat kita yang melonggokkan kotoran dan sampah sarap sehingga bertaburan di halaman rumah bukanlah perbuatan akhIak Muslim. Amalan tersebut dikatakan menyerupai tabiat kaum Yahudi yang sangat di benci oleh Rasulullah s.a.w.

Keenam. Perancangan untuk memilih lokasi rumah juga disebut dalam Islam. Sebaik-baiknya kedudukan atau lokasi Baitul Muslim hendaklah hampir dengan masjid atau surau. Tujuannya supaya mudah untuk ahli keluarga Baitul Muslim melibatkan diri dengan program-program kebajikan atau mengimarah aktiviti-aktiviti pengajian agama atau sekurangkurangnya dapat menjaga solat berjemaah.Daripada Abi bin Kaab La. berkata, ada seorang lelaki dari kaum Ansar tinggal jauh daripada masjid berbanding jemaah yang lain, Walau bagaimanapun beliau tidak pernah terlewat untuk sama-sama. berjemaah. Maka sahabatnya mencadangkan agar beliau membeli seekor himar yang dapat ditunggangnya bagi memudahkan perjalanannya pada waktu malam dan siangnya. Lalu sahabat ini pun berkata:"Aku lebih gembira seandainya rumahku hampir dengan masjid namun tidak mengapa asalkan segala kebaikan disebabkan perjalananku yang jauh untuk ke masjid sewaktu pergi dan pulangku diterima Allah Taala." Maka Rasulullah yang mendengarnya menjawab: "Sesungguhnya Allah telah menghimpun semuanya buatmu"

Tajdid Untuk Mujaddid, Tajdid Untuk Ummah, Jihad Fi SabiliLLAH..

Wednesday, November 16, 2005

Fitnah ke atas Jihad ..

Aku bukan pentafsir agama, tapi aku sedang cuba menilai apakah yang sebenarnya berlaku di dalam dunia ini... semua yang berlaku adalah cukup mengelirukan. yang salah dikatakan benar, yang benar dilabel sebagai salah. keterbalikan yang sengaja dirancang ini sepatutnya boleh dikontrol... namun siapakah ?? siapa pembela agama? siapa yang boleh merancang untuk satu2 agenda besar yang boleh mengawal seluruh dunia ? siapa yang mampu bersabar untuk membuat kajian untuk mencari strategi terbaik untuk mencari punca masalah utama dan menyelesaikannya ??? adakah sekumpulan manusia itu ? adakah usaha itu ? pihak kuffar merancang ideologi sekularisme selama 600tahun. bermula dari bawah,dengan tempoh masa yang cukup lama, tapi akhirnya mereka berjaya..

kaum kuffar juga telah berjaya menjalankan agenda mereka untuk membuang perkataan jihad dalam diri orang islam, sebab jika muslim kuat semangat jihadnya, mereka akan meluru menentang musuh Allah, musuh Islam seperti seekor singa lapar. dan orang kafir tidak mempunyai kekuatan jiwa yang seampuh org Islam. maka sekarang, kulihat, segala perancangan mereka berjalan dengan lancar.

mereka melabel pergerakan jihad sebagai gerakan keganasan yang sepatutnya dibendung.
adakah semua manusia buta atau tuli ? adakah orang yang menikam untuk menyelamatkan diri dikira sebagai pengganas ? adakah kaum yang menuntut kebebasan dari pihak yang zalim dikira pengganas ? adakah seorang guru yang mengajar kebaikan kepada muridnya dan mempunyai semangat yang meluap-luap untuk membela agamanya dari terus dipijak-pijak dikatakan pengganas ??? siapa bodoh? siapa ganas ? siapa buta? siapa dalang ? siapa yang diperalatkan? dan sekarang siapa yang mahu menjadi benteng ? siapa yang mahu jadi prekursor ?

aku pernah belajar tentang Islam. Islam mengajar kelembutan akhlak, tetapi jika maruah dipijak-pijak, maka AWAS !

aku....

Aku bukanlah seorang pejuang...
menghunus senjata penuh gagah,
aku bukan seorang sasterawan masyhur..
menganyam bahasa menusuk ke jiwa,
aku bukan srikandi...
berpencak di gelanggang ,

tapi aku..
hanya aku seorang kerdil..
mencari apa yang aku cari selama ini..
meneruskan pencarian sehingga kesampaian..

kerana aku hanya sebutir pasir tiada harga...
dipijak orang, dilempar dan diselutkan..
tapi dengan sekecil pasir ini jua..
mampu menegakkan setinggi tinggi WTC !






Bahagia selepas selekoh..
Tiada makna sebuah bahagia..
Tiada erti sebuah kemanisan..
Aku tidak mendamba untuk bahagia di sini..
Kerana bahagia di sini adalah racun untukku mendampingiMU.

Monday, October 10, 2005

Nutrisi Ramadhan

Bulan Ramadhan kadangkala dianggap sebagai bulan pesta makanan. Pabila berkumandang azan Maghrib, meja makan sudah dipenuhi dengan pelbagai jenis juadah dan hidangan. Air jagung, air kelapa muda, ait tuak, ABC rock, kuih ondeh-ondeh, puteri berendam, dan bunga tanjung menjadi menu harian di rumah. Tak termasuk lagi lauk pauk yang bermacam-macam jenisnya. Usai makan, bagaikan ular sawa kekenyanganlah jadinya, lembab untuk bangun solat dan sukar berterawih kerana perut yang sedari 14 jam kosong tiba-tiba diasak bertubi-tubi dengan pelbagai makanan. Tetapi bagi pelajar-pelajar di IPT, ada juga yang berbuka dan bersahur dengan mee Maggy lantaran duit pinjaman sudah kehabisan…Menjadi kebiasaan, nutrisi di bulan Ramadhan akan berubah sedikit berbanding di bulan-bulan lain.

Mencari panduan daripada sirah rasul junjungan, saya telah merujuk kepada Ustaz Anuar Ridwan Zakaria, seorang pensyarah di Jabatan Al-Quran dan Hadith, Akademi Pengajian Islam , Universiti Malaya untuk mendapatkan maklumat yang tepat lagi sahih berkenaan nutrisi Rasulullah di bulan Ramadhan. Beliau menyatakan tidak banyak ditemui hadith-hadith yang menceritakan bagaimana menu atau nutrisi yang diambil oleh Rasulullah di bulan puasa. Ini sebab makanan yang diambil oleh Rasulullah adalah sama sahaja pada setiap bulan. Tiada perbezaan. Baginda lebih menekankan etika pemakanan. Baginda berbuka dahulu dengan buah kurma rutab, jika tiada, baginda mengambil tamar kering, jika tamar pun tiada, baginda hanya meminum air dan kemudian bersolat jemaah. Namun ada juga beberapa jenis makanan yang baginda amat suka dan yang kurang disukai. Baginda menggemari halwa dan madu, buah anggur dan tamar. Baginda tidak menggemari mendahului orang lain dalam menghadapi hidangan dan makan dengan penuh tertib. Baginda hanya makan sedikit tetapi mencukupi. Baginda makan hanya setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang. Dengan berbekalkan makanan yang sedikit itulah, baginda mampu menghunus pedang dan berjuang menyebarkan risalah Allah ke muka bumi.

Di samping itu, baginda tidak mengambil sesuatu makanan dengan makanan tertentu dalam satu-satu menu. Contohnya baginda menegah memakan daging dengan susu dalam satu hidangan. Setiap makanan mempunyai khasiat dan toksik yang tersendiri. Daging yang merupakan penyumbang protein yang amat baik tidak boleh diambil bersama-sama susu yang juga sumber protein. Dalam prinsip nutrisi perlengkapan protein, sumber protein mesti dipelbagaikan dengan kombinasi yang betul supaya kita memperoleh kesemua asid amino perlu dengan mencukupi.

Ditekankan baginda tidak makan selain dari buah-buahan tempatan. Makanan yang tumbuh di iklim panas sesuai untuk manusia yang tinggal di tempat panas. Sebagaimana durian yang berasal dari negeri di kawasan khatulistiwa beriklim lembap panas, buah durian kurang sesuai dimakan oleh orang-orang di Gurun Sahara atau mereka yang tinggal di iglu. Baginda mempercepat masa berbuka dan melewatkan bersahur hampir kepada subuh. Terdapat hasil kajian yangmenunjukkan bahawa tempoh berpuasa selama lebih kurang 14 jam itu adalah waktu yang paling ideal untuk perut kita berada dalam keadaan kosong dan rehat. Sistem penghadaman akan berehat dan menyahtoksikkan serta mengasah kecekapan sistem.

Semasa berpuasa, kita digalakkan mengambil buah kurma, dan memperbanyak minum air. Buah kurma sedang dikaji dan ia ditaman di Israel. Mereka telah menganalisis khasiat kurma dalam bidang perubatan. Di manakah hebatnya buah hitam yang menjadi santapan utama junjungan teragung ini ?

Kurma adalah sejenis pohon palma. Ia hidup subur di tanah yang memerlukan kuantiti garam yang rendah iaitu antara 4.3 hingga 12.8 dSm-1 untuk mengekalkan survivalnya. Spesies ini mempunyai penetrasi akar yang cepat. Akarnya boleh menjalar pantas dan menyerap air dengan baik walaupun di kawasan sekering padang pasir atau pada kepekatan garam yang tinggi. Dalam keseluruhan tumbuhan ini, bahagian yang paling tahan adalah bahagian akar dan daun, manakala bahagian batang adalah bahagian paling sensitif kepada tekanan garam. Spesies kurma adalah bersifat halofit. Tumbuhan halofit adalah tumbuhan yang boleh beradaptasi di kawasan berkemasinan tinggi seperti estuari, muara, kuala dan paya. Sel-selnya lebih masin dari air laut. Ia mampu hidup pada tekanan garam yang tinggi lantaran ia menggunakan mekanisma osmoregulasi untuk mendapatkan air. Tahap ketahanan yang tinggi inilah membolehkan pohon kurma mampu teguh berdiri biarpun di gurun yang tandus.

Buah kurma atau dengan bahasa saintifiknya Phoenix dactylifera berbentuk silinder, warnanya kuning hingga coklat kemerahan. Isinya tebal, membaluti biji. Kulit yang tipis membuatkan isi buah mudah dimasuki ragi dari udara, selanjutnya memfermentasi karbohidrat. Lantaran gula asli yang tinggi, ia tidak perlukan bahan pengawet . Pengeringan biasanya dilakukan oleh matahari. Dalam proses ini, buah akan kehilangan kira-kira 35 % dari khasiatnya.

Kandungan kalori kurma juga tinggi (317 kal/100 gr), amat baik bagi memulihkan stamina. Kalorinya, selain sebagai bahan bakar utama tubuh, mampu mencegah terjadinya pengoksidaan lemak yang tidak lengkap. Pengoksidaan tidak lengkap menghasilkan sebatian karbonil yang tidak diperlukan oleh tubuh seperti asetoasetat, keton, aseton dan beta-hidroksi-butirik yang dibentuk dalam hati dan dikeluarkan melalui urin. Pengambilan kurma boleh mengelakkan berlakunya pengoksidaan tidak lengkap ini.

Selain mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi, kurma juga mengandungi serat. Semakin dikeringkan, semakin tinggilah nilainya karena membentuk resistant starch atau kanji perintang penyakit. Jika selulosa amat berguna untuk mengatur peristalsis usus, hemiselulosa dan pektin mampu menyerap banyak air dalam usus besar. Selain itu, serat juga berfungsi mengawal berat badan, menghindari obesiti, menghindari divertikulosis (sembelit), merendahkan paras kolesterol dan lipid dengan merencat sintesis kolesterol, ia juga mampu mengawal diabetes dan menghindari kanser kolon.

Unsur lain yang terdapat pada kurma adalah fosforus, iaitu sejenis mineral kedua terbanyak dalam tubuh setelah kalsium. Merupakan unsur nukleus dan membran sel, ia menjadi faktor esensial kepada seluruh tindakbalas pembentukan tenaga dalam sel. Ia juga berfungsi sebagai komponen pembentuk kristal pada tulang rangka. Banyak lagi kehebatan kurma yang antara lain ialah ia mampu menjaga kesihatan salur usus, mencegah konstipasi (sembelit), menyahtoksik alkohol, menguatkan jantung, meningkatkan kemampuan seksual, mampu mengubati diarea (cirit-birit) kanak-kanak dan sebagainya.

Agar tubuh kita tetap segar dalam menjalankan ibadah puasa, harus diperhatikan juga mengenai keutuhan cecair dalam tubuh. Antaranya, kita perlu mengambil air kosong dalam kuantiti yang banyak. Air merupakan nutrient yang paling penting di mana 50-60% daripada berat badan disumbangkan oleh air. Air perlu dikawal pada paras yang sepatutnya. Kekurangan air akan meransang reseptor dahaga, menguja kita meminum air supaya ia kembali ke paras normal. Air kosong boleh membersihkan organ dan ia cepat diserap tubuh melalui pembuluh darah dan membantu mencegah terjadinya penggumpalan dalam darah. Di samping merupakan komponen utama darah, ia bertindak sebagai medium tindak balas biokimia dalam badan. Fungsinya sebagai pelarut bagi melarutkan nutrien yang diambil dan pengawal suhu badan ditambah pula dengan tugasnya sebagai pelindung dari trauma dan hentakan. Ia merupakan komponen bagi cecair serebrospinal di tengkorak dan cecair amniotik bagi melindungi bayi dalam kandungan.

Santapan sahur seharusnya menyajikan nilai lemak yang rendah kerana ia akan mengakibatkan rasa mengantuk dan merendahkan produktiviti serta melambat kan proses penyerapan makanan ke dalam tubuh. Keadaan ini mengakibatkan risiko beberapa penyakit.

Walaupun memberus gigi dibenarkan namun lebih baik dielakkan selepas tengah hari. Banyakkan membaca al-Quran dan bersedekah. Para aulia’ melakukan puasa yang paling tinggi darjatnya iaitu puasa minda. Dengan kata lain, di samping tidak makan, minum, mereka tidak mengingati dan memikirkan apa jua selain Allah.

Begitulah sunnah, kehebatan ajaran rasulullah tidak ada bandingannya. Hanya hati yang sentiasa patuh pada ajaran baginda mampu mengecapi nikmat kehidupan yang sebenar.


Sains Biokesihatan, Institut SainsBiologi, UM
8 Otober 2005, 4 Ramadhan 1425H

Monday, October 03, 2005

Tuhan Baik Terhadapku..

Selama 25 tahun melihatnya berjuang menentang barah muka. Mulanya, hanya secalit kecil yang mula membesar, kemudiannya, setahun demi setahun, aku melihatnya ke hospital untuk secebis lagi setiap kali. Setelah masa berlalu, mukanya tidak seperti muka lagi apabila semakin banyak lagi yang dipotong. Tetapi setiap kali dia kembali, dengan apa yang tinggal sisa daripada muka itu, dia cuba tersenyum dan tidak pernah bersungut atau murung.

Dia seorang mekanik mahir dan tukang kayu cekap – diiktiraf sebagai yang terbaik di seluruh perbukitan Ozark yang mengelilingi kawasan ini.

Apabila dia melakukan sesuatu kerja beliau seakan berdiri di belakang dan meninjau untuk melihat samada adakah lagi yang ketinggalan yang boleh ditambah supaya membuatnya sesempurna mungkin. Lalu dia akan melihat sesuatu tempat yang seorang biasa tidak akan nampak dan dia akan sibuk menyobek itu dan ini. Kemudian, setelah dia membuat yang tebaik lagi, dia akan memerhatikannya lagi dan senyuman kepuasan akan menerangi wajahnya.

Aku mengesyaki dia sering berkata kepada dirinya sendiri, “ kerjaku akan menjadi mukaku dan hidupku.” Aku meragui bahawa dia sering melihat cermin dan menyedari muka yang robek yang setiap hari semakin dimakan barah itu sedikit lagi.

Walau betapa hina tempat dia bekerja, atau betapa kecil tugasnya, atau betapa kasar kerja di sekitarnya, tidak kelihatan menyusahkannya walau sedikitpun. Ini adalah kerjanya, dan mesti dibuat dengan betul. Dia tampak seperti tidak pernah menoleh ke kerja orang lain, kerja buruk orang lain bukan masalahnya. Kerjanya sendiri yang kelihatan kelihatan utama. Namun, aku mengesyai bahawa apabila kerja itu siap dia merasa bangga dan gembira tatkala melihat betapa bagus hasilnya – tetapi tidak sekalipun pernahku dengar dia bercakap besar tentangnya.

Setelah masa berlalu, dia beransur semakin lemah, Langkah kakinya semakin kurang pasti, dan tangannya tidak bergerak seyakin dan sepantas yang lazim baginya. Dia tidak berdaya lagi melakukan benyak perkara yang pernah dibuatnya dulu. Namun , walau apa kerja atau upahnya, beliau sentiasa mempunyai keinginan yang tidak kenal jemu untuk menghasilkan kerja yang baik.

Semasa hari-hari terakhir ketika dia hanya memiliki muka yang sudah kucar-kacir , dia akan membungkuskan nya dengan sapu tangan bandana merah, dengan hanya matanya sahaja yang tinggal kelihatan.
Ketika dia ditemui di jalan raya, dia pasti menegur dengan gembira,. Setelah masa berlalu dan dia semakin sukar untuk mengucapkannya, teguran itu diberi pula dengan melambaikan tongkatnya. Tongkat itu juga suatu benda yang indah buatannya, hasil ukiran tangannya yang mahir itu.

Hidupnya seperti dipenuhi puas dan aman. Aku pasti seringkali di bersyukur kepada Tuhan kerana tangannya yang mahir itu dan kerana tangan itu tidak cacat dan cela dengan apa cara sekalipun.

Dia akan sering tiada di tempat biasanya selama berminggu, atau barangkali berbulan, kerana dia akan ke hospital supaya pakar bedah memotong sedikit lagi. Lalu dia akan kelihatan lebih buruk sedikit lagi. Tidak akan terdengar sebarang sungutan, sebarang rintihan tentang pembedahan dan sakit yang dialaminya. Dia akan hanya meneruskan kerja yang sentiasa menanti kepulangannya.

Sepanjang sesuku abad ini, aku tidak pernah mendapatinya kembali dengan sebarang aduan atau rintihan tentang sakitnya. Sesiapapun tidak akan menjangka ada sesuatu yang tidak kena jika mereka tidak melihat mukanya.

Tatkala saat bekerjanya terasa hampir berakhir, kebimbangan utamanya adalah bahawa perkakas itu, wajahnya berseri dengan kepuasan. Kerjanya telah siap dan dia bersedia untuk menjualnya.

Beberapa hari sebelum ia meninggal dunia aku pergi menziarahinya. Dia sedang berjalan-jalan di tempat itu. Mukanya hampir habis berbarut dan hanya matanya sahaja yang tinggal kelihatan. Ketika dia berjalan-jalan terhincut-hincut di situ, dia berkata kepadaku, “ aku akan berusaha kekal muda selama yang mungkin”.

Hari dia meninggal dunia aku menziarahinya lagi. Bau di bilik itu begitu busuk hingga tiada sesiapa yang mungkin tahan berada di situ. Apa yang tinggal pada mukanya hanyalah selonggok parut dan tiada apa lagi yang tinggal yang boleh dipotong lagi. Sesiapapun akan boleh merasakan dia kesakitan yang amat sangat dan sering tidak dapat tidur sekian malam. Namun dia masih tidak menyuarakan sebarang sungutan.

Aku tidak mungkin melupakan kata-katanya yang terakhir. Selama-lamanya kata-kata itu akan membuatku malu setiap kali aku terasa ingin bersungut. Namun, sekian lama, kata-kata itu masih jelas dalam ingatanku
Kata-kata itu berbunyi
Tuhan begitu baik terhadapku. Aku tiada sebarang sebab untuk bersungut,”

Sunday, September 25, 2005

Bisikan

Kutinggalkan warung sepi ini..Kerana ku pastiSelepas terbenamnya mentariPasti cahaya rembulan kan menyinari..

Aku dibesarkan dengan didikan sebagai seorang pelajar Maahad.. sebuah medan yang menarah tubuh kerdilku. Di sini tempat ku mengejar warna-warna pelangi yang kulihat semakin sirna ditelan perubahan zaman. Aku terpana pabila kulihat embun yang bergutasi di lidah-lidah rumput kian kering, hilang entah ke mana.. aku pasrah bilamana ayam jantan yang galak bersabung hari ini suatu hari nanti akan turut rebah menyembah bumi. Akukah yang bersalah membiarkan debunga berguguran ditiup angin ? Lalu ku sentuh nadi di pergelangan.Serasakan molekul-molekul semangat yang berpadu dengan dendam semakin hangat. Membara ! membakar rentung menyala mukaku sehingga akhirnya aku terjaga.

Aku meniti tirai-tirai kamar kampus. Ku teliti diari-diari sejarah yang kian dilenyapkan. Di Turkey, golongan mahasisiwalah yang berjuang menentang sekularisma tajaan Mustapha Kamal Attaturk. Di Mesir, didikan Hassan al-Bannalah yang meruntuhkan tembok Israel yang dibina dengan darah umat Islam Palestin. Di Afghanistan, gelombang Bulbuddin Hekmatyar dan Burhanuddin Rabbanilah YANG menentang ‘beruang ganas’ Russia dan membentuk ijtihad mujahidin. Dan di depan Kedutaan Amerika Malaysia, kulihat sahabatku Amal ditangkap dan digantung pengajian selama empat tahun tanpa paksi keadilan.


Inilah ikrar sebuah perjuangan. Merekalah tentera-tentera Allah yang mara ke barisan hadapan. Yang sanggup mati dicantas tengkuknya, yang rela darahnya mengalir membasahi bumi, yang rela nyawanya tergadai demi melihat tertegaknya kalimatul ula. Merekalah pemuda yang masih kuat tulangnya. Dan merekalah pembela agama yang merindui Tuhannya, yang ternanti-nanti untuk mengucup tapak kaki Rasulullah. Lantas, dimana aku…?


Aku tunduk menyelidiki gelas hatiku yang berwarna kelabu. Sudah lama aku tidak menggilapnya agar ia kembali bercahaya. Babak demi babak kelalaianku terpancar di skrin minda. Mampukah aku menjadi hambaNya yang redha andai begini sebatian yang menyaduri jiwa dan pemikiranku setiap hari ? atau kalimah perjuangan itu hanyalah satu slogan untuk menutup kefasikanku…?


Lantas, ku perkemaskan simpulan ikatan pada pacuan. Aku menyelinap lorong-lorong penyelewengan yang sekian lama menzalimi Islamku. Tuntasku menafsir makna al-Kitab, dan sunnahnya ku semat menjadi aspirasiku. Akidah ummat ini perlu dipertahankan. Ideologi-ideologi kuffar yang lama meracuni pemikiran ummat ini perlu dibersihkan. Akan ku belajar alif, ba, ta dan ku susun menjadi sajak terkarang yang membakar semangat perjuangan di dada-dada pahlawan dan serikandi. Kanku tekun mempelajari faham Islam, ku thabatkan al-Quran dan as-Sunnah agarku tidak menjadi si cina buta, hanya mengikut sahaja. Dan ku jaring anak-anak generasi, biar setulus Sumaiyah dan seteguh Bilal .. darahnya mengalir di taman taqwa lantaran cintanya telah terpaut pada Ilahi.

Tuhan, izinkan aku meneguk kasihMu walau setitis.. jangan Kau biarkan diriku walaupun sekelip mata cuma.. jika bukan Engkau yang menolongku.. siapa lagi wahai Tuhanku ? berikanku kekuatan mengemudi sampanku yang kecil dan berlubang.. di sana ombaknya menerpa ganas.. amin..


12 Mei 2005 18:05

Thursday, September 22, 2005

Biarkan ia berlalu...



Tuhanku,
Aku hambaMu yang diseksa
Diriku dipenjara dan dihina
Akan kutanggung segala kesakitan, kusabarkan dan kutahankan
Namun, jika datang penderitaan yang lebih berat daripada yang sedang aku alami ini,
Sesungguhnya ia akan melukakan rohku dan mengikis kesabaran yang masih tersisa di hatiku ..


Fail masa lalu perlu ditutup, dilipat dan disimpan, bukan dibuka dan dipersoalkan. Ia perlu ditutup buat selama-lamanya dan dikurung di dalam penjara kelupaan, diikat dengan gari di dalam kurungan yang kuat hingga ia tidak dapat keluar. Ia adalah perkara yang sudah selesai. Maka ia tidak mungkin kembali dengan apa jua kesedihan, tidak dapat diubah dan diperbaiki dengan apa jua kedukaan, tidak dapat dihadirkan dengan apa jua kegelisahan, dan tidak akan dapat dihidupkan semula dengan apa juga kebingungan – ia adalah sesuatu yang sudah tiada.

Jangan biarkan hidupmu dihantui masa lalu, jangan biarkan dirimu sentiasa dibayang-bayangi oleh sesuatu yang sudah berlalu. Lepaskanlah dirimu dari pengaruh dan bayangan masa lampau. Adakah anda mahu mengembalikan sungai kepada sumber mata airnya, memulangkan matahari ke tempat terbitnya, mengembalikan kanak-kanak ke dalam rahim ibunya dan air mata kepada mata? Sesungguhnya meratapi masa lalu dan menangisinya akan membuatmu terbakar dalam apinya. Kembali ke pangkuan masa lalu sama sahaja meletakkan anda dalam kemelut dan tragedi yang sangat dahsyat dan menakutkan.

Hidup dengan mengungkit-ngungkit masa lalu bermakna menyia-nyiakan masa sekarang, mengoyak-ngoyakkan perjuangan, dan memporak-perandakan masa kini. Segalanya sudah selesai. Tidak ada gunanya lagi menghurai dan memanjang perjalanan sejarah. Sesungguhnya manusia tidak perlu menoleh atau berpaling ke belakang. Sebab hembusan angin sentiasa menghala ke depan, air mengalir pun menuju ke depan, kafilah berjalan pun kearah depan. Justeru, jangan cuba menentang arus dan aturan hidup.

Bukan mustahil hidup anda tinggal sehari sahaja lagi – hari ini. Maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja, atau seolah-olah anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga. Dengan begitu, hidup anda tidak akan koyak-rabak di antara gumpalan keresahan, kesedihan dan suka-duka serta parut masa lalu dengan bayangan hantu masa depan yang penuh dengan keraguan dan sering menakutkan.
“ Terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu, dan jadikanlah dirimu dari orang-orang ang bersyukur.”
( surah al-A’raf : 144 )


…… dan aku adalah hamba yang sengsara dan amat memerlukan, hamba yang meminta pertolongan dan yang mohon bantuan, hamba yang penakut yang minta dikasihani ....

…. Ya Allah aku mohon kepadaMu sebagaimana memintanya si miskin, dan aku berdoa kepadaMu seperti doa orang yang berdosa dan amat hina. Aku memohon kepadaMu seperti orang penakut lagi pula buta, juga seperti berdoanya orang yang menundukkan jiwanya, merendahkan raganya dan wajah serta hidungnya kepada-Mu. ….

Monday, September 19, 2005

Nun...Wal Qalami...

Gambar menunjukkan Majlis Pelancaran AMAL sebagai NGO oleh Tuan Guru dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat , Menteri Besar kelantan di Dewan Bunga Teratai, Hotel Perdana bertarikh 31 Ogos 2005.



Nun…demi kalam dan demi apa yang dituliskan…

Amalku cita-citaku..tujuanku dan harapanku.. walau di mana jua, sampai bila masa.. itulah lakaran di taman fikiranku..

Malam yang kian sirna..merayap-rayap di kaki fajar..musim sedang berbunga…namun aku masih leka..berselimut kaku berdengkur ..pada titian usia yang kian merapuh.. Di bibir mega ku berbisik.. basuhlah mata hidupkan waja..pada lembaran al-Furqan kulafaz.. pada tinta-tinta pena yang kian mengalir..lantaran tinta ulama’ akan dibalas dengan darah syuhada’…Mekanisme tali perjuangan ini akan tetap berpilin ..menganyam utuh rentak kehidupan,memberi makna lakaran perjalanan. Lantaran hidup bukan sekadar kebetulan. Aku akur akan suratan..sebuah ketentuan yang pasti.


Andaikata bumi ini dilanda sumpah tujuh keturunan..takkan ku bermati di hujung jari..membiarkan taufan ribut melanggar..dibelah pasir membakar jasad hitam.. Akanku sapu mendung yang menghitam dimukaku.. aku anyam rantaian azam kekuatan ..melawan ombak ganas yang menerpa ke mukaku.. akanku berdiri menjadi bentengnya..Angkatap sebuah kepastian pasti akan berkunjung..lentera ini takkan padam.. Pada hari ini..bukan hari semalam..bukan jua detik yang tak pasti datang ….paduan genggam bara semangat ..membakar rentung jasad resesif..membangkitkan aku berdiri gagah..



Lantaran..izinkan lebur temali dura..yang bercangkaliwang didadaku saban kala.. kanku kafan dengan kain sutera..biar lena ia bersemadi..akanku tancap nisan pataka sebuah kenangan usang.. dan relakan bangkitku menebus maruah ! Tapi.. andaikata aku gugur di keranda lenta..biarkan tumbuh benih pejuang.. jangan aku mati hina berlutut.. meninggalkan sepi anak-anak bangsa..dengan tangan kosong retorik semata.. aku bukan insan bertempik sorak di gelanggang..bukan mulia disambut hamparan merah.. kerana aku dilahirkan untuk menafsir.. makna seorang aku..erti sebuah cita-cita..melihat gemerlapan sinar Tuhan di penjuru alam.




Friday, September 16, 2005

emmm... esok ada dua test yang perlu dihadapi.. Histology dan Biostatistik. hari isnin ini farmacology pula. kedua duanya esok sukar, aku lepak kat library semalam sampai library tutup. udara aircond yang kuat menusuk tubuhku yang tak dilapisi membran sweater menyebabkan aku terpenyek kat rumah pagi tadi... demam menyerang. tapi malam ni aku datang library lagi. esok test jam 8- 10 pagi dan 10-11.30 mesti ku hadapi.

berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir !
keep your thoughts and mind always on the goal!
no matter what you must get the betsz for this semester. amin..

ada sorang kenalan aku ada masalah.. dia asyik meseg itu ini, naik rimas jugak . sebagai kawan yg tak berapa rapat, aku nasihatkan dia sekadar je lah. suruh dia solat banyak-banyak, semoga hatinya tenang. aku minta dia baca surah yasin kalau boleh 3 kali selepas asar dan kalau boleh menangis, menangis. sebab itu yang aku buat bila aku rasa lemah sangat. tapi at last mesegnya berbunyi ' akak tak payahlah suruh saya buat itu ini, saya bukannya tak buat sebelum ni'

hish.. aku terkedu.

bermain-main kembali di kepala, apa yang pernah aku cedok..
'Allah akan tunjukkan kesalahan kita supaya kita bertaubat. Kalau Dia sayang seseorang, orang itu akan ditunjukkan segala kesalahan dirinya. Taubat adalah kunci segala ibadah. buatlah banyak mana ibadah sekalipun tapi kalau tiada taubat, ia takkan sampai. '

orang muqarrabin, menangis walaupun disebabkan dosa yang kecil bagi kita, tapi baginya dosa iti besar.

nabi adam, bertaubat 200 tahun sampai airmata baginda mengalir dan akhirnya menjadi lautan hindi,

nabi nuh yang ditelan ikan paus, baginda mendengar jeritan hati ikan paus tersebut. ikan paus menangis sambil berzikir kepada Allah. baginda hairan dan takjub, ikan paus yang tiada dosa menangis beria, tapi aku ? lantas baginda insaf. baginda bertaubat dan menangis, menangis dan menangis. baginda berdoa 'la ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minaz zolimin' di dalam sendunya. segala hibanya dihamparkan pada ilahi rabbi. sehingga airmata baginda membanjiri perut ikan paus tersebut. ikan tersebut termuntah lantaran airmata baginda memenuhi perutnya, maka terselamatlah baginda dan baginda dapat keluar dari perut ikan..

betapa hati yang jernih tanpa dosa akan mudah nampak dosa yang dilakukan. tetapi kalau setiap saat bergelumang dengan dosa, kita akan kabur. tidak nampak kesalahan diri. rasa diri tidak berdosa. kalau merasa diri tidak berdosa, bagaimana mahu bertaubat ? kalau tidak bertaubat, bagaimana boleh membentuk diri yang soleh..?

Bila hati rasa tidak tenang, check 'semalam aku qiam ke tidak ?'
kalau tidak, alhamdulillah. ketidaktenangan itu adalah petunjuk daripadaNya, tanda kasih sayang Nya supaya hati kita sentiasa bersama-samaNya.

Tuesday, August 23, 2005

KISAH DALAM RIBUT

Malam menguak antara rimbun daun-daun
Titis gerimis melalui lubang pondok usang
Dalamnnya gadis tani merangkum lutut
Kedinginan merayap ke tulang-tulang kecut

Sesekali kilat menyambar ngeri
Pondok usang dimandi hujan dinihari
Adik-adik menangis menghampiri
Manakala ayah yang tak pulang sampai ke kini ?

( Ibu tercinta telah meninggal dunia,
Ayah miskin jauh pergi membuat huma)

Petir mengamuk memancung pohon
Pondok usang remuk seperti timun
Suara jeritan sayup antara pelepah kelapa
Suluhan kilat menampakkan tiga mayat bertimpa !

Usman Awang 1955

LAGU DAN TARI

Semalam kulihat sebuah tari
Dada montok berlenggok
Nafsu jalng dan mata penuh berahi
Dengan muzik nada liar memuncak tinggi

Mata penonton berkisar melebar
Paha putih dalam nafsu menjalar

Segala terbuka dan segala mendamba
Dan berahi mematuk-matuk pada diri, meminta

Itulah lagu dengan tari pada malam panjang
Senantiasa berulang pada zaman gila perang
Sedang esok segala hati dan tulisan memuji
Inilah seni, hasil gemilang ‘seniman’ sejati

Usman Awang
1954

Monday, August 15, 2005

Sekental Sabarmu

Sekental Sabarmu

Bagai tertusuk atmaku kian gerhana
Melihatmu kaku begitu
Hari hari aku mengunjungimu
Meskipun kau masih begitu
Aku resah melihatmu
Di bilik suram tubuhmu layu
Di bawah kipas berputar sayu
Dan lenta turut tersendu..

Ku renung mata pucatmu
Di balik kelopak yang sedia bersatu
Bersama remang dingin mencucuk
Ku lihat ada manik yang bertakung
Berkemilau disapa suara mentari
Yang mengangkat semangatmu untuk berdiri

Kau pandang mata kalutku
Dengan senyuman menyebak hatiku
Kau belai kasihanku
Katamu ‘ ini ujian Tuhan buat dirimu’
Ah, sahabatku
Aku malu pada cekalmu
Dari mana kau bina gelas tabah
Sedang jaringan hidupmu luka punah
Sempatku menafsir serantai madah
Empati padamu
Tidak mampu menukar kehendak
Dia menentu tiap mahuNya
Dan aku
Hanya mampu mengangkat doa
Pada segulung air mata yang berjurai..

12 ogos 2005

Tikaman Zikir Mampu Merawat Kronik Major Depression !


Siapa kata zikir hanyalah sekadar amalan biasa umat Islam. Saya sering mendengar dan dinasihatkan agar berzikir.. mudah-mudahan hatimu tenang. Sebagaimana termaktub di dalam kitab suci al-Quran, “ sesungguhnya dengan mengingati Allah, hatimu akan menjadi tenang..” Ramainya manusia tidak tenang di zaman moden ini sehinggakan bilangan pesakit mental di negeri Johor telah mencatat 10 peratus daripada sebilangan penduduk negeri maju tersebut.

Begitu mudahkah untuk menjadi tenang ? Mungkin anda menyangkakan di saat anda berduka, di saat anda kecewa, depress dan sudah berputus asa untuk hidup, anda akan tenang setelah membaca sejuzuk ayat al-Quran atau seribu kali tasbih fatimah. Tidak disangkal, bagi mereka yang tidak mengalami gangguan emosi atau mental, zikir sebegini sudah cukup untuk memberikan anda rasa ketenangan yang mendamaikan sekaligus merasa bahagia dengan diri anda.

Namun, bagi mereka yang tertimpa dengan ujian hidup yang amat berat seperti kehilangan orang tersayang, mendapat penyakit yang sukar dirawat, lumpuh dan sebagainya sehingga menyebabkan mereka terjatuh ke lubang depresi, bukan mudah bagi mereka untuk kembali merasa tenang malah untuk beremosi seperti manusia yang normal jua amatlah jauh. Mereka yang mendapat penyakit Depression ini diselimuti dengan pelbagai gangguan emosi seperti merasa murung, resah gelisah, tidak dapat tidur, runsing, sedih yang terlalu menekan sehingga tiada selera makan dan sebagainya. Di samping itu, gangguan emosi ini mengakibatkan kesan buruk kepada mental. Pesakit Depression terlalu memendam dan tidak mampu meluahkan rasa hati mereka lantaran fikiran mereka tidak dapat menafsir apa yang terkandung di otak. Mereka akan mengambil masa yang lama untuk menjawab setiap persoalan yang ditujukan. Kadang-kadang jawapan yang mereka berikan amatlah bercelaru dan sukar difahami.

Saya merasa amat kesal apabila saya membelek buku tentang perawatan terhadap penyakit ini, tiada ubat yang baik yang saya jumpa melainkan kaedah-kawedah pengubatan ini memerlukan pesakit mengambil dadah penenang dan menukar tabiat sosial mereka. Yang lebih parah, pesakit disarankan melakukan beberapa aktiviti bagi meredakan ketegangan perasaan seperti pergi ke kelab malam dan menari sepuas hati bersama pasangan, berbogel bersama pasangan, minum arak, memakai pakaian yang menjolok mata, keluar sehingga lewat malam dan sebagainya. Namun, setiap agama di dunia ini mempunyai pandangan tersendiri tentang penyakit ini. Banyak agama menyarankan agar pesakit melakukan aktiviti yang menyeronokkan bagi mengurangkan stress seperti melakukan meditasi, senaman dan mengubah diet harian.

Melewati punca penyakit ini, secara fizikalnya, penyakit ini berpunca dari kekurangan bahan kimia pneuropancar seperti serotonin, dopamine dan monoamine. Otak manusia terdiri daripada 10,000 juta neuron. Setiap satunya mempunyai kemampuan menghasilkan caj elektrik kecil terhadap yang lain melalui tujuh atau lapan ribu silangan. Melihat kepada struktur sel neuron, ekor setiap sel berpecah kepada ribuan gentian yang mana setiap satunya diakhiri dengan pembengkakan yang dipanggil butang terminal. Caj elektrik bergerak dari kepala ke bahagian ekor. Kita akan lihat di antara butang-butang terminal ini terdapatnya suatu ruang yang dinamakan sinaps. Arus elektrik tidak boleh melepasi sinaps ini tetapi ia akan menyebabkan pertukaran pada bahan kimia pada sinaps. Pertukaran ini akan menguja arus dari kepala sel yang berikutnya. Bahan elektrik kima ini dipanggil neurotransmitter kerana mengalirkan caj elektrik secara berkesan dari sel neuron kepada neuron yang berikutnya. Namun jika dua jenis neurotransmitter ini iaitu monoamine dan katekolamin kehabisan atau berkurang, ghairah pada otak akan menurun menyebabkan individu tersebut menjadi sedih. Maka apakah ubat yang boleh merangsang kembali penghasilan bahan neuropancar ini ? Setakat ini, masih belum ada kajian mendalam yang membuktikan zikir mampu menjadi penawar yang mujarab.

Dalam menjawab persoalan yang kerap berlegar di minda saya, jawapan yang diberikan oleh Tuan Guru Dr Jahid bin Hj Sidek, Mursyid Tarekat Naqshabandiah Khalidiah membuka mata dan hati saya pada tingginya nilai ungkapan zikrullah. Betapa unggulnya lakaran sejarah, Islam kembali bangkit setelah kalah teruk dalam peperangan dengan tentera Mongol yang sungguh kejam. Kekuatan orang Islam tersembunyi di lubuk hati, berpilin dalam urat nadinya, dan urat nadi itu adalah tasawwuf dan ajaran sufi, berpaksikan zikrullah.

Manurut Dr Jahid, pesakit yang tidak sembuh melalui perawatan moden diubatkan di pusat rawatan beliau iaitu Pusat Rawatan al-Manarah, Sungai Buloh, mengikut kaedah-kaedah yang tertentu terutamanya ketukan. Kawasan ketukan utama bagi pesakit Depression adalah sekitar pelipis, dahi, dagu bagi yang stress, belakang, lengan dan punggung serta di belakang lutut. Ketukan yang menggunakan ranting kayu nona dalam lingkungan 30cm panjang dan 0.5 diameter ini menghasilkan sensasi kesakitan yang amat pada mulanya. Apabila kesan lebam muncul, kesakitan akan berkurangan menandakan penyakit sudah sembuh. Membandingkan dengan rawatan Elektrokonvulsif yang menyalurkan 100 volt tenaga elektrik di kawasan pelipis bagi meransang otak menghasilkan lebih banyak pneuropancar, ketukan di tempat tersebut meyakinkan saya ketepatan kaedah rawatan ini.

Melihat perkembangan pesakit yang mengamalkan zikir tahlil mengikut tarekat ini selama tempoh ujikaji, meyakinkan saya hebatnya tikaman kalimah ‘La Ilaha Illallah’ . Tikaman yang padu pada hati kanan dan kiri dengan kaedah tertentu disertai ingatan yang jitu bahawa ‘ Tiada yang Disembah melainkan Allah’ mengalirkan bukan sahaja keringat di dahi, bahkan semangat yang membakar di kalbu. Pesakit merasa tenaganya mengalir ke segenap saluran darah bersama momentum semangat yang meluncur laju. Perjalanan darah meningkat. Zikir menakluki hati dan segenap jasad bagaikan menghalau keluar segala kekusutan fikiran, kemalasan, kegelisahan dan segala penyakit hati yang lain. Namun, bukanlah tujuan berzikir untuk mendapat kebaikan sampingan seperti yang diterangkan di atas melainkan zikir adalah dengan niat semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mengharapkan keredhaanNya. Seseorang yang rapat dengan Tuhannya, ia mendaapat lebih daripada jangkaan. Terbukalah dinding yang menutupi mata hatinya dan tersingkaplah pelbagai lagi kebesaran Tuhan yang tidak mampu dilihat oleh manusia-manusia lain yang mempunyai hati yang penuh dengan karat maksiat.

Dr Jahid menegaskan, “Tasauf itu amalan yang harus diterima dengan hati, bukan dengan fikiran. Kadang-kadang orang yang mendengar itu merasa ia lebih bijak. Untuk mempelajari tasauf ini, anda hendaklah kenal guru anda dan kena kenal juga guru kepada guru anda’. Beliau menambah lagi, dalam zikir Ismu Zat, zikir letaknya di hati. Lidah menyebut ‘Allah ! Allah !’dan jari telunjuk kanan perlu menjalankan zikir, bukan bilang tapi jalankan. Ini untuk memandu bacaan hati. Fikiran harus ditumpukan, rasa-rasa melihat Allah.’

Satu pembuktian yang tidak disengajakan, dalam ilmu perubatan, untuk merawat salah satu penyakit jantung, doktor perlu memasukkan kateter ke dalam jantung. Kateter ini dimasukkan melalui jari telunjuk kanan, ia akan sampai ke jantung. Dari sini terdapat juga laluan yang menyambungkan jari telunjuk ke otak sebagaimana pergerakan jari telunjuk kanan memandu hati berzikir dan meneguhkan fikiran kepada Allah.

Rangkaian hipotesis telah dijalinkan. Mungkin suatu hari nanti lebih banyak penyelidikan yang akan menjawab persoalan ‘ Ala bizikrillah tatmainnul qulub..’ Ar-Ra'du : 28.

11 Ogos 2005

Monday, August 08, 2005

Bagaimana Tubuh Kita Menghadapi Stress


Bagaimana Tubuh Kita Menghadapi Stress

Seringkali kita mendengar tentang bagaimana cara menangani stress supaya ia tidak membarah dalam diri dan seterusnya mengakibatkan pelbagai penyakit seperti depression, tekanan darah tinggi, ulser, jantung ,impotensi dan sebagainya. Saya ingin membincangkan tentang masalah ketegangan ataupun lebih dikenali sebagi stress ini dari sudut kesihatan.

Stress ditakrifkan sebagai respons badan dalam menghadapi stressor samada secara fisiologi, mental atau fizikal. Stressor iaitu punca stress boleh mendatangi seseorang individu dalam pelbagai bentuk seperti stress fizikal, sosial ataupun psikologi yang menyebabkan tubuh kita perlu untuk melakukan penyesuaian untuk menghadapinya.

Stress dibahagikan kepada dua kategori iaitu eustress dan distress. Eustress adalah stress yang menghasilkan kesan positif dan kegembiraan kepada seperti perkahwinan, naik pangkat, mendapat ahli keluarga baru dan berpindah rumah. Manakala distress pula adalah stress yang mengakibatkan kesan negatif kepada mangsa seperti kematian, kemalangan jalan raya, mendapat penyakit dan beberapa musibah lain. Ini kerana setiap perubahan akan menyebabkan stress kerana individu perlu meneysuaikan diri dengan keadaan baru. Biasanya kita akan membicarakan tentang distress di mana kita perlu tenang menghadapinya.

Stress ini mampu memberi kesan buruk kepada kesihatan bergantung kepada personaliti mangsanya. Bagi mangsa yang terlalu sensitif, kemungkinan ia lebih terkesan dengan kehadiran stressor dan tahap kekecewaan yang dialaminya lebih serius berbanding dengan individu yang berjiwa kental. Stress boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular iaitu meningkatkan risiko penyakit jantung dan hipertensi, meningkatkan paras kolesterol dalam darah, mengubah ritma jantung dan meningkatkan tekanan darah yang akhirnya boleh menyebabkan kerosakan pada salur darah.

Di samping itu, stress juga boleh melemahkan sistem imun dalam badan kita di mana peningkatan hormon adrenalin boleh menjejaskan fungsi leukosit. Ia juga boleh menyebabkan gangguan kognitif iaitu melumpuhkan konsentrasi dan melemahkan daya ingatan mangsa. Mangsa juga akan mengalami kekacauan emosi seperti resah-gelisah dan ia akan mempamerkan tingkah laku yang ekstrim.

Dalam mengkaji tindak balas badan terhadap stress, seorang saintis, Hans Seyle telah mengemukakan satu teori tentang reaksi tubuh manusia terhadap stress. Teori ini dikenali sebagai General Adaptation Syndrome (GAS). Setiap individu yang berhadapan dengan stress akan mengalami reaksi yang sama, cuma tahapnya berbeza bergantung kepada jenis stressor seperti kematian vs kegagalan peperiksaan, dan juga personaliti individu.

Badan akan melalui tiga peringkat stress. Peringkat pertama dikenali sebagai ‘Alarm Phase’. Apabila berhadapan dengan stressor, bahagian serebral korteks akan meransang hipotalamus di otak. Ransangan ini menyebabkan sistem saraf simpatetik diaktifkan. Keadaan ini akan menguja kelenjar adrenal untuk menghasilkan lebih banyak hormon epinefrin atau adrenalin. Hormon ini akan bertindak serta-merta. Akibatnya jantung akan berdegup dengan lebih cepat, tekanan darah meningkat, kadar pernafasan bertambah, berlaku dilat bronkiol iaitu pembesaran anak mata untuk membantu penglihatan dan berlaku proses glikogenolisis iaitu proses pemecahan glikogen membentuk glukosa yang akan membekalkan banyak tenaga kepada mangsa. Di samping itu, hormon akan meningkatkan fungsi otot menjadikan otot lebih kuat dan bersedia untuk bertindak. Kesan sampingan turut terhasil iaitu mulut menjadi kering dan berasa mual. Cuba bayangkan anda dikejar anjing liar. Anda akan mampu berlari lebih kuat daripada biasa, tercungap-cungap, berdebar-debar dan jantung anda berdenyut dengan terlalu pantas. Inilah contoh mudah reaksi badan kita terhadap stressor.

Selain adrenalin, hipotalamus di otak juga akan meransang kelenjar pituitari. Kelenjar pituitari akan menghasilkan hormon Adrenokortikotrofik (ACTC) yang turut bertindak ke atas kelenjar adrenal. Hormon yang berbeza iaitu kortisol akan dirembeskan. Pengeluaran hormon ini akan membantu meningkatkan proses glikogenolisis dan jumlah glukosa akan bertambah. Badan akan dibekalkan tenaga dan bersedia untuk menghadapi stressor.

Setelah badan berhadapan dengan stressor dalam jangkamasa yang lama, berlaku perubahan dalam fisiologi badan di mana individu akan menyesuaikan diri dengan stressor . Peringkat ini dinamakan sebagai peringkat Resistance Phase. Pada fasa ini, saraf parasimpatetik yang mengatur suap balas negatif akan mengurangkan perubahan tadi dan mengawal sistem dalaman supaya kembali normal. Individu mangsa akan mampu bertoleransi dengan suasana yang menekan.

Jika stress berlarutan, tenaga dalam badan akan kehabisan menyebabkan mangsa menjadi lesu (fatigue) dan tidak mampu melakukan tugas seharian dengan baik. Dan jika stress yang datang tidak dihentikan, individu tersebut berpotensi mendapat penyakit ulser atau hipertensi.

Ogos 2005
Universiti Malaya

Ketagihan; Penyakit Kronik Yang Belum Terubat


Bismillahirrahmanirrahim..

Saya hanya nak berkongsi sedikit ilmu kesihatan di sini, moga memberi sedikit impak yang baik..

Menyingkap suatu fenomena yang kian membarah di era ini, ketagihan adalah penglibatan yang tidak sihat dan berterusan dengan bahan atau aktiviti yang boleh mengubah mood. Kes-kes yang biasa kita dengar adalah ketagihan dadah, arak, alkohol, dan judi. Tidak kira siapa dan dimana, masalah ketagihan mengakibatkan kemudaratan kepada setiap pengamalnya walaupun tanpa ia sedari. Ia adalah penyakit masyarakat yang mesti dirawat dan dicegah dengan serius.

Amnya, ketagihan terbahagi kepada dua jenis iaitu ketagihan bahan dan ketagihan perilaku. Ketagih dadah, arak, alkohol, rokok, kafein dan tembakau diklasifikasikan sebagai ketagihan bahan. Manakala ketagihan seks, senaman, wang seperti ‘shopping’, berSMS, internet dan workaholik adalah ketagihan perilaku.

Para saintis telah melakukan banyak kajian untuk meninjau masalah ini dengan lebih mendalam. Ketagihan dilaporkan sebagai satu proses yang mengambil masa yang lama. Ia mempunyai beberapa fasa perubahan fisiologi yang akhirnya menjadikan pengamalnya ketagih.

Teori ini dikemukakan oleh Vernon E. Johnson, yang lebih menekankan emosi. Fasa 1 dikenali sebagai fasa ‘ Learns Mood Swings’ Pengambilan bahan ketagihan, contohnya alkohol didapati mendatangkan keseronokan pada peringkat awalnya. Pada tahap ini mood mereka berubah-ubah dan mood mereka boleh dikawal oleh dos yang diambil. Jika mengambil dos yang tinggi, keseronokan yang teramat akan dirasai. Oleh itu mereka terus mengambil alkohol tanpa menghiraukan kesan buruk yang menanti seperti boleh mengakibatkan ‘Fetal Alcohol Syndrome’ (FAS) iaitu kecacatan pada bayi yang dikandung seperti kekurangan berat badan, saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh, kurang penyelarasan otot, keadaan muka yang rata, dan kelemahan sendi-sendi.

Individu terlibat meneruskan aktiviti ini untuk mencari ketenangan dan keseronokan. Ini kerana emosi melonjak seronok apabila mengambil alkohol. Fasa ke-2 ini dikenali sebagai ‘Seeks Mood changes’. Tabiat ini berterusan dan akhirnya mereka terpaksa mengambil alkohol secara eksesif. Mereka sudah menjadi manusia yang bergantung kepada alkohol dan tahap ini dipanggil Fasa-3 iaitu ‘Harmful Dependency’. Tanda-tanda murung, kurang keyakinan dan rendah harga diri mula kelihatan pada diri mereka. Mereka mula menjauhkan diri dari aktiviti sosial.

Fasa ke-4 pula adalah ‘To feel Normal’. Mereka mengalami kemurungan yang kronik dan terpaksa mengambil alkohol untuk merasa normal. Fasa terakhir dalam proses ketagihan ini menyebabkan kemerosotan emosi dan mental pengamalnya. Gangguan yang serius berlaku menyebabkan mereka tidak dapat memainkan peranan seperti individu normal dalam masyarakat.

Menyoroti ketagihan dari aspek fisiologi, saintis mendapati semasa sistem saraf berada dalam keadaan normal, bahan pneuropancar akan dihasilkan di dalam badan. Tetapi jika terdapat bahan ‘mood altering’, ia akan bersaing dengan bahan pneuropancar untuk bergabung dengan reseptor sel saraf. Emosi akan meningkat. Dalam masa yang sama, sintesis pneuropancar asli akan terhenti. Jika bahan mood altering tidak diambil, tapak reseptor akan menjadi kosong. Mereka menjadi kurang selesa, murung dan resah gelisah. Keadaan ini berterusan sehinggalah bahan pneuropancar asli dihasilkan semula atau bahan ‘mood altering’ kembali diambil.

Kita mungkin melihat keadaan ini adalah sesuatu yang biasa, namun pengambilan yang kerap menyebabkan badan akan bertoleransi dengan keadaan tersebut. Sindrom tarikan akan wujud, dimana individu memerlukan dos yang lebih tinggi , kerap dan intensif untuk merasa kesan yang sama seperti pada peringkat permulaan. Jika alkohol tiada, metabolisma badan akan terganggu. Segala aktiviti akan terjejas mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan fungsinya sebagai anggota masyarakat dengan baik.

Walaupun terdapat ramai yang mengalami masalah ketagihan, masyarakat sukar untuk mengenalpasti individu tersebut kerana proses ini bersifat internal. Malah individu terlibat juga tidak sedar ia sudah ketagih. Mereka selalu dihantui oleh dorongan yang kuat dan tidak berupaya menolak keinginan yang mendesak nafsu.

Penagih dadah amat sinonim dengan kejadian kecurian dan ragut. Apa yang menghairankan, barangan yang dicuri bukanlah bernilai jutaan ringgit, tetapi mereka sanggup menggadaikan nyawa semata-mata untuk mendapatkan kabel elektrik, besi buruk dan simen penutup longkang. Di samping itu, prestasi kerjaya atau akademik turut merudum dan seringkali mereka dibelenggu dengan masalah perhubungan inter-personal, lebih suka menyendiri dan kurang berinteraksi dengan masyarakat sekeliling malah dengan ahli keluarga. Sikap panas baran dan kasar semakin menjadi-jadi dan kesannya mereka tersisih dari keluarga dan masyarakat. Akhirnya mereka menderita dalam kesengsaraan. Inilah satu contoh fenomena yang biasa melingkari mangsa-mangsa ketagihan.

Walaupun sudah 48 tahun negara mencapai kemerdekaan, masalah ketagihan masih berada di tahap kritikal dengan pelbagai jenis ketagihan bahan dan aktiviti. Penagih jauh terpesong dari norma-norma kehidupan yang mulia, malah tersasar jauh dari ketenangan beragama. Adakah generasi yang terhuyung-hayang begini boleh diharap untuk membentengi negara kita ?

Vista Seri Angkasa..
Ogos 2005

Thursday, August 04, 2005

episod..

Aku berjalan separuh usia
Hanya kutemui pengalaman sesuku ringgit
Buat bekalan menuju destinasi
Yang pasti walau aku lupa

Aku toleh kiri dan kanan
Mengitar kenangan
Mapankah asa pada duka pengalaman
Yang memahat jati diriku
Menjadikanku tugu srikandi
Ataukah aku tersungkur
Pada kaki semangat yang mencair


1 ogos 2005
0:58 VistA Seri Angkasa KL

Hebatnya..


Hari-hari terakhir di universiti Malaya dilalui dengan semangat yang menyala-nyala. Hari ini sepatutnya menjanjikan suatu hasil yang lebih baik dan sempurna berbanding semalam. Dalam 5 bulan akan datang, saya akan bergelar graduan universiti dalam bidang sains biokesihatan. Bidang ini sungguh menarik untuk ditekuni lantaran dekatnya agenda pembelajaran dengan hukum kejadian diri.

Melihat dan menafsir diri sendiri sudah cukup menggegarkan hati lantaran ternampak garis-garis keagungan Tuhan. Sebagai contoh, jika mengkaji subjek immunologi perubatan dalam bab sistem pertahanan badan, kita akan merasa takjub melhat satu sistem badan yang cukup teratur dalam menjalankan amanah sebagai hamba Tuhan. Tangan yang terkena sesuatu yang menyakitkan akan mengeluarkan histamine iaitu sejenis hormon yang akan menyebabkan pembengkakan berlaku. Begitu pengasihnya Dia, tangan yang terkena besi panas akan segera menghantar impuls ke otak untuk ditafsirkan. Dalam masa tidak sampai sesaat, saraf motor akan mengambil peranan menghantar arahan dari otak supaya menarik tangan itu menjauhi objek panas. ini perkara biasa yang kita lalui. Dan adakah perkara biasa ini menumpulkan keyakinan kita kepada nya atau semakin menambah takwa di jiwa? Jika tiada isyarat supaya tangan ditarik serta-merta, kecederaan yang serius akan berlaku... betapa tingginya kasih Ilahi.

AIDS, Ebola, Japanese Enchephalitis ... dan banyak lagi penyakit yang menyerang manusia. AiDS tidak akan mengenai sebarang manusia melainkan mereka yang mungkar kepada Nya dan tidak mahu mengaku bahawa dia hamba. Kalau kita merenung hukum sebatan ke atas penzina bujang, bila sebatan dikenakan ke atas tulang belakang di mana sumsum tulang berada di situ, sel darah putih ataupun leukosit akan terangsang dan akan terhasil dengan banyak.sel leukosit adalah sel yang bertindak sebagai askar di dalam badan bersama-sama dengan makrofaj dll akan memakan virus-virus yang menjangkiti badan akibat hubungan 'sex intercourse' yang dilakukan dengan sebarangan orang yang 'kotor'. bagi penzina yang bujang, bilangan leukosit adalah tinggi.Tetapi bila dijangkiti virus HIV, virus itu akan mneyerang menyebabkan sel leukosit kurang dan merendahkan sistem imun badan. sebatan akan meransang penghasilan leukosit dan menyerang balik virus-virus. Sebaliknya bagi penzina yang sudah berkahwin, badannya menghasilkan hanya sedikit leukosit kerana ia menghasilkan beribu juta sperma. Maka , seseorang yang sudah berkahwin yang melakukan zina, rejam sampai mati adalah amat tepat kerana sistemn pertahanan badannya sudah tidak mampu melawan virus HIV yang begitu menggila.. inilah bala, bukan ujian, bukan cubaan. Tetapi bagi hati yang sudah tertutup dengan jerebu dosa, mereka menganggap uia adalah mainan. Bolehkah dirawat dengan jarum dan kondom ?

Tuesday, August 02, 2005

"Muslim itu ramai, mukmin itu sedikit.
Mukmin itu ramai, muhsin itu sedikit.
Muhsin itu ramai, mukhlis itu sedikit"..

Nafas Terakhir..

Hari ini dari kejauhan
ku lihat sekujur tubuhku terbaring
aku merapati tanpa rasa sangsi..

semalam
ketika angin mengorak tenang,
dan di balik kuntum bunga raya
pusar bayu bertiup harum
aku tertawa menyaingi gembira
terlupa langit yang memayung

aku semakin merapati pada tubuhku yang satu itu
rona kemerahan terlindung di balik kekakuan
dan jantung yang berdegup itu tiba-tiba terhenti
tanpa ku sempat menyelinap pada diri

angin menerobos makin perlahan
dan raungan esakan pula meninggi
mengamati dalam diam ku menafsir
melihat sanak saudara berbondong mendatang
dalam sebak nafas yang tertahan

aku terkasima
bila tubuhku yang dahulu bersalut indah
kini hanya dibalut secebis kain murah
aku membantah
tapi suaraku tidak didengari
aku mengangkat kaki untuk melepaskan diri
tapi tiada satupun sarafku yang berfungsi
aku jadi kalut

sekeping ayat suci yang dibaca
ku dengari
aku kini sedar
aku harus pergi sekarang
walaupun aku belum sempat memohon maaf dari ibuku
yang semalam aku engkari
aku belum sempat memeluk ayahku
yang semalam aku tinggalkan
aku belum sempat memanjat istighfar
pada kelam dosa di dada
segalanya aku tak sempat
aku terpaksa pergi sekarang..

panjatkan setulus doa untuk rohku wahai sahabatku