Sunday, June 15, 2008

Cuka menyembuhkan jangkitan paru-paru serius

www.quaisz.blogspot.com

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun mengalami batuk yang berpanjangan dan menular kepada jangkitan paru-paru serius. Doktor telah merawatnya dengan penisilin, streptomisin dan aureomisin. Punca penyakitnya adalah disebabkan oleh kuman dan masih tiada ubat yang mampu menyembuhkannya.

Kaviti yang besar telah terbentuk di kedua-dua belah peparunya. Adalah sukar untuk membedah kerana beliau terlalu lemah.

Doktor telah mendengar tentang cuka yang dicairkan yang digunakan untuk merawat 165 kes jangkitan pada telinga yang disebabkan oleh kuman yang sama. Doktor telah meletakkan alat pengewap yang mengandungi dua sudu cuka di dalam air mendidih dan membiarkannya menyedut wap ini selama 15 minit setiap hari.

Hasilnya, kanak-kanak itu bertambah sihat dan dibenarkan pulang.

Mengikut buku Berubat Mengikut Nabi karangan Ibnu Qayyim Al-Jauziah, cuka amat berguna bagi mengubat radang perut, mencegah penyakit kuning dan mencegah bahaya ubat-ubat kimia beracun, bahkan boleh mencairkan susu ibu dan darah ika berlaku pembekuan di dalam tubuh.

Ia juga berguna untuk limpa, membasahkan perut, menguatkan otot perut, menghilangkan dahaga, mencegah pembengkakan, membantu penghadaman, melawan kahak, melembutkan makanan-makanan keras serta melancarkan peredaran darah.

Jika diminum dengan campuran garam, sesuai untuk merawat orang yang termakan cendawan beracun. Da jika digunakan untuk berkumur dalam keadaan hangat, boleh mengatasi sakit gigi dan menguatkan gusi.

Cuka juga boleh mengubat luka bernanah di sekitar kuku dengan menyapukannya pada bahagian yang sakit. Ia juga boleh mengubat gigitan semut, bengkak panas, luka bakar dan penambah selera makan.

No comments: