Sunday, June 15, 2008

Sarcoptes scabies penyebab kudis buta

www.quaisz.blogspot.com

Tungau Sarcoptes scabiei yang tergolong dalam famili sarcoptidae merupakan sejenis parasit yang menjangkiti kulit manusia, menyebabkan penyakit kudis buta yang mengakibatkan kegatalan yang pada pesakit. Biasanya mangsa akan merasa gatal-gatal yang teruk terutamanya pada waktu malam dan menjangkit kepada ahli keluarga yang lain.

Di Malaysia, kudis buta ini menular pada semua golongan masyarakat tanpa mengira lapisan sosioekonomi, terutamanya kanak-kanaklah yang sering dihinggap tungau ini.


Haiwan Sarcoptes scabiei berbentuk cembung tanpa kepala yang jelas dengan empat pasang kaki ini mempunyai organ penyedut di hujung kakinya. Penyedut inilah yang digunakan untuk menyedut darah mangsa.


Tungau S. scabies betina lebih memainkan peranan dalam menyebabkan kudis buta pada mangsa. Tungau betina akan membuat terowong pada kulit mangsa terutamanya pada kulit nipis seperti di celah jari tangan dan jari kaki, pergelangan tangan, siku, punggung dan kemaluan lelaki. Sambil membuat terowong pada kulit, tungau skabies dewasa betina ini akan mengeluarkan telur sebanyak 1 hingga 3 ekor setiap hari sehingga jumlahnya mencapai 50 ekor seumur hidupnya.


Pembinaan terowong inilah yang menyebabkan mangsa merasa gatal ditambah pula dengan kehadiran berpuluh-puluh anak-anak tungau tersebut. Biasanya pesakit akan menggaru di tempat tersebut. Namun perbuatan ini akan menambahkan keparahan dan menyebarkan tungau ini ke tempat lain pula.


Tungau Sarcoptes scabies berjangkit di kalangan manusia akibat hubungan yang rapat antara pesakit skabies dengan individu yang sihat seperti tidur di katil yang sama dan berpegangan tangan seperti dalam keadaan darurat seperti banjir, gempa bumi, peperangan dan kebakaran Oleh karana ramai manusia tinggal bersesak di dalam tempat yang sempit, penularan skabies lebih cepat berlaku.


Untuk mengesan penyakit ini, doktor biasanya akan mencari tungau betina di dalam terowong pada kulit dengan menggunakan jarum. Lapisan permukaan kulit di sekitar mulut terowong dirobek dengan jarum tajam dan tungau diasingkan dan diidentifikasi.

Rujukan: Puan Edah Aris

Pensyarah Universiti Malaya

1 comment:

Anonymous said...

Good words.